SMK BAKTI RASMI
Pacuan Pendidikan Sejagat. Membina akhlak dan sahsiah. Unggul dalam matapelajaran selaras dengan wawasan dan halatuju negara. PROGRESIF & PROAKTIF
20/09/2026
π MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT SEMPENA SPM 2026 π€²π»π
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Sempena SPM 2026 anjuran SMK Bakti sebagai ikhtiar dan doa bersama untuk kejayaan anak-anak calon SPM 2026. β¨
π
Tarikh: 17 September 2026
π Tempat: Masjid Jamek Tasek Gelugor
β° Masa: 6.30 petang β 10.00 malam
Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan, ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan kepada semua calon SPM 2026. Semoga setiap usaha, doa dan pengorbanan para guru, ibu bapa serta anak-anak calon mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. π€²π»
π· βUsaha, Doa, Tawakal dan Berjayaβ π·
Semoga semua calon SPM 2026 SMK Bakti terus bersemangat, yakin dan istiqamah dalam menghadapi peperiksaan. Insya-Allah, kejayaan milik kalian! πͺπ»π
17/09/2026
π¬β¨ THE SCIENTIST OF TOMORROW β¨π¬
Telah berlangsung Program The Scientist of Tomorrow: 15 Aktiviti Eksperimen STEM pada 17 September 2026 bertempat di Dewan Shabudin Yahaya, melibatkan seramai 240 orang murid Tingkatan 3 SMK Bakti.
Program ini memberi peluang kepada murid meneroka dunia STEM melalui aktiviti eksperimen yang menarik dan menyeronokkan, di samping mencetuskan minat terhadap bidang sains dan inovasi. π§ͺπ‘
π Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Che Ahamad bin Daud, Mantan Guru Cemerlang Sains dan Penulis Buku Teks Sains Tingkatan 3, atas perkongsian ilmu dan inspirasi yang diberikan kepada para murid.
Fikir β’ Teroka β’ Cipta Masa Depanππ¬
28/07/2026
π Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2026 π
π
Sabtu | 25 Julai 2026
π 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
π DSY
Alhamdulillah, Hari Apresiasi Kecemerlangan Akademik (HAKA) 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang berterusan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dato' Haji Abdul Aziz Shik Ahmad atas kesudian hadir dan menyempurnakan majlis sebagai perasmi. Kehadiran serta amanat yang disampaikan amat bermakna dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang diraih. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
Terima kasih juga kepada semua guru, ibu bapa, PIBG, warga sekolah serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
"Kecemerlangan Hari Ini, Inspirasi Masa Depan." β¨
01/07/2026
π TAHNIAH & SYABAS!π
Warga SMK Bakti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Innovators of Tomorrow (Technology) atas kejayaan merangkul JOHAN Pertandingan Innovators of Tomorrow (Technology) Kategori Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Karnival STEM 2026.
Kejayaan yang membanggakan ini merupakan hasil usaha gigih, kreativiti, semangat berpasukan serta komitmen yang tinggi daripada para murid di bawah bimbingan guru pembimbing, En. Wan Mohd Irham bin Wan Ahmad. Pencapaian ini membuktikan bahawa inovasi, ilmu pengetahuan dan kesungguhan mampu melahirkan generasi yang berdaya saing serta mampu mengharumkan nama sekolah.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMK Bakti untuk terus berani mencipta, berinovasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua murid, guru pembimbing serta pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang pertandingan ini.
Teruskan melakar kecemerlangan, SMK Bakti! ππ
π
Johan Pertandingan Innovators of Tomorrow (Technology)
π« Kategori Sekolah Menengah
π Peringkat Negeri Pulau Pinang
𧬠Karnival STEM 2026
24/06/2026
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Asri bin Mahter atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang 4 tahun berkhidmat di SMK Bakti. Kehadiran, dedikasi serta kerjasama yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah.
Selamat melangkah ke tempat baharu di SMK Bertam Putra. Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dikurniakan kesihatan serta kejayaan dalam kerjaya. Terima kasih atas segala kenangan dan bakti yang telah dicurahkan. Jasamu dikenang, budimu sentiasa diingati.π·
12/06/2026
π TAHNIAH PASUKAN HOKI SMK BAKTI! π
Alhamdulillah, sejarah tercipta apabila pasukan Hoki SMK Bakti berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri buat pertama kalinya selepas 4 tahun pasukan ini ditubuhkan.
Pasukan SMK Bakti telah muncul sebagai π JOHAN KUMPULAN C π
Lebih membanggakan, SMK Bakti berjaya menduduki tempat ke-5 terbaik daripada 14 buah sekolah yang bertanding dalam Kejohanan Hoki MSSPP 2026 bagi semua daerah Seberang Perai.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemain, jurulatih, guru-guru serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan padu sepanjang kejohanan ini.
Semoga pasukan Hoki SMK Bakti terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Jun nanti.
πβ€οΈ Ayuh warga SMK Bakti, sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan hoki sekolah! Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan keputusan yang terbaik. Bakti terus unggul! πͺπ
12/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para murid yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Perkhemahan Perdana KRS dan TKRS Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.
Amani Qaisara telah berjaya merangkul Johan dan seterusnya terpilih mewakili negeri ke Perkhemahan Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan. Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan, disiplin dan semangat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan peserta.
Selain itu, Yindran a/l Sivakumar turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh Tempat Keempat dalam pertandingan Pengucapan Awam. Prestasi ini menunjukkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta kebolehan berfikir secara kritis yang sangat membanggakan.
Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri. Tahniah kepada para peserta, guru pembimbing dan ibu bapa atas sokongan yang diberikan. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. πππ»π
12/06/2026
πΉπππππ ππππππ πππππ ππ π΅π΄π½π·π°π πΆπ»πΎπ±π°π» ππ³π½ π±π·π³ ππππππ ππππππ ππππππ’ ππππππ’ πππππ ππππ πΏπ»π³ ππππππ’ SMK BAKTI. π°πππ-anak SMK π±ππππ ππππππ ππππ YB Datoβ Seri Reezal Merican bin Naina Merican ahli Dewan Undangan negeri Adun Bertam.
12/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Team Filem Pendek Baktianz Studio atas kejayaan membanggakan apabila filem "Terhenti Di Noktah Tiga" berjaya tersenarai dalam Top 5 Filem Terbaik serta layak ke peringkat akhir Pertandingan Filem Pendek Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Karnival Citra Seni Mutiara 2026.
Pencalonan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, komitmen tinggi, kreativiti serta kerjasama mantap seluruh warga produksi dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan memberi impak kepada penonton. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya, mengharumkan nama sekolah dan Baktianz Studio, serta mencapai keputusan yang cemerlang di pentas akhir nanti.
Selamat maju jaya kepada seluruh pasukan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin dan semoga "Terhenti Di Noktah Tiga" memperoleh kejayaan yang gemilang. π¬πβ¨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kepala Batas
13200
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SMK BAKTI RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.