Azam Motor Banting - HQ
Azam Motor merupakan bengkel servis dan pembaikan pelbagai jenis kenderaan. Dimiliki oleh bumiputera
06/08/2026
Lebih 10 tahun servis percuma ini diwujudkan.
Khidmat ini diwujudkan setelah memikirkan ada mereka diluar sana yang mungkin kurang berkemampuan bila diuji masalah tersebut.
Mungkin biasa saja pada sesetengah orang, tapi sangat berguna bagi mereka yang memerlukan.
Doakan kami tuan-puan,
Semoga servis percuma ini akan kekal sampai bila-bila. InshaAllah.
01/08/2026
Tangisan ini bukan semata-mata kerana menang pingat emas komanwel.
Ini adalah tangisan yang disimpan hampir bertahun-tahun lamanya.
Hari ini ramai yang melihat kejayaan Datuk Azizulhasni Awang, tapi kita terlupa tentang bagaimana pengorbanan beliau dalam sukan ini demi negara tercinta.
Kayuhan malam tadi juga difahamkan adalah kayuhan terakhir beliau di sukan komanwel.
Legasi yang dicipta beliau begitu luar biasa.
Kejayaan bersejarah semalam adalah penamat cemerlang setelah penantian panjang setelah hanya 2 pingat gangsa sebelum ini.
Terima Kasih Datuk Azizulhasni Awang.
Terima Kasih atas segala usaha anda,
Demi lencana di dada.
Anda cukup luar biasa!
Kredit foto dari thread: tyailyana
31/07/2026
Bagaimana cara rakyat Terengganu menyambut kedatangan peserta Rxz members.
Admin tak nak sentuh tentang program Rxz Members. Ada yang bersetuju program ini diadakan, dan ada jugak yang kurang bersetuju.
Cuma disini admin tertarik tentang bagaimana cara rakyat Terengganu menyambut kedatangan geng-geng rxz members.
Dari anak-anak kecil sampai ke golongan warga emas, mereka berkumpul dari pagi di atas flyover ini. Semata-mata untuk menyambut kedatangan geng-geng rxz.
Cuba kalian sebut negeri mana yang sambut tetamu semeriah ini?
Flyover penuh dengan lambaian mereka, ada yang hulur makanan dengan bakul dari atas flyover untuk diberikan kepada geng-geng rxz yang berada di bawah.
Situasi yang jarang sekali dapat kita lihat. Pelbagai cara mereka lakukan untuk menghulurkan sedekah.
Selain itu, masjid-masjid berlumba buat makan percuma, sambil pintu masjid sentiasa terbuka untuk mereka ini berehat atau tidur.
Penduduk kampung, kedai-kedai makan lagi lah, dengan makan percumanya, bagi bantuan macam-macam.
Sebab mereka faham ilmu, mereka sedang menghidupkan sunnah, menyambut dan memuliakan tetamu.
Mereka mungkin tidak kaya dengan harta atau wang ringgit. Tapi mereka sangat kaya dengan adab dan hati budinya.
Kredit Foto ini dari video TT :
30/07/2026
Kalau ada yang nak repair, restoration atau segala hal berkenaan lori boleh datang kat Azam Motor Banting.
InshaAllah kita ada expert team untuk kerja+kerja pembaikkan lori.
📍Azam Motor Banting
28/07/2026
Banyak kenderaan yang kami repair. Dari sekecil kereta kancil sampai ke lori trelar.
Namun ada satu servis kenderaan ini yang cukup istimewa bagi kami. Buat set keranda untuk van jenazah.
Kenderaan terakhir di dunia sebelum kita semua dijemput pulang.
27/07/2026
Coretan Ini Buat Anda.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu, Syukur kepada Ar-Razzaq yang telah memberi segala limpahan rezeki ke atas setiap hamba-hambaNya.
Makhluk tiada kuasa, daya dan upaya melainkan hanya dengan izinNYA. DIA juga yang mengerakkan hati-hati pelanggan yang datang ke Azam Motor Banting.
Perjalanan yang panjang yang bermula pada tahun 1990. Kami bermula kecil, tak sempurna, dan banyak kekurangan.
Perlahan-lahan kami berkembang, walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, kami tetap melangkah. Lebih 35 tahun kan, semestinya sarat dengan emosi, jerit perih dan liku-liku kehidupan.
Hari ini, Azam Motor Banting tidak seperti yang kami jangka walaupun bercita-cita ke arah itu.
Azam Motor Banting sekarang adalah One Stop Service Centre pertama di Banting. Segala kepakaran ada disediakan di sini. Semua jenis kenderaan InshaAllah kami boleh repair.
