College MCS
Official page of College MCS.
29/07/2026
Kejayaan yang Membanggakan, Inspirasi Buat Semua!
Satu lagi pencapaian membanggakan berjaya dilakar oleh pelajar College MCS di pentas Global Culinary Challenge Malaysia 2026 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.
π Kategori Pertandingan: Hidangan Utama Asia (Ayam)
ποΈ Pencapaian:
π 3 Anugerah Diploma β Main Course Asian (Chicken)
Setiap hidangan yang dipersembahkan mencerminkan komitmen, ketelitian dan kemahiran yang diasah sepanjang pengajian. Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada para pelajar, malah membuktikan bahawa graduan TVET College MCS mampu menghasilkan kualiti yang memenuhi standard pertandingan profesional.
Tahniah kepada semua peserta atas semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Penghargaan juga buat para pensyarah dan jurulatih yang sentiasa menjadi pembimbing dalam membentuk bakat dan potensi pelajar.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.
College MCS β Melahirkan Profesional, Membina Masa Depan.
29/07/2026
TAHNIAH & SYABAS!
Seluruh warga College MCS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang telah mengharumkan nama kolej dalam Pertandingan Rendang Ayam Sempena Global Culinary Challenge Malaysia 2026 di NSK Seremban 2.
π
Pencapaian yang membanggakan:
π₯ 2 Pingat Gangsaβ Kategori Rendang Ayam
π 1 Diploma β Kategori Rendang Ayam
Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih, kreativiti, kemahiran kulinari serta semangat juang yang tinggi. Terima kasih kepada para pensyarah dan jurulatih yang sentiasa membimbing serta memberi sokongan kepada para pelajar sehingga berjaya melakar pencapaian yang membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dan mengharumkan nama College MCS di persada industri.
Terus Cemerlang, Terus Menginspirasikan!
Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya
πβ¨ Akhirnyaβ¦ hari yang ditunggu dah sampai!
Tahniah kepada semua graduan College MCS sempena Istiadat Konvokesyen FeMAC Kali Kedua 2026! π₯³
Semoga langkah selepas ini dipermudahkan dan terus berjaya mengejar impian. Terbang tinggi, graduan College MCS! ππ
16/07/2026
Pasukan Mekatronik telah mengharumkan nama kolej apabila berjaya meraih Johan π₯ dan Tempat Ketiga π₯ dalam FeMAC TVET Competition β Mechatronic (Electro-pneumatic Simulation).
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen, dedikasi dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang pertandingan. Penghargaan turut dirakamkan kepada para tenaga pengajar atas bimbingan yang tidak ternilai, serta kepada pihak kolej dan semua yang telah memberikan sokongan serta kerjasama sehingga kejayaan ini dapat direalisasikan.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. ππ»β¨
10/07/2026
JAWATAN KOSONG β PENSYARAH DIPLOMA MEKATRONIK? Minat mengajar? Mahir dalam bidang Mekatronik? Kami sedang mencari individu berbakat.
π Kelayakan:
β
Ijazah Sarjana Muda / 5-7 tahun pengalaman berkaitan
β
ATAU DKM / DLKM / SKM + VTO / TVET-i
β
Passion dalam pendidikan & pembangunan pelajar
π― Antara kemahiran yang dialu-alukan:
β¨ P&C
β¨ Electric & Electronics
β¨ Robotic
π Lokasi: College MCS
π© Hantar resume anda ke: [[email protected]](mailto:[email protected])
π Sebarang pertanyaan: 014-9304991 (Ms. Mogana)
26/06/2026
TikTok Β· College MCS Banting TikTok | Make Your Day
26/06/2026
TikTok Β· College MCS Banting TikTok | Make Your Day
26/06/2026
πΈ Pertandingan Badminton Berjaya Dilaksanakan! πΈ
Tahniah kepada pelajar College MCS, khususnya FYP Group 3 Diploma Pengurusan Pentadbiran (DAM48), atas kejayaan menganjurkan Pertandingan Badminton dengan lancar dan penuh semangat kesukanan.
Terima kasih kepada semua peserta, pensyarah dan pihak yang telah memberikan sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang pada masa hadapan.
25/06/2026
TikTok Β· College MCS Banting TikTok | Make Your Day
25/06/2026
TikTok Β· College MCS Banting TikTok | Make Your Day
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the university
Telephone
Website
Address
Lot 1, Aim Point Plaza, Bandar Sungai Emas
Banting
42700
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 13:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when College MCS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.