INSPIN

INSPIN

Share

"PENYEDIA LATIHAN TERBAIK DI WILAYAH UTARA"

To be an 'INTEGRITY PARTNER' (RAKAN INTEGRITI) in knowledge management and integrity in promoting successfull knowledge discussion and academic, to render investigational programmes and consultation services in the northern region

27/09/2026

PROGRAM LATIHAN INSPIN BULAN OKTOBER & NOVEMBER 2026
❓Berminat untuk mempelajari perkara baru?
❓Ingin meneroka ilmu baru yang boleh memajukan diri?
❓Anda mahu menjadi orang yang BERJAYA?
LATIHAN DI INSPIN ADALAH JAWAPANNYA 👍👍
Pihak INSPIN mempelawa anda untuk mengikuti latihan-latihan yang disediakan mengikut minat dan kesesuaian anda. Program latihan akan dilaksanakan secara bersemuka dan dalam talian (menggunakan aplikasi Zoom).
📞 Tel: 04 7203 708/712
🌐 Website: https://inspin.gov.my
📩 Email: [email protected]
👍 Like page: INSPIN
📸 Follow Instagram: inspin__malaysia

Photos from INSPIN's post 25/09/2026

KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSI

HARI KEDUA | 25 SEPTEMBER 2026

Kursus High Performance Team: Kecerdasan Minda dan Pengurusan Emosi diteruskan pada hari kedua dengan pengisian yang memberi penekanan terhadap aspek kecerdasan minda, pengurusan emosi serta pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Program yang berlangsung di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka ini menjadi platform dalam memperkukuh kefahaman serta kemahiran peserta untuk mengurus emosi, meningkatkan komunikasi dan membina kerjasama berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugasan di organisasi.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan awam serta membentuk pasukan kerja yang lebih cekap, profesional dan berintegriti.

📍 Tempat: Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka
🏢 Anjuran: Bahagian Perumahan, PSUK Kedah dengan kerjasama INSPIN

Photos from INSPIN's post 24/09/2026

KURSUS HIGH PERFORMANCE TEAM: KECERDASAN MINDA DAN PENGURUSAN EMOSI

📅 24 – 25 SEPTEMBER 2026 (HARI 1)
📍 MERDEKA BEACH RESORT, PANTAI MERDEKA

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah menganjurkan Kursus High Performance Team: Kecerdasan Minda dan Pengurusan Emosi yang berlangsung pada 24 hingga 25 September 2026 bertempat di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka.
Kursus ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha memperkukuh kompetensi warga kerja melalui peningkatan kecerdasan minda, pengurusan emosi serta pembentukan pasukan kerja yang lebih positif, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Semoga pengisian kursus ini dapat memberi manfaat dalam meningkatkan keupayaan peserta mengurus cabaran di tempat kerja serta memperkukuh kerjasama dan semangat berpasukan dalam penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

ANJURAN:
Bahagian Perumahan, PSUK Kedah
DENGAN KERJASAMA:
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN)

Photos from INSPIN's post 21/09/2026

BENGKEL UNDANG-UNDANG KECIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

📅 21 – 22 SEPTEMBER 2026
📍 KEDAH DIGITAL LIBRARY
🏛️ ANJURAN: BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN PSUK NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Bengkel Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah telah diadakan sebagai platform bagi memperkukuh pemahaman serta meningkatkan pengetahuan berkaitan peruntukan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan. Program ini turut menjadi medium perkongsian ilmu dan perbincangan dalam memastikan pelaksanaan serta penguatkuasaan undang-undang kecil dapat dilaksanakan secara lebih teratur, berkesan dan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta memperkukuh kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing demi penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih berkualiti.

Photos from INSPIN's post 20/09/2026

🌟 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2026 KINI BERMULA! 🌟

​Hari pertama menyemarakkan semangat perkhidmatan awam! 💪✨

​Program Transformasi Minda (PTM) Siri 2/2026 membuka tirainya secara rasmi hari ini. Semoga seluruh peserta dapat memanfaatkan platform ini untuk menimba ilmu, memantapkan jati diri, serta memperkasakan integriti demi menyampaikan perkhidmatan terbaik buat rakyat dan Negeri Kedah!

