Tatoni Smart Rabbitry

Tatoni Smart Rabbitry

Share

Rabbit One Stop Center (Selayang Baru)
(Gombak, Batu Caves, Selayang, Sentul, Rawang)

07/09/2026

BAHAYA BERPANDUKAN KEGHAIRAHAN DAN HEAR SAY : DAPATKAN NASIHAT KOMPREHENSIF DARI RAKAN BREEDER

Masih ada yang skeptical dengan isu komplikasi pembelian arnab tanpa kefahaman yang jelas. Peringatan bukan tujuan kontent atau marketing. Ia sekadar membuktikan ianya bukanlah kes terpencil yang boleh dipandang remeh.

Sehingga ke hari Ahad (Sept. 6), sudah 3 kes pembeli dengan 5 ekor kematian dirujuk kepada kita. Lebih sadis, sepasang arnab yang mati walaupun belum sempat sampai ke rumah. Ini hanya kes yang dirujuk berkaitan pembelian di MAHA sahaja.

Walaupun semua arnab di atas dibeli di MAHA, tapi ini bukan sekadar isu MAHA. Tidak juga ingin menyalahkan penjual. Tetapi lebih penting adalah keperluan kita memahami dan mendapatkan tips pemeliharaan (pemilihan, sistem pemeliharaan, pemakanan dan asas komplikasi/rawatan) sebelum memiliki arnab.

Bahaya Penilaian Berasaskan Keghairahan

Keghairahan (bafsu) jika tidak dipimpin dengan kesedaran dan kefahaman biasanya membawa kepada risiko. Al-Quran menjelaskan emosi biasanya didominasi kesan negatif berbanding positif setelah dipimpin (al-Syams 91 : 7).

Dalam pemeliharaan arnab keghairahan yang tidak terkawal biasanya membawa kepada kerugian dan komplikasi. Antara contohnya :

1. Keghairahan mendapatkan arnab muda dan comel. Arnab memang super cute ketika berumur 3-4 minggu. Tetapi tempoh ini sangat kritikal untuk arnab menstabilkan peralihan dari susu ibu kepada solid food dan pembinaan imunisasi badan. Dengan sedikit stress, arnab akan mengalami masalah.

Jika anda memang memerlukan arnab muda dan comel, anda perlu membeli bersama ibu. Atau sebaiknya mencari arnab betina dan dibuntingkan apabila mencapai umur matang. Ini juga memerlukan anda mendapatkan nasihat dari rakan breeder.

2. Keghairahan membeli lebih dari seekor. Arnab memang social animal ketika muda. Tetapi perlu diingat, mereka mempunyai dominan behaviour dan tahap reproduktif yang intensif. Arnab matang yang dibela bercampur berpotensi untuk gaduh (sesama jantan), buli (sesama betina) atau beranak setiap bulan (sepasang). Ia juga menyukarkan pemantauan kesihatan dan kawalan penyakit.

Ini antara sebab kita hanya cadangkan pembelian untuk petting hanya seekor. Hanya pertimbangkan pembelian melebihi seekor jika anda mempunyai sebab lain dengan syarat menyediakan sistem pemeliharaan sangkar peribadi apabila arnab sudah matang.

3. Keghairahan sistem playpen dan pembelian sangkar mahal. Keutamaan dalam sistem pemeliharaan bukanlah melihat arnab hidup bebas atau sangkar mewah untuk arnab. Sistem pemeliharaan yang bagus adalah sistem yang praktikal.

Sistem playpen mungkin sesuai jika anda mempunyai helper atau kawasan yang bersesuaian. Begitu juga sangkar yang mewah jika tidak sesuai dengan cuaca tropika (yang berkelembapan tinggi) juga akan membuatkan anda stress dikemudian hari.

Banyak lagi keghairahan lain yang perlu dipimpin agar arnab tidak berisiko dengan pelbagai komplikasi dan wang anda tidak dibuang sia-sia. Isu ini sudah kita singgung dalam review berikut :

ELAKKAN PEMBELIAN GHAIRAH, TIDAK TERKAWAL DAN TIDAK TERANCANG
https://www.facebook.com/tatoniey/posts/474310029844074

Bahaya Hear Say

Hear say atau maklumat jalanan ini tidak semua salah. Tetapi sebahagian besarnya bersifat separuh masak (half truth). Era globalisasi memudahkan kita berkongsi apa sahaja maklumat. Bahkan ramai yang berlumba-lumba menjadi orang pertama berkongsi untuk dipandang hebat dan digelar sifu.

