Parit Raja Ayer Hitam
Sila Pilih https://t.me/Disebalik_Nama untuk Direct Information. MENARIK DI PARIT RAJA AYER HITAM
Kongsikan Info Semasa Kawasan Parit Raja Ayer Hitam - Batu Pahat - Negeri Johor Bersama...
Terima Kasih atas sokongan Anda semua
Talian Telegram telah disediakan di ABOUT PAGE.
18/09/2026
INFO KEMALANGAN HIGHWAY PLUS
Kemalangan melibatkan 2 buah lori dilaporkan berlaku di KM257.3 (Arah Utara) antara laluan Ipoh Utara ke Kuala Kangsar
18/09/2026
Aduan Anjing Liar ‼️‼️‼️
Lokasi Parit Rasipan Parit Raja...
Harap Geng Geng Operasi Tangkap Anjing boleh hadirkan diri di kawasan kampung tersebut...
☕🌄 KOPI DI PUNCAK BUKIT, VIEW 360° MEMANG LAIN MACAM! 🚂
Kadang-kadang, kita tak perlukan percutian jauh pun untuk tenangkan fikiran. Cukup dengan secawan kopi, angin bukit yang nyaman dan pemandangan yang buat kita lupa sekejap kesibukan harian. ❤️
📍 The Big Bean Hill, Kluang
Bayangkan minum kopi dekat puncak bukit sambil menikmati pemandangan 360°, kehijauan alam dan paling menarik, boleh tengok kereta api lalu depan mata! 🚂☕
Yang bestnya, lokasi ni hanya 62KM sahaja dari Pekan Parit Raja! Tak perlu pergi jauh-jauh untuk cari port healing yang menarik.
Ajak pasangan, family atau geng ride. Singgah minum kopi, layan view, ambil gambar dan nikmati suasana yang cukup santai. 😍
🔥 Kalau korang belum pernah sampai, memang boleh masukkan The Big Bean Hill dalam senarai tempat wajib singgah!
📸 Kopi sedap, view mantap, pengalaman pun lain daripada biasa!
Korang dah pernah sampai sini belum? kalau dah cuba share moment korang dekat sini
17/09/2026
Jangan Jadi Pengkhianat, Laporkan Jika Majikan Kamu Membeli Barangan Yang Mencurigai.. 074343999
Apa Nasihat Korang dekat mereka ni? k*t k*t lah diorg pun ada baca...
Nombor pendaftaran jelas ada dalam simpanan...
17/09/2026
Alhamdulillah - Diberitahu Netijen yang terkulai dah Ghaib...
Terima Kasih yang Berusaha 🫶
PERHATIAN ‼️‼️‼️
Ini kalau Jatuh, Boleh Meninggal
Tolong Pesan kat Suami Suami yang Ride Pergi Keje Kluang Batu Pahat ya..
Mohon korang tag kan mana mana pihak yang bertanggungjawab...
Lokasi selepas SMK SERI LALANG
cc MyYong Peng Onn Hafiz Ghazi Ah Soon 林添顺 Samsolbari Bin Jamali Majlis Perbandaran Kluang Balai Bomba Dan Penyelamat Ayer Hitam
17/09/2026
PEMAKLUMAN BANTUAN KASIH JOHOR FASA 4 (RAYUAN)
Serahan bantuan bagi kategori Suri Rumah Tidak Bekerja dan Pasangan Baru Berkahwin (Non-Muslim) akan dilaksanakan mulai 19 September hingga 30 Oktober 2026.
Semak kelayakan di bkj.johor.gov.my dan ik*ti Facebook/Threads YPKDT untuk jadual penyerahan mengik*t DUN yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Pastikan hadir mengik*t ketetapan serta membawa dokumen yang diperlukan.
KALAU NAMPAK GENG CURI KABEL CEPAT2 CALL 074343999
16/09/2026
HATI HATI BUAT SEMUA
Dah Masuk 2 Malam..
