Page Rasmi KMPP
Page Rasmi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
29/09/2026
29/09/2026
🌟 KEM PEMBINAAN KARAKTER GENERASI MADANI PROGRAM MATRIKULASI TAHUN 2026 🌟
Hari Ketiga | 27 September 2026
📍 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Hari terakhir kem menjadi kemuncak kepada pengalaman dan pembelajaran yang telah dilalui oleh para peserta sepanjang tiga hari program.
Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan memberikan ruang kepada peserta untuk merefleksi pengalaman, menilai kekuatan diri serta menghayati nilai kerjasama, kepimpinan, disiplin dan tanggungjawab yang diterapkan sepanjang kem.
Program diakhiri dengan majlis penutupan, sebagai tanda berakhirnya sebuah perjalanan yang sarat dengan pengalaman, cabaran dan kenangan bersama.
✨ Semoga segala pengalaman yang diperoleh sepanjang kem menjadi bekalan kepada peserta untuk terus membina karakter diri dan melangkah sebagai Generasi Madani yang berdaya saing, berintegriti dan berjiwa besar.
29/09/2026
📖 PROGRAM SEMARAK AL-QURAN KMPP 2026 📖
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah menganjurkan Program Semarak Al-Quran khusus buat para pelajar Muslim KMPP pada 25 September 2026, dari jam 2.45 petang hingga 4.30 petang, bertempat di Surau An-Nur, KMPP.
Program ini dianjurkan sebagai satu inisiatif untuk memupuk minat, menyemai kecintaan serta meningkatkan penghayatan pelajar terhadap al-Quran menerusi pendekatan yang santai, interaktif dan menarik.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah disediakan bagi menceriakan program, antaranya pertandingan Tilawah al-Quran Asas, Hafazan Surah Pendek, Sambung Ayat, Kenali Surah dan Tajwid Asas. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menguji pengetahuan dan kemahiran pelajar, malah turut menjadi platform untuk mereka mendalami serta menghayati kandungan al-Quran dengan lebih dekat.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan juri jemputan daripada Unit Biologi, Unit Pengurusan Perniagaan dan Unit Bahasa Inggeris yang telah memberikan komitmen dan berganding bahu bersama Unit Pendidikan Islam dan Moral dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya, sokongan dan usaha semua pihak amat bermakna dalam memastikan program berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Semoga usaha murni ini dapat membantu membentuk sahsiah dan nilai kerohanian yang kukuh, di samping menyemarakkan lagi budaya mencintai, membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga KMPP. 🌿📖
Al-Quran Disantuni, Generasi Diberkati. ✨
28/09/2026
🌟 BENGKEL SINERGI SKUAD STEM ELIT KMPP 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta Bengkel Sinergi Skuad STEM Elit KMPP atas komitmen, semangat, kerjasama dan kesungguhan yang telah ditunjukkan dalam mengembangkan potensi STEM serta mengharumkan nama KMPP di pelbagai pertandingan dan aktiviti, termasuk peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 25–27 September 2026 (KasKum 2026, PRIBMa 2026 dan X-STEM 2026).
Bengkel ini menjadi wadah untuk menghargai pencapaian, menyemarakkan motivasi dan keyakinan diri, di samping memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan ahli Skuad STEM Elit. Semoga pengalaman, ilmu dan jaringan yang dibina terus menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih banyak idea kreatif, inovasi berimpak tinggi dan kejayaan STEM KMPP.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kecemerlangan ini.
Teruskan mencipta, berinovasi dan menginspirasikan🚀🔬💡
PENYELARAS
1. Puan Azfa Ilhamuna binti Ahmad Badri - Penyelaras Aktiviti STEM Pelajar
2. Dr Wong Ai Chin - Penyelaras Inovasi Pelajar
3. Puan Syafikah binti Saidin - Penyelaras STEM AI
4. Puan Eza Shafinaz binti Mohamed Zaharin - Penyelaras PRIBMa
5. Nur Hidayah Hanim binti Ahamad - Eksplorasi STEM (X-STEM)
👨🏫 PENSYARAH PEMBIMBING
1. Cik Teh Kai Li - Pembimbing Pasukan Waste Buster
2. Hafiz bin Hazali - Pembimbing Pasukan The Phyziks
3. Ahmad Faizal bin Darus - Pembimbing Pasukan Voyagers
4. Cik Nazlina binti Mohamed Sahul Hameed - Pembimbing Pasukan Raceone
5. Nurain Nadiah binti Baharudin - Pembimbang Pasukan Innosquad
6. Yang Khairun bt Abdullah Sani - Pembimbing Pasukan Stech
7. Dr Abdul Harith bin Hasan - Pembimbing Pasukan WR
🧑🔬 PESERTA SKUAD STEM ELIT YANG BERTANDING PERINGKAT KEBANGSAAN
1️⃣PERTANDINGAN INNOSTEM
i) PASUKAN WASTE BUSTERS
1. Chen E-Chen
2. Lok Zhen Quan
3. Oon Yi Kang
ii) PASUKAN INNOSQUAD
1. Hang Wei Yang
2. Khor Lyzon
3. Ong Wei Kai
2️⃣PERTANDINGAN STEM AI
i) PASUKAN THE PHYZIKS
1. Ku Yong Sheng
2. Syamil Aqil Amin bin Aidil Effandy
3. Muhammad Danial bin Adam
