OPS FC

OPS FC

Share

Pasukan bola sepak yang semakin meningkat naik di daerah Manjung

05/10/2026

Dari midfield ke right back

Mari kita bercerita tentang sosok pemain paling comel dan paling putih dalam skuad ops fc. Asyraf mohamed yusuf atau acap, 36 bermula sebagai pemain tengah bertahan dari awal penubuhan ops fc hingga julai 2026. Di sebabkan ops fc ketandusan pemain di bahagian pertahanan, beliau di letakkan di posisi pertahanan kanan sebagai percubaan dan hasilnya beliau bemain baik apabila banyak melakukan block keatas pemain sayap lawan. Beliau juga ibarat menjadi bayang-bayang untuk pemain sayap lawan apabila sentiasa menutup rapat setiap ruang dan sudut yang ada ketika kubu ops fc di asak. Kecemerlangan beliau sewaktu bermain di pertahanan kanan membuatkan beliau menjadi pilihan utama coach syam bagi posisi pertahanan kanan. Selain itu beliau juga mempunyai beberapa kelebihan lain seperti larian seakan naruto, mempunyai kawalan bola yang baik dan juga mempunyai ketenangan sewaktu bola berada di kaki beliau.
Di posisi manakah asyraf akan bermain pada khamis nanti?

Saksikan perlawanan ops fc menentang veteran changkat lada pada 8 oktober jam 9 malam di kompleks sukan bagan datuk.

01/10/2026

Stadium keramat!!!

Berbaki 7 hari sahaja lagi sebelum sepak mula ops fc di jadualkan akan bertemu dengan pasukan Veteran Changkat Lada fc. Ops fc akan turun ke stadium Bagan Datuk yang di anggap "home" bagi rata-rata pemain ops fc untuk melayan kunjungan skuad Veteran Changkat Lada fc yang juga sangat sinonim dengan stadium itu.
Stadium Bagan Datuk di anggap stadium keramat bagi ops fc kerana untuk tahun 2026 ops fc belum pernah tewas di stadium itu. Manakala bagi tahun 2025 p**a ops fc mencatatkan 3 kemenangan 1 seri dan 2 kekalahan di bagan datuk.
Mampukah ops fc mengekalkan rekod tanpa kalah di Bagan Datuk untuk tahun 2026?

Saksikan perlawanan ops fc menentang Veteran Changkat Lada fc pada 8 oktober jam 9 malam di Stadium Bagan Datuk.

28/09/2026

Hilangnya sebutir permata

Minggu lepas kita di kejutkan dengan berita pengunduran pemain pertahanan kanan ops fc,abdul matin hamid. Berita itu di sahkan oleh ahli-ahli lembaga pengarah ops fc apabila menerima surat nukilan matin yang memberitakan tentang pengunduran dirinya dari skuad ops fc. Pastinya keputusan ini amat berat untuk diterima oleh skuad ops fc dan kita yakin bahawa keputusan ini juga lebih berat bagi diri matin sendiri setelah hampir 2 tahun menyarung jersi dan menabur bakti kepada skuad ops fc sebagai pemain pertahanan kanan.
Matin adalah antara pemain terawal yang berada di dalam skuad sewaktu ops fc mula di tubuhkan pada ogos 2024. Saya masih ingat ketika perlawanan pertama kami pada ketika itu menentang pasukan Ranhill fc, kami beraksi amat teruk sebagai satu pasukan. Tiada keserasian, tiada ketepatan dalam hantaran dan tiada stamina yang baik sebagai seorang pemain, namun kami memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 4-3. Stadium bagan datuk ketika itu gegak gempita dengan sorakan kami sepasukan meraikan kemenangan pertama kami. Itulah moment terindah kami bersama matin sebagai satu pasukan.
Kini atas faktor perjanjian yang telah di menterai antara ops fc dan maintenance fc, matin terpaksa memilih maintenance sebagai destinasi barunya. Terima kasih abdul matin di atas komitmen, pengorbanan dan keringat yang telah anda sumbangkan selama anda bersama ops fc. Biar jasa jadi kenangan.

