Sahabat FAQEH USIM

Sahabat FAQEH USIM

Share

Kelab ini ditubuhkan untuk mengenengahkan kemahiran berdakwah kepada golongan istimewa sebagai nilai tambah (value added) kepada graduan universiti. Prof.

Kelab Sahabat FAQEH@USIM dilancarkan penubuhannya pada 1 April 2015 oleh Dekan anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff. Kelab ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (juga dikenali sebagai Yayasan FAQEH) bagi menganjurkan latihan pengukuhan kemahiran berdakwah dan program-program bersama komuniti dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berdakwah terhadap golongan istimewa.

16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA! 🇲🇾

Harini, 16 September merupakan tarikh bersejarah dan cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda terbentuknya sebuah negara yang menyatukan pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Dalam kepelbagaian tersebut, setiap insan mempunyai tempat dan peranan masing-masing. Oleh itu, marilah kita memupuk semangat perpaduan dengan saling menghargai, memahami dan menghormati antara satu sama lain tanpa meminggirkan sesiapa termasuk komuniti OKU.

Semoga nilai perpaduan dan keharmonian terus dipelihara dalam kalangan rakyat Malaysia agar kita dapat bersama-sama menyumbang kepada masa depan negara yang lebih baik, insya-Allah.
________________________________

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

10/09/2026

Hadis: 7 Golongan Yang Dinaungi Allah Pada Hari Kiamat ✨

اللهم اجعلنا منهم
"Ya Allah, jadikanlah kami daripada kalangan mereka." 🤲🏻

Allah berfirman:

فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَیْرَ ٰ⁠تِۚ...
"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh)" ✨
(QS Al-Māʾidah, 5:48)

–––––––––––––––––––––-----------

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

31/08/2026

🤍🇲🇾 KEMERDEKAAN MILIK KITA, KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA 🇲🇾🤍

Kemerdekaan bukan sekadar tentang kibaran Jalur Gemilang atau mengenang perjuangan generasi terdahulu, tetapi juga tentang bagaimana kita menghargai setiap insan yang menjadi sebahagian daripada negara ini. Dalam semangat "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 2026", marilah kita bersama-sama membina sebuah masyarakat yang inklusif, di mana komuniti OKU juga sebahagian daripada negara ini.

Maka, semangat kemerdekaan juga boleh diterjemahkan melalui usaha kita membebaskan masyarakat daripada sikap memandang rendah, prejudis dan mengasingkan golongan OKU💪🏻. Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang pentingnya sifat rahmah: “Sesiapa yang tidak merahmati manusia, Allah tidak akan merahmatinya.” (Riwayat Muslim, 2319a).

Merdeka bukan hanya apabila kita bebas sebagai sebuah negara, tetapi apabila setiap insan dapat merasai bahawa mereka juga diterima, dihormati dan mempunyai tempat dalam masyarakat. 🇲🇾👥👥

25/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL
12 Rabiulawal | 25 Ogos 2026

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta mencontohi akhlak mulia Baginda. Antara akhlak mulia yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W ialah sikap prihatin dan mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan. Baginda mengingatkan umatnya bahawa golongan yang lemah bukanlah untuk dipinggirkan, bahkan mereka menjadi antara sebab hadirnya rezeki dan pertolongan Allah S.W.T

“Carilah untuk aku orang-orang yang lemah, kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan diberi pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah dalam kalangan kamu.”
Riwayat Abu Dawud, No. 2227

Hadis ini mengajar kita agar sentiasa prihatin dan membantu golongan yang memerlukan. Mereka bukan untuk dipinggirkan, bahkan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam ajaran Islam. Termasuklah komuniti OKU yang perlu disantuni, dihormati dan diberikan ruang untuk hidup dengan penuh kasih sayang.