Terlalu banyak perkongsian dan nasihat yang salah atau sekurang-kurangnya separuh masak yang berlegar dalam komuniti pemelihara arnab. Sebahagiannya sangat berisiko kepada kesihatan arnab. Antaranya :

1. Jangan bagi air 8-12 jam setelah dibeli. Kita masih mendengar nasihat sebegini kononnya untuk mengelakkan arnab cirit. Dahulunya ianya adalah taktik penjual. Arnab muda yang berpindah akan menyebabkan stress pada arnab. Perpindahan melebihi 25-30km juga meningkatkan stress akibat desakan pembinaan imunisasi dengan suasana baru. Arnab yang lemah akan mudah mengalami masalah pengahadaman (cirit). Tanpa air, najis kurang berpotensi untuk menjadi lembik/cirit.

Taktik penjual ini kemudian menjadi tips dan disebarkan. Tanpa menyedari ianya boleh membawa kematian akibat dehidrasi. Arnab dikategorikan sebagai small animal. Tanpa air selama 6-8 jam sudah boleh memberi kesan kepada tahap hiderasi arnab. Sepatutnya isu di fokuskan kepada mengurangkan stress dan bukan menahan pengambilan air yang sepatutnya tersedia secara unlimited.

2. Menggunakan daunan atau sayur fresh sebagai main diet. Tidak dinafikan memang seronok melihat arnab makan daunan atau sayuran fresh. Di tambah lagi dengan hujah dulu atok dan nenek membela di kampung tanpa perlu memberi makanan yang dibeli.

Membela arnab secara liar dengan membela secara domestik berbeza. Arnab liar mempunyai tahap mortaliti yang tinggi walaupun sebahagiannya boleh bertahan. Secara teorinya, arnab memerlukan dry matter sebagai main diet untuk pencernaan yang sempurna. Makanan yang fresh terutama dengan kandungan air yang tinggi akan menyebabkan perut arnab stress dan mengganggu penghadaman. Ia juga mengganggu penghasilan body condition score (BCS) yang sempurna. Bahkan kematian arnab berpunca dari pemberiaan sayur/daunan berlebihan dan tidak terkawal bukanlah rahsia dalam kalangan pemelihara arnab. Tapi hear say dengan hujah atok dan nenek juga yang dikutip.

Banyak lagi isu yang jika dibincang akan menjadi terlalu panjang dan membosankan. Kita semua nakkan info segera. Perlu diingat, pembelajaran adalah proses. Bukan seperti memuat turun data di komputer. Di sinilah keperluan untuk kita mendapatkan komuniti rakan breeder yang memandu kita memahami pemeliharaan secara sistematik.

Anda mungkin bertemu dengan perbezaan pendapat dalam kalangan breeder. Itu biasa saja. Yang penting anda mendapatkan alasan disebalik perbezaan tersebut untuk dinilai. Perbezaan itu biasanya datang dengan pakej sistem dan kaedah pemeliharaan.

Yang penting dapatkan nasihat dari rakan breeder. Adalah lebih baik jika anda boleh memahami alasan disebalik nasihat tersebut. Elakkan menggunakan logik sendiri atau mengambil nasihat jalanan (hear say) walaupun dari mereka yang diangkat sebagai sifu. Apatah lagi tindakan yang hanya berasaskan keghairahan semata-mata.

Photos from Tatoni Smart Rabbitry's post 02/09/2026

RISIKO PEMELIHARAAN ARNAB : DAPATKAN NASIHAT DARI RAKAN BREEDER SEBELUM MEMBELI

Setiap kali MAHA berlangsung, kes kematian dan komplikasi kesihatan arnab hampir pasti ada. Seperti tahun tahun lepas, malam ini seekor lagi tidak dapat diselamatkan.

Pembelian arnab tidak sepatutnya difokuskan kepada arnab yang murah dan terlalu muda. Paling penting dipastikan arnab telah melalui proses penyusuan dan cerai susu yang sempurna. Masalah malnutrition dan imunisasi yang lemah adalah punca utama arnab tidak dapat hidup lama dan mudah mendapat komplikasi kesihatan.

Untuk yang baru dalam pemeliharaan arnab, sebaiknya anda membeli dari rakan breeder yang boleh memberikan konsultasi komprehesif dalam pemeliharaan arnab. Atau sekurang-kurangnya mendapatkan nasihat dari rakan breeder sebelum membuat pembelian.

