Mohamad Razif
Penulis • Penuntut Ilmu
06/09/2026
Exploring Nonreligious Identities Among Malaysian University Students: An Exploratory Study of an Emerging Subculture
Ahmad Faizuddin Ramli, Mohamad Razif Mohamad Fuad
This academic article investigates the emerging subculture of nonreligious identities among university students in the Klang Valley region of Malaysia.
Utilizing a mixed-methods approach, the researchers explore how students navigate personal skepticism and secular worldviews within a society where religious affiliation is socially and legally mandated.
The findings suggest that while theistic belief remains a dominant norm, a significant number of students engage in critical questioning of religious authority and often maintain hidden nonbelief to avoid social stigma.
This study identifies several pathways to atheism and agnosticism, including scientific rationalism, moral conflicts, and emotional disillusionment.
Ultimately, the source highlights a context-specific form of secularization where individualized doubt and religious tradition coexist in a complex, shifting landscape. Through this lens, the authors argue that the rise of nonreligiosity in Muslim-majority contexts is a quiet, strategic process shaped by local cultural constraints.
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/jssr.70054
04/09/2026
Pesanan yang ringkas, namun membekas dalam hati daripada mahaguru para ulama Shafi’iyyah moden khususnya di al-Azhar Mesir.
Sheikh Abdulaziz al-Shihawi membuka syarahannya dengan membawakan kisah-kisah awal kehidupan Imam al-Shafi’i dan kewibawaannya sejak kecil. Umur 15 tahun sudah diizinkan gurunya Imam Muslim bin Khalid untuk mengeluarkan fatwa. Pujian para ulama terhadap Imam al-Shafi’i sudah memadai untuk menjadi bukti keunggulan beliau.
Biografi beliau boleh kita tekuni dalam Manaqib al-Shafi’i oleh al-Bayhaqi, Adab al-Shafi’i wa Manaqibuh oleh Ibn Abi Hatim al-Razi, Tawali al-Ta’sis bi Ma’ali Muhammad bin Idris oleh Ibn Hajar al-’Asqalani, Manaqib al-Imam al-Shafi’i wa Tabaqat Ashabih oleh Ibn Qadi Shuhbah, Manaqib al-Imam al-Shafi’i oleh Ibn Kathr dan lain-lain.
Sheikh al-Shihawi seterusnya menyentuh tentang peranan tazkiyyatun nafs (penyucian hati) yang saya kira, menjadi antara cabaran utama bagi umat Islam hari ini. Kita terlalu banyak menyibukkan diri dengan hal yang kurang penting sehingga meninggalkan aspek tasawwuf. Natijahnya adalah penyakit hati.
Keutamaan Imam Malik yang disebutkan al-Laqqani dalam Jauharah al-Tauhid, tidak mengurangkan kelebihan 3 Imam mazhab lain. Beliau memetik bait dalam Jauharah al-Tauhid:
وَمَالِكٌ وَسَائِرُ الْأَئِمَّهْ ... كَذَا أَبُو الْقَاسِمِ هُدَاةُ الْأُمَّهْفَوَاجِبٌ تَقْلِيدُ حَبْرٍ مِنْهُمْ ... كَذَا حَكَى الْقَوْمُ بِلَفْظٍ يُفْهَمْ"
[Imam] Malik dan sekalian para Imam [Imam Abu Hanifah, Imam al-Shafi’i, Imam Ahmad] begitu juga Abu al-Qasim [Junayd] adalah petunjuk-petunjuk umat. Maka wajiblah bertaklid (mengikut) salah seorang ulama besar (mujtahid) daripada mereka, demikianlah yang diceritakan oleh para ulama dengan lafaz yang difahami.”
Seterusnya, beliau membawakan kaedah yang diulas antaranya oleh al-Qarafi
المزية لا تقتضي الأفضلية
Kewujudan satu kelebihan/ciri istimewa pada sesuatu perkara tidak semestinya menjadikannya lebih afdal secara keseluruhan berbanding yang tiada ciri tersebut.
Contoh yang lazim dipakai untuk menjelaskan kaedah ini ialah hadis tentang pembaca al-Quran: orang yang mahir membaca al-Quran berada bersama para malaikat al-safarah al-kirām al-bararah, manakala orang yang tersekat-sekat membacanya kerana masih belajar mendapat dua pahala. Satu atas usaha dan kepayahannya, satu lagi atas bacaannya.
Di sini yang kedua memiliki satu "maziyyah" (kelebihan tambahan, iaitu pahala berganda kerana kesusahan), tetapi kelebihan itu tidak menjadikannya lebih afdal daripada yang pertama, kerana yang pertama sudah berada pada darjat yang lebih tinggi bersama golongan malaikat mulia.
