Hospital Banting
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hospital Banting, Hospital, Jalan Sultan Alam Shah, Banting.
03/09/2026
โ๐ก๐ข๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐ก๐: ๐๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒโ
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa Kempen Derma Darah yang dijadualkan seperti berikut telah ๐๐๐๐๐ง๐๐๐๐๐ก โ:
๐
Tarikh: Rabu, ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ & ๐ฎ๐ฏ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ Lokasi: Blok Kuliah, Hospital Banting
โน๏ธ Maklumat Lanjut:
Sila rujuk page rasmi: Derma Darah HTAR untuk maklumat lanjut. Sila rujuk poster terbaharu bagi jadual kempen yang masih kekal seperti biasa.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai sokongan serta semangat murni orang ramai untuk terus menderma.
Anjuran Bersama:
Jabatan Patologi, Hospital Banting
Jabatan Perubatan Transfusi Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
โ
๐ข๐ฉธ ๐ฆ๐ฎ๐๐ฒ ๐๐ต๐ฒ ๐๐ฎ๐๐ฒ! ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ!
Ayuh sertai Kempen Derma Darah yang akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut sepanjang tahun 2026. Sedikit dari anda, besar ertinya untuk mereka. ๐
Pihak Hospital Banting sentiasa menghargai sokongan dan keprihatinan anda semua dalam menjayakan usaha murni ini.
03/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐โจ
2 September 2026 (Rabu) - Hospital Banting telah menerima 3 buah kenderaan sewaan bagi kegunaan operasi dan urusan rasmi kakitangan demi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan di hospital ini.
Tempoh sewaan selama 3 tahun ini melibatkan 3 buah kenderaan iaitu:
๐ Toyota Zenix
๐ Honda CR-V
๐ Toyota Hiace
Penerimaan kenderaan ini diharap dapat membantu melancarkan urusan operasi, meningkatkan kecekapan pergerakan serta memberi kemudahan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada ๐๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐๐๐ ) ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ atas sokongan dalam merealisasikan projek ini. Semoga kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pelanggan.๐
03/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
21 Ogos 2026 (Jumaat) - Hospital Banting telah melangsungkan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69.
Program yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) ini mengangkat tema nasional pada tahun ini, iaitu Malaysia Madani: Sejahtera Dinikmati.
Pengarah Hospital Banting, Dr. Malindawati Mohd Fadzil, dalam amanatnya menyeru agar seluruh warga kerja memerdekakan diri daripada sikap sambil lewa. Beliau menekankan bahawa semangat kemerdekaan sejati bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, sebaliknya diterjemahkan melalui komitmen, integriti, serta kesungguhan dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.
Acara turut menyerlahkan penghargaan kepada warga kerja melalui beberapa segmen menarik:
โญPenyampaian hadiah pemenang pertandingan mencipta logo sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu.
โญPenyampaian pemenang peraduan teka dan menang.
โญPengumuman penerima Anugerah Pekerja Contoh daripada Jabatan Pediatrik dan Jabatan O&G.
Penghargaan khusus diberikan kepada jawatankuasa pelaksana daripada Jabatan Pediatrik dan Jabatan O&G serta seluruh warga kerja yang menjayakan perhimpunan kali ini.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 69 kepada semua!
30/08/2026
๐ฒ๐พ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐ฒ๐พ
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69 daripada kami, semua warga kerja Hospital Banting!
Keharmonian dalam kepelbagaian adalah kekuatan utama negara kita. Mari kita kekalkan semangat perpaduan ini demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang dan sihat sejahtera.
๐๐๐ซ๐๐๐ค๐! ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐! ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐!โโจ
27/08/2026
๐ข ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Bersempena ๐๐๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐๐ถ๐๐ฎ ๐๐ต๐ฎ๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ pada ๐ญ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ), terdapat beberapa perubahan pengoperasian perkhidmatan di Hospital Banting.
Orang ramai dan para pesakit dimohon untuk merujuk infografik bagi maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan yang ditangguhkan serta perkhidmatan yang kekal beroperasi.
Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas perhatian serta kerjasama semua.
