Parit Raja

Parit Raja

Share

Penduduk Ramai Keturunan Jawa,dikenali Pt Raja kerana dahulu ada Parit yg dibina oleh Raja wallahhualam

12/09/2026

SERANGAN ANJING LIAR: APA TANGGUNG JAWAB PELINDUNG ANJING LIAR?

1. Hari ini seorang lagi mangsa serangan anjing liar berumur dua tahun cedera parah. Apa tanggung jawab kump**an pelindung anjing liar ini? Ada mereka melawat mangsa dan membantu membayar segala kos perubatan serta berusaha meringankan beban keluarga mangsa?

2. Sampai bila kita perlu membaca berita-berita sebegini lagi?

"BATU PAHAT: "Saya menjerit lihat cucu terbaring dengan kepala dan mula dipenuhi darah, dikelilingi lima ekor anjing".

Darlinda Darlis, 56, terkejut melihat cucunya, Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi yang berusia dua tahun, parah digigit anjing liar di hadapan rumahnya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, Batu Pahat."

SASARAN SIFAR ANJING LIAR: PBT DAN KERAJAAN NEGERI PERLU BERTINDAK SECARA SISTEMATIK

3. Singapura membuktikan kawalan pop**asi anjing liar boleh dilaksanakan melalui TNRM (Tangkap–Mandul–Rehome/Release–Manage), disokong pendaftaran, pelesenan dan mikrocip anjing, penguatkuasaan terhadap pembuangan serta pengabaian haiwan, pembiayaan berterusan dan kerjasama kerajaan–NGO–doktor veterinar. Sasaran pemandulan melebihi 70% menjadi antara penanda aras penting program tersebut.

4. Belanda p**a menekankan reformasi sosial jangka panjang melalui pemilikan haiwan yang bertanggungjawab, pendaftaran pemilik, pencegahan pengabaian dan penguatkuasaan. Pendekatan ini membantu mengurangkan kemasukan anjing baharu ke jalanan.

5. Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kedua-dua pendekatan ini. TMVP (Tangkap–Mandul–Vaksin–Pantau) perlu dijadikan program berterusan dengan peruntukan tetap, sasaran tahunan dan pemantauan prestasi. PBT dan kerajaan negeri perlu menetapkan sasaran sifar anjing liar berkeliaran di taman-taman perumahan.

Empat perkara mesti bergerak serentak:

I. Pendaftaran dan mikrocip semua anjing peliharaan bagi memastikan pemilik dapat dikesan.

II. Pemandulan dan vaksinasi berskala besar, dengan liputan tinggi sebagai sasaran.

III. Penguatkuasaan tegas terhadap pembuangan, pengabaian dan pembiaran anjing berkeliaran.

IV. Pembiayaan berterusan serta kerjasama kerajaan, PBT, NGO dan doktor veterinar untuk menggerakkan tindakan pemandulan dan pemasangan mikrocip.

6. Penguat kuasa juga mesti dilindungi dan disokong selagi menjalankan tugas mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard. Pada masa sama, kump**an atau organisasi yang memberi makan, membela atau mengurus anjing liar perlu memikul tanggungjawab memastikan anjing tersebut dimandulkan, divaksin, dipantau dan tidak mengancam keselamatan awam, serta bekerjasama dengan PBT dan doktor veterinar.

7. Pengalaman Singapura menunjukkan kepentingan struktur pentadbiran yang jelas melalui Animal & Veterinary Service (AVS), program TNRM bersasaran, pelesenan dan mikrocip wajib serta kerjasama berterusan dengan NGO. SPCA Singapura turut mempunyai sejarah panjang menyokong usaha pemandulan.

8. Sifar anjing liar berkeliaran di kawasan perumahan mesti menjadi sasaran dasar, bukan sekadar slogan.

9. PBT, kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu beralih daripada pendekatan reaktif kepada sistem yang menggabungkan TMVP, pendaftaran dan mikrocip, kawalan pembiakan, penguatkuasaan terhadap pemilik tidak bertanggungjawab serta operasi berterusan.

10. Keselamatan rakyat mesti menjadi keutamaan, manakala kebajikan haiwan hendaklah diurus melalui sistem yang berdisiplin, berperikemanusiaan dan bertanggungjawab.

07/09/2026

"BANK DUNIA UNJUR KEMISKINAN INDONESIA 64.2%, MALAYSIA 1%: YANG PATUT DIGANYANG ITU KEMISKINAN!"

