API Legend FC
Bola sepak
13/07/2026
Sukan Tahunan
Liga Bola Sepak API LEGEND,100 & 4 x 100 M
Berlangsung dengan jaya nya
Pada 12 Julai 2026
Program Dwi tahunan Liga Bola Sepak API LEGEND & acara 100 & 4x100 M berlangsung di kompleks sukan Lahad Datu menghimpunkan 100 lebih orang peserta melibatkan 5 pasukan termasuk pasukan Jemputan daripada Tawau
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu di mulakan dengan acara 100 M,dan kemudian acara Bola Sepak perlawanan pembukaan di antara Pasukan API Tawau menentang API B
Program di serikan lagi dengan kehadiran Tetamu jemputan Yang Berhormat DUN SEGAMA Muhammad Abd Karim sekaligus merasmikan kejohanan Dwi tahunan ini,Beliau juga sempat bermain dua perlawanan mewakili team API C dan sempat menghadiahkan jaringan tunggal serta kemenangan untuk pasukan tersebut selepas menewaskan pasukan API D dengan jaringan 1-0 melalui sepakan penalti
Semoga Program sebegini dapat memupuk semangat kesukanan serta merapatkan lagi Ukhwah silaturrahim sesama peserta
Juara - Api Legend A
N.juara - Api Legend B
Ketiga - Api Legend C
Keempat - Api Legend D
Kelima - Tawau
Mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini khususnya kepada
👉🏻Yang Berhormat DUN Segama Muhammad Abd Karim
👉🏻Next Car Eazy Beli kereta Sabah
👉🏻TM motor
👉🏻Usaha Maju Enterprise
👉🏻J&H Enterprise
03/11/2025
KARNIVAL BOLA SEPAK VETERAN
Kejohanan yang julung kali di anjurkan oleh Kelab Bola Sepak API LEGEND pada 1 & 2 November telah melabuhkan tirai nya
Kejohanan ini turut di saksikan oleh Tuan Sharif Musa Bin Sharif Mabul selaku Ketua Bahagian UMNO pada 1 november yang lalu sekaligus merasmikan kejohanan tersebut
15 pasukan dari pantai timur yang menyertai kejohanan kali ini (Sandakan,Kinabatangan,Tawau & Lahad Datu) Antara Objektif kejohanan ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama pemain
Selaku penganjur kejohanan mengambil kesempatan memohon maaf andai sepanjang kejohanan berlangsung masih banyak kepincangan dari segi pengurusan dan lain-lain,juga turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dari pasukan-pasukan yang terlibat menyertai kejohanan kali ini
Berikut merupakan keputusan RASMI kejohanan
JUARA - TYT Sandakan
N.JUARA - EXP TAWAU
KETIGA BERSAMA - GASBON KBLK & PAKATAN (LAHAD DATU)
PENJAGA GOL TERBAIK - TYT Sandakan
PENJARING TERBANYAK - ANTO Paris Legend
PEMAIN TERBAIK - NO 17 TYT Sandakan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Lahad Datu Town
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when API Legend FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.