โ Pengurusan Hospital Banting
27/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
27 Ogos 2026 (Khamis) โ Pihak Pengurusan Hospital Banting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat atas jemputan serta penganugerahan Sijil Penghargaan sempena Majlis Perhimpunan IPD Kuala Langat. Anugerah ini diberikan sebagai tanda iktiraf atas sokongan padu dan kerjasama erat yang diberikan oleh Hospital Banting dalam menjayakan pelbagai urusan serta program bersama pihak IPD Kuala Langat.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi kedua-dua belah pihak:
๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐:
YDH Superitendan Mohd Akmalrizal bin Radzi, Ketua Polis Daerah Kuala Langat
YDH Deputi Superintendan Polis Mohd Sufian bin Amin, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat
๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด:
YBrs. Dr. Malindawati binti Mohd Fadzil, Pengarah Hospital Banting
YBrs. Dr. Hartini binti Mohamad Ridzuan, Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Banting
Jalinan kerjasama erat antara PDRM dan Hospital Banting merupakan satu hubungan strategik yang amat penting dalam memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan awam, seterusnya menjamin keselamatan, kepentingan, dan kesejahteraan masyarakat setempat. Semoga sinergi kukuh ini terus berkekalan demi kesejahteraan komuniti Banting dan Kuala Langat secara keseluruhannya.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"
26/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
PULAU PINANG, 24 Ogos 2026 (Isnin) โ Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI) Hospital Banting telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Delegasi Hospital Banting yang dianggotai seramai 39 orang peserta daripada pelbagai kategori perjawatan ini diketuai oleh YBrs. Dr. Hartini binti Mohamad Ridzuan, Timbalan Pengarah Perubatan (I) merangkap Timbalan Pengerusi JKHMI Hospital Banting.
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ด๐ถ (๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐๐ฎ):
Delegasi disambut mesra oleh barisan kepimpinan JKHMI Hospital Seberang Jaya:
Dr. Farihah binti Md Zain, memangku Timbalan Pengarah Perubatan II serta Pengerusi JKHMI
Dr. Muhammad Hanif bin Mahamad (Timbalan Pengerusi JKHMI I)
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด (๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฆ๐๐ป๐ด๐ฎ๐ถ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฝ):
Delegasi turut disambut oleh Pengurusan Hospital Sungai Bakap:
Dr. Siti Aisyah binti Salahudin (Pengarah Hospital merangkap Penaung)
Dr. Aiman Najib bin Muhammad Nurul Azmi (Pengerusi JKHMI)
Banyak perkara yang dipelajari menerusi sesi perkongsian amalan terbaik (best practices) sepanjang lawatan ini. Delegasi Hospital Banting hadir bukan dengan anggapan mempunyai semua jawapan, tetapi atas semangat untuk belajar, berkongsi ilmu, serta mengukuhkan kualiti perkhidmatan demi kemudahan pesakit.
Pihak Hospital Banting berharap agar lawatan ini dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dan berterusanโkhususnya dalam aspek penambahbaikan inovasi, pengalaman, serta pelaksanaan program Hospital Mesra Ibadah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Hospital Seberang Jaya serta Hospital Sungai Bakap atas sudi menerima kunjungan, layanan yang amat mesra, serta perkongsian yang berharga. Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan memperkasakan perkhidmatan kesihatan yang berintegriti, berempati, serta prihatin terhadap keperluan spiritual pesakit.
24/08/2026
๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐ ๐
"๐ด๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐น๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐จ๐พ ๐ป๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐"
Hospital Banting mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.
Hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sekadar suatu detik sejarah, malahan satu peringatan buat kita semua untuk menghayati sunnah, kepimpinan, serta sifat keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Baginda.
Dalam menyampaikan perkhidmatan dan rawatan, marilah kita bersama-sama menyemai sifat kasih sayang, kesabaran, dan ihsan sebagaimana yang diteladani oleh Rasulullah SAW demi kesejahteraan serta keberkatan bersama.
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
17/08/2026
Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Banting ingin merakamkan sekalung ucapan Tahniah kepada ๐๐ฟ. (๐ ๐ฟ) ๐ก๐ฎ๐๐ฒ๐ฒ๐ป ๐ฎ/๐น ๐ฅ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ป๐ฎ๐บ atas perlantikan sebagai ๐ฃ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฟ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ป๐ฑ๐ถ๐ป๐ด (๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฑ๐ฎ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐บ) ๐๐ผ๐๐ฝ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ป๐ด
14/08/2026
๐ข ๐ก๐ข๐ง๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐จ๐ ๐๐ก: ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ก & ๐ง๐ฅ๐๐จ๐ ๐ ๐๐ข๐ฆ๐ฃ๐๐ง๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ก๐ ๐ข
Pelanggan yang dihormati,
Sila ambil maklum bahawa kawasan parkir di hadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan EAHU yang melibatkan penggunaan jentera berat/kren.
Butiran penutupan adalah seperti berikut:
Tarikh Mula: 14 Ogos 2026 (Jumaat), 6.00 petang
Tarikh Tamat: 15 Ogos 2026 (Sabtu), 6.00 pagi
Sepanjang tempoh ini, anda dinasihatkan untuk:
Menggunakan laluan dan kawasan parkir alternatif yang telah disediakan (sila rujuk peta di dalam grafik).
Menggunakan perkhidmatan buggy sekiranya memerlukan bantuan mobiliti di dalam kawasan hospital.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama anda amat kami hargai demi keselamatan dan keselesaan bersama.
๐ Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Keselamatan di talian 03-3187 1333 (221).
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Address
Jalan Sultan Alam Shah
Banting
42700
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Hospital Banting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.