Sendayan City FC

Sendayan City FC

Share

Official Page Sendayan City FC

31/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, akhirnya perjalanan IRC Sendayan City S.A. dalam Liga Remaja Negeri Sembilan Bawah 17 Tahun telah sampai ke penghujungnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya tujukan kepada pihak pengurusan IRC Sendayan City S.A., terutamanya Coach Lee, atas segala usaha, masa, tenaga, tunjuk ajar dan kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk memimpin pas**an ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Coach Bai, Mr Sara dan Coach2 yang membantu sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tidak dilupakan kepada para pemain yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan pengorbanan dalam setiap perlawanan. Walaupun kita bukan pas**an pilihan berbanding pas**an-pas**an yang hebat, kita tetap berani bersaing, tidak mudah menyerah dan membuktikan bahawa kita mampu berdiri bersama mereka.
Kepada ibu bapa, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang anak-anak, memberikan sokongan, dorongan, masa dan pengorbanan. Kehadiran serta sokongan anda semua amat besar maknanya buat pas**an ini.

Terima kasih juga kepada para penaja yang telah membantu dan menyokong perjalanan pas**an sepanjang kejohanan ini. Tanpa sokongan semua pihak, mungkin perjalanan ini tidak akan semudah yang kita lalui.

Akhir kata, tahniah kepada semua yang terlibat. Kita mungkin belum mencapai segala yang kita impikan, tetapi kita telah mencipta satu perjalanan yang penuh pengalaman, cabaran, s**a dan duka.

Alhamdulillah, kita berjaya menamatkan liga di kedudukan 5 terbaik daripada 14 pas**an. Ini bukan sekadar tentang kedudukan, tetapi tentang usaha, keberanian dan perjalanan yang telah kita lalui bersama.

Terima kasih semua.❤️⚽💪🏻

Coach Angah
Coach U17

31/08/2026

Salam Kemerdekaan
Ikhlas dari

IRC Sendayan City Soccer Academy
Sendayan City Football Club

30/08/2026

Training Day | Academy U14 ⚽️

Task of the day: Y-Pass Drill 🔥

From grassroots academy to the elite squad —
one drill, one session, one step closer. 💪⚽️

The journey starts here.

Photos from Sendayan City FC 's post 29/08/2026

29hb Ogos 2026
Latihan IRC Sendayan City Soccer Academy

Sesi 1
U8 / U10 / U12 / Puteri
8.00 - 9.30 pagi

Sesi 2
U14 / U16
9.30 - 11.00 pagi

Padang Green Park, Bdr Sri Sendayan

Photos from Sendayan City FC 's post 28/08/2026

Terima Kasih sudi bersahabat dengan kami yang kerdil ini.

IRC Sendayan City Soccer Academy ke bumi Squad Gajah. Satu pengalaman dan pendedahan awal buat U10 dan U12.

Photos from Sendayan City FC 's post 27/08/2026

TERIMA KASIH HAKKACLO ❤️

Terima kasih HakkaClo kerana masih bersama
IRC Sendayan City Soccer Academy sehingga kini.

Suasana penuh kegembiraan apabila para Coaches dan AJK menerima jersi baru sumbangan daripada HakkaClo untuk sesi 2026-2028.

HakkaClo beri sokongan kepada komuniti IRC Sendayan City Soccer Academy dalam membangunkan bola sepak akar umbi di Sendayan.

27/08/2026
27/08/2026

Football Education Program
At Stadion Maksimir, Zagreb

Sendayan City FC - Dinamo Zagreb Academy

Photos from Sendayan City FC 's post 24/08/2026

Liga Remaja U15 - Kick Off 5hb September 2026
IRC Sendayan City Soccer Academy

Kami ingin mencari pembentukan dan bukan mencari kemenangan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Labu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Labu
71900