CBS S15 BBBangi
Car Boot Sale Bandar Baru Bangi Seksyen 15
Setiap Jumaat,Sabtu dan Ahad
Dari jam 7 petang hingga 12 Malam.
Untuk Masuk Niaga Boleh Wasap Pengurus Operasi (En Madi) di 014-317 9081
09/07/2026
Hebahan Komuniti
============
🌿 JOM TUKAR MINYAK MASAK TERPAKAI MENJADI KEBAIKAN! ♻️
Jangan buang minyak masak terpakai ke dalam sinki atau longkang. Setiap titisan minyak yang dikumpulkan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
📍 Bawa minyak masak terpakai anda ke Car Boot Sales kami di Section 15 Bandar Baru Bangi
✅ Mudah
✅ Mesra alam
✅ Menyokong usaha komuniti yang lebih hijau
Cara penyertaan:
🟢 Simpan minyak masak yang telah digunakan di dalam botol atau bekas yang bertutup.
🟢 Bawa ke booth kutipan kami.
🟢 Kami akan mengumpulkannya untuk dikitar semula dengan cara yang lebih selamat dan bermanfaat.
🌍 Bersama-sama kita jadikan sisa sebagai sumber yang bernilai.
📅 Tarikh: 19hb Julai 2026 (Ahad)
⏰ Masa: Bermula jam 9pm - 12am
📍 Lokasi: Car Boot Sales Section 15, Bandar Baru Bangi
📣 **Ajak keluarga, jiran dan rakan-rakan datang bersama! Lagi ramai yang menyertai, lagi besar impaknya kepada alam sekitar.**
💚 Jom jadi sebahagian daripada komuniti yang prihatin. Kami tunggu anda di booth kutipan minyak masak terpakai!
17/06/2026
🌙 Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H
Tahun baharu bukan sekadar pertukaran angka, tetapi peluang untuk memperbaharui niat, memperbaiki diri dan mendekatkan hati kepada Allah SWT.
Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, ketenangan, kesihatan yang baik serta rezeki yang melimpah buat kita semua.
✨ Hijrahkan hati, perbaiki diri, tingkatkan amal.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448H
16/06/2026
Tengah fikir hidup ini keras?
Meh lah chill chill kat CBS kite setiap Jumaat, Sabtu & Ahad
Mesej je Abg Madi kita untuk masuk niaga wasap.my/+60143179081/nktanyatapak
12/06/2026
Pada yang baru hilang pekerjaan
dan tak tahu nak buat apa
boleh baca ebook ni untuk dapatkan idea
Semoga ada rezekinya.
https://web.facebook.com/share/p/1BUtosaxYx/
Baru hilang kerja?
Masih mencari sumber income?
Jangan pandang rendah pada Car Boot Sales.
Ada orang menjadikannya sumber pendapatan yang konsisten.
Nak tahu bagaimana nak jadi penganjur dan berapa potensi incomenya?
📘 Panduan Praktikal Jana Income Daripada Tapak Parkir
Ditulis berdasarkan pengalaman sebenar dan langkah yang praktikal.
Komen "NAK".
Cbs seksyen 15 bandar baru Bangi
Jumaat ,Sabtu dan Ahad
7malam-12pagi
www.wasap.my/60143179081/nakTanya
https://maps.app.goo.gl/piUXr4BRdwu7MpMEA
https://waze.com/ul/hw282etq8u
06/05/2026
Warga Bangi & Kajang dan sekitarnya
ni ada port baru ni
port makan minum dan lifestyle
Jumaat ni (8/5/2026)
start kat depan Bangi Gateway Mall
kat depan main entrance tu je
kat tapak parking
Semua jemput datang ya
Ada peniaga CBS S15 kita niaga kat sana juga
https://web.facebook.com/share/p/1B8nr3JfVm/
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang sudi hadir memeriahkan Majlis Open House CBS Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada
YB Syahredzan Johan (Parlimen Bangi),
Dato’ Rahman selaku tuan tanah,
En. Farhan Haziq selaku Ahli Majlis Zon 17,
En. Ashraff serta barisan pegawai MPKJ,
Para peniaga dan juga semua jemputan yang hadir.
Semoga kehadiran dan sokongan semua pihak dapat mengeratkan lagi hubungan serta memeriahkan komuniti CBS Seksyen 15.
Terima kasih.
20/04/2026
Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin pada semua warga FB!
Pagi ni min nk kenalkan tulang belakang CBS Section 15 Bandar Baru Bangi
---------------------------
Kalau anda pernah berniaga di CBS Section 15 Bandar Baru Bangi…
anda pasti kenal satu nama ini — En Madi atau Abang Madi (gambar pertama - Abang Madi berdiri dikiri Ahli Majlis Zon 17 - En Farhan Haziq).
Beliau adalah Pengurus Operasi CBS kami.
Seorang yang JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan tugasnya.
---------------------------
Orangnya ramah.
Mulutnya ringan melayan.
Sentiasa ada di tapak, sentiasa ambil tahu.
Tapi jangan silap…
Di sebalik senyuman itu,
dia adalah “gatekeeper” sebenar CBS.
Semua peniaga yang masuk ke sini —
perlu melalui proses tapisan beliau selepas isi form booking niaga setiap hari Isnin.
Siapa yang betul-betul nak cari rezeki halal dan beradab, dia angkat. Jika sebaliknya...mungkin ada yang telah berpengalaman..huhu
Tegas? Ya! memang tegas!
Tapi masih boleh dibawa berbincang, asal beradab.
---------------------------
Sebab itu CBS bukan sekadar tempat berniaga…
tetapi platform yang menjaga keseluruhan environment niaga untuk wujudkan suasana dan vibe niaga yang positive dan tenang untuk berniaga.
---------------------------
Abang Madi bukan sekadar Pengurus Operasi.
Dia penjaga ekosistem dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh Penganjur kepada beliau.
Dia yang memastikan hanya yang betul-betul serius dan berdisiplin kekal di sini.
Dan mungkin sebab itu…
ramai yang senang berurusan dengan Abang Madi, walaupun dalam masa yang sama “takut-takut sayang” 😄
Terima kasih En Madi, bang Madi.
Kerana memastikan suasana tenang dan aman damai untuk berniaga, menjaga komuniti, dan menjaga nama CBS S15 BBBangi.
---------------------------
Ada yang nak masuk niaga? PM je Abam Madi kita at wasap.my/+060143179081/nakniagabang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Opening Hours
| Friday | 18:01 - 00:01 |
| Saturday | 18:00 - 00:01 |
| Sunday | 18:01 - 00:01 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when CBS S15 BBBangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.