4. Jasmin Amani binti Mohd Shamir
ii) PASUKAN STECH
1. Athirah Munawwarah binti
2. Puteri Wan Nur Adani binti
3. Nur Iman Husna binti Taufik
4. Nur Idleen Fitrina binti Azman
3️⃣PERTANDINGAN IoT- PRIBMa
i) PASUKAN VOYAGERS
1. Jazi Eizz Irfan bin Jazi Iqwan
2. Mohammad Danish Muqri bin Mohd Norhafiz
3. Mikhail Ifzal bin Mohamad Syahrin
4. Muhammad Afiq bin Azhar
4️⃣PERTANDINGAN EKSPLORASI STEM (X-STEM)
i) PASUKAN RACEONE
1. Muhamad Nawfal Aisy bin Mohd Nasrul
2. Ahmad Hanan Hasan bin Ahmad Nahar
3. Nur Hidayah Damia binti Rosman
4. Kasih Sarah binti Mohamad Redzuan
ii) PASUKAN WR
1. Nur Dania Dayana binti Mohd Redzuan
2. Nur Hasya Hanisa binti Hazahrul Kafi
3. Nur Azyan Najla binti Azmi
4. Adam Mukhridz bin Mazlan
“Satu Pasukan • Satu Aspirasi • Satu Semangat STEM”
Mencetus Kreativiti • Menggerakkan Inovasi • Memperkukuh Kolaborasi
27/09/2026
🎭✨ PERSEMBAHAN KUMPULAN SATELIT SENI BUDAYA PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ✨🎭
Tarikh : 27/9/2026 (Ahad)
Tempat : Sunway Carnival Seberang Jaya
Memeriahkan Karnival Star Cuti-Cuti Malaysia adalah persembahan istimewa daripada Kumpulan Satelit Seni Budaya Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di bawah bimbingan JKKN Negeri Pulau Pinang.
Pelbagai elemen seni dan budaya dipersembahkan dengan penuh semangat dan kreativiti, menampilkan bakat serta kebolehan para pelajar dalam mengangkat keunikan warisan seni budaya Malaysia. 💃🕺🎶
Seni Disemai, Budaya Dihayati, Warisan Terus Dilestari.
27/09/2026
🏆 TAHNIAH PASUKAN KMPP – X-STEM 2026
Pihak Pengurusan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pasukan KMPP atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Cabaran Eksplorasi STEM (X-STEM) 2026 Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Matrikulasi & Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah.
▪️Kategori Gerbang Formula
🥈Anugerah Perak – Team WR
▪️Kategori Keseluruhan
🥈 Anugerah Perak – Team WR
🥉 Anugerah Gangsa – Team RACEONE
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, pensyarah pembimbing serta semua pihak yang terlibat atas komitmen, kreativiti, inovasi dan semangat berpasukan yang telah dipamerkan.
Pencapaian ini membuktikan kecemerlangan warga KMPP dalam meneroka, mengaplikasi dan memperkasa STEM di peringkat kebangsaan.
Tahniah dan syabas! 👏🏻Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam STEM dan inovasi.
KMPP – Memperkasa STEM, Mencipta Masa Hadapan.🌟💡
27/09/2026
🌟 KEM PEMBINAAN KARAKTER GENERASI MADANI PROGRAM MATRIKULASI TAHUN 2026 🌟
Hari Kedua | 26 September 2026
📍 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Hari kedua kem diteruskan dengan aktiviti kajian lapangan yang memberi peluang kepada peserta untuk membantu pekerja pembersihan membersihkan kawasan di sekitar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Aktiviti ini memupuk nilai kerjasama, keprihatinan, tanggungjawab serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan peserta.
Peserta turut menyertai aktiviti Cuba Rasa yang menggalakkan kreativiti, komunikasi serta semangat berpasukan dalam suasana yang menyeronokkan.
Hari kedua kem diakhiri dengan Malam Silang Budaya yang mengetengahkan kepelbagaian budaya, kreativiti dan kebersamaan dalam kalangan peserta.
✨ Hari kedua menyemai semangat kesukarelawanan, memperkukuh kerjasama serta meraikan kepelbagaian budaya dalam membentuk karakter Generasi Madani.
26/09/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS🏆
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua peserta pelajar dan pensyarah pembimbing yang telah mewakili Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)ke Karnival STEM & Keusahawanan Matrikulasi (KaSKuM) 2026, peringkat kebangsaan.👏🏻
Penyertaan dalam:
1. InnoSTEM (2 pasukan)
2. STEM AI (2 pasukan)
3. Misi Dana Impian (1 pasukan)
4. KOMIKONOMI (1 pasukan)
5. C4M-APP (1 pasukan)
Penyertaan ini membuktikan keberanian, kreativiti, inovasi serta semangat juang warga KMPP dalam mengetengahkan idea dan bakat di peringkat kebangsaan.
🌟 Syabas atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan.
🌟 Setiap idea, pembentangan dan pengalaman yang diperoleh merupakan satu pencapaian yang amat bermakna.
🌟 Teruskan mencipta, berinovasi dan menginspirasi.
KMPP bangga dengan anda semua!❤️
“Inovasi STEM, Aspirasi Usahawan Muda Madani.”
👏 Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, pembimbing dan pihak yang telah menyokong penyertaan KMPP dalam KaSKuM 2026.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kepala Batas
13200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Page Rasmi KMPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.