Ustazah Raudhah Rozli
بِسْمِ الله مَاشَاءَ الله
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
29/09/2026
Bila seseorang telah pergi, jagalah maruahnya sebagaimana kita mahu maruah kita dijaga 🤍
Sebarkan kebaikannya, panjatkan doa untuknya, dan simpan apa yang sepatutnya menjadi aib.
Kerana kasih kepada si mati bukan sekadar mengenang, tetapi juga menjaga apa yang tidak lagi mampu dijaganya.
Semoga Allah mengampuni kita dan merahmati mereka yang telah mendahului kita. 🤲🏻
الله المستعان 🤲🏻
29/09/2026
✨ LIVE: HAID KE, ISTIHADAH KE? ✨
Masih keliru membezakan haid dan istihadah? Jom kita belajar bersama dalam sesi khas yang santai, mudah difahami dan dekat dengan realiti wanita. 🤍
🎙️ Ustazah Raudhah Rozli
🎙️ Ustazah Halizaa
📅 Rabu, 30 September 2026
🕗 8.00 – 10.00 malam
🎥 TikTok LIVE
📲 Saksikan di akaun TikTok :
Ustaz Amar Bedae & Ustazah Raudhah Rozli
Jangan lupa set reminder & ajak sahabat-sahabat wanita 🌷
TikTokLive BeDaie
28/09/2026
Setiap berita kematian adalah peringatan yang lembut daripada Allah.
Dia pergi terlebih dahulu, dan kita masih diberi waktu untuk mempersiapkan bekal.
Semoga setiap kali mendengar kematian, hati kita tidak hanya berduka, tetapi turut tersedar bahawa kita juga sedang menuju ke sana….
الله المستعان 🤲🏻
28/09/2026
🌸 KULIAH DHUHA | ASAS-ASAS FARDHU AIN 🌸
Jom bersama Ustazah Raudhatul Jannah dalam majlis ilmu yang membimbing kita memahami dan menghayati asas-asas fardhu ain dalam kehidupan. 🤍
📅 Isnin, 28 September 2026
🕤 9.30 – 10.30 pagi
📍 Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam
27/09/2026
✨ JADUAL KULIAH MINGGUAN USTAZAH RAUDHAH ROZLI ✨
🗓️ 28 September– 4 Oktober 2026
🤍 Ayuh bersama menyuburkan hati dengan ilmu, memperbaiki amal dan menambah bekalan menuju akhirat.
📚 Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.
📌 Simpan & kongsikan jadual ini agar lebih ramai berpeluang menghadiri majlis ilmu bersama Ustazah Raudhah Rozli, insyaAllah. 🌿
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” Riwayat Muslim
DakwahMuslimat
INILAH PAKAIAN TERAKHIR KITA…
Hari ini kita memilih pakaian yang indah, mahal dan bergaya.
Namun akhirnya, akan tiba satu hari…
Kita tidak lagi memilih apa yang ingin dipakai.
Tidak ada jenama.
Tidak ada kemewahan.
Tidak ada perhiasan.
Hanya sehelai kain kafan yang membalut tubuh.
Apa yang kita kumpulkan sepanjang hidup akan kita tinggalkan.
Yang kita bawa hanyalah iman dan amal.
Maka sebelum tubuh ini dibalut kain kafan,
sudahkah hati kita dibalut dengan taqwa?
Kerana pakaian terakhir kita bukanlah yang paling mahal…
tetapi kain kafan yang menjadi tanda bahawa perjalanan kita di dunia telah berakhir.
Persiapkan bekal sebelum dipersiapkan untuk pergi. 🤍
27/09/2026
Tak semua manusia akan memahami kita, dan itu tidak mengapa. 🤍
Teruslah berbuat baik kerana Allah, bukan kerana penerimaan manusia.
Jangan hilang diri hanya kerana mahu disukai.
Cukuplah Allah tahu siapa kita dan niat kita keranaNya 🤍
27/09/2026
🌸 KULIAH DHUHA | ASAS-ASAS FARDHU AIN 🌸
Jom bersama Ustazah Raudhatul Jannah dalam majlis ilmu yang membimbing kita memahami dan menghayati asas-asas fardhu ain dalam kehidupan. 🤍
📅 Isnin, 28 September 2026
🕤 9.30 – 10.30 pagi
📍 Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam
📖 Kuliah Dhuha
👥 Muslimin & Muslimat dijemput hadir
📲 Siaran langsung di media sosial Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah
✨ Hidupkan pagi dengan ilmu, suburkan hati dengan amal.
MusliminMuslimat
27/09/2026
✨ KETEGUHAN IMAN SEORANG WANITA & ISTERI DI AKHIR ZAMAN 2.0 ✨
Jom bersama-sama dalam sebuah Majlis Maulid & Tausiah yang insya-Allah sarat dengan pengisian, ilmu dan inspirasi buat para wanita. 🌷
🗓️ Ahad | 27 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
💰 Mahar: RM35
👑 Gold Seat – Barisan Hadapan: RM55
📍 Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali
Manjalar, Kepong, KL
🌸 Anjuran: Srikandi Dakwah
📲 Pendaftaran / RSVP:
Aida
Daftar di sini www.wasap.my/60143665501/KISW 2.0
🤍 Jom hadir bersama sahabat-sahabat wanita. Semoga menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, menambah ilmu dan mempersiapkan diri menghadapi cabaran akhir zaman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Ustazah Raudhah Rozli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.