Hasli Alias
Interested in governance, policy, politics. "Pursuing a degree in Public Management with a keen interest in governance, public policy, and political systems."
Dulu Kini & Selamanya.
12/04/2026
Beberapa minggu lepas aku ada tulis yang Malaysia akan sukar bertahan dengan subsidi BUDI95 menjelang pertengahan tahun.
Waktu itu, ramai anggap ini sekadar andaian. Siap tulis, I might be wrong.
Hari ini, bayangan itu dah mula keluar sendiri aikit demi sikit dari mulut kerajaan.
Bila naratif mula berubah daripada “harga kekal RM1.99” kepada “subsidi beri tekanan kepada kewangan negara”, itu bukan sekadar kenyataan biasa. Itu adalah signal awal daei kerajaan kepada kita semua.
Dalam politik dan ekonomi, ayat begini bukan penjelasan tapi selalunya lebih kepada persediaan psikologi rakyat.
Kerajaan tak akan terus umum tarik subsidi secara mengejut. Mereka akan “warm up” dulu dengan ayat macam,
Beban kepada fiskal kewangan.
Kemudian bandingkan dengan negara jiran.
Akhir sekali, justifikasi bahawa rasionalisasi itu perlu.
Pattern ini bukan baru. Kita dah pernah nampak sebelum² ini pun.
Hakikatnya mudah, subsidi minyak bukan soal mampu atau tak mampu semata-mata. Ia soal keutamaan dan political will.
Dulu masa jadi pembangkang, semua nampak mudah.
Semua janji boleh diberi.
Semua angka boleh dipolitikkan.
Tapi bila dah duduk di kerusi kerajaan, realiti mula menggigit.
Hari ini, mereka bercakap benda yang sama yang pernah mereka kritik dulu.
Bezanya cuma satu dulu mereka hentam, sekarang mereka pertahankan. Kerajaan² sebelum ini dah berbuih juga cakap benda yang sama.
Bezanya dulu ada GST sebagai buffer sebab kurangnya kebergabtungan terhadap petroleum.
Rakyat sebenarnya faham keadaan geopolitik, faham harga minyak dunia, faham tekanan fiskal.
Yang rakyat persoalkan bukan realiti itu.
Yang rakyat persoalkan adalah konsistensi dan kejujuran.
Kalau dari awal jujur kata subsidi ini sementara dan bergantung kepada kemampuan negara, rakyat boleh terima.
Tapi kalau cakap begini, mana mungkin menang PRU, ye tak?
Bila naratif berubah-ubah dari yakin, kepada berhati-hati, kemudian kepada “terpaksa”maka kepercayaan itu yang terhakis.
Jadi kalau selepas ini BUDI95 disemak semula atau dikurangkan, jangan terkejut.
Sebab sebenarnya, isyarat itu dah lama ada.
Cuma sekarang, semua orang baru nampak dengan lebih jelas.
Akhirnya, mereka dah lama rancang kita saja yang lalai.
Ps: Menarik untuk lihat apa yang bakal terjadi pada PRU16 nanti.
11/04/2026
Lucu juga bila difikirkan.
Dulu bukan main lagi kecam Najib Razak.
Kata GST bebankan rakyat. Kata sistem itu zalim. Kata negara akan hancur. Negara akan bankrap.
Hari ini?
Satu per satu “idea lama” terpaksa dikitar semula. Cuma tukar nama, tukar packaging tapi hakikatnya sama.
Bezanya, dulu ada hasil.
Sekarang… banyak alasan.
Dulu bila minyak naik, masih ada ruang untuk kerajaan lindungi rakyat. Sekarang bila minyak naik, rakyat p**a kena “faham keadaan”.
Ironinya…yang dulu lantang mengajar ekonomi, hari ini sedang belajar semula asas yang pernah mereka kritik.
Najibnomics mungkin tak sempurna,
tapi sekurang-kurangnya ia dibina dengan struktur, disiplin dan keberanian buat keputusan.
Hari ini kita dah nampak jelas.
Nak runtuhkan sesuatu itu mudah,
tapi nak bina semula… tak semua mampu.
https://www.sinarharian.com.my/article/775313/berita/nasional/gst-pengangkutan-awam-penampan-krisis-petrol---najib
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
Bangsar
53100