PPD Sepang

PPD Sepang

Share

Pejabat Pendidikan Sepang, Selangor.

Photos from Official :  Sekolah Seri Puteri Cyberjaya's post 22/09/2026
Photos from SMK Cyberjaya's post 21/09/2026
21/09/2026
Photos from PPD Sepang's post 21/09/2026

Sesi Amanah Penyerahan dan Taklimat Penggunaan Modul Pemulihan telah dilaksanakan pada 10 September 2026 di Gemilang Puri, PPD Sepang sebagai usaha memperkukuh pelaksanaan intervensi bagi menangani keciciran penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis (2M). Program ini melibatkan penyerahan Modul Bazooka dan Modul K-Bayu serta penerangan berkaitan penggunaan modul sebagai bahan sokongan berstruktur kepada guru.

Pelaksanaan program turut memberi penekanan kepada usaha menyatukan intervensi pemulihan antara sekolah rendah dan sekolah menengah, khususnya bagi memastikan murid yang masih belum menguasai kemahiran asas 2M mendapat sokongan secara berterusan. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu guru melaksanakan intervensi yang lebih terancang, sistematik dan berfokus, selaras dengan aspirasi โ€œBersama Membina Potensi, Tiada Murid Tertinggal.โ€

17/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Keputusan Pemenang Karnival Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Daerah Sepang Tahun 2026

Tahniah kepada pemenang. Senarai penuh Kontinjen Daerah Sepang akan di hantar melalui surat rasmi kepada sekolah yang terlibat.

Ayuh bersedia ke Peringkat Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 26 September 2026 bertempat di SK Saujana dan SMK Saujana Utama Daerah Kuala Selangor

Photos from PPD Sepang's post 16/09/2026
Photos from PPD Sepang's post 15/09/2026

Bengkel Pecutan Menuju LMS 96.89% bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Daerah Sepang Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 15 September 2026 bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di bawah inisiatif Program Menjulang Akademik Sepang (MAS). Bengkel ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh persediaan murid melalui pendedahan kepada strategi pembelajaran, teknik menjawab dan tindakan berfokus bagi meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesiapsiagaan murid dalam usaha mencapai LMS 96.89% serta kecemerlangan akademik daerah Sepang.

15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Warga pendidikan dan seluruh warga Sepang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-63 pada 16 September 2026.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghayati erti sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Satu Negara | Satu Bangsa | Satu Malaysia

Semoga semangat Hari Malaysia menjadi kekuatan untuk kita terus bersatu, berkhidmat dan membina masa depan pendidikan yang lebih gemilang buat Daerah Sepang.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Tetap Di Hati!

Ikhlas daripada:
Pejabat Pendidikan Daerah Sepang

15/09/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH ATAS PELANTIKAN GURU BESAR ๐ŸŽ‰

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

๐ŸŒน Encik Ong Bee Khoon ๐ŸŒน

atas pelantikan sebagai Guru Besar SJKC Sin Ming.

๐Ÿ“… Berkuat kuasa mulai 15 September 2026

Semoga pelantikan ini menjadi satu amanah yang dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memimpin sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang dalam menerajui SJKC Sin Ming! ๐Ÿ‘

Want your school to be the top-listed School/college in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

No. 42 & 44, Jalan Mawar 1B, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00