Sangkar Rasam
Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat P180 Keningau Pengerusi Otai Reformis Negeri Sabah (PKR)
Ketua Cabang P.180 Keningau
01/09/2026
1 SEPTEMBER 2026 | SELASA | SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA AJK PKR KENINGAU
Menyampaikan sumbangan prihatin kepada En. Wara @ Maili Duaon, salah seorang AJK PKR Keningau dari Kg. Tagai, Keningau, yang sedang menghadapi masalah kesihatan.
Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan daripada keluarga besar PKR Cabang P180 Keningau kepada saudara kita yang sedang diuji. Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban beliau dan keluarga.
Saya mendoakan agar En. Wara @ Maili Duaon diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik. 🤲🏻
Kita jaga kita. Kebersamaan dan kepedulian sesama anggota Keadilan akan terus menjadi kekuatan kita.
Datuk Dr. Sangkar Rasam
Ketua Cabang PKR P180 Keningau
31/08/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan terus berganding bahu membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
Semoga semangat cintakan negara terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia, demi masa depan generasi yang akan datang.
**Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.**
**Selamat Hari Kebangsaan! 🇲🇾**
Ikhlas daripada,
**DATUK DR. SANGKAR BIN RASAM**
*Pengerusi FELCRA Niaga Sdn. Bhd.*
29/08/2026
🇲🇾 MERASMIKAN PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾
Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026 anjuran NADI Taman Sabana.
Program yang berlangsung di NADI Taman Sabana ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, malah menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam suasana yang penuh ceria dan harmoni.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak NADI Taman Sabana atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Terima kasih juga kepada semua warga komuniti yang hadir dan mengambil bahagian.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan bersatu padu.
💪 Badan Sihat, Jiwa Cergas, Negara Sejahtera!
🇲🇾 Ayuh kita semarakkan semangat Merdeka!
27/08/2026
24.08.2026 | Isnin | Sumbangan Buat SRK St. David Toboh, Tambunan
Hari ini berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada pihak SRK St. David Toboh, Tambunan bagi membantu menjayakan Program St. David’s Day yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Ogos 2026.
Semoga sumbangan ini dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan hadiah serta menyokong pelbagai aktiviti yang dirancang untuk para murid.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas usaha dan komitmen dalam menjayakan program yang bukan sahaja menceriakan warga sekolah, malah turut mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat.
Semoga program berjalan lancar dan memberikan manfaat serta kenangan yang bermakna kepada semua murid.
Ikhlas daripada,
Datuk Dr Sangkar Rasam
Ketua Cabang PKR P180 Keningau
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul ﷺ
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.
Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ sebagai pedoman dalam kehidupan.
Semoga dengan menghayati ajaran Baginda, kita dapat membina masyarakat yang lebih prihatin, bersatu padu dan penuh keberkatan.
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat, kasih sayang dan keberkatan Allah SWT. 🤲🏻
Ikhlas daripada,
Datuk Dr Sangkar Bin Rasam
Pengerusi FELCRA Niaga Sdn Bhd
16/08/2026
Sekitar Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC Melaka.
“Memugar Reformasi,Membina Madani”
16/08/2026
Kongres Nasional KEADILAN 2026
PKR Cabang P180 Keningau yang terdiri daripada pimpinan Cabang, AMK dan Wanita KEADILAN hadir bersama menyertai Kongres Nasional KEADILAN 2026.
Kehadiran ini menjadi ruang untuk bersama-sama mengikuti perjalanan kongres, mendengar amanat pimpinan serta memperkukuh semangat perjuangan KEADILAN.
Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi kekuatan untuk kita membawa suara dan harapan rakyat, khususnya dari Keningau dan Sabah.
“Memugar Reformasi,Membina Madani”
01/08/2026
Selamat Mengundi kepada semua pengundi Negeri Sembilan.Pilih Kestabilan,Kekal Harapan👍
KEADILAN mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi di Negeri Sembilan.
Undilah calon HARAPAN demi nogoghi yang kekal stabil dan maju ! 🗳️🚩
Mendoakan sahabat seperjuangan saya Tok Min menang dengan bergaya di Dun Linggi. Pilih kestabilan, Kekal Harapan, Kekal Tok Min
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Sangkar Rasam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.