YB Rashidi Razak
Ahli Dewan Undangan Negeri
Anak Bukit. "Anak Bukit Di Hati"
21/09/2026
Usai daripada itu, YB meneruskan ziarah ke kediaman Pak Mat bin Harun, 79 tahun, yang kini diuji dengan penyakit kanser darah.
Keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan kini hanya mampu terlantar di rumah. YB turut menyampaikan sumbangan serta mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan memberikan kesembuhan yang terbaik buat beliau.
Menemani YB dalam kunjungan ziarah kali ini ialah Pengerusi MKK Hutan Serdang, Mohammad Othman dan Setiausaha Harun Abdul.
21/09/2026
Ziarah Prihatin Ibu Tunggal di Kampung Hutan Serdang
Turun menziarahi seorang ibu tunggal di Kampung Hutan Serdang yang kini diuji dengan penyakit saraf sehingga menyukarkan pergerakan harian. Nor Hayati Md Ismail 42 tahun, hanya mampu berjalan perlahan dengan bantuan tongkat.
Dalam kunjungan ini, YB turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan serta memberi semangat agar beliau terus tabah menghadapi ujian.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mempermudahkan segala urusan dan mengangkat segala kesakitan yang ditanggung.
21/09/2026
Ziarah Takziah
Pagi ini hadir menziarahi keluarga Allahyarham Haji Zakaria bin Hassan di Lorong Pak Ya, T**i Gajah bagi menyampaikan ucapan takziah serta berkongsi rasa dukacita atas pemergian beliau ke rahmatullah.
Jenazah akan dislolatkan di Masjid Tuan Husain T**i Gajah usai azan zohor.
Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini. Sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba yang beriman.
Al-Fatihah.
19/09/2026
Santuni Penduduk Kampung Padang Lalang
Alhamdulillah, petang tadi menyantuni penduduk Kampung Padang Lalang dalam Program Serahan Beras Sejahtera melibatkan 65 penerima.
Selain menyampaikan sumbangan beras, sesi ini turut menjadi ruang pertemuan mesra apabila penduduk tidak melepaskan peluang bertanya secara terus mengenai pelbagai inisiatif serta perkembangan Kerajaan Negeri Kedah. YB turut memberikan penerangan dan menjawab persoalan yang dibangkitkan demi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban, di samping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.
Terima kasih Pengerusi MKK Sobri Taib dan Setiausaha Syakir membantu melancarkan perjalanan program petang tadi.
18/09/2026
Sumbangan Katil Buat Pesakit Strok
YB Rashidi turun menziarahi Saudara Ismail Daud di Kampung Sungai Baru Tengah yang kini diuji dengan penyakit strok sejak lebih lima bulan lalu akibat kemalangan kecil yang menimpanya.
Atas rasa prihatin, YB turut menyampaikan sumbangan sebuah katil bagi membantu memudahkan urusan penjagaan dan memberi sedikit keselesaan kepada beliau sepanjang proses pemulihan.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mengangkat segala kesakitan serta mempermudahkan urusan Saudara Ismail dan seluruh ahli keluarganya.
Turut bersama, Pengerusi MKK Sungai Baru Tengah, Shahrul Anuar dan Setiausaha MKK, Rusli Harun.
18/09/2026
TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH HAJJAH ZAHARAH HASSAN
Semalam menerima khabar duka tentang pemergian Allahyarhamah Hajjah Zaharah Hassan ke rahmatullah.
Pagi Jumaat yang mulia ini, hadir ke kediaman Allahyarhamah bagi menziarahi serta menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Allahyarhamah merupakan ibunda kepada Komanden Jabatan Amal Kawasan Kuala Kedah, Saudara Abdullah Yusuf.
Semoga seluruh keluarga diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita sama-sama menghadiahkan doa agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
17/09/2026
Majlis Pelancaran Dasar Wanita Kedah
YB hadir ke Majlis Pelancaran Dasar Wanita Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, dengan membawa tema “Wanita Berdaya, Kedah Sejahtera.”
Dasar ini menjadi komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa peranan wanita sebagai rakan pembangunan yang menyumbang kepada kesejahteraan keluarga, komuniti dan negeri.
17/09/2026
Konvoi ke Bukit Kodiang Satukan Komuniti
Semalam, 16 September, memenuhi jemputan bagi menyempurnakan pelepasan Konvoi Merdeka ke Bukit Kodiang yang berlangsung dalam suasana penuh semangat.
Program anjuran Majlis Ketua Kampung (MKK) Sungai Baru Tengah, Penghulu dengan kerjasama Masjid Al Ittihad ini telah menghimpunkan seramai hampir 100 peserta daripada pelbagai lapisan umur. Kehadiran anak muda, golongan dewasa serta warga emas jelas membuktikan ukhuwah dan semangat kebersamaan terus utuh menyatukan masyarakat.
Semoga program seperti ini terus menjadi medium mengeratkan ukhuwah, memupuk perpaduan dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.
15/09/2026
Hadir ke Kedah Young Leadership Development Programme Di Dewan Seri Mentaloon.
Majlis disempurnakan oleh YAB Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah.
[LIVE] KEDAH YOUNG LEADERSHIP DEVELOPMENT PROGRAMME |
15 SEPTEMBER 2026, DEWAN SERI MENTALOON.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Website
Address
Pejabat MTD Anak Bukit, KM 8, Kampung Alor Pial, Mukim Gunung
Alor Setar
05400