Cuba kita undur masa sekejap ke zaman pemerintahan Sukarno. Waktu tu, negara kita Malaysia baru sangat nak dibentuk, tapi dah pun jadi sasaran kemarahan.

Kita dituduh kononnya sebagai projek penjajahan acuan baharu British. Di mata mereka ketika itu, kewujudan Malaysia ni seolah-olah satu ancaman besar yang mesti dilawan habis-habisan.

"Ganyang Malaysia!"

Tapi laungan keramat tu sebenarnya datang dengan harga yang sangat mahal. Sepanjang zaman Konfrontasi dari tahun 1963 sampai 1966, keselamatan rakyat kita sentiasa terancam dengan pencerobohan bersenjata dan serangan bom.

Akhirnya, orang awam juga yang terpaksa hidup menanggung ketakutan, berpunca daripada keputusan politik yang dibuat jauh dari rumah mereka.

Sekarang, lepas lebih enam dekad berlalu, nama Malaysia dan Indonesia sekali lagi diletakkan bersebelahan. Tapi kali ini ceritanya berbeza, ia menerusi laporan Bank Dunia.

Cuma perbandingan kali ni rasanya cukup untuk buat sesiapa yang masih rancak nak merendah-rendahkan jiran sebelah, terdiam sekejap sebelum sambung menaip komen.

Menurut Bank Dunia, unjuran kadar kemiskinan Indonesia bagi tahun 2026 dijangka berada pada paras 64.2 peratus. Malaysia p**a cuma 1 peratus.

Macam mana angka ni dikira? Ukuran ini menggunakan garis AS$8.30 untuk seorang sehari berpandukan keserataan kuasa beli tahun 2021. Senang cerita, ukuran ini memang dah siap-siap ambil kira perbezaan harga barang antara negara.

Ini adalah penanda aras standard bagi negara berpendapatan menengah atas. Bukannya guna garis kemiskinan ekstrem yang diletakkan pada paras AS$3 sehari tu.

Dua-dua angka ini dipetik daripada unjuran laporan Macro Poverty Outlook edisi April 2026. Penjelasannya ringkas saja, kita sekarang sedang membandingkan anggaran Bank Dunia menggunakan kayu pengukur antarabangsa yang sama untuk kedua-dua buah negara.

Dan sejujurnya, jurang perbezaan tu memang sangat besar.

Bagi Indonesia, kadar pada garis tersebut ialah 68.1 peratus pada tahun 2024. Unjuran 64.2 peratus menjelang 2026 tu memanglah nampak macam ada penurunan. Tapi hakikatnya, ia masih meninggalkan lebih enam daripada setiap sepuluh penduduk di sana hidup di bawah paras penanda aras tadi.

Di sinilah pihak pentadbiran patut mula menerima soalan yang keras. Lepas sekian lama sembang kencang tentang betapa hebatnya potensi negara, sejauh mana hasil kemajuan tu betul-betul sampai ke meja makan keluarga yang hidupnya masih kais pagi makan pagi?

Bank Dunia ada juga ketengahkan isu tentang betapa susahnya nak wujudkan pekerjaan formal yang bergaji tinggi, ditambah p**a dengan masalah pendapatan golongan pertengahan yang mendatar tak naik-naik.

Bahasa laporan ekonomi ni bunyinya memang skema sikit. Jadi, mari kita bawa realitinya ke sebuah gerai kecil di tepi jalan.

Cuba bayangkan seorang peniaga yang tengah mengira hasil untung lepas penat mengemas barang jualan di gerainya. Duit tu dia asingkan awal-awal. Sebahagian untuk modal beli bahan mentah esok, sebahagian lagi untuk belanja dapur keluarga. Baki ciput yang tinggal itulah satu-satunya duit simpanan untuk hadapi hari kecemasan yang tak dirancang.

Buatnya motosikal dia rosak tiba-tiba, duit simpanan tulah yang akan terusik dulu. Kalau dia jatuh sakit dan tak larat nak berniaga beberapa hari, pendapatan terus terputus sedangkan belanja makan pakai anak bini di rumah tetap berjalan macam biasa.

Waktu hidup tengah tersepit macam ni, ucapan berdegar-degar pasal kehebatan negara langsung tak bawa makna tanpa ada peluang pekerjaan yang lebih baik dan perlindungan bila tiba masa susah.

Peniaga tu tetap terpaksa gagahkan diri buka gerai juga keesokan harinya, walaupun badan belum betul-betul sihat.

Yalah, setakat hari ni rasanya belum ada lagi kedai runcit yang sudi terima bayaran beras menggunakan tepukan gemuruh lepas dengar ceramah politik.

