IKRAM Bandar Tun Razak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IKRAM Bandar Tun Razak, Religious organisation, 19, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residences, Cheras.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam
20/09/2026
KARNIVAL KITA ANAK MALAYSIA DIBATALKAN
Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada semua yang telah merancang untuk hadir ke Karnival Kita Anak Malaysia pada 26 September ini.
Setelah mengambil kira keadaan jerebu yang semakin teruk serta faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak, kami terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan karnival yang telah dirancang.
Keputusan ini bukan mudah, apatah lagi setelah pelbagai persiapan dibuat. Namun, keselamatan peserta, pengunjung, sukarelawan dan semua yang terlibat perlu menjadi keutamaan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang timbul. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman semua.
Semoga kita dapat bertemu lagi dalam kesempatan yang lebih baik.
๐๐๐ง๐ฃ๐๐ซ๐๐ก ๐๐๐ฉ๐ ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐จ๐๐
๐๐ข๐ณ๐ช๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ต, ๐๐ช๐ฏ๐จ๐จ๐ข๐ญ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ณ๐ข๐ด๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข
08/09/2026
Jom meriahkan
MALAYSIA KITA, KITA YANG MERIAHKAN!
Apa kata bulan kebangsaan kali ini kita raikan dengan cara yang lain daripada biasa?
Jom bawa keluarga, anak-anak dan kawan-kawan ke Karnival Kita Anak Malaysia๐ฒ๐พ
Ada pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, daripada permainan, persembahan budaya, makanan dan banyak lagi. Paling penting, kita berkumpul sebagai satu masyarakat untuk meraikan kepelbagaian yang menjadi warna Malaysia.
๐Taman Rekreasi Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur
๐
26 September 2026, Sabtu
โฐ 7.00 pagi - 2.00 petang
Karnival ini merupakan antara inisiatif IKRAM sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, membawa mesej bahawa Malaysia yang sejahtera dibina apabila kita saling mengenali, menghormati dan meraikan perbezaan.
Jadi, jangan datang seorang! Ajak mak ayah, anak-anak, jiran tetangga, kawan-kawan dan komuniti anda sekali.
Jom meriahkan Karnival Kita Anak Malaysia!โค๏ธ
Kita mungkin berbeza, tetapi kita tetap satu keluarga Malaysia.
๐๐๐ฌ๐๐ฃ๐๐ก๐ญ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐๐ญ๐ข, ๐๐๐ซ๐ข๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ, ๐๐ข๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐ค๐๐ง ๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ง๐ ๐ค๐.
31/08/2026
KESEJAHTERAAN DINIKMATI
Wariskan Hormat, Tinggalkan Prasangka
Kemerdekaan bukan sekadar tentang mengenang sejarah, tetapi tentang bagaimana kita memilih untuk membina Malaysia pada hari ini.
Dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya, masih banyak ruang untuk kita bertemu, berbincang, memahami dan membina kebersamaan.
29/08/2026
Iftar Bulanan IKRAM Bandar Tun Razak(BTR) SRI Al Amin Cheras Selatan.
Dua Entiti, Satu Kebersamaan.
Alhamdulillah, Iftar Bulanan IKRAM BTR dan SRI Al Amin Cheras Selatan telah berlangsung buat bulan kedua pada 27 Ogos 2026, bertempat di SRI Al Amin, Cheras Selatan.
Iftar kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan seramai 118 termasuk ikhwah, akhwat dan kanak-kanak.
Majlis turut diserikan dengan penampilan khas Ustaz Zainal Abidin, yang menyampaikan perkongsian dalam suasana santai dan penuh penghayatan.
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, pertemuan ini menjadi ruang untuk mengukuhkan ukhuwah dan silaturrahim antara AJK dan ahli IBTR, ibu bapa murid dan mualim & mualimah
Semoga kesinambungan Iftar Bulanan ini terus menjadi medan yang menyatukan dua entiti dalam usaha membina komuniti yang lebih erat, saling melengkapi dan bersama-sama memberi manfaat kepada masyarakat.
Jazakumullahu khairan kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan majlis.
25/08/2026
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu.
~Al-Ahzab 21~
Selamat Memperingati Maulidur Rasul
Ikhlas daripada,
IKRAM Bandar Tun Razak
10/08/2026
Pada 8 Ogos yang lalu, AJK IKRAM Bandar Tun Razak, Dr Nur Zatul Iradah dan Saudara Saad Mohd Parid turut serta dalam program Train of Trainer (TOT) Ibubapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK) di Pejabat IKRAM Kuala Lumpur.
Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih, sekretariat dan peserta yang sama-sama menjayakan program ini.
03/08/2026
[Nadwah Dakwah Akar Umbi]
Alhamdulillah, Program Nadwah Dakwah Akar Umbi telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran para ahli bagi memperkukuh kefahaman serta semangat dakwah di peringkat akar umbi.
Program ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Faris Arshad dan disusuli oleh pengelola nadwah, Ustaz Saad Mohd Parid, Ketua Dakwah Akar Umbi IKRAM Bandar Tun Razak(IBTR).
Bagi meniup semangat ahli, Saudara Khairul Anuar Kamaruddin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Akar Umbi IKRAM Pusat turut hadir pada nadwah tersebut.
Antara kata-kata semangat beliau, "Siapa yang tunjukkan kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang lakukan, itulah kelebihan berdakwahโ.
Seterusnya nadwah diteruskan dengan pengkongsian daripada PIC lokaliti tumpu masing-masing dan diakhiri dengan perbincangan kumpulan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan.
01/08/2026
Alhamdulillah, Majlis Iftar dan Solat Hajat IKRAM Bandar Tun Razak telah berjaya dilaksanakan pada 30 Julai 2026 (Khamis) di Dewan Abasiyah, SRIAACS.
Program ini menghimpunkan para ahli, guru-guru, ibu bapa, dan murid dalam suasana penuh ukhuwah yang dimulakan dengan berbuka puasa.
Seterusnya solat maghrib dan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Saad Mohd Parid.
Acara diakhiri dengan tazkirah ringkas dan pengenalan IKRAM oleh YDP IKRAM Bandar Tun Razak, Ustaz Amin.
Terima kasih kepada semua yang hadir serta para sukarelawan yang telah menjayakan program ini. Semoga segala amal diterima Allah SWT dan ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan.
Aamiin ๐คฒ
16/07/2026
Pada 27 Jun 2026, Sekolah Rendah Islam Al Amin Cheras Selatan(SRIAACS) dengan kerjasama IKRAM Bandar Tun Razak telah menganjurkan Program Parenting Talk.
Program yang menarik ini bertajuk Mendidik Nafs: Keibubapaan di Zaman Skrin dan Dunia Tanpa Ringtangan yang disampaikan oleh Puan Farah Najwa Ahmad Faizal, Development Psychologist (Child & Adolecent).
Selain SRIAACS dan IKRAM BTR, IKRAM Junior juga turut membantu menguruskan kanak-kanak yang hadir. Rata-rata menyatakan kepuasan dan penghargaan atas penganjuran program yang berjