Pemuda Labuan
Pemuda Cara Kita ‼️
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA UMNO LABUAN
DI MANA SEMARAK BULAN KEBANGSAAN DI LABUAN?
LABUAN, 11 Ogos 2026
Pemuda UMNO Labuan mempersoalkan tahap kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Labuan yang dilihat masih belum begitu terasa, khususnya daripada pihak Perbadanan Labuan & Jabatan Wilayah Persekutuan.
Bulan Kemerdekaan sepatutnya menjadi antara tempoh paling meriah di Labuan dengan kibaran Jalur Gemilang, program patriotik dan penglibatan masyarakat.
Namun sehingga kini, suasana sambutan masih dilihat hambar dan kurang menyerlah berbanding apa yang sepatutnya.
Pemuda UMNO Labuan berpandangan, sebagai agensi utama yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Labuan, Perbadanan Labuan perlu mengambil serius perkara ini.
Jangan biarkan Bulan Kebangsaan berlalu tanpa semaraknya.
Labuan juga mempunyai sejarah, identiti dan semangat patriotisme yang perlu diraikan serta ditonjolkan kepada seluruh rakyat, khususnya generasi muda.
Pemuda UMNO Labuan berharap Perbadanan Labuan & Jabatan Wilayah Persekutuan dapat menjelaskan mengapa sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini masih kelihatan begitu hambar di Labuan.
PEMUDA UMNO LABUAN
03/08/2026
SALAM TAKZIAH
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Radzi Bin Rahimi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.
Al-Fatihah.
Ikhlas daripada:
Barisan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Labuan
MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LABUAN 2026
🔥 Jom gegarkan Labuan! 🔥
Seluruh ahli UMNO Bahagian Labuan dijemput hadir bagi memeriahkan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan 2026.
Ini masa kita bersatu, bangkit bersama dan terus memperkukuh perjuangan demi parti, bangsa dan negara! 💪🇲🇾
📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
🕢 Masa: 7.30 Pagi
📍 Tempat: Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan bagi menunjukkan sokongan, semangat setiakawan dan komitmen kita dalam menjayakan mesyuarat ini dengan penuh gemilang.
“Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”
⏳ COUNTDOWN: 2 HARI LAGI! 🇲🇾
Bahang Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan 2026 semakin terasa! Kini hanya tinggal 2 hari sebelum seluruh warga UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri berhimpun dalam satu wadah perjuangan.
📅 19 Julai 2026 (Ahad)
🕢 7.30 Pagi
📍 Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan
📢 Ayuh hadir awal, semarakkan semangat perpaduan dan bersama-sama menjayakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan 2026.
Jumpa anda pada hari kejadian! 🤝🇲🇾
16/07/2026
⏳ COUNTDOWN: 3 HARI LAGI!
Bahang Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan 2026 semakin terasa! 🇲🇾
📅 19 Julai 2026 (Ahad)
🕢 7.30 Pagi
📍 Dewan Serbaguna WP Labuan
Ikuti kami di platform Tiktok : https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-984UjA4b0So
05/07/2026
🤝 PEDULI RAKYAT | MENYANTUNI PASANGAN PENGANTIN BARU 💙❤️
Alhamdulillah, Minggu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan berkesempatan menyampaikan sumbangan beras kepada pasangan pengantin baru yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan diHijau Baiduri.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat serta usaha meringankan sedikit beban persiapan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Tahniah diucapkan kepada Redzuan bin Zulkifli. Semoga majlis dipermudahkan, ikatan yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah serta kekal bahagia hingga ke Jannah.
Insya-Allah, Pergerakan Pemuda UMNO Labuan akan terus komited mendekati rakyat melalui pelbagai program kebajikan dan khidmat masyarakat.
Bersatu • Berkhidmat • Berbakti
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
87007