Sebab tulah, bila tengok perang komen antara rakyat dua negara di media sosial ni kadang-kadang rasa menyedihkan. Beria-ia bertikam lidah pertahankan maruah negara sampai berpuluh komen balasan.

Tapi bila ada yang mula tanya fasal mutu kualiti hidup rakyat sendiri, laju saja soalan tu ditenggelamkan dengan tuduhan tak patriotik.

Padahal hakikat yang kita kena terima, menuntut pentadbiran yang cekap tu juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita kepada negara.

Bila peluang kerja tak sepadan dengan kelulusan yang ada, pemimpin wajib jawab. Bila hasil pembangunan negara tak cukup dirasai oleh marhaen di bawah, setiap penjelasan mesti disusuli dengan tindakan. Jangan setiap kali ada kelemahan sendiri, kita sibuk menjaja cerita betapa buruknya jiran sebelah semata-mata nak tutup mata rakyat.

Jiran tak tolong bayarkan gaji kita pun. Orang yang pegang kuasa dan mengurus dasar negaralah yang patut kita asak dan tanya setiap masa.

Namun, angka 1 peratus yang Bank Dunia letak untuk kita ni bukanlah sijil untuk mana-mana kerajaan berehat selesa. Nilai sebenar kejayaan sesebuah pentadbiran itu akhirnya akan diuji dan diukur melalui realiti kehidupan rakyatnya sendiri.

Termasuklah membela nasib mereka yang masih tercicir di luar sana, walaupun atas kertas perangkaan purata negara nampak cukup cantik.

Sejarah Ganyang dah buktikan macam mana permusuhan politik boleh dibesarkan sampai rakyat sanggup pandang jiran sebagai musuh. Tapi realitinya, cabaran nak membangunkan negara ni perlukan kerja keras yang berpanjangan. Bermula daripada usaha tingkatkan mutu pendidikan sampailah membuka peluang pekerjaan yang mampu menyara kehidupan keluarga.

Kerja-kerja urus tadbir macam ni memang tak semeriah aksi berdiri pegang mikrofon sambil melaungkan slogan. Nak nampak hasil pun memakan masa. Dan kalau gagal, ia takkan boleh diselesaikan dengan hanya menjerit lebih kuat.

Jadi kalau masih ada yang nak sangat menghidupkan semangat ganyang, biarlah kemiskinan itu yang diletakkan di barisan paling depan untuk diganyang.

Biar keberanian sebenar seorang pemimpin tu diukur melalui kesanggupan mereka membaiki kelemahan urus tadbir dan mengubah nasib rakyat, terutamanya selepas lampu pentas ditutup dan kerusi khemah mula disimpan.

Alang-alang bercerita bab ni, bagi korang yang nak faham lebih mendalam macam mana kempen Ganyang Malaysia dulu boleh berkembang sampai jadi konflik sebenar, korang boleh sambung baca buku Konfrontasi: Ganyang Malaysia hasil karya Rafe Rahmat.

Kisah dalam buku ni akan bawa kita selami balik zaman di mana permusuhan politik antara dua negara serumpun akhirnya mengancam keselamatan dan nyawa rakyat biasa.

https://s.shopee.com.my/6fgzqe4zrg

28/07/2026

Weh, korang tahu tak ada satu kampung ni, orang mati pun ladang dia tetap siap dituai?

Bukan sebab hantu. Sebab jiran.

Cerita ni jadi kat Antler, North Dakota. Tempat sejuk, orang sikit, ladang berekar-ekar.

Ada sorang pakcik ni nama dia Randy. Petani. Kerja dia tanam jagung, kacang soya, kanola.

September tahun lepas, dia kemalangan. Terus tak balik rumah.

Tinggal isteri dia Kharra, dua orang anak lelaki, dan 1,400 ekar tanaman yang tengah masak menunggu dituai.

Korang bayangkan 1,400 ekar tu berapa besar.

Kalau nak ikut ukuran kita orang, dalam 560 hektar. Bukan kebun belakang rumah, ni ladang betul-betul.

Dan tanaman ni benda yang tak reti bersimpati.

Kau sedih ke, kau menangis ke, dia tetap masak. Lambat sikit, reput.

Bapa mertua Randy, Pakcik Larry, yang berkebun sama dia dulu, terpaksa fikir semua tu sendirian.

Umur dah tua, hati tengah patah, tapi kerja tak siap-siap sendiri.