Jalan Dari Parit Sempadan Ke Parit Raja Bergelap...
cc Onn Hafiz Ghazi TNB CareLine Majlis Perbandaran Batu Pahat Rashidah Ramli
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
16/09/2026
CURi KABEL TELEKOM — SAMPAI BILA NAK GANTI SEMULA?
Isu kecurian kabel Telekomunikasi ini bukan lagi cerita yang berlaku di satu-satu negeri sahaja.
Daripada Utara Semenanjung hinggalah ke Johor, kes kecurian kabel telekomunikasi dilaporkan berlaku berulang kali. Terbaru, pihak berkuasa turut melaporkan kes di Perak, manakala sebelum ini kes seumpamanya berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Persoalannya bukan semata-mata…
“Polis buat rondaan atau tidak?”
Kita faham tugas penguatkuasaan bukan hanya untuk menjaga kabel Telekom. PDRM mempunyai pelbagai tanggungjawab dan kawasan yang perlu dipantau.
Tetapi persoalan yang lebih besar ialah:
APA P**A LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PIHAK PEMILIK ASET?
Kabel telekomunikasi bukan sekadar wayar biasa.
Apabila kabel dipotong atau dicuri, ia boleh menyebabkan gangguan Internet, talian telefon dan perkhidmatan komunikasi kepada penduduk serta premis perniagaan. TM sendiri pernah menyatakan bahawa kecurian kabel dan vandalisme merupakan antara faktor yang menyebabkan gangguan rangkaian.
Jadi, adakah terdapat:
🔸 Rondaan berkala oleh security/pengawal swasta di kawasan yang dikenal pasti berisiko?
🔸 CCTV atau remote monitoring di lokasi strategik?
🔸 Sistem early detection / alarm sekiranya kabel dipotong atau lurang dibuka?
🔸 Kerjasama lebih agresif dengan PDRM, MCMC, pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat?
🔸 Pemantauan terhadap lokasi-lokasi yang pernah menjadi sasaran berulang kali?
🔸 Atau tindakan hanya bermula selepas kabel dicuri — buat laporan polis, proses tuntutan insurans, tempah kabel baharu dan datang semula untuk pemasangan?
Ini bukan tuduhan.
Ini adalah persoalan tentang preventive security dan pengurusan aset kritikal.
Lebih-lebih lagi apabila modus operandi sindiket semakin tersusun. Dalam satu kes yang didedahkan pada 2026, polis mendapati suspek menggunakan metal detector untuk mengesan kedudukan kabel bawah tanah, peralatan khas dan kenderaan pacuan empat roda untuk menarik kabel keluar dari lurang.
Dalam kes lain di Pulau Pinang, kabel TM sepanjang kira-kira 70 meter dengan nilai dianggarkan RM17,000 dilaporkan dipotong dan dicuri.
Malah pada November 2025, Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa MCMC, penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan PDRM sedang membangunkan pelan tindakan bersepadu untuk menangani kecurian serta vandalisme infrastruktur telekomunikasi, termasuk pemeriksaan terhadap premis dan pusat pengumpulan barangan lusuh.
Jadi mungkin sudah tiba masanya isu ini dilihat bukan sekadar sebagai:
“Kabel kena curi → laporan polis → ganti kabel.”
Tetapi sebagai isu:
KESELAMATAN INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI.
Kerana yang terputus bukan sekadar kabel.
Yang terputus ialah Internet.
Yang terputus ialah talian komunikasi.
Yang terganggu ialah urusan harian penduduk dan perniagaan.
Persoalan kepada pihak berkaitan:
Apakah langkah preventive security yang sedang dilaksanakan untuk mengurangkan kejadian berulang di lokasi yang sama atau kawasan berisiko tinggi?
Kalau pencuri boleh datang berkali-kali ke kawasan yang sama,
kita juga sepatutnya boleh meningkatkan kawalan di kawasan tersebut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
FT050 Jalan KLUANG/BATU PAHAT
Batu Pahat
86400
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Parit Raja Ayer Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.