Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Share

Pembentukan Insan Soleh

Photos from Sekolah Rendah Islam Alor Setar's post 13/09/2026

BATIK DILUKIS, BAKAT PUN TERSERLAH

Alhamdulillah, satu lagi berita yang buat kita senyum sampai ke telinga

Tahniah buat anak-anak SERIAS yang menyertai Pertandingan Mewarna Batik Peringkat Daerah Kota Setar yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang, Sabtu, 12 September 2026.

Kalau tengok mereka pegang pensel warna, nampak macam biasa…

Tapi bila keputusan keluar…
Eh, ni bukan main-main ni

KEPUTUSAN PERTANDINGAN:

Tahun 6 Lelaki
JOHAN
Muhammad Nafis Syawal

Tahun 5 Lelaki
TEMPAT KETIGA
Ali Al Khowasd

Tahun 5 Perempuan
TEMPAT KEEMPAT
Nur Safiyyah Adawiyyah

Tahun 4 Lelaki
JOHAN
Hafizzuddin

Tahun 4 Perempuan
JOHAN
Nur Jauna Nadhirah

3 JOHAN dalam satu pertandingan

Alhamdulillah, ini bukan sekadar tentang menang pertandingan. Ia tentang keberanian mencuba, kesungguhan belajar dan usaha yang dilakukan dengan penuh semangat.

Dan sudah tentu, kejayaan anak-anak ini tak datang seorang diri.

Terima kasih buat guru pembimbing yang sentiasa memberi bimbingan dan sokongan:

Ustazah Jalwati Dan Cikgu Fikriah

Semoga segala ilmu, masa dan usaha yang dicurahkan menjadi amal jariah dan terus memberi manfaat kepada anak-anak.

Syabas dan tahniah buat semua

Teruskan berkarya, teruskan mencuba dan jangan takut untuk mewarnakan dunia dengan bakat masing-masing.

Batik dah berwarna,
kejayaan pun dah terserlah

Kelab & Persatuan Seni Visual SERIAS

12/09/2026

IJTIMAK HARAKIY WADAH ABIM PKPIM KEDAH & SEMINAR ANTARABANGSA: GEOPOLITIK DAN PERUBAHAN GLOBAL

Jemput Like, Komen dan Share!

Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah

28/08/2026

ESOK KITA BAKA SERIAS

Esok bukan hari biasa-biasa…
Esok HARI KELUARGA BAKA SERIAS

Jadi kepada semua waris, murid, guru & kakitangan…
Jangan buat-buat lupa
Bawa keluarga, bawa semangat, dan paling penting… bawa keceriaan

Ada Fun Walk
Ada Fun Games
Ada Cabutan Bertuah
Ada gerai & aktiviti menarik
Dan paling best… eratkan silaturahim
Tak daftar Fun Walk pun TAKPA

Datang ja meriahkan suasana.

Yang penting semua dijemput, semua dialu-alukan
Mudah-mudahan langkah kita esok bukan sekadar menyihatkan badan, tapi juga mengeratkan ukhuwah dan menambah keberkatan.

SABTU | 29/8/2026

Datang awal tau…
Jangan sampai orang dah jalan, kita baru sibuk cari stokin

Jom bersama melangkah, erat silaturahim

Insya-Allah, satu hari, banyak kenangan… satu keluarga, satu kebahagiaan

27/08/2026

JOM SINGGAH BOOTH ALKHAIR MALAYSIA!

Selalu orang bertanya,
Tak adakah anak yatim Gaza yang boleh kita jadikan anak angkat?

Jawapannya ada!
Jom singgah ke Booth Alkhair Malaysia dan ketahui bagaimana anda boleh menjadi keluarga angkat kepada anak yatim Gaza yang sedang menantikan kasih sayang dan sokongan kita.

Selain itu, Pelbagai aktiviti menarik lain juga menanti anda:

FUN GAME & KUIZ
Sertai permainan dan menangi hadiah menarik!

WALL OF HOPE
Tulis dan titipkan doa serta kata-kata semangat buat anak-anak Gaza.

JUALAN AMAL ALKHAIR
Sambil membeli, sambil menyumbang kepada kebaikan.

JADI KELUARGA ANGKAT ANAK YATIM GAZA
Kenali anak-anak yang sedang menantikan keluarga angkat dan dapatkan penerangan lanjut tentang program tajaan.

Sertai Channel Alkhair Kini
Dapatkan berita terkini isu2 kemanusiaan seluruh dunia dengan segera dan Ketahui misi kemanusiaan dan pelbagai kempen yang sedang kami laksanakan di seluruh dunia.

📍 Booth Alkhair Malaysia
📅 29 Ogos 2026 | Sabtu
🏫 Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Jangan terus balik! Singgahlah ke booth kami sebelum dan selepas Fun Walk. Mungkin kunjungan kecil anda menjadi permulaan kepada sebuah harapan besar buat anak yatim Gaza.

20/08/2026

Mak Ayah, jangan tunggu anak makin tertinggal baru nak mula.

Kadang-kadang bukan anak tak pandai.

Dia cuma perlukan cara belajar yang lebih mudah, santai dan tak buat dia rasa macam sedang kena paksa belajar.

Bayangkan lepas Maghrib, ambil 15 minit je.

Duduk sebelah anak. Buka NotaKAFA.
Mulakan dengan aktiviti yang menarik, dengar lagu hafazan, tengok cerita pendek, kemudian buat kuiz.

Tak perlu sejam. Tak perlu marah-marah.

Sedikit, tapi konsisten.

Bila anak mula cakap,
“Eh, yang ni saya ingat!”

Itulah perubahan kecil yang kita nak.

Sebab silibus KAFA bukan sikit. Jawi, hafazan, doa, akidah, ibadah dan macam-macam lagi.

Kalau ada bahan yang boleh bantu anak belajar dengan lebih mudah di rumah, jangan tunggu sampai dekat peperiksaan baru nak cari.

Mulakan sekarang, 15–20 minit sehari pun dah cukup untuk bina rutin.

NotaKAFA boleh jadi teman belajar anak di rumah.

Klik link di komen untuk dapatkan NotaKAFA sekarang. Biar belajar sikit-sikit, daripada kelam-kabut bila dah dekat exam.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Km 5 Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Alor Setar.