Sampailah sorang kawan Randy nama dia Andy Gates datang jumpa dia.

Aku ingatkan dia nak bagi ucapan takziah panjang berjela macam kita orang biasa buat.

Tapi tak. Dia cakap pendek je.

"Jangan risau pasal jagung tu. Kami akan uruskan."

Habis. Itu je ayat dia.

Tak ada mesyuarat, tak ada AJK, tak ada kutipan derma, tak ada banner.

November, pagi berkabus. Pakcik Larry dengar bunyi enjin dari hujung jalan.

Dia keluar tengok. Bukan satu kereta. Bukan dua.

Dua belas jentera penuai masuk beratur. Lebih empat puluh buah trak.

Tujuh puluh lima orang datang dari lebih sepuluh buah pekan sekeliling.

Ada yang datang dari pekan lama Randy dulu, jauh punya jauh.

Sebab dia pernah tinggal situ, dan orang situ masih ingat dia.

Diorang tak buat main hentam keromo. Ada sistem.

Bahagi tiga kump**an, tiga ladang, trak diagihkan ikut kump**an. Macam operasi tentera.

Kilang bijirin tempatan pun standby, sebab diorang tahu hari tu barang akan masuk melimpah-limpah.

Dalam beberapa hari je, habis semua. Bersih.

Kharra berdiri dalam bengkel, tengok semua tu berlaku depan mata.

Dia kata pemandangan tu "sangat mengagumkan". Aku rasa dia pun tak jumpa perkataan yang cukup.

Kawan Randy, Wyatt Thompson, ada cakap satu ayat yang aku tak boleh lupa.

"Sesiapa yang kenal Randy mesti sayang dia. Jangkauan dia macam tak ada penghujung."

Dan aku terfikir, kenapa cerita ni terasa macam pernah kita dengar?

Sebab benda ni bukan benda asing. Ini gotong-royong. Kita punya benda.

Zaman atuk nenek kita, rumah orang roboh, sekampung angkat sama-sama. Kenduri, jiran datang tolong tanpa dijemput.

Sekarang? Jiran sebelah rumah pun kita kenal muka je, nama tak tahu.

Kita ada grup WhatsApp taman perumahan, aktif betul.

Tapi aktif marah pasal parking dan bunyi anjing.

Yang peliknya, orang putih kat ladang tu tak ada grup WhatsApp taman.

Diorang cuma ada seorang lelaki yang cakap "jangan risau, kami uruskan", dan tujuh puluh empat orang lagi yang percaya cakap dia.

Ada orang mati tinggalkan harta.

Randy tinggalkan sekump**an manusia yang sanggup turun padang untuk keluarga dia, walaupun dia dah tak ada untuk ucap terima kasih.

Kalau nak tahu nilai sebenar seseorang, jangan tengok berapa banyak dia ada masa hidup.

Tengok berapa ramai yang datang bila dia dah tak mampu bagi apa-apa lagi.

Follow Parit Raja untuk lebih banyak cerita menarik setiap hari.

28/07/2026

Hari ini 66 tahun yang lalu, bunga raya diisytihar sebagai Bunga Kebangsaan.

Pada 1958, selepas Persekutuan Tanah Melayu diberi kemerdekaan & sudah berpentadbiran sendiri, Menteri Pertanian Abdul Aziz Ishak telah meminta pandangan umum tentang pemilihan bunga kebangsaan yang akan menjadi simbol kepada negara.

Di hujung tahun tersebut, Kementerian Pertanian mengemukakan 7 jenis bunga untuk dipilih dalam bancian ramai. Bunga-bunga tersebut adalah bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka & bunga tanjung.

Selepas bancian dijalankan, didapati bunga mawar mendapat undian tertinggi daripada penduduk Pantai Timur Semenanjung, sementara bunga melur menjadi pilihan majoriti rakyat di Pantai Barat. Begitu pun, akhirnya kerajaan memutuskan untuk memilih bunga raya.

Bunga tersebut, dengan nama saintifiknya 'hibiscus', dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
1) Terkenal dalam kalangan masyarakat,
2) Warna menyerlah, hidup, gembira, riang gilang-gemilang berbanding bunga-bunga lain,
3) Warna merahnya melambangkan keberanian,
4) Kelopaknya yang lebar & melentur tidak kurang cantiknya daripada bunga-bunga lain,
5) Pokoknya berbunga sepanjang masa & tidak bermusim,
6) Ia boleh ditanam dengan mudah.

