Ziin Interior Design

Ziin Interior Design

Share

ZIIN ENTERPRISE
(RA0084200-D)
We specialised in INTERIOR DESIGN
Kedah-Perlis-Penang

Photos from Ziin Interior Design's post 04/08/2026

PROGRESS UPDATE | TEMBOK PAGAR

Siap kerja-kerja plaster tembok pagar. Dua-dua belah pagar dah siap plaster. Next akan jalan kerja untuk bahagian bench dan dinding curve ruang outdoor.

02/08/2026

PROGRESS UPDATE TEMBOK PAGAR

Pagar baru dah hampir siap. Sebelum ni pagar rumah tepi ni menggunakan pagar chain link. Jadi untuk pagar tembok yang baru ada bahagian tempat healing outdoor bahagian tepi rumah.

Macam mana tu tempat healing outdoor? Nak tengok design tak? Jom FOLLOW dulu sebelum kita sambung part seterusnya.

28/07/2026

SEBALIK TABIR PEMASANGAN KABINET BUKU DAN MEJA BELAJAR ( STUDY ROOM )

Meja belajar dan rak buku hanging custom saiz 10 kaki panjang, design rak buku pon di custom mengikut kesesuaian owner.

Dalam bilik yang sama juga kalau ikut perancangan owner request untuk buat 4-5 tempat duduk. Tapi disebabkan ruang yang terhad, selepas berbincang kita bersepakat untuk buat meja sepanjang lebih kurang 10 kaki yang muat lebih kurang 3 orang kalau duduk pada masa yang sama. Dan kita beri suggestion dan idea yang terbaik untuk memenuhi keperluan owner.

Adakah semua request kami akan turuti? Ya, jika tiada sebarang masalah teknikal. Ada juga request yang kita tak boleh ikut sepenuhnya disebabkan satu contoh masalah macam owner kita ni. Jadi dapat sesuatu?

27/07/2026

SETIAP EDGES KAYU WALAUPUN KECIL TETAPLAH KENA BALUT DENGAN BAIK!

Bila dah menjenguk ke kilang baru kita tau, setiap detailing walaupun nampak simple di mata kita, tapi tetap besar di mata tukang. Dekat sini kita boleh nampak setiap kekemasan tu dibuat dengan sangat teliti.

Kalau di mata client senget sikit pon kita rasa tak seronok tengok kan? Begitu juga di mata tukang. Sebab kita sentiasa menjaga kualiti dan kekemasan hasil kerja.

Nak kita share lagi video begini? Harap bermanfaat.

27/07/2026

“𝗥𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶… 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗶𝗺𝗽𝗶𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵.”

Bukan sebab tak mampu. Kadang-kadang sebab tak tahu nak mula dari mana atau risau tersalah pilih kontraktor.

Di ZIIN Interior Design, kami uruskan semuanya untuk anda — daripada pelan, pembinaan sehingga rumah siap diduduki.

✨ Bina ikut bajet.
✨ Design ikut impian.
✨ Siap dengan kualiti yang boleh dibanggakan.

Kerana rumah bukan sekadar tempat tinggal, tetapi tempat terciptanya seribu kenangan.

💬 Tinggalkan komen “RUMAH” atau DM kami untuk konsultasi PERCUMA. Mai bina rumah impian anda, di atas tanah sendiri.

27/07/2026

Apa beza laminate dan melamine?

26/07/2026

BARU DAPAT KUNCI RUMAH?

Inilah masa yang sesuai untuk buat makeover sebelum mula berpindah.

Daripada design hingga siap pemasangan, kami sedia membantu merealisasikan rumah idaman anda.

📩 PM kami untuk konsultasi.

wasap.my/60169977366/dekoziinid
wasap.my/60169977366/dekoziinid
wasap.my/60169977366/dekoziinid

Photos from Ziin Interior Design's post 26/07/2026

PROGRESS UPDATE MAKEOVER 11 | MAKEOVER RUANG TAMU, SURAU DAN LAUNDRY
📍Sungai Petani

Alhamdulillah untuk peringkat awal dah berjalan kerja-kerja wiring, feature wall dinding ruang tamu berkonsepkan english dan mihrab surau.

Client nak makeover semula dari deko lama, ke ruang yang lebih fresh.

Yang berminat nak makeover rumah PM tau!

23/07/2026

COURTYARD DALAM RUMAH SATU BEBAN !

Untuk projek makeover kalini ada bahagian outdoor dan indoor. Jadi bahagian dalam rumah ni suprisingly ada couryard tau!

Apa problem kalini? Tuan rumah minta kita buang courtyard ni..ruang ni dalam design mungkin unik, tapi realiti jadi bebanan untuk maintain. Jadi ruang ni kita nak transform jadi sebahagian dari ruang tamu rumah semula.

FOLLOW story ni sampai siap ok!

Photos from Ziin Interior Design's post 23/07/2026

PROGRESS UPDATE | TEMBOK PAGAR OUTDOOR & PECAH DINDING COURTYARD INDOOR
📍 ALOR SETAR

Hari first pekerja masuk untuk korek lubang footing dan potong besi untuk konkrit buat tiang tembok pagar tepi rumah. Pagar asal ni pagar chain link hijau tu, tapi client nak minta tukar buat pagar tembok konkrit yang kemas sikit. Tengok besi tu pon biasa orang pakai Y10 ja, kita pakai Y12.

Tembok ni sharing dengan jiran sebelah tau, tapi pihak kami tetap akan plaster dan cat bagi elok dua-dua side nanti.

Dan bahagian dalam rumah ada courtyard tengah-tengah. Jadi sekarang ni kita tengah robohkan dinding tu, ruang tengah tu nanti akan jadi ruang tamu. Jadi ruang akan lebih luas dan selesa.

Banyak lagi ni nak share! So jangan lupa FOLLOW projek ni ya.

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


24, 2nd Floor Persiaran Sultan Abdul Hamid Jalan Pegawai
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00