24/09/2026

Badi kekalahan di Seri Iskandar berterusan

Ops fc sekali lagi berputih mata apabila gagal menamatkan badi kekalahan di Seri Iskandar apabila tewas di tangan Veteran RISDA dengan jaringan 3-1. Beraksi dalam keadaan hujan lebat bukanlah situasi yang di inginkan oleh mana-mana pemain tetapi pemain kedua-dua pasukan menyajikan aksi yang cukup bertenaga hingga ke wisel penamat. Veteran RISDA yang turun dengan hanya 13 orang pemain tampil lebih baik apabila berjaya menyudahkan peluang yang terhidang di depan gol berbanding ops fc yang turun dengan 24 orang pemain namun gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang di depan gawang Veteran RISDA.
Babak pertama menyaksikan Veteran RISDA banyak melakukan serang ke atas kubu pasukan ops fc manakala ops fc cuma mendapat beberapa peluang melalui gandingan gerakan bazli dan pidot lana namun tiada sebarang jaringan di hasilkan oleh kedua-dua pihak.
Selepas berakhir babak pertama, Veteran RISDA tampil lebih garang apabila menyumbat 1 gol di separuh masa ke dua dan ke tiga.
Ketinggalan 2-0 ops fc cuba bangkit dan hasilnya ops fc mendapat jaringan pertama hasli dari tandukan wan baling yang menerima hantaran cantik dari alif sabri. Veteran RISDA kemudian mendapat sepakan penalti namun berjaya di selamatkan penjaga gol ops fc daus halim. Sebelum tamat permainan Veteran RISDA mendapat 1 lagi gol menjadikan kedudukan 3-1 kekal hingga wisel penamat.
Pujian harus di berikan kepada penjaga gol daus halim dan jeb serta barisan pertahanan yang di kemudi oleh afiq afandy, ayie dan zam yang bekerja keras bagi memastikan gawang ops fc tidak di bolosi dengan jumlah jaringan yang lebih besar.

23/09/2026
23/09/2026

Ops fc vs veteran Risda fc
Venue Padang Bandaran Seri Iskandar

23/09/2026

🔥⚽ MATCHDAY – OPS FC vs VETERAN RISDA FC ⚽🔥

Tonight, Ops FC is back in action against RISDA FC! After our recent victory, the momentum is strong, but the work doesn’t stop here. We continue to improve, learn, and grow together as one team. Respect the opponent, trust your teammates, and give everything on the pitch until the final whistle. Let’s bring the same fighting spirit, teamwork, and hunger for the game. One team, one heart, one mission OPS FC! 💪🔥

📅 23 September 2026
🕗 20:00–22:30
🏟️ Padang Majlis, Seri Iskandar

Malam ini Ops FC kembali beraksi menentang RISDA FC! Selepas kemenangan terbaru, momentum semakin kuat, tetapi perjuangan belum selesai. Kita terus improve, belajar dan grow bersama sebagai satu pasukan. Hormati lawan, percaya kepada rakan sepasukan dan berikan segala-galanya hingga wisel penamat. Ayuh bawa semangat juang, kerjasama dan kecintaan terhadap bola sepak sekali lagi. Satu pasukan, satu hati, satu misi OPS FC! 💪🔥