Lantaran itu, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan ketika merasmikan Pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Turf Selangor pada 28 Julai 1960.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

08/07/2026

"Iran Lancarkan Puluhan Peluru Berpandu Ke Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Kuwait"

Korang perasan tak perangai hipokrit kuasa besar yang satu ini makin lama makin melampau.

Hari ini dunia digegarkan dengan satu berita panas yang memang dah lama ditunggu-tunggu oleh mereka yang meluat tengok keangkuhan empayar Barat.

Ruang udara Kuwait bergema dengan bunyi siren amaran yang membingitkan telinga apabila pangkalan tentera Amerika Syarikat di sana baru sahaja diserang dengan puluhan peluru berpandu oleh tentera Iran.

Serangan peluru berpandu ini bukanlah satu bentuk keganasan membuta tuli seperti yang selalu dicanang oleh media Barat.

Ia adalah satu tindak balas geopolitik yang sangat wajar dan memang patut dilakukan.

Kita kena ingat bahawa krisis ini meletus kerana Amerika Syarikat yang memulakan provokasi terlebih dahulu dengan melancarkan siri serangan udara membedil sasaran di dalam wilayah Iran.

Apabila kedaulatan negara dicabar dan diganyang oleh jet pejuang asing, mana-mana negara yang bermaruah di dunia ini pasti akan menekan butang serang balas.

Persoalan yang paling logik untuk kita fikirkan sekarang adalah apa kejadahnya tentera Amerika berada beribu-ribu batu jauhnya dari negara mereka dan memacakkan pangkalan tentera darat di Kuwait.

Jawapannya terletak pada satu rahsia perancangan hegemoni yang telah dikupas secara mendalam melalui pandangan pakar strategi Amerika sendiri iaitu Zbigniew Brzezinski di dalam bukunya The Grand Chessboard.

Menurut kerangka pemikiran strategik tersebut, daratan benua Amerika Syarikat sebenarnya hanyalah sebuah kep**auan yang terletak di kawasan pinggiran dunia.

Ancaman paling besar bagi kelangsungan empayar mereka bukanlah kehadiran satu negara yang kuat bersendirian.

Mimpi ngeri yang sebenar buat mereka adalah jika negara-negara di benua Eurasia berhenti bergaduh sesama sendiri dan bersatu membentuk satu blok kuasa daratan yang besar.

Untuk menghalang penyatuan musuh-musuh mereka di Eurasia ini daripada menjadi kenyataan, Amerika Syarikat wajib memastikan mereka mengawal titik pertemuan antara benua Eropah, Asia dan Afrika iaitu wilayah Timur Tengah.

Rantau ini bertindak sebagai titik sempit bagi keseluruhan rantaian perdagangan Eurasia.

Matlamat utama dasar luar Washington selepas berakhirnya era Perang Dingin adalah sangat mudah.

Mereka mesti memastikan tiada mana-mana kuasa tunggal yang berjaya mengawal atau mendominasi rantau tersebut secara mutlak.

Atas sebab itulah mereka sangat obses membina pangkalan tentera di wilayah Arab semata-mata untuk bertindak sebagai polis serantau yang terus mengkucar-kacirkan kestabilan musuh mereka.

Kehadiran tentera Amerika di Kuwait bukanlah bertujuan ikhlas untuk melindungi umat Islam di rantau tersebut.

Ia adalah satu percaturan halus untuk menjadikan negara-negara ini sebagai proksi dan zon penampan fizikal bagi menghalang kemaraan pengaruh Republik Islam Iran.

Amerika mengeksploitasi ketakutan jiran-jiran Arab ini dengan menggunakan janji pelaburan keselamatan dan jualan senjata berteknologi tinggi untuk memaksa negara Teluk terus bergantung nyawa kepada pihak Washington.

Namun begitu, keberanian Iran melancarkan serangan peluru berpandu tepat ke arah kemudahan tentera Amerika ini telah memecahkan mitos bahawa mereka adalah satu kuasa suci yang kebal dan tidak boleh disentuh.

Ia menghantar satu mesej yang amat tajam bahawa selagi Amerika Syarikat bertindak sebagai samseng yang campur tangan secara fizikal di halaman rumah orang lain, mereka juga akan mula berdarah.

Selagi wujud kuasa penjajah moden yang berasakan diri mereka lebih agung dari sebarang bentuk undang-undang dan bertindak seolah-olah berhak mengebom kedaulatan sesiapa sahaja mengikut nafsu, selagi itulah wilayah Timur Tengah tidak akan pernah merasa erti keamanan yang sebenar.

