IKSN
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKSN, Government Official, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN), Banting.
Institut Kemahiran Sukan Negara (sebelum ini dikenali sebagai IKBN Kuala Langat) merupakan institut kemahiran ke-20 yang dikendalikan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
21/09/2026
MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) IKSN 2026
KUALA LANGAT, 21 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) IKSN 2026 bermula 21 hingga 24 September 2026.
Program bertemakan “Safety is Everyone’s Business – Care | Prevent | Protect” ini akan dirasmikan oleh Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah.
Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang program termasuk latihan simulasi kebakaran, ceramah pertolongan cemas, ujian kecergasan kakitangan dan Hari Sukan IKSN.
Aktiviti tambahan seperti Kuiz Kahoot, permainan keselamatan, pameran KKP, klip keselamatan serta cabaran harian turut dilaksanakan sepanjang minggu.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga IKSN terhadap kepentingan KKP serta membudayakan amalan mengenal pasti bahaya, mengawal risiko dan melaporkan sebarang ketidakselamatan.
Penganjuran ini diharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan sejahtera selaras dengan prinsip “Fikir Selamat, Kerja Selamat, Pulang Selamat.”
Keselamatan tanggungjawab bersama, kejayaan milik kita!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
Bagaimana Menjadi Professional Masseur Yang Berjaya
16/09/2026
Nak tahu macam mana nak jadi Professional Masseur yang berjaya?
Rahsia kejayaan, pengalaman industri dan peluang kerjaya akan dikongsikan secara LIVE oleh panel-panel jemputan yang berpengalaman.
📅 17 September 2026
⏰ 9.30 Pagi
📍 LIVE di Facebook IKSN Kuala Langat
✅ Percuma
✅ Terbuka kepada semua
✅ Sesuai untuk pelajar, graduan, jurulatih, therapist dan mereka yang berminat dalam bidang terapi sukan.
Set reminder anda dan jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
11/09/2026
KURSUS PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO DAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015
BANTING, 8 September 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Daftar Risiko & Teknik Audit Dalam bagi Sistem Pengurusan MS ISO 9001:2015.
Kursus yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 September bertempat di Bilik Seminar IKSN ini melibatkan penyertaan barisan Pemegang Prosedur, Ketua Auditor Dalaman, serta Auditor Dalaman institut.
Kursus ini dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan kecekapan, pengetahuan, dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan risiko serta pelaksanaan audit dalaman secara lebih teliti dan mematuhi standard piawaian.
Sesi perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan berpengalaman, iaitu En. Ridzuan bin Muhammad daripada Perunding Inokreatif Q.
Sepanjang kursus, peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan amali. Antara pengisian utama kursus ialah penerangan berkaitan Daftar Risiko dan Peluang MS ISO 9001:2015, hubung kait klausa, serta sesi menyemak semula daftar risiko sedia ada.
Bagi mempraktikkan kemahiran yang dipelajari, peserta turut didedahkan dengan sesi amali menerusi Kajian Kes (Mock Audit) secara terus di lapangan melibatkan proses terpilih.
Selain itu, sesi pelaporan audit turut diberi penekanan merangkumi teknik penulisan laporan ketakakuran (NCR), pengurusan peluang penambahbaikan (OFI), dan cara menutup teguran NCR serta OFI dengan berkesan agar ketidakpatuhan tidak berulang.
Tahniah kepada semua peserta dan diharapkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat membantu barisan auditor dan pemegang prosedur melaksanakan pengurusan kualiti secara lebih cemerlang, seterusnya membudayakan amalan penambahbaikan berterusan di IKSN.
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
30/08/2026
SETULUS KASIH, SEINDAH MEMORI: JASA ENCIK AZMADI TERUS DIKENANG
Banting, 26 Ogos 2026 – Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah mengadakan Majlis Persaraan “Setulus Kasih, Seindah Memori” bagi meraikan Encik Azmadi bin Talib, Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV6 (KC), Jabatan Teknologi Multimedia.
Majlis yang berlangsung di Bilik Seminar IKSN itu diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di IKSN.
Pengarah IKSN, Ts. Mohd Azmi bin Pelah dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Azmadi atas sumbangan beliau khususnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai tenaga pengajar serta membimbing pelajar sepanjang berkhidmat di institusi.
Dalam suasana penuh kenangan, Encik Azmadi turut menyampaikan ucapan persaraan dengan berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan serta menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan, rakan-rakan sekerja dan seluruh warga IKSN atas kerjasama serta persahabatan yang terjalin.
Majlis turut menjadi medium buat warga IKSN mengenang perjalanan kerjaya beliau serta menghargai segala ilmu, pengalaman dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Seluruh warga IKSN mendoakan semoga Encik Azmadi sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa baharu selepas persaraan.
Jasamu akan kami kenang sentiasa.