​Selamat berkursus dan teruskan semangat sepanjang 5 hari ini! 🚀🔥

​📌 MAKLUMAT PROGRAM

📅 Tarikh: 20 - 24 September 2026

📍 Tempat: Dewan KCS, INSPIN

🏛️ Anjuran: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), PSUK Negeri Kedah Darul Aman dengan kerjasama INSPIN

​

15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

​"KESEJAHTERAAN DINIKMATI"

​Pengurus Besar serta seluruh warga kerja Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

​Kesejahteraan dan kedamaian yang kita nikmati hari ini adalah hasil penyatuan serta kejituan semangat seluruh warga. Marilah kita terus membudayakan nilai integriti, memelihara keharmonian, dan memperkukuh perpaduan demi tanah air tercinta.

​Ikhlas daripada:

Pengurus Besar & Seluruh Warga Kerja INSPIN

​

Photos from INSPIN's post 06/09/2026

KURSUS STRATEGI PEMASARAN DIGITAL DAN PENGURUSAN MEDIA SOSIAL KORPORAT BINA DARULAMAN BERHAD

​Berlangsung hari ini Hari Pertama Kursus Strategi Pemasaran Digital dan Pengurusan Media Sosial Korporat anjuran Bina Darulaman Berhad (BDB).

​Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran warga kerja dalam memantapkan komunikasi strategik, penyampaian maklumat berasaskan impak, serta kecekapan pengurusan platform digital korporat seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

​🗓️ Tarikh: 6–7 September 2026 (Hari Pertama)

📍 Lokasi: Darulaman Golf & Country Club

🏛️ Anjuran: Bina Darulaman Berhad (BDB)

​Komited ke arah pemantapan imej dan kepimpinan digital korporat yang berintegriti serta berimpak tinggi.

​

Photos from INSPIN's post 05/09/2026

PENGGUNAAN FASILITI INSPIN (BILIK KULIAH ILMU, INSPIN)

​Sedang berlangsung hari ini Kelas Master Project Management anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) bertempat di Bilik Kuliah Ilmu, Institut Pengurusan Kedah (INSPIN).

​Pemilihan Bilik Kuliah Ilmu di INSPIN mencerminkan peranan prasarana institut dalam menyediakan fasiliti latihan yang kondusif, selesa dan lengkap bagi menyokong penganjuran program akademik serta pembangunan modal insan peringkat tinggi.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak UUM atas kepercayaan yang diberikan dalam memilih INSPIN sebagai lokasi penganjuran sesi pembelajaran ini.

​📌 Maklumat Program:

📅 Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu)

📍 Lokasi: Bilik Kuliah Ilmu, INSPIN

​

Photos from INSPIN's post 01/09/2026

PERKHIDMATAN SEWAAN KEMUDAHAN: BILIK KULIAH ILMU, INSPIN

​Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) dengan ini menawarkan kemudahan sewaan Bilik Kuliah Ilmu bagi kegunaan penganjuran pelbagai majlis rasmi, kursus, bengkel, mesyuarat, serta program latihan.

​KAPASITI & SUSUNAN BILIK:

​Susunan Teater: Sehingga 50 Orang

​Susunan Bilik Darjah: 30 Orang

​Susunan Peperiksaan: 30 Orang

​Susunan Bentuk U: 15 Orang

​Ruang yang selesa, kondusif, dan dilengkapi kemudahan asas lengkap amat sesuai untuk kegunaan Jabatan Kerajaan, Agensi Swasta, Badan Berkanun, mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

​MAKLUMAT PERTANYAAN & TEMPAHAN:

Sila hubungi urus setia kami bagi urusan semakan kekosongan dan tempahan:

​Pegawai Hubungan: Puan Umi Khalsom / Admin INSPIN

​No. Telefon: 04-7203 708

​Laman Web Rasmi: www.inspin.gov.my

​Media Sosial: Facebook (INSPIN) | Instagram (INSPIN)

​LOKASI:

321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾✨
Pengurus Besar dan seluruh warga kerja Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia.

Ayuhlah kita bersama-sama memperkukuh nilai integriti, mengukuhkan perpaduan, dan memelihara keharmonian demi memastikan kesejahteraan negara terus dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

"Kesejahteraan Dinikmati"

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INSPIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Alor Setar.