Majlis syarahan ditutup dengan ijazah ‘ammah dan khassah semua periwayatan beliau, sebagai tabarruk.*
Syarahan Pengajian Islam ke-9
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
_______________________
* Sebagai muhasabah, dalam satu video di halaman rasmi FB beliau, beliau turut mengkritik keras budaya “mengumpul ijazah” dengan katanya, الإجازات لا تفيد علما، بل هي للتبرك فقط. Ijazah adalah untuk tabarruk dan tidak melambangkan status ilmu seseorang.
Beliau turut menukilkan daripada Alfiyyah al-Tasawwuf oleh Syeikh Mustafa al-Bakri:
ومَنْ تكُنْ تقنِعُهُ إجازهْ *** في وَرَقٍ وادِي الهَوَى ما جَازَهْ
02/09/2026
Islamic Studies Research Podcast
In this interview, Dr. Mohamad Razif from the Academy of Islamic Studies discusses his specialized research into atheism and new religious movements within the Malaysian context.
He distinguishes new atheism from its classical counterpart by its aggressive social media presence and vocal hostility toward religion, despite using recycled philosophical arguments.
His findings suggest an alarming trend of agnosticism and unbelief among university students, highlighting a critical need for academic and societal awareness.
Dr. Razif emphasizes that contemporary skepticism is often built on empiricism, scientism, and secular humanism, ideologies he addresses through comparative religion and Islamic philosophy.
Ultimately, he advocates for respectful dialogue and scholarly engagement to maintain social harmony and stability in a multi-religious society.
Islamic Studies Research Podcast @APIUM - EP7 DR. MOHAMAD RAZIF BIN MOHAMAD FUAD The Islamic Studies Research Podcast is produced by the Acad...
30/08/2026
Andai boleh diwajibkan rujukan ini bagi para penceramah. Tidaklah “terawang-awang” penyampaiannya atau menukilkan kisah-kisah yang tidak berasas.
Meraikan kebiasaan orang awam yang sukakan kisah-kisah, sambil tetap memelihara kesahihan sumber.
Uns al-Muḥāḍarah bimā Yustaḥsan fī al-Mudhākarah ditulis oleh al-‘Izz Ibn Jama’ah iaitu al-Qāḍī al-Muḥaddith ‘Izz al-Dīn Abū ‘Umar ‘Abd al-‘Azīz bin Muḥammad bin Ibrāhīm Ibn Jama’ah al-Ḥamawī al-Dimashqī al-Miṣrī al-Syāfi’ī (694–767H). Bukan Badr al-Dīn Ibn Jama’ah pengarang Tadhkirat al-Sami’.
Keistimewaan kitab ini adalah ia menghimpunkan kump**an hadith Nabi ﷺ dan athar, kata-kata serta nasihat dan hikmah salaf, kisah para wali dan ahli zuhud, kisah khalifah dan raja termasuk interaksi mereka dengan penyair dan tetamu, anekdot golongan “majānīn” (tokoh ‘gila’ yang bijak) seperti Buhlūl dan ’Ulayyān, kisah para pencandu cinta (al-‘ushshāq al-muta’ayyamīn), turut disertakan peristiwa dan keajaiban yang ganjil.
Semua riwayat disandarkan kepada sumber asal dengan sanad yang bersambung. Bahkan sebahagiannya sampai kepada manuskrip yang belum ditemui atau telah hilang.
Antara rujukan penulis adalah daripada Tārīkh Baghdād (al-Khaṭīb al-Baghdādī), Dzayl Tārīkh Baghdād (Abū Sa’d al-Sam’ānī), Dzayl Tārīkh Baghdād (Muḥibb al-Dīn Ibn al-Najjār), Dzayl al-Sam’ānī, Dzayl Ibn al-Najjār, al-Fawā’id al-Muntakhabah al-Dimyāṭī dan lain-lain kitab yang tidak ditemui manuskripnya sehingga hari ini.
846 mukasurat!
19/08/2026
Apabila seorang Muslim menolak amalan bertukar pasangan, jawapan biasa yang diberikan ialah "kerana ia haram." Jawapan itu benar, tetapi ia menjawab soalan yang terlalu kecil.
Soalan yang lebih penting ialah, “mengapa seseorang boleh terfikir bahawa amalan itu pilihan moral yang sah, malah membebaskan?”
Jawapannya terletak pada satu pandangan alam yang telah terbina selama berabad-abad, bermula daripada seorang sofis dan filsuf Yunani bernama Protagoras yang berkata "manusia adalah ukuran segala sesuatu," faham proto-relativisme yang berkembang menjadi sekularisme, liberalisme, dan pascamodenisme yang semuanya berkongsi satu premis: manusia adalah hakim bagi kebenaran moral. Bukan Tuhan.