Tindakan Iran yang berani membalas ini membuktikan bahawa dalam permainan geopolitik yang kasar dan kejam, kuasa besar Barat hanya akan faham satu bahasa sahaja iaitu bahasa kekuatan ketenteraan dan kos peperangan yang mahal.

Dunia Islam tidak boleh selamanya mengalah menjadi penonton yang pasif dan membiarkan garisan peta kedaulatan mereka dicatur sesuka hati oleh tangan-tangan dari luar.

Sebab itu lah Malaysia kena jadi negara kuat.

___

Kalau korang selalu rasa pelik kenapa dunia Islam yang ada hampir dua bilion manusia, lebih 50 negara, sumber minyak dan gas yang besar, serta laluan maritim penting macam Selat Melaka, Hormuz, Bab al-Mandab dan Terusan Suez masih nampak lemah setiap kali isu P, G, Iran, Saudi, Turki, Pakistan, Amerika dan Isbiol meletup, buku Geopolitik Dunia Islam: Peta, Konflik dan Kuasa Umat ni memang kena baca. Buku ni bukan ajar kita marah kosong atau telan teori konspirasi murah, tapi bawa kita baca peta, sejarah, minyak, sempadan, tentera, laluan dagang dan kepentingan kuasa besar dengan lebih tajam. Lepas baca, berita dunia tak lagi nampak macam kejadian rawak, tapi macam kepingan puzzle yang mula bercantum satu demi satu. Dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/3g18ssVBJL

05/04/2026

TERKINI‼️

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian telah menulis surat terbuka yang panjang kepada rakyat Amerika Syarikat.Surat terbuka itu ditulis menjelang ucapan oleh Donald Trump, antara isi penting dalam surat itu beliau menggariskan pendirian Tehran terhadap konflik semasa.

TERJEMAHAN SURAT:
(ke dalam Bahasa Melayu)

“Kepada rakyat Amerika Syarikat, dan kepada semua yang di tengah-tengah banjir penyelewengan maklumat serta naratif yang direka-reka, masih mencari kebenaran dan mengimpikan kehidupan yang lebih baik.

Iran,dengan nama, watak dan identitinya,adalah salah satu tamadun berterusan tertua dalam sejarah manusia. Walaupun memiliki kelebihan sejarah dan geografi pada pelbagai masa, Iran dalam sejarah modennya tidak pernah memilih jalan pencerobohan, peluasan kuasa, penjajahan atau dominasi. Bahkan setelah menghadapi pendudukan, pencerobohan, dan tekanan berterusan daripada kuasa besar dunia,serta walaupun memiliki kelebihan ketenteraan berbanding banyak negara jiran,Iran tidak pernah memulakan peperangan.
Namun, ia sentiasa mempertahankan diri dengan tegas dan berani daripada mereka yang menyerangnya.

Rakyat Iran tidak menyimpan permusuhan terhadap mana-mana bangsa lain, termasuk rakyat Amerika, Eropah atau negara jiran. Walaupun berdepan campur tangan asing dan tekanan berulang kali sepanjang sejarah mereka yang penuh kebanggaan, rakyat Iran sentiasa membezakan antara kerajaan dan rakyatnya. Ini adalah prinsip yang berakar dalam budaya dan kesedaran kolektif Iran,bukan sekadar pendirian politik sementara.

Atas sebab ini, menggambarkan Iran sebagai ancaman tidak selari dengan realiti sejarah mahupun fakta semasa. Persepsi tersebut adalah hasil kehendak politik dan ekonomi pihak berkuasa besar,keperluan untuk mencipta musuh bagi mewajarkan tekanan, mengekalkan dominasi ketenteraan, menyokong industri senjata, dan mengawal pasaran strategik. Dalam keadaan sebegini, jika ancaman tidak wujud, ia akan dicipta.

Dalam kerangka yang sama, Amerika Syarikat telah menumpukan jumlah terbesar tenteranya, pangkalan dan keupayaan ketenteraan di sekitar Iran,sebuah negara yang, sekurang-kurangnya sejak penubuhan AS, tidak pernah memulakan peperangan. Serangan Amerika yang dilancarkan dari pangkalan-pangkalan ini menunjukkan betapa mengancamnya kehadiran ketenteraan tersebut. Sudah tentu, tiada negara yang berdepan keadaan sebegini akan mengabaikan pengukuhan keupayaan pertahanannya. Apa yang dilakukan Iran adalah tindak balas terukur berasaskan pertahanan diri yang sah, dan bukan permulaan peperangan atau pencerobohan.

Hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat pada asalnya tidak bermusuhan, dan interaksi awal antara rakyat kedua-dua negara tidak dicemari ketegangan. Titik perubahan berlaku pada rampasan kuasa 1953—campur tangan haram Amerika yang bertujuan menghalang nasionalisasi sumber Iran. Rampasan kuasa itu merosakkan proses demokrasi Iran, mengembalikan pemerintahan diktator, dan menanam rasa tidak percaya mendalam terhadap dasar AS.

Ketidakpercayaan ini semakin mendalam dengan sokongan Amerika terhadap rejim Shah, sokongan kepada Saddam Hussein semasa perang 1980-an, sekatan ekonomi yang paling lama dan menyeluruh dalam sejarah moden, serta akhirnya serangan ketenteraan tanpa provokasi(dua kali)ketika rundingan sedang berlangsung.

Namun, semua tekanan ini gagal melemahkan Iran. Sebaliknya, negara ini semakin maju dalam banyak bidang: kadar celik huruf meningkat daripada sekitar 30% sebelum Revolusi Islam kepada lebih 90% hari ini; pendidikan tinggi berkembang pesat; kemajuan besar dicapai dalam teknologi moden; perkhidmatan kesihatan bertambah baik; dan pembangunan infrastruktur berlaku pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Semua ini adalah realiti yang boleh diukur dan diperhatikan.

Pada masa yang sama, kesan buruk dan tidak berperikemanusiaan daripada sekatan, peperangan dan serangan terhadap kehidupan rakyat Iran tidak boleh dipandang ringan. Serangan dan pengeboman memberi kesan mendalam terhadap kehidupan, sikap dan pandangan rakyat. Ini adalah hakikat manusia: apabila perang memusnahkan kehidupan, rumah, bandar dan masa depan, rakyat tidak akan berdiam diri terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Ini menimbulkan persoalan penting: kepentingan siapakah sebenarnya yang dilindungi oleh peperangan ini? Adakah wujud ancaman sebenar daripada Iran untuk membenarkan tindakan tersebut? Adakah pembunuhan kanak-kanak tidak bersalah, kemusnahan kemudahan rawatan kanser, atau kebanggaan mengebom sesebuah negara “kembali ke zaman batu” memberi manfaat selain merosakkan imej global Amerika Syarikat?

Iran telah memilih rundingan, mencapai perjanjian, dan memenuhi semua komitmennya. Keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian tersebut, meningkatkan konflik, dan melancarkan serangan ketika rundingan sedang berlangsung adalah pilihan yang merosakkan oleh kerajaan AS.

Menyerang infrastruktur penting Iran,termasuk kemudahan tenaga dan industri,secara langsung menyasarkan rakyat Iran. Selain merupakan jenayah perang, tindakan ini mencetuskan ketidakstabilan, meningkatkan kos manusia dan ekonomi, serta menyemai kebencian yang berpanjangan. Ini bukan tanda kekuatan, tetapi tanda kekeliruan strategi.

Adakah Amerika terlibat dalam konflik ini sebagai proksi untuk Israel? Adakah Israel mencipta ancaman Iran untuk mengalihkan perhatian daripada isu Palestin? Adakah benar Israel ingin berperang hingga ke titisan terakhir darah tentera Amerika dan wang pembayar cukai Amerika?
Adakah “America First” benar-benar-benar menjadi keutamaan kerajaan AS hari ini?

Saya mengajak anda melihat melangkaui propaganda dan bercakap dengan mereka yang pernah melawat Iran. Lihatlah pencapaian rakyat Iran di seluruh dunia,yang berpendidikan tinggi dan menyumbang kepada teknologi serta akademik global.
Hari ini, dunia berada di persimpangan. Meneruskan jalan konfrontasi adalah lebih mahal dan sia-sia.

Pilihan antara konfrontasi dan kerjasama adalah nyata,dan akan menentukan masa depan generasi akan datang. Sepanjang sejarahnya, Iran telah mengatasi banyak penyerang. Yang tinggal hanyalah nama mereka dalam sejarah, sementara Iran terus kekal,tabah, bermaruah dan bangga.”

31/03/2026

Mohamad Safa bertanya satu soalan mudah — tapi jawapannya berat.

Kalau Iran yang bom Washington, bunuh Presiden, ahli politik, diplomat dan jeneral tertinggi Amerika... apa kita panggil tu?

Pengganas. Tiada soal. Tiada debat.

