Astro Lab

Astro Lab

Share

Astrolab Merupakan Page Astronomi Kebangsaan Malaysia & Memperjuangkan Astronomi Bahasa Kebangsaan

23/09/2026
17/09/2026

Matahari terbit dan matahari terbenam di Planet Merah 🏜️

Bersempena Curiosity yang baru sahaja mencapai hari ke-5,000 di permukaan Marikh, pasukan rover ini menghasilkan sebuah “poskad” yang cukup menarik.

Imej ini sebenarnya menggabungkan dua panorama. Warna biru mewakili gambar yang diambil pada waktu pagi, manakala warna kuning menunjukkan gambar yang dirakam ketika waktu senja.

Di bahagian hadapan, kita boleh melihat dek rover Curiosity, termasuk antena UHF berbentuk seperti tin yang digunakan untuk menghantar data kepada kapal angkasa yang sedang mengorbit Marikh.

Di bahagian belakang p**a terdapat Multi-Mission Radioisotope Thermoelectric Generator atau MMRTG yang mempunyai sirip-sirip khas. Ia merupakan sumber kuasa nuklear yang membolehkan Curiosity terus beroperasi di permukaan Marikh.

Jika diperhatikan dengan teliti, jejak roda Curiosity juga boleh dilihat memanjang ke kejauhan.

Ketika imej ini dirakam, Curiosity berada di kawasan kaki bukit bawah Mount Sharp, sebuah gunung setinggi kira-kira 5 kilometer yang terletak di dalam Kawah Gale.

Pandangan ini menghala ke dasar Kawah Gale, manakala pinggir kawah p**a dapat dilihat samar-samar di bahagian ufuk.

Selepas lebih 5,000 hari di Marikh, Curiosity masih meneruskan perjalanannya merakam pemandangan, mengkaji batuan dan membantu kita memahami sejarah Planet Merah.

10/09/2026

Kenapa Malaysia Perlu Risau Dengan Megathrust Sunda?

08/09/2026

Kenapa Jerebu Di Sarawak Sangat Dahsyat?

07/09/2026

Kenapa Jerebu di Sarawak Teruk Sangat?

Kenapa setiap kali jerebu datang, Sarawak antara kawasan yang boleh kena teruk?

Apa sebenarnya yang buat asap jadi makin tebal? Kebakaran hutan? Tanah gambut? Cuaca panas dan kering? Atau angin yang tak banyak membantu?

Dan satu lagi persoalan — kenapa asap boleh kekal lama di sesuatu kawasan, sampai jarak penglihatan pun terjejas?

Jerebu bukan sekadar pasal ada kebakaran. Banyak faktor yang berlaku pada masa yang sama boleh menentukan sama ada asap itu cepat hilang atau terus berkumpul.

Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku di Sarawak bila jerebu jadi seteruk ini?

https://youtu.be/8YTVmctfvLU

06/09/2026

Dua bandar utama di Malaysia kini disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia menurut ranking dari IQAir setakat jam 2 petang tadi

05/09/2026

Kenapa Air France 447 Hilang Selama 2 Tahun Di Lautan Atlantik?

Want your school to be the top-listed School/college in Putrajaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address

Putrajaya