Ironinya, kritikan paling tajam terhadap "pembebasan seksual" ini datang daripada dalam tradisi Barat itu sendiri. Saya bentangkan kritikan Immanuel Kant, Herbert Marcuse, dan Sheila Jeffreys.
Islam menawarkan jawapan yang berbeza. Perkahwinan adalah “mīthāqan ghalīẓan” perjanjian agung yang Allah sendiri menjadi saksinya. Konsep amanah p**a menegaskan manusia bukan pemilik mutlak tubuhnya, tetapi pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan. Maka dakwaan "tubuh saya, pilihan saya" adalah bercanggah dengan hakikat siapa manusia itu sebenarnya.
Penyokong budaya swinging sering berkata amalan itu meningkatkan kepuasan mereka. Ada beberapa artikel akademik yang membuktikan.
Tetapi al-Qur'an telah menjawab lebih awal: kecintaan kepada syahwat memang dihiaskan indah pada pandangan manusia. Keinginan yang tercapai sudah tentu melahirkan rasa puas namun rasa puas itu tidak membuktikan bahawa keinginan asalnya benar.
Terima kasih kepada Institut Latihan Islam Malaysia atas jemputan.
11/08/2026
Tular lagi isu label "kafir harbi" dan "kafir zimmi" kebelakangan ini.
Dalam turath fiqh, harbi dan zimmi adalah dua kategori yang lahir daripada realiti politik semasa, dengan nas yang jelas daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Sebuah negara Islam berdaulat yang berhadapan dengan kuasa luar yang bermusuhan (dar al-harb) di satu pihak, dan penduduk ahli kitab/majusi yang menerima 'aqd al-dzimmah sebagai jaminan perlindungan kekal dengan balasan jizyah di pihak lain.
Ia adalah istilah teknikal untuk zaman dan struktur kenegaraan yang sudah lama berlalu.
Ulama silam sendiri, seperti dinukilkan oleh almarhum Dr. Yusuf al-Qaradawi, sebenarnya memperlakukan ahl al-zimmah sebagai ahl al-dar (warganegara dalam wilayah Islam). Fiqh zimmah adalah fiqh kerakyatan zaman itu.
Keluwesan menilai semula istilah pun ada asasnya. Saidina 'Umar ibn al-Khattab RA bersetuju menukar sebutan “jizyah” kepada “sadaqah” bagi Nasrani Bani Taghlib atas permintaan mereka sendiri (Rujuk al-Amwal, Abu 'Ubayd, ms 650; al-Muhalla bi al-Athar, Ibn Hazm, 4/232).
Jika istilah sepenting jizyah boleh disesuaikan demi maslahah dan penerimaan sosial, istilah zimmi dan harbi lebih-lebih lagi layak dinilai semula pada zaman ini.
Dari segi sejarah dan perundangan antarabangsa, status zimmi sendiri sudah tamat sejak abad ke-19. Titah Gülhane Hatt-ı Şerifi 1839 oleh Sultan Abdul Majid mengisytiharkan kesamarataan antara rakyat Muslim dan bukan Muslim empayar 'Uthmaniyyah, dan sejak itu status perundangan zimmi tidak lagi wujud.
Dalam konteks Malaysia, rakyat bukan Muslim adalah saudara setanahair yang terikat dengan kita melalui perlembagaan, kerakyatan, dan kontrak sosial. Ia realiti yang sama sekali berbeza daripada dar al-harb atau 'aqd al-zimmah zaman silam.
Melabel bukan Muslim Malaysia (terutamanya politikus) yang dilihat mengeluarkan kenyataan mengancam agama Islam atau mencabar kedudukan Islam sebagai “harbi” tidak ada menyelesaikan apa-apa masalah. Malah, berisiko mencetuskan lebih banyak masalah mendatang.
Melabel bukan Muslim Malaysia secara umumya sebagai “zimmi” juga tersasar dari konteks sejarah istilah itu sendiri, dan pensyariatan asalnya.
Kita tidak dapat nafikan bahawa antara punca sebenar tularnya label sebegini dalam kalangan masyarakat awam dan sebahagian ilmuan adalah kerana tekanan sosioekonomi, ketidakstabilan politik, krisis psikologi, dan pengaruh sesetengah fahaman ideologi.
Kita juga sedia maklum wujudnya kelompok yang sengaja mencurah minyak pada api yang marak dinyalakan segelintir politikus dan juak-juaknya melalui akaun-akaun palsu serta kenyataan “childish” di media sosial yang mengguris sensitiviti umat Islam.
Perkara ini telah dihuraikan panjang lebar secara langsung dan tidak langsung oleh Syeikh al-Qaradawi dalam Zahirat al-Ghuluww fi al-Takfir, oleh Syeikh Bin Bayyah dalam al-Irhab: al-Tashkhis wa al-Hulul, dan oleh Syeikh Syarif Hatim al-'Awni dalam Takfir Ahl al-Shahadatayn. Bacaan dan wacana sihat tentang ketiga-tiga karya ini amat digalakkan sebagai penelitian jangka masa panjang.