Untuk membuat pembelian, perkara berikut perlu diambil perhatian :

1. Pastikan arnab tidak terlalu muda. Ramai yang menjual arnab terlalu muda. Jika ingin membeli arnab muda kurang dari 6 minggu, pastikan anda mendapatkan tips komprehensif dari penjual/rakan breeder. Sebaiknya dapatkan arnab yang berumur tidak kurang dari 8 minggu. Perlu diingat biasanya arnab berumur 4-5 minggu sering dirujuk sebagai 2 bulan.

2. Perhatikan tahap pengambilan makanan dan minuman. Arnab yang sihat biasanya akan berebut makan atau mengejar ibu untuk menyusu.

3. Perhatikan saiz najis. Sebaiknya saiz najis sudah mencapai sebesar biji sawi (saiz m) dan tidak terlalu kecil. Elakkan dilepaskan dari sangkar jika belum mencapai saiz yang sesuai.

4. Paling penting diperiksa tulang belakang pinggul. Jika tulang terlalu ketara tanpa isi, ini tanda malnutrition yang menyukarkan arnab survive.

5. Pastikan bahagian dubur tiada kebasahan baru.

Ini sebahagian kecil dari pemeriksaan asas sebelum anda memutuskan pembelian.

Selain itu, sistem pemeliharaan (sangkar & keperluan asas), diet dan kaedah pemakanan juga penting untuk kesihatan arnab. Jangan guna logik sendiri atau maklumat hear say. Dapatkan info komprehensif dari rakan breeder untuk tips petting yang kondusif, praktikal dan selamat.

Harapnya MAHA tahun hadapan, tiada lagi kes sebegini dirujuk.

28/08/2026

PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI

Ahad, 30 Ogos 2026

28/08/2026

ALFALFA DAN TIMOTHY HAY TERSEDIA

Rakan komuniti yang menempah dan ingin mendapatkan hay dimaklumkan hay telah tersedia seperti dijanjikan. Keputusan stock baru-baru ini hanya bersifat sementara akibat terlepas pandang cuti umum.

Dinasihatkan kepada rakan komuniti agar mendapatkan hay dengan kualiti single compress. Elakkan membeli double compress untuk mengelakkan kampilkasi terhadap arnab anda.

Dapatkan nasihat dari rakan breeder berpengalaman untuk pemilihan hay, penjagaan dan penggunaan yang optimum.

Turut membekalkan pelbagai keperluan asas arnab (makanan, sangkar, aksesori etc) dan perkhidmatan (boarding, konsultasi, grooming, rawatan asas etc).

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

26/08/2026

ARNAB PERCUMA (GIVEAWAY) SEMPENA SAMBUTAN KERMEDEKAAN KE 69 2026

Untuk batch pertama terhad sehingga 28 Ogos 2026 atau ditutut (mana dahulu).

Bagi memupuk semangat patriotisme, seperti biasa kita kembali mengaktifkan pemberian arnab percuma untuk rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di sekitar Batu Caves atau kawasan berhampiran.

Mengambil pengajaran dari program yang lepas, tahun ini kita menetapkan syarat berikut bagi yang ingin menuntut arnab percuma :

1. Membawa bendera (size untuk kibaran tiang) untuk ditukarkan dengan arnab.

2. Mempunyai sangkar dan kemudahan asas (bukti gambar diperlukan) atau boleh juga mendapatkan set sangkar dari sini (secara pembelian).

3. Mempunyai bajet rm15-rm20 sebulan untuk pembelian makanan dan keperluan asas arnab.

Kita juga menyediakan arnab percuma sepanjang tahun untuk program Terapi Emosi (Emotional Support Animal - ESA) untuk golongan yang memerlukan dengan syarat telah / sedang mendapat rawatan di fasiliti kesihatan.

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

09/08/2026
Photos from Tatoni Smart Rabbitry's post 06/08/2026

HOLAND LOP TERSEDIA DAN BAKAL TERSEDIA

Baki stock batch ini hanya berbaki 3 ekor sahaja. 5 ekor lagi tidak sempat diiklankan dan terjual kepada customer walk in.

Baki tersedia 2 ekor dan bakal tersedia dalam 5-7 hari 1 ekor.