23/09/2026

Pincang tanpa 6 tonggak utama

Persediaan ketua jurulatih Hisyamudin Ramli bagi pertemuan malam ni menentang Veteran RISDA sedikit terencat apabila beliau kehilangan khidmat beberapa tonggak utama. Sebelum ini kita di sajikan dengan berita hilangnya khidmat pemain seperti kerol dan apek ahcong dan kini barisan kejurulatihan ops fc mengesahkan bahawa ops fc akan kehilangan 6 lagi khidmat pemain tonggak bagi pertemuan menentang Veteran RISDA malam ini
Antara 6 pemain tersebut adalah Assrul paktam, Amir genji, Asyraf yusof, Alif sabri, Ridzuan stone dan Fikri.
Assrul paktam telah meminta pelepasan dari lembaga pengarah ops fc selama 2 bulan bagi menjaga isteri beliau yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan. Khidmat Amir genji, Ridzuan stone dan Fikri p**a terpaksa di ketepikan atas faktor tuntutan kerja mereka.
Manakala Asyraf yusof dan Alif sabri masing-masing masih berada dalam proses recovery. Seperti yang kita sedia maklum Alif sabri masih bergelut dengan kecederaan lutut manakala Asyraf yusof mengalami kecederaan di ankle sewaktu pertemuan menentang KPJ manjung tempoh hari

Saksikan perlawanan ops fc menentang Veteran RISDA malam ini di Padang Bandaran Seri Iskandar jam 8.45 malam

22/09/2026

Sepet jangan di sangka cina

Pastinya ramai penyokong ops fc tertanya-tanya tentang susuk tubuh seorang pemain berwajah seakan cina ini. Zulfikri Md Radzi a.k.a apek a.k.a ahcong a.k.a awang koliaq a.k.a abang ail merupakan pemain ops fc yang mempunyai paling banyak nama panggilan. Beliau merupakan pertahanan kiri walaupun kaki dominan beliau adalah kaki kanan. Beraksi di bahagian kiri dengan menggunakan kaki kanan bukanlah masalah besar baginya yang telah hampir 2 tahun beraksi bersama skuad ops fc sebagai pertahanan kiri. Beliau juga telah mendapatkan kepercayaan pengendali ops fc apabila beliau merupakan pemain yang sentiasa menjadi pilihan coach syam di posisi pertahanan kiri.
Menjelang perlawanan menentang Veteran RISDA di bumi Seri Iskandar esok seakan-akan perlawanan 'home' baginya kerana dia merupakan pemastautin tetap di Seri Iskandar. Walau bagaimanapun namanya tiada dalam senarai 22 pemain yang akan berlepas ke Seri Iskandar untuk menghadapi Veteran RISDA esok.

Saksikan perlawanan ops fc menentang Veteran RISDA pada 23 September jam 8.45 malam di Padang Bandaran Seri Iskandar

21/09/2026

Sokongan dan doa dari tanah suci

Perlawanan ops fc menentang veteran RISDA pada 23 september ini bakal menyaksikan ops fc kehilangan khidmat pemain pertahanan kanan khairul adzahar a.k.a kerol yang kini berada di suci bagi menunaikan ibadah umrah. Beliau berlepas ke bumi arab saudi beberapa hari selepas selesai perlawanan ops fc menentang maintenance fc tempoh hari. Pemain sayap kanan dan juga pemain pertahanan kanan ops fc ini juga telah menerima kejutan oleh pengendali ops fc, coach syam pada hari perlawanan menentang maintenance fc apabila beliau di letakkan selaku pertahanan tengah di mana posisi yang belum pernah beliau mainkan sepanjang bersama ops fc dan beliau membalas kepercayaan coach syam dengan beraksi baik ketika di gandingkan bersama boy B di pertahanan tengah.
Semoga sokongan dan doa dari tanah suci dapat memastikan ops fc meraih kemenangan di seri iskandar yang mana kali terakhir ops fc beroleh kemenangan di seri iskandar adalah pada 30 oktober 2024 ketika menentang veteran seri iskandar dan itulah merupakan satu-satunya kemenangan ops fc di seri iskandar.

Saksikan perlawanan ops fc menentang veteran RISDA di Padang Bandaran Seri Iskandar pada 23 september jam 8.45 malam

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Lumut?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Jalan Semarak Api
Lumut
32040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OPS FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Lumut.