30/08/2026
PASUKAN TERAPI SUKAN IKSN BANTU PEMULIHAN ATLET SARAWAK DI SUKMA 2026
Shah Alam, Selangor – Seramai tiga orang pegawai dan 16 orang pelajar dari Jabatan Perkhidmatan Sukan, Bahagian Terapi Sukan, Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah terlibat sebagai Juru Urut Sukan (Sports Masseur) bagi Kontinjen Negeri Sarawak sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Tiga pegawai yang terlibat ialah Mohd Shahmil bin Mazeli, Nor Azlin binti Ismail dan Muhammad Azraai bin Ismail, bersama 16 orang pelajar yang bertugas di Recovery Centre Kontinjen Sarawak.
Sepanjang temasya berlangsung, pasukan IKSN membantu atlet dalam aspek pemulihan selepas pertandingan, mengurangkan ketegangan dan keletihan otot serta membantu memastikan tahap kesiapsiagaan fizikal atlet untuk menghadapi acara seterusnya.
Khidmat mereka melibatkan atlet daripada pelbagai acara di sekitar Shah Alam antaranya golf, badminton, wushu, ragbi, tenis, polo air, skuasy, bola tampar pantai dan futsal, selain beberapa acara lain.
Penglibatan ini turut memberi peluang kepada pelajar IKSN mengaplikasikan kemahiran terapi sukan dalam persekitaran pertandingan sebenar serta memperoleh pengalaman secara langsung bersama atlet di temasya sukan peringkat kebangsaan.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan Terapi Sukan IKSN!
TVET Pilihan Utama Kerjaya | ILKBS Profesional Terunggul
SUKMASelangor2026 IKSN
30/08/2026
PEGAWAI IKSN SERTAI SUKMA SELANGOR 2026 SEBAGAI PETUGAS SUKARELAWAN
Selangor, 22 Ogos 2026 – Dua pegawai Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) telah terlibat sebagai petugas sukarelawan sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang berlangsung pada 16 hingga 22 Ogos 2026.
Wan Achmad Syafiq Firza bin Wan Ramli telah menjalankan tugas di bawah Jawatankuasa Teknikal bagi acara Pelayaran yang berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor.
Sementara itu, Nor Azlin binti Sumiran terlibat sebagai Kumpulan Sorak Pasukan Negeri Selangor bagi acara Gimnastik Artistik yang berlangsung di DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penglibatan kedua-dua pegawai ini mencerminkan komitmen warga IKSN dalam menyokong penganjuran temasya sukan negara serta menyumbang tenaga dan kepakaran dalam menjayakan SUKMA Selangor 2026.
Tahniah dan syabas atas komitmen yang diberikan!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
30/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah serta seluruh warga Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina negara yang aman, maju dan sejahtera. Bersama kita hayati erti kemerdekaan serta terus menyumbang demi Malaysia tercinta.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
28/08/2026
PELAJAR IKSN PEMBAHAS PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2026
BANTING, 26 Ogos 2026 - IKSN telah menjadi pilihan Majlis Belia Daerah Kuala Langat untuk Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kuala Langat.
Persidangan ini dipengerusikan oleh YM Tengku Rohana binti Tengku Nawawi, Pegawai Daerah Kuala Langat. Turut serta adalah peserta dari agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta, Penyelaras & ADUN Kuala Langat serta Persatuan- Persatuan Belia.
Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Kuala Langat memfokuskan kepada isu-isu pembangunan dan keperluan belia setempat dimana pelaksanaannya adalah bagi menyokong kepada persidangan MPBN Peringkat Negeri dan Kebangsaan kelak.
Pada persidangan MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat kali ini, beberapa perkara telah diusulkan dan dibahaskan antaranya :-
1. Kuota Petrol Budi Madani perlu ditingkatkan.
2. Peningkatan Dasar "Mengisi Perut Rakyat" melalui Bantuan Bersasar dan Inisiatif Jaminan Makanan
3.Pendidikan-Kewangan dan perluas TVET, dan
4. Pengukuhan Rakan Muda
Tiga orang pelajar IKSN dari Jurusan THD Semester 4 telah terlibat dalam persidangan kali ini iaitu Nayli Syazwina bt Abdul Muhaimin (Pembahas), Saidatul Adriana bt Khairul Nizam (Pencatat) dan Daniel Hakimi Arsyad bin Shashi ( Pelapor).
Saudari Nayli Syazwina telah membahaskan Usul ke-2, Peningkatan Dasar "Mengisi Perut Rakyat" Melalui Bantuan Bersasar Dan Inisiatif Jaminan Makanan.
Pembahas-pembahas lain yang turut terlibat ialah dari KVSAS, Politeknik Banting, ADUN Muda, ILP (ADTEC), Universiti MAHSA, GIATMARA, Hindu Youth Organisation HYO dan Persatuan Pandu Puteri.
Pegawai Daerah Kuala Langat merangkap Pengerusi MPBN Daerah Kuala Langat akan mengangkat usul-usul tersebut ke Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri seterusnya ke Peringkat Kebangsaan.
IKSN mengucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar yang terlibat pada MPBN Peringkat Daerah Kuala Langat bagi tahun 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
25/08/2026
🌙 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
Pengarah, Ts. Mohd Azmi bin Pelah dan seluruh warga Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa serta menjadi inspirasi untuk kita meneladani akhlak, perjuangan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.
“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
MADANIBekerja RancakkanMADANI
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN)
Banting
47200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when IKSN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.