GPTD

GPTD

Share

Pertubuhan NGO belia yang meneladani sejarah jatuh bangun sesebuah tamadun melalui aktiviti penjejakan tempat bersejarah dan kembara.

MISI
Meneladani kegemilangan tamadun dunia melalui jaringan antarabangsa dan khidmat sosial. VISI
Membina kepimpinan belia berjiwa besar dalam memperkasa masyarakat madani

10/07/2026

Jejak Islam di Bumi China

21/06/2026

- Hebahan Program Kolaborasi GPTD X Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM -
𝗙𝗒π—₯𝗨𝗠 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛: π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—‘π—šπ—žπ—”π—£ π— π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—£π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—”π—₯𝗔𝗑 π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π— π—”π—‘π—”π—–π—›π—˜π—‘π—š 𝗛𝗒 𝗗𝗔𝗑 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—‘π—¬π—” π—žπ—˜ π—”π—Ÿπ—”π—  π— π—˜π—Ÿπ—”π—¬π—¨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

🌊 Pernahkah anda terfikir apakah rahsia di sebalik pelayaran agung Laksamana Cheng Ho ke Alam Melayu? Bagaimanakah ekspedisi beliau berjaya membina hubungan diplomatik, perdagangan dan peradaban yang memberi kesan besar kepada sejarah rantau ini?

✨ Sehubungan itu, seluruh mahasiswa dan mahasiswi dijemput untuk menyertai Program Forum Ummah: Mengungkap Misteri Pelayaran Laksamana Cheng Ho dan Strateginya ke Alam Melayu anjuran Lajnah Kesenian dan Sejarah Islam, Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) pada :

πŸ“… *Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)*
πŸ•°οΈ *Masa: 8.30 malam*
πŸ“ *Platform: Microsoft Teams*
πŸ–‡οΈ *Pautan:* https://forms.gle/VjJGUEQ7WGBGS91D6

πŸ“– Sertailah forum ini untuk:
βœ… Menyingkap sejarah dan misteri pelayaran Cheng Ho
βœ… Memahami strategi diplomasi dan hubungan antarabangsa era silam
βœ… Menelusuri hubungan Alam Melayu dan China dari perspektif sejarah dan tamadun
βœ… Menambah ilmu serta memperluas kefahaman tentang warisan peradaban dunia

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati khazanah sejarah yang sarat dengan pengajaran dan nilai peradaban.

"Mengenali sejarah bukan sekadar memahami masa lalu, tetapi membina hikmah untuk masa hadapan."

Ayuh sertai kami‼️

====================

*_β€œMEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”_*

*LAJNAH KESENIAN DAN SEJARAH ISLAM*
*KELAB MAHASISWA* *PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)*
*FAKULTI PENGAJIAN ISLAM*
*UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA*
*SESI 2025/2026*

πŸ“² Facebook
https://www.facebook.com/nahdahukm/

πŸ“² Instagram
https://instagram.com/arabic_ukm

Photos from GPTD's post 13/06/2026

Sedutan program semalam. Jumpa lagi untuk siri yang kedua! Menjejak Islam di bumi China.
Dibawakan bersama Safwah Travel & Tours Sdn Bhd yang turut menyediakan pakej pengembaraan ke sana.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi nombor tertera di dalam poster.

Terima kasih.

11/06/2026

✈️ PERNAHKAH ANDA BAYANGKAN JEJAK ISLAM DI BUMI TEMBOK BESI?

Islam dan tamadun China telah lama bertaut dalam sejarah. Bukan sekadar perdagangan, tetapi juga peradaban, ilmu, dan seni yang saling mempengaruhi.

Satu kuliah khas akan membawa anda menyusuri Laluan Sutera, menyingkap bagaimana Islam berkembang di sebalik keagungan Dinasti Tang, Ming, hingga ke masjid-masjid tersembunyi di Yunnan dan Xi'an.

πŸ—“οΈ Tarikh: 12 JUN 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8:00 MLM
πŸ“ Sesi Bersemuka - HQ Safwah Travel & Tours Sdn Bhd, Bandar Puteri Bangi
πŸŽ₯ Sesi Online – Dari rumah sahaja!
πŸŽ™οΈ Penceramah Jemputan:
Bro Suhail Ahmad
Pengkaji Sejarah Islam China | GPTD

πŸ”₯ Apa yang anda akan dapat:
βœ… Sejarah Islam di China yang jarang didedahkan
βœ… Hubungan Laluan Sutera dengan peradaban dunia
βœ… Tamadun China dari lensa Islam
βœ… Inspirasi kembara ke Xi'an & Yunnan

🎁 Bonus:
Dua destinasi kembara ilmu & tamadun akan dikupas –
πŸ“ KEMBARA XI'AN – menyusuri kota silam
πŸ“ KEMBARA YUNNAN – keindahan alam & warisan Islam

πŸ“² Pendaftaran & maklumat:
011-31681247 (En. Amir)

> Tempat terhad. Interaktif & santai.
> Sesi ini untuk mereka yang haus akan ilmu bermanfaat.

27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua 😁.

Anda beraya di mana tahun ni?

Photos from GPTD's post 21/05/2026

Ada ni sedang 'setup' ruangan podsiar. Nantikan program terbaharu dari kami. Sembang-sembang sejarah dan tamadun.

Photos from GPTD's post 21/04/2026

Pertemuan kedua kolaborasi GPTD - NAHDAH - SAFWAH pada petang ini bagi memperkemas persiapan penganjuran program kembara ke Yunnan bagi menjejak sejarah dan legasi Laksamana Muslim ulung Dinasti Ming, Zheng He (Cheng Ho).
Cadangan program pada bulan Ogos nanti. Semoga dipermudahkan. Mewakili GPTD presiden, Saudara M.A. Fitri turut hadir bersama.

Kelab NAHDAH Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM
Safwah Travel & Tours Sdn Bhd

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Batu Caves?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Batu Caves Centre Point, 54-G, Jalan 2, Taman Industri Bolton
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GPTD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Batu Caves.