Atas kekurangan stock, gambar dan iklan tidak tersedia bagi meraikan walk in customer yang datang secara berkala. Stock tersedia :

Netherland Dwarf
( Junior 3 -chinchilla, solid black, broken )
(Late junior / young senior 4 - REW, charlie/broken, chestnut)

Minirex
(Junior 2 - minor dark japanese harlequin, pinkish)
(Young senior 2 - broken black)

Tedybear
(Kits 2 - ready in 7-10 days)

Cross Rabbit
(Young junior 3 - REW)
(Kits 2 - ready in 7-10 days)
(Kits 4 - ready in 30 days)

Turut membekalkan pelbagai keperluan asas arnab (makanan, sangkar, aksesori etc) dan perkhidmatan (boarding, konsultasi, grooming, rawatan asas etc).

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

Photos from Tatoni Smart Rabbitry's post 16/07/2026

PROMOSI SET ASAS LENGKAP ARNAB UNTUK PEMULA

Sesuai untuk pemula dan pemeliharaan secara dalam rumah (indoor). Dapatkan tips pemeliharaan untuk pemeliharaan lebih sempurna.

RM 89 (Arnab - REW atau Solid Black + Set Asas Lengkap)
RM 99 (Arnab - Charlie + Set Asas Lengkap)

Set asas lengkap baru termasuk :

Sangkar standard 1.5 kaki (iron bukan wired)
Tray najis
Botol minuman 250ml
Bekas makanan
Lapik lantai
Under pad (untuk penyerapan kencing)

Add on :
Makanan (Standard pack) rm9/pack 1kg
Makanan (Premium Repack ) rm10/pack 2kg
Hay (Satandard pack ; premium single compress ; alfalfa/timothy) rm11/pack 500g
Hay Feeder RM8/pcs

Turut membekalkan pelbagai keperluan asas arnab (makanan, sangkar, aksesori etc) dan perkhidmatan (boarding, konsultasi, grooming, rawatan asas etc).

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

Photos from Tatoni Smart Rabbitry's post 15/07/2026

NETHERLAND DWARF TERSEDIA

Young Junior - 4 kits (2 booked - 16 Juy 2026)
Junior - 1 rabbit
Late Junior - 5 rabbits

(Variety orange dan hotot/charlie sudah sold sebelum sempat diiklankan)

Terdapat juga breed lain :
Holand Lop (3 kits ready dalam 10 hari dan 3 newborn 14 July 2026)
Minirex ( 3 Junior + 2 late junior)
Cross Rabbit (4 junior + 2 late junior)

Terdapat juga arnab senior untuk tujuan breeding atau berpasangan.

Turut membekalkan pelbagai keperluan asas arnab (makanan, sangkar, aksesori etc) dan perkhidmatan (boarding, konsultasi, grooming, rawatan asas etc).

Lokasi :
Jalan 52B, Selayang Baru (Berhampiran Perkuburan Sungai Tua) Batu Caves.

Map/Waze : Tatoni Smart Rabbitry

Whatsapp / Telegram / Wechat : 010-450 1653

Turut tersedia :
1. Pelbagai arnab (Netherland Dwarf, Holand Lop, Minirex, Tedybear, Crossed Rabbit)
2. Keperluan makanan dan diet (Pellet, Hay, Supplement)
3. Sangkar dan aksessori penjagaan arnab (baru dan pre love)
4. Jaring dan aksessori sangkar diy
5. Karkas arnab dan arnab hidup untuk live stock serta rawatan komplementari.
6. Khidmat minor grooming (trimming, nail clipper etc)
7. Khidmat rawatan asas dan penginapan kesihatan (rawatan / kuarantin / pemulihan / kelahiran etc)
8. Khidmat penjagaan harian (boarding)
9. Khidmat konsultasi dan pemeriksaan asas kesihatan/jantina (penjagaan, rawatan & kesihatan, ladang ternakan, pembiakan etc) - percuma
10. Menerima arnab untuk tujuan rehabilitasi/rehome
11. Pemberian arnab percuma untuk tujuan terapi emosi (pesakit dengan rujukan premis kesihatan bertauliah)
12. Tinja dan urine arnab untuk tujuan pertanian

03/07/2026

Penutupan sementara operasi pada 5 Julai 2026 (Ahad) untuk urusan luar kawasan.

Segala kesulitan amat dikesali.

Want your business to be the top-listed Pet Store/pet Service in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan 52B Selayang Baru
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 18:30
Sunday 09:00 - 18:30