SKJDK RASMI
Sekolah ini mula dibuka pada tahun 2002. Lokasi di Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar
25/09/2026
π²πΎ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK JALAN DATUK KUMBAR 2026 π²πΎ
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara dan pertandingan sepanjang Bulan Kebangsaan. Sesungguhnya, penyertaan dan semangat yang ditunjukkan amat bermakna dalam menyemarakkan rasa cinta akan negara.
Semoga semangat patriotisme, kecintaan kepada negara dan rasa bangga sebagai anak Malaysia terus subur dalam diri setiap murid
βMalaysia MADANI : Jiwa Merdeka, Semangat Bersama.β
24/09/2026
π TAHNIAH DAN SYABAS! π
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Danish Braim bin Rizal Braim, Murid PPKI SK Jalan Datuk Kumbar atas kejayaan meraih Pingat Gangsaπ₯ dalam acara Relay (Head to Head) Berkumpulan di Karnival Kokurikulum Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2026.
Tahniah dan penghargaan juga buat guru pembimbing Cikgu Amiroh dan team atas segala usaha, bimbingan, komitmen dan kesungguhan dalam melatih Danish sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
π Terus melangkah, terus berusaha dan cipta lebih banyak kejayaan! ππΌ
SK Jalan Datuk Kumbar bangga dengan kejayaanmu! β€οΈπ
&team
17/09/2026
Himpunan gambar-gambar kelas yang telah menyertai Pertandingan Kelas Patriotik sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 π²πΎ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru kelas, ibu bapa dan murid-murid atas sokongan, usaha serta komitmen yang diberikan.
Membina jati diri, menyemai patriotisme, membentuk generasi berjiwa Malaysia π²πΎ
TAHNIAH SEMUA π
06/09/2026
ππ₯€ ALHAMDULILLAH TAHNIAH DAN SYABAS, BRIAM! π₯€π
Warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
π DANISH BRAIM BIN RIZAL BRAIM π
atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Stacking Cup sempena Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah.
π₯ 2 PINGAT EMAS
π₯ 1 PINGAT GANGSA
Tiga acara, tiga pingat! π₯π
Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, latihan yang konsisten, fokus, disiplin dan semangat juang Briam yang sangat membanggakan.
π Tahniah dan penghargaan turut diberikan kepada Cikgu Amiroh Bt Abu Bakar, guru pembimbing yang telah mencurahkan tenaga, masa dan komitmen dalam memberikan bimbingan serta sokongan kepada Briam sehingga berjaya mencapai prestasi yang cemerlang.
π ROAD TO KEBANGSAAN! π
Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama untuk Briam terus melangkah lebih jauh, membawa nama Kota Setar dan Negeri Kedah ke persada yang lebih tinggi.
Teruskan usaha, kekalkan fokus dan terus percaya pada kemampuan diri! πͺπ₯
π ROAD TO KEBANGSAAN! π²πΎ
ππ Syabas dan tahniah daripada seluruh warga SK Jalan Datuk Kumbar!
26/08/2026
π· SELAMAT MAJU JAYA & SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN π·
Warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah serta selamat maju jaya buat:
β¨ Pn. Nor Hafizah binti Ahmad Hadi
yang meneruskan perkhidmatan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Datoβ Shaari.
β¨ Pn. Eza Emilia bt Abduljabar Hamzah
yang meneruskan perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Langgar.
Sesungguhnya, setiap langkah dalam perjalanan perkhidmatan membawa pengalaman, kenangan dan jasa yang amat bermakna. Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen, kerjasama dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama warga SK Jalan Datuk Kumbar. π€
Semoga terus cemerlang dalam amanah baharu, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kejayaan dalam melakar lebih banyak kecemerlangan di tempat baharu.
Selamat maju jaya dan teruskan melakar kejayaan! πΈ
Daripada,
Warga Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar π
20/08/2026
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah πβ¨
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 20 Ogos 2026 (Khamis).
Program ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasrullah bin Che Halim (Ustaz Kartun) dengan pengisian yang menarik dan penuh bermakna berkaitan sirah serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, SKJDK sebagai usaha menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk sahsiah dan akhlak terpuji dalam kalangan warga sekolah.
Semoga sambutan ini memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW. π
20/08/2026
π TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN GEMILANG! π
Alhamdulillah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bibi Nur Batrisya Farhana Bt Muhd Hisham, atlet SKJDK yang telah mewakili Daerah Kota Setar dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Kedah 2026. πͺπ»β¨
π Padang IPGM Sultan Abdul Halim
π
17 β 20 Ogos 2026
π§π» Kategori: Bermasalah Pembelajaran Perempuan 12 Tahun
π₯ EMAS β Lompat Jauh BP P12
π₯ PERAK β 100 meter
π₯ PERAK β 200 meter
π₯ PERAK β 4 x 100 meter
π₯ GANGSA β 4 x 200 meter
π PUNGUTAN KESELURUHAN:
π₯ 1 Emas | π₯ 3 Perak | π₯ 1 Gangsa
Satu pencapaian yang amat membanggakan! Setiap pingat adalah hasil usaha, disiplin, keberanian dan semangat juang yang luar biasa. β€οΈ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Mohamad Firdaus B. Nor Azman atas segala tunjuk ajar, bimbingan, komitmen dan kesungguhan dalam membimbing Bibi sehingga mencapai kejayaan ini. ππ»ππ»ββοΈ
Tahniah juga buat semua yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada atlet sepanjang kejohanan. β€οΈ
β¨ Perjalanan belum berakhir!
Bibi seterusnya akan menyertai fasa pemilihan Kejohanan MSSM Pendidikan Khas 2026.
Semoga terus melangkah dengan penuh keyakinan dan mengukir lebih banyak kejayaan selepas ini! πͺπ»π₯
SKJDK bangga denganmu, Bibi! ππ
Teruskan berlari, teruskan melompat, teruskan menggapai impian! π
17/08/2026
π²πΎβ¨ JOM SEMARAKKAN BULAN KEMERDEKAAN! β¨π²πΎ
Ayuh murid-murid! π²πΎβ€οΈπ€
Inilah masanya untuk tunjukkan semangat patriotik, bakat dan kreativiti anda! π
Pelbagai pertandingan menarik menanti anda! π₯³π
π€ Pertandingan Deklamasi Sajak
πΏ Pertandingan Reka Bentuk Arca
π€π¨ Pertandingan Mencipta Poster AI β Keluarga Merdeka
π«π²πΎ Pertandingan Kelas Patriotik
ππ²πΎ Pertandingan Busana Merdeka
ποΈπ¨ Pertandingan Mewarna
πβ¨ HADIAH MENARIK DISEDIAKAN! π
Jangan lepaskan peluang untuk serlahkan bakat, kreativiti dan semangat cintakan Malaysia! β€οΈπ²πΎ
Tak kira pandai berpantun, kreatif menghasilkan karya, hebat mewarna, berani beraksi di pentas atau s**a bergaya β ada pertandingan untuk anda! ππ₯
π JOM SERTAI!
π JOM TUNJUKKAN BAKAT!
π JOM MERIAHKAN BULAN KEMERDEKAAN!
π²πΎ MALAYSIA MADANI, JIWA MERDEKA!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
SK Jalan DATUK KUMBAR ALOR SETAR
Alor Setar
05300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |