Box Log
Tempat terbaik untuk mendapatkan kotak hadiah buat orang teristimewa. SSM Registration: JR0140613-H Box Log
Product: Gift Box
SSM Registration: JR0140613-H
21/12/2022
GURU UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI👩🏫
Tadi min tolong adik min buat kerja sekolah. Mulalah memori zaman persekolahan min kembali. Banyak betul benda nakal dibuat. Panjat pagar sekolah sebab nak ponteng, conteng dinding sekolah lepastu langsung berbirat badan min kena sebat dengan cikgu disiplin. Haishh nakalnya dulu.
Tapi dalam banyak-banyak tu, min paling teringin nak jumpa cikgu-cikgu. Mereka yang mencurahkan ilmu mereka sehingga min berjaya berada di puncak menara gading.
Alang-alang korang nak ucap terima kasih dengan guru korang. Bagilah hadiah dari Box Log.
Dari harga RM25, korang boleh beri pada guru kesayangan korang! Mesti cikgu korang ingat korang sampai bila-bila. Bagi min, cikgu ni selalu ingat apa yang anak murid dia beri.
Tunggu apa lagi! Kalau rasa takde idea nak beri apa kat cikgu korang, belilah kotak dari Box Log sekarang!
21/12/2022
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
Meriah betul ye sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65. Rakyat Malaysia ni memang betul rindukan suasana perarakkan. Maklumlah setelah hampir 2 tahun tak merasakan benda ni sebab PKP kan.
Tapi jangan cakap orang lain, dengan min pun sama terpekik terlolong dekat Dataran Merdeka tu. Lagi-lagi bila Abang Bomba lalu. Jadi tak terkeruan min. Last-last, haus lapar semua datang. Nasib baik min bawa Box Log, bolehlah kunyah-kunyah sambil tengok perarakan.
21/12/2022
SELAMAT TAHUN BARU CINA🧧
Teringat waktu kecil-kecil dulu, atuk selalu bawa min tengok tarian singa. Keterujaan dengan bunyi bising dan aksi-aksi dari para penari tersebut memang betul mencipta memori. Segalanya masih segar dalam ingatan.
Dah dewasa ni, kita p**a cuba membawa adik-adik kecil agar keharmonian dan kesentosaan ini masih kukuh. Min akan bawa mereka ke rumah kawan min yang berbangsa Cina agar mereka dapat menghormati adat resam bangsa lain.
Sempena Tahun Baru Cina, Box Log ingin mengajak anda untuk mendapatkan kotak hadiah kami dengan harga RM25 dan RM40.
Bolehlah hadiahkan kepada rakan-rakan Chinese korang, mesti dorang s**a!
Tahun Baru Cina nak dekat dah ni, jomlah beli kotak hadiah dari Box Log!
21/12/2022
MELAWAT ORANG SAKIT🚑
Baru tadi min dapat khabar buruk pasal sepupu min. Dia baru je terlibat dengan kemalangan motosikal. Syukur cuma kecederaan kecil. Min niat nak melawat dia di hospital. Sebelum melawat kena ingat beberapa adab seperti pakai pakaian yang sopan dan bawa buah tangan.
Kalau korang ada nak melawat sesiapa dekat hospital. Korang pun kena terapkan nilai dan adab. Takdelah berlaku kekecohan di tempat awam. Kalau korang nak bawak buah tangan, Box Log kan ada.
21/12/2022
SI CANTIK SELF REWARD DIRI SENDIRI🥰
Tadi kami dapat tempahan daripada seorang akak ni. Ayu betul min tengok. Kenalah dengan apa yang dibeli. Manis-manisan untuk orang yang ayu. Min tanya beli untuk siapa kotak hadiah kecil ni? Jawapannya untuk diri sendiri. Min pun teringat satu kata-kata azimat, sebelum kita menghargai orang lain, hargailah diri sendiri dahulu.
Haa korang cubalah ''self-reward'' diri sendiri! Tidak perlu hadiahkan kepada orang lain, hadiahkan kepada diri sendiri dulu. Jom beli kotak hadiah kecil ni, baru RM25 je di Box Log macam akak ni.
21/12/2022
LUAHAN HATI SECARA HALUS
Siapa pernah memasang perasaan terhadap seseorang tapi hanya mampu melihat dari jauh? Bukan kerana tak mampu tapi mungkin tahap keberanian rendah. Jadi, sebagai jalan penyelesaian, kita hanya mampu memendam perasaan.