Tapi bila Amerika yang bom Tehran, bunuh ketua negara, pemimpin, diplomat dan jeneral tertinggi Iran... tiba-tiba namanya bertukar jadi "serangan preemptif."

Satu perbuatan yang sama. Dua nama yang berbeza. Sebab siapa yang buat — itulah yang menentukan label.

Inilah yang Safa persoalkan. Bukan perangnya. Tapi bahasanya.

Pegawai khas kontra-keganasan Amerika sendiri pun dah letak jawatan — sebab dia nilai Iran tak beri ancaman segera. Dia tak setuju. Dia keluar.

Di bawah Akta Kuasa Perang, Presiden boleh lancarkan operasi ketenteraan 60 hari tanpa izin Kongres. Soal siapa benar, siapa salah — tu belum selesai lagi.

Demokrat cuba hentikan. Republikan terus tahan. Tekanan makin naik.

Kita tak perlu jadi pakar politik untuk faham satu perkara mudah — dunia ni bukan adil. Tapi kita boleh pilih untuk nampak.

Follow Parit Raja untuk lebih banyak cerita menarik setiap hari!

30/03/2026

KITA DIAMBANG PERANG

Perang di Teluk kini tidak lagi sekadar show of force lagi, ia telah memasuki fasa yang lebih berbahaya iaitu PERANG. Apa yang berlaku mutakhir ini, realitinya ialah Amerika tidak mahu dimakukan, dan Iran p**a tidak berganjak walaupun setapak. Malah, Serangan balas Iran semakin menunjukkan ketepatan dan keberanian. Pangkalan-pangkalan Amerika di rantau Teluk yang sebelum ini dianggap selamat kini menjadi sasaran. Laporan kecederaan anggota tentera Amerika semakin meningkat, menandakan bahawa konflik ini bukan lagi perang gertak atau acahx, tetapi peperangan sebenar yang menuntut harga yang mahal.

Namun begitu, Amerika tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Serangan udara terus dilancarkan secara intensif, mensasarkan fasiliti strategik Iran termasuk pusat nuklear, infrastruktur tenaga, dan nod logistik utama termasuk universiti dan kemudahan awam. Bila dah sampai tahap bom university, Amerika sudah tetdesak. Tindakan yang sama dilakukan sebelum memyerang Iraq, University of Baghdad dibom
atas alasan ‘dual use space’z

Strategi ini jelas akan memberi kesan kepada Iran, bukan sahaja dari segi ketenteraan, tetapi juga dari segi ekonomi dan moral. Ini adalah pendekatan klasik kuasa besar menghancurkan keupayaan lawan sebelum memaksa mereka ke meja rundingan.

Walaupun begitu, Iran tidak melawan secara konvensional. Mereka memilih pendekatan asimetri menggunakan misil, dron, dan rangkaian proksi untuk meluaskan medan konflik. Serangan tidak lagi tertumpu kepada sasaran ketenteraan semata-mata, tetapi mula menyentuh simbol kehadiran Amerika di rantau ini. Ancaman terhadap institusi seperti universiti Amerika di negara Teluk menunjukkan satu peralihan penting. Perang ini kini memasuki dimensi psikologi dan ruang awam.

Saya melihat percaturan Amerika kali ini berhati-hati. Walaupun tambahan pasukan dihantar ke rantau ini, operasi darat berskala besar masih belum dilaksanakan. Ini bukan kerana kekurangan keupayaan, tetapi kerana kesedaran terhadap risiko. Sejarah telah menunjukkan bahawa perang di Timur Tengah jarang berakhir dengan cepat. Ia sering bertukar menjadi konflik berpanjangan yang menghakis kekuatan secara perlahan seperti yang pernah dialami di Vietnam dan Iraq.

Jika berlaku, perang kali ini bukan lagi soal siapa yang lebih kuat dari segi ketenteraan. Amerika memiliki teknologi dan kuasa tembakan yang luar biasa. Iran p**a mempunyai kelebihan dari segi kesabaran strategik, keupayaan bertahan, dan penggunaan perang asimetri.

Maka persoalan sebenar bukan lagi siapa yang akan menang dengan cepat Tetapi lebih kepada satu persoalan klasik dalam teori peperangan iaitu siapa yang mampu main lama dan siapa yang akan terlebih dahulu kehabisan combat power?

Dalam minda saya;

Berapa banyak lagi stok misil
Iran yang berbaki?

Pena Celoreng

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Batu Pahat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

No 10 , Jalan Pasar, Parit Raja
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parit Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Batu Pahat.