Pendirian saya jelas. Istilah kafir harbi dan kafir zimmi tidak sesuai dikenakan ke atas rakyat bukan Muslim Malaysia. Sudah tiba masanya kita kembali kepada bahasa perlembagaan dan kerakyatan. Ia bahasa yang lebih tepat, lebih adil, dan lebih menjaga perpaduan negara.
Keprihatinan ini turut wajar diimbangi dengan satu lagi realiti yang membimbangkan sebahagian masyarakat hari ini iaitu segelintir individu bukan Muslim yang menzahirkan kebencian mendalam terhadap Islam.
Apa yang berlaku pada sebahagian golongan hari ini melangkaui ketakutan itu. Ia membawa ciri “islamodium”, istilah yang merujuk kebencian mendalam yang mendorong tindakan menghina Islam secara terbuka di media sosial.
Realiti ini penting diakui secara jujur, di sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Menolak label harbi dan zimmi terhadap rakyat bukan Muslim adalah satu langkah adil dari segi sejarah dan perundangan. Menegur tindakan islamodium yang menghina agama majoriti turut menjadi langkah adil yang sama pentingnya.
Kerakyatan yang saksama menuntut penghormatan dua hala. Umat Islam menghormati rakyat bukan Muslim sebagai saudara setanahair dan tidak menghina agama lain. Manakala selain Muslim wajar patuh kepada Perlembagaan dan tidak sesekali mencetuskan ketidakselesaan dari sudut sensitiviti agama yang dilihat mengancam kedudukan agama.
Apa yang dilihat mengancam kedudukan agama hari ini? Antaranya adalah kenyataan segelintir politikus di media sosial tentang kedudukan Islam, tidak mengambil serius titah Sultan, pembinaan rumah ibadah yang tidak berstruktur dan tidak sistematik serta isu-isu pencerobohan tanah.
Menjelang 31 Ogos, mari kita sama-sama baiki apa yang kurang. Masih belum terlambat.
Pernah tak kita cakap sesuatu, lepas tu sesal berhari-hari?
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata:
"Semoga Allah merahmati orang yang menahan lebihan kata-katanya, dan mendahulukan lebihan amalannya." (Uyun al-Akhbar, 1/380)
Pesanan yang mudah, tapi berat nak dilaksana.
Kita hidup dalam era di mana “dunia” menyukai orang banyak cakap: banyak status, banyak komen, banyak "aku rasa...".
Terlalu sedikit ruang untuk diam dan fikir dahulu sebelum memuatnaik video atau hantaran di media sosial.
Abu al-Darda' ada nasihat yang indah untuk direnung:
"Adillah antara dua telingamu dan mulutmu, kerana kau dikurniakan dua telinga dan satu lidah, supaya kau lebih banyak mendengar daripada bercakap." (Uyun al-Akhbar, 2/573)
Luqman al-Hakim berpesan pada anaknya:
"Wahai anakku, tidak pernah aku menyesal kerana diam. Kalau kata-kata itu perak, maka diam itu emas." (al-Zuhd, Imam Ahmad bin Hanbal, ms. 126–127)
Sebenarnya bukan soal jadi pendiam atau tak boleh bersuara. Ramai ulama salaf sendiri banyak berdakwah, mengajar, menegur kemungkaran. Pokoknya, bersuara apabila perlu.
Apa yang mereka jaga adalah "fudhul al-kalam" atau lebihan kata-kata yang tak mendatangkan apa-apa faedah. Setiap patah yang keluar, mereka anggap sebahagian daripada amal yang akan disoal di akhirat kelak.
Hasan al-Basri ada satu pesanan yang amat tajam. Katanya:
"Tidak difahami agamanya oleh sesiapa yang tidak menjaga lidahnya." (Mausu'ah Ibn Abi al-Dunya, 7/51)
Cuba kita jujur dengan diri sendiri. Berapa banyak dalam sehari kita bercakap (atau menaip) sesuatu yang sebenarnya tak perlu, tak menambah kebaikan pada diri atau orang lain?
Berhenti seketika dan tanya: kalau ini ditimbang kelak di akhirat, beratnya ke arah baik atau sebaliknya?
Moga Allah kurniakan kita lidah yang lebih banyak diam untuk berfikir, berbanding pantas untuk berkata-kata. Jari jemari yang mampu jeda seketika, berbanding lajunya meninggalkan akal di muara.
06/08/2026
Sedikit buah fikiran yang keluar dari polemik Rocky.
https://mohamadrazif.substack.com/p/jalan-tengah-bagi-isu-anjing-liar
Click here to claim your Sponsored Listing.