Min pun macam tu juga. Min lebih s**a pendam perasaan. Kalau betul nak pun, gunakan lah taktik halus. Min akan jaga tempo supaya tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat. Senjata terakhir, min akan bagi hadiah supaya nampak usaha min nak dekat dia.
Singgahlah ke Box Log, mana tau crush korang pun ada tengok dalam diam ke hihihi...
21/12/2022
ABANG MANIS BELI UNTUK CRUSH😍
Tadi ada seseorang ni pm min nak beli kotak hadiah besar nak hadiahkan kepada seseorang yang istimewa katanya. Min pun cepat-cepat la bungkuskan cantik-cantik untuk abang ni.
Dengan hanya bermodalkan RM40, mana tahu korang luahkan rasa kasih yang terpendam kat orang istimewa terus diterima cinta ke?
Apa tunggu lagi, jomlah beli kotak hadiah dari Box Log sekarang!
21/12/2022
COKLAT PERNAH JADI MATA WANG DULU?!
Coklat sendiri merupakan salah satu makanan yang paling digemari dan sangat dipuja oleh pelbagai golongan. Jom kita tengok macam mana coklat ni boleh jadi mata wang dulu?
1900 SM- Era Olmec
4000 tahun dahulu koko pertama kali ditemui oleh Olmec di Amerika. Mereka mengambil koko dari hutan dan memprosesnya menjadi minuman bercampur cili.
100 SM- Zaman Maya
Tidak seperti Olmec, orang Maya telah dapat menanam pokok koko mereka sendiri. Mereka adalah pakar coklat pertama di dunia yang mampu memproses biji koko menjadi minuman. Ini juga dibuktikan daripada relief yang ditemui di tapak arkeologi Bonampak kepunyaan orang Maya. Orang Maya sendiri memanggil minuman ini dengan nama Theobroma Cocoa atau makanan para dewa.
1200 SM Era Aztec
Pada masa ini, orang Aztec datang ke Amerika untuk menjajah orang Maya. Kekalahan orang Maya menyebabkan mereka membayar sejumlah penghormatan kepada Aztec.
''Oleh kerana pada zaman dahulu mereka tidak mempunyai wang, mereka (orang Maya) membayarnya dengan biji koko,'' tambah Tri.
Lama kelamaan, biji koko semakin jarang dan harganya dianggap sangat mahal. Akhirnya, kerana harga coklat pada masa itu sangat tinggi, biji koko kemudiannya digunakan sebagai mata wang oleh Aztec.
Wah! Menarikkan topik kali ini! Siapa kat sini yang taktahu pasal ni mesti rasa kagum kan? Apa kata korang ke Box Log, alang-alang belajar benda baru, bolehlah cuci mata tengok kotak hadiah 😉
SURAT CINTA UNTUK STARLA😍
Ha memandangkan Box Log tengah bermurah hati. Kami sedang menawarkan perkhidmatan di mana setiap pembelian kotak hadiah akan dapat percuma kad ucapan.
Waktu ni lah nak keluarkan segala perasaan hati yang lama terpendam. Kita usaha dulu, dia terima atau tidak belakang cerita.🤣
Korang beli kotak hadiah besar harga RM40 atau kotak hadiah kecil harga RM25 atau ada yang nak beli dua-dua sekali pun akan dapat kad ucapan secara percuma bagi setiap pembelian!
Bolehlah bagi kat mak ayah ke, kekasih baru ke, kekasih lama pun boleh apa salahnya! Hihi, tunggu apa lagi belilah sekarang ada yang menanti tu! 😝
21/12/2022
KELUARGA KEDUA KITA ADALAH SAHABAT 🕶
Pernah tak bila ditimpa musibah atau masalah, orang pertama yamg korang cari adalah kawan-kawan? Min macam tu. Bukan taknak cari orang tua, tapi taknak merisaukan mereka. Lagi satu kawan-kawan ni biasanya bersedia nak bantu kita.
Sepanjang hidup min, min dah kenal dengan ramai orang. Tapi yang boleh min panggil kawan hanyalah kawan-kawan bila kita susah dan senang tetap ada. Min doakan sahabat-sahabat min sentiasa berada dalam keadaan sihat dan istikomah dalam meneruskan kehidupan.
Siapa kat sini yang ramai kawan? Bolehlah suruh kawan-kawan korang layari Box Log. Mana tahu, ada kawan-kawan korang nak kasi hadiah kat korang ke? Hehe...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Segamat
85000