Semoga kita terus mencontohi akhlak Baginda dan membina kehidupan yang penuh kasih sayang, saling menghargai serta mendapat redha Allah S.W.T

🤍 Salam Maulidur Rasul

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Photos from Sahabat FAQEH USIM's post 13/08/2026

📣SOROTAN PROGRAM JOM DHUHA ANAK ISTIMEWA & FORUM TARBIYATUL AULAD: ANUGERAH ATAU MUSIBAH? 2026📣

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Jom Dhuha Anak Istimewa & Forum Tarbiyatul Aulad: Anugerah atau Musibah? anjuran bersama Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Yayasan Pendidikan al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM).

Jom Dhuha Anak Istimewa dan Forum Tarbiyatul Aulad: Anugerah atau Musibah? berlangsung secara serentak, 23 anak-anak istimewa telah menyertai Jom Dhuha dan antara sesi pengajaran yang dijalankan bagi Jom Dhuha Anak Istimewa adalah Terapi Ruqyah, Terapi Dhuha, Terapi Otak Kiri & Kanan, Terapi Zikir kemudian diikuti dengan Terapi Sirah dan Doa Habis Belajar.

Pada masa yang sama, Forum Tarbiyatul Aulad: Anugerah atau Musibah? turut berlangsung bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dalam menghadapi cabaran dan persoalan pada masa kini bersama panel jemputan istimewa.

Mudah-mudahan usaha ini dipermudahkan bagi menyebarkan dakwah OKU kepada komuniti di luar sana. Allahumma amin. Insya-Allah.

--------------------------------------------------

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

13/08/2026

🎞️ VIDEO MONTAJ JOM DHUHA ANAK ISTIMEWA & FORUM TARBIYATUL AULAD: ANUGERAH ATAU MUSIBAH 2026 🎞️

Photos from Sahabat FAQEH USIM's post 13/08/2026

📣SOROTAN PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (ToT) JOM DHUHA ANAK ISTIMEWA 2026 : SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH📣

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Training of Trainers (ToT) Jom Dhuha 2026 anjuran bersama Yayasan Pendidikan al-Quran Bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM).

Seramai 23 orang sukarelawan telah terlibat secara aktif dalam program ini. Antara agenda yang dijalankan ialah Pengenalan Kategori Anak OKU. Seterusnya, peserta diberi pendedahan berkenaan Panduan Asas Kemahiran dan simulasi praktikal Jom Dhuha.

Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi wasilah kebaikan dalam kehidupan di dunia dan akhirat dengan menyampaikan keindahan ibadah solat dan Quran kepada anak-anak OKU serta mengeratkan lagi hubungan ukhwah melalui pendekatan dakwah yang penuh hikmah ini. Allahumma amin. Insya-Allah.

--------------------------------------------------

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

11/07/2026

🌟PROGRAM JOM DHUHA BERSAMA ANAK ISTIMEWA & FORUM TARBIYATUL AULAD: ANUGERAH ATAU MUSIBAH?🌟

Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF) dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (Yayasan FAQEH) akan menganjurkan program Jom Dhuha bersama Anak Istimewa dan Forum Tarbiyatul Aulad: Anugerah atau Musibah? pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 18 Julai 2026
📌 Hari: Sabtu
🕣 Masa: 8:00 pagi - 1:00 petang
🕌 Tempat: Bilik Seminar & Pentas Ruknu Arabi Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Program ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada anak-anak istimewa dalam menyertai aktiviti pengisian jiwa dan rohani yang berteraskan nilai-nilai Islam. Program ini juga turut memberi pendedahan kepada ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan agama dalam membentuk sahsiah anak-anak istimewa melalui perkongsian yang disampaikan dalam Forum Tarbiyatul Aulad.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Insya-Allah.

Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/qPkJWPkva9yLaEVN6
Atau imbas kod QR di poster.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Saudara Hami - https://shorturl.at/nF9B8 (+60 11-2860 8862)
Saudari Izzah - https://shorturl.at/7nr2F (+60 17-256 1130)

_____________________________________

SEKRETARIAT SAHABAT FAQEH,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Nilai
71800