Dalam perjalanan ini, ada mereka yang datang dan pergi. Ada mereka yang hanya datang sebagai pelanggan kini menjadi kawan. Ada yang setia bersama sehingga ke hujungnya.
Terima Kasih kepada anda yang bersama kami, warga Banting ataupun luar Banting.
Terima Kasih memberi kepercayaan kepada kami untuk repair kenderaan anda.
Terima Kasih memilih kami dan setia dengan kami sehingga ke hari ini.
Terima Kasih!
23/07/2026
Alhamdulillah, sekali lagi Azam Motor dipilih sebagai konsultan bodywork dan cat kenderaan.
Program kali ini adalah anjuran MARA Negeri Sembilan yang berlangsung 3 hari di bengkel sahabat kami di sana.
Peserta dari pelbagai negeri yang kebanyakkan usahawan dalam bidang bodywork & paint hadir untuk sama-sama menimba ilmu dan berkongsi pengalaman.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada usahawan yang hadir, dalam mengembangkan bisnes mereka pada masa akan datang.
InshaAllah.
20/07/2026
Kisah magis indah seorang kanak-kanak dari Rosario Argentina.
Di sebalik kejuaraan dunia yang akhirnya kembali kepada skuad La Roja setelah 18 tahun mereka menunggu.
Dunia hari ini menyaksikan berakhirnya satu lagi legasi indah dalam dunia bolasepak.
Semua mengakui, penamat hari ini bukanlah sesuatu yang terbaik untuk Lionel Messi.
Namun, kejuaraan apa yang tidak pernah dimenangi beliau sebelum ini,
Dari peringkat kelab sehingga ke ke peringkat dunia, hampir semua sudah beliau menangi.
Bermula di Rosario, Argentina, di mana beliau hampir gagal menjadi pemain bola sepak akibat masalah gangguan hormon tumbesaran.
Tetapi selepas itu beliau menjadikan sukan bolasepak sangat indah dan seronok untuk dilihat.
Setelah lebih 20 tahun, kisah magis indah yang dimainkan ini akan menjadi kenangan buat seluruh peminat bola sepak.
Tak kira anda peminat fans mana,
Sama ada team Messi atau Ronaldo.
Kita harus berhenti dan mengakui,
Era mereka sudah pun berakhir.
Era baru bakal muncul,
Dan bola sepak akan terus dimainkan.
Tapi yang pasti,
Tanpa lagi magis mereka berdua.
Terima Kasih Messi,
Terima Kasih Ronaldo,
Kerana anda bukan setakat menghiburkan kami dengan indahnya bola sepak, tapi mengajar kami tentang kesungguhan dan pergorbanan demi sebuah cita-cita.
Kredit Foto untuk owner gambar.
19/07/2026
Apa yang sedang dilakukan YB Syed Saddiq sekarang ini adalah satu perkara yang agak luar biasa selaku seorang wakil rakyat.
Beliau sanggup berlari sejauh 170km demi mengutip dana bagi rakyat Muar dengan sasaran 200k.
Namun kutipan dana dikhabarkan sudah mencecah RM361K dan sedang bertambah.
Tidak mustahil, dana yang sedang dikumpul boleh mencecah lebih RM500K.
YB SS sedang menunjukkan sesuatu kepada wakil rakyat yang lain.
Beliau tidak berdiam diri untuk mencari dana kepada rakyat, walaupun mungkin peruntukkan disekat.
Di sepanjang jalan, ramai rakyat menemani perjuangan beliau. Ribuan rakyat juga menyambut di setiap perhentian.
Jarang kita dapat lihat kualiti seorang YB seperti ini. Beruntung rakyat Muar.
Kredit Foto dari : TT Pejabat Ahli Parlimen Muar
13/07/2026
Ketahuilah anda ada sebuah bengkel yang buka seawal jam 8 pagi.
Pukul 8 pagi pintu dibuka, 15-20 minit selepas itu pomen-pomen kami sudah berada di posisi masing-masing.
Kami buka awal, kami pegang prinsip ini sampai bila-bila InshaAllah.
Waktu pagi, waktu yang penuh rahmat.
Mungkin ada kereta yang rosak pada waktu pagi. Dan tiada bengkel yang buka di waktu itu, ketahuilah kami ada disini menunggu anda.
Azam Motor Banting, terletak di Kanchong Darat Banting. Bengkel kami mahir untuk repair segala jenis kereta, van dan jentera-jentera berat.
InshaAllah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
LOT 512 Jalan MORIB KAMPUNG KANCHONG DARAT
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 17:30 |