Kelab Rakan Muda Bandar Labuan
No Pendaftaran - PPBM : KT8338/15/25
Akaun Rasmi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
Aktivis Belia Rakan Muda yang berfokus pembangunan rakan muda berumur 15-30 tahun di WP Labuan.
20/08/2026
Mantap Sukarelawan RMK
19/08/2026
π₯ PENDAFTARAN KEM VOLT KINI DIBUKA! π₯
Kamu belia berumur 15β30 tahun yang sukakan cabaran, aktiviti lasak dan mahu mencipta pengalaman baharu? π
Jom sertai KEM VOLT - satu pengalaman yang menguji keberanian, ketahanan diri, kerjasama dan semangat persahabatan! πͺπ»π₯
π
Tarikh: 28 β 31 Ogos 2026
π Tempat: Pusat Kokurikulum, Wilayah Persekutuan Labuan
π₯ Terbuka kepada: Belia berumur 15β30 tahun
βΌοΈHanya 30 peserta sahaja yang akan *DIPILIH*
Apa yang menanti kamu? ππ»
β°οΈ Aktiviti lasak & mencabar
π€ Mengenali dan membina hubungan dengan orang baharu
πͺπ» Menguji ketahanan fizikal dan mental
π₯ Aktiviti berkumpulan & kerja berpasukan
β¨ Pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan!
β οΈ Peserta mestilah sihat tubuh badan dan bersedia untuk menyertai aktiviti lasak sepanjang kem.
30 ORANG SAHAJA. Jangan tunggu sampai penuh! π₯
π² PENDAFTARAN KINI DIBUKA!
Sila scan QR code yang telah dipaparkan pada poster β¨
Rebut peluang untuk jadi sebahagian daripada KEM VOLT! π₯
RMK x PAKKβ
17/08/2026
πΈSATU MINGGU, SATU SUKAN: BADMINTON!πΈ
Minggu ini kita turun gelanggang! π₯
Pada 15 Ogos 2026, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah menganjurkan aktiviti Satu Minggu Satu Sukan: Badminton bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Aktiviti ini bukan sekadar tentang siapa yang paling hebat di gelanggang, tetapi menjadi ruang untuk kita bergerak aktif, beriadah, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan bersama. πͺπ
Tak kisah pro atau baru nak belajar, yang penting turun gelanggang dan enjoy!πΈ
Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memeriahkan aktiviti kali ini. Semoga semangat kesukanan ini terus membara! π₯
Jumpa lagi di aktiviti Satu Minggu Satu Sukan yang seterusnya! π
17/08/2026
β¨ PROJEK RINTIS 2026/2027 | TREASURE HUNTβ¨
Pada 15 Ogos 2026, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah berpeluang menjadi sebahagian daripada Projek Rintis 2026/2027 anjuran Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dengan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan sebagai rakan strategik. π€π
Dalam projek ini, Team Rakan Muda Bandar Labuan telah mengendalikan bahagian aktiviti Treasure Hunt πΊοΈπ yang dirancang untuk menggalakkan peserta bergerak aktif, bekerjasama dalam kumpulan, berkomunikasi serta menyelesaikan cabaran dengan penuh kreativiti.
Daripada persediaan sehinggalah pelaksanaan aktiviti, Team Rakan Muda telah memberikan komitmen bagi memastikan Treasure Hunt dapat dijalankan dengan lancar dan menyeronokkan buat para peserta.
Alhamdulillah, aktiviti telah berjaya dilaksanakan dan pastinya memberikan pengalaman serta kenangan yang bermakna kepada semua yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Aktiviti Kanak-Kanak atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada Kelab Rakan Muda Bandar Labuan.
Semoga kerjasama ini terus menjadi platform untuk kita bersama-sama membina generasi muda yang aktif, kreatif, berani dan mampu bekerjasama
Rakan Muda, Yakin Boleh!
Dataran Labuan pada 22 Ogos ni π min harap kamu sudi datang tengok persembahan dari belia belia labuan yang shomel, syantik dan kacaks bergaya nich hihikπ
MAJLIS BELIA LABUAN
10/08/2026
KEMBARA INSPIRASI BELIA AKAR UMBI (KIBAR) WP LABUAN 2026
Semalam, beberapa sukarelawan Kelab Rakan Muda Bandar Labuan berkesempatan untuk hadir, membantu serta turut memeriahkan Program Kibar bersama komuniti setempat.
Penglibatan ini bukan sekadar untuk meramaikan program, tetapi menjadi satu peluang buat kami untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, mengeratkan hubungan dengan komuniti serta menunjukkan komitmen anak muda dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan.
Turut hadir memeriahkan program ialah YB Mordi Bimol, yang sama-sama memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa penglibatan belia dan komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kebersamaan dan kecintaan kepada negara terus subur dalam kalangan generasi muda.
Anak Muda, Komuniti Bersama!
stay tuned okayπ mesti kamu nda sabar sudah kan hihiπ sikit masa ja lagi yah
Mesti kamu tidak sabar sudah kan untuk ikuti kem niπ
Stay tuned yahh gaiss hujung bulan niπ
Semua information kami akan letak di group ws sukarelawan byeee
03/08/2026
π€ Rakan Prihatin in Action
Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2026, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan telah berkesempatan menziarahi Bendahari RMK iaitu Nur Farah Ain yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata.
Semoga ziarah kecil ini menjadi tanda kasih sayang, ukhuwah dan sokongan buat beliau sekeluarga. Kami mendoakan agar urusan berpantang dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta bayi membesar menjadi anak yang soleh/solehah, sihat dan membahagiakan ibu bapa.
Click here to claim your Sponsored Listing.