ISMA Alor Setar

ISMA Alor Setar

Share

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA CAWANGAN ALOR SETAR

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita. ISMA juga bergerak aktif di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk “mengesani” masyarakat, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten dalam melaksanakan usaha-usaha yang dijalankan.

19/09/2026

Berdiri sama teguh tidak kira umur, warna kulit & latar belakang hidup.

Photos from ISMA Alor Setar's post 19/09/2026

DARI SEJADAH KECIL, LAHIRNYA UMMAH FADHILAH ✨

Suasana pagi itu tenang, namun dewan mula bergema dengan suara riuh-rendah yang suci. Kelihatan susunan selipar comel di luar pintu, dan di dalam dewan, anak-anak komuniti Lahar Budi kemas berbaris di atas saf. Ada songkok yang sedikit senget, ada telekung yang labuh menyapu lantai, namun semangat di wajah mereka begitu menyala.

Alhamdulillah, Kem Solat Komuniti Anak-anak telah pun selamat dan jayanya dilaksanakan!
Sepanjang program berlangsung, ia bukan sekadar kelas teori. Kami melihat sendiri bagaimana jari-jemari kecil belajar meratakan air wuduk dengan tertib. Kami mendengar bait-bait bacaan Fatihah yang cuba diperbaiki satu demi satu. Malah, saat amali solat berjemaah dilakukan, keheningan dan kesungguhan mereka sujud kepada Pencipta benar-benar menyentuh hati sesiapa sahaja yang memandang.Inilah misi utama Ummah Fadhilah.

Kami percaya bahawa sebuah umat yang cemerlang (Ummah Fadhilah) tidak lahir secara kebetulan. Ia bermula daripada lenturan pertama di atas sejadah sejak usia muda. Solat yang sempurna adalah benteng terbaik untuk anak-anak ini mendepani dunia luar yang penuh cabaran. Melihat senyuman mereka p**ang ke pangkuan ibu bapa dengan membawa buku nota solat dan sijil, hati kami dipagut rasa syukur yang tidak terhingga. Benih ilmu telah disemai, kini tugas kita bersama untuk terus menyiramnya di rumah.

Setinggi-tinggi penghargaan buat barisan fasilitator yang penuh sabar, para ibu bapa yang memberikan kepercayaan padu, serta seluruh komuniti yang menyokong sama ada dari segi tenaga mahupun doa.Perjalanan membina generasi bertakwa ini masih jauh, namun langkah pertama telah pun kita atur bersama. Semoga anak-anak ini membesar menjadi penyejuk mata agama, bangsa, dan keluarga. 🤍

KOMUNITI LAHAR BUDI ALOR SETAR X ISMA ALOR SETAR

www.youtube.com 19/09/2026

Jom tonton.

www.youtube.com

17/09/2026

🌿 BERSATU DENGAN ALAM – REHLAH AIR TERJUN SERI PERIGI 🌿

Jom luangkan masa bersama kami menikmati keindahan alam! 💦🌳

Nikmati pengalaman mandi air terjun, berukhuwah dan santai bersama.

Yuran hanya dengan RM5 seorang bagi pelajar.

Yuran biasa RM10.

📅 26 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Air Terjun Seri Perigi, Yan, Kedah
🍱 Makanan disediakan
✨ Jom rehatkan minda, eratkan ukhuwah dan bersatu dengan alam!

📲 Nak join?
Hubungi Bro Fikri:
016-450 6617

Tempat terhad — Jom bersama kami!

16/09/2026

MERDEKA JIWA, MEMBINA UMMAH

Menyelusuri sirah kehidupan Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda, kita akan menemukan suatu makna kemerdekaan yang jauh lebih luas daripada sekadar kebebasan sebuah wilayah daripada penjajahan. Perjuangan Rasulullah SAW, adalah kemerdekaan manusia daripada segala bentuk pengabdian sesama makhluk, kezaliman dan kerosakan, menuju pengabdian yang sebenar-benarnya hanya kepada Allah SWT.

Saban tahun, kita menyambut Hari Kebangsaan bagi memperingati kemerdekaan negara sejak tahun 1957. Sejak kecil, kita dididik untuk memahami dan menghayati erti kemerdekaan. Namun, seiring bertambahnya usia, pengalaman dan ilmu, sudah tentu pemahaman kita terhadap kemerdekaan turut berkembang. Merdeka bukan lagi sekadar sebuah tarikh atau laungan, tetapi suatu nilai yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan.

Apabila kembali menelusuri perjuangan Rasulullah SAW, kita memahami bahawa Baginda SAW diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya’:

وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al- Anbiya’ 21: 107)

Rasulullah SAW membawa sebuah risalah yang membebaskan manusia. Baginda bukan sekadar mengumpulkan pengikut atau membina pengaruh, tetapi mendidik dan membentuk sebuah generasi yang memiliki kekuatan iman, akhlak, ilmu dan keberanian. Daripada generasi inilah lahir sebuah ummah yang kemudiannya membawa perubahan besar pada perjalanan sejarah manusia.

Tambahan lagi, pembinaan generasi tersebut bermula di Mekah. Dalam suasana tekanan dan tentangan, Rasulullah SAW membina manusia terlebih dahulu — membetulkan akidah, membersihkan jiwa dan membentuk akhlak. Kemudian berlaku hijrah ke Madinah, yang membuka lembaran baharu kepada pembentukan sebuah masyarakat dan negara yang berteraskan iman, persaudaraan, keadilan serta tanggungjawab.

Oleh sebab itu, generasi awal para Sahabat merupakan antara generasi yang paling memahami makna kemerdekaan ini. Mereka menemukan kemerdekaan apabila menerima Islam lalu membebaskan diri daripada belenggu jahiliah dan pengabdian sesama manusia. Akhirnya, mereka memilih untuk menjadi hamba hanya kepada Allah SWT.

Kefahaman inilah yang mengubah mereka. Daripada masyarakat yang berpecah kepada sebuah ummah yang bersatu; daripada kelemahan kepada kekuatan; dan daripada kehidupan yang dibelenggu jahiliah kepada kehidupan yang dipandu wahyu.

Kemudian, selepas kewafatan Rasulullah SAW, risalah ini diteruskan oleh para Sahabat dan generasi selepas mereka sehingga Islam berkembang merentasi pelbagai wilayah dan tamadun. Perkembangan tersebut membawa bersama suatu gagasan besar iaitu membebaskan manusia daripada kezaliman, menegakkan keadilan, menyebarkan ilmu dan membawa manusia mengenal serta mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Inilah antara pengertian kemerdekaan yang dapat kita pelajari daripada sirah.

Persoalannya, bagaimana p**a dengan kita pada hari ini? Apakah erti merdeka bagi kita? Dan sejauh manakah kita benar-benar telah merdeka?

Secara zahirnya, kita hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Kita bebas mengamalkan agama, melaksanakan ibadah dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Nikmat ini sewajarnya disyukuri dan dipertahankan.

Namun, kemerdekaan fizikal sahaja belum memadai sekiranya jiwa masih terbelenggu oleh kelemahan akhlak, individualisme, keruntuhan nilai, perpecahan dan pemikiran yang menjauhkan manusia daripada fitrah serta panduan agama.

Sebab itulah kemerdekaan perlu sentiasa diisi. Bermula dengan pembinaan diri, kemudian setiap individu perlu berusaha memperkukuhkan iman, memperbaiki akhlak, meningkatkan ilmu dan membina integriti. Daripada individu yang baik, lahirlah keluarga yang kukuh, lalu terbentuklah masyarakat yang saling peduli dan bertanggungjawab.

Sementara itu, setiap masyarakat p**a, perlu mengikis sikap individualistik yang semakin menebal dan menghidupkan kembali semangat persaudaraan, keprihatinan serta kerjasama. Kita perlu berani mempertahankan nilai yang benar dan menolak pemikiran serta budaya yang merosakkan akhlak, integriti dan jati diri generasi.

Kemerdekaan yang diwarisi tidak seharusnya hanya diraikan, tetapi mesti diisi dan dipertahankan.

Jika generasi terdahulu berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan, maka generasi hari ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan jiwa, pemikiran, keluarga dan masyarakat tidak kembali terjajah dalam bentuk yang baharu.

Pembinaan ummah yang merdeka bermula daripada manusia yang merdeka jiwanya — manusia yang teguh imannya, luhur akhlaknya, luas ilmunya, kukuh jati dirinya dan sedar akan tanggungjawabnya kepada Allah, masyarakat dan negara.

Sempena kemerdekaan ini, marilah kita bertanya kepada diri sendiri: bukan sekadar “Sudahkah negara kita merdeka?”, tetapi juga “Sudahkah jiwa kita benar-benar merdeka?”

Kerana daripada jiwa-jiwa yang merdeka itulah akan lahir sebuah ummah yang kuat, bermaruah dan gemilang.

Dr. Abdullah Tahir bin Abdul Rahim
YDP ISMA Alor Setar

30/08/2026

Bersama kita menelusuri teladan perjalanan perjuangan Rasulullah SAW dalam membangunkan UMMAH.

UMMAH yang MERDEKA yang jiwanya bebas dari perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian hanya kepada Allah SWT
semata-mata.

Itulah Nadi Peradaban UMMAH.

DR. ABDULLAH TAHIR BIN ABDUL RAHIM
YDP ISMA Alor Setar

30/08/2026

Kemerdekaan yang sebenar bukan hanya bebas daripada penjajahan, tetapi bebas daripada kejahilan, hawa nafsu dan segala perkara yang menjauhkan kita daripada Allah.

Hari ini, perjuangan itu diteruskan oleh generasi kita. Pemuda bukan sekadar pewaris kemerdekaan, tetapi penerus perjuangan membina ummah dan sebuah peradaban.

FUZAI SYAHIR BIN MOHAMAD FUAD
Ketua Pemuda ISMA Alor Setar

25/08/2026

MEMPERINGATI MAULIDUR RASUL 1448H

Meneladani akhlak Rasulullah SAW bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi melalui cara kita berinteraksi, memimpin, memaafkan dan berbuat baik sesama insan.

Peribadi terpuji, qudwah sepanjang zaman.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

25/08/2026

JEJAK PERJUANGAN KEDAH

Alor Setar dibuka pada tahun 1735 oleh Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710–1778), sebagai pusat pemerintahan baharu Kesultanan Kedah, menggantikan Kota Bukit Pinang.

Dari Kota Setar inilah berkembangnya Alor Setar sebagai nadi pentadbiran, sejarah dan warisan Kedah hingga ke hari ini.

Ep 1: Doktor ramal saya dan baby takkan survive (Podcast Inspirasi Wanita) 14/08/2026

Jemput tonton😁

Ep 1: Doktor ramal saya dan baby takkan survive (Podcast Inspirasi Wanita) Jemput tonton perbincangan podcast kami ini.Tetamu Jemputan: Dr I...

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Tingkat 1, No 25, Taman Vistana Indah
Alor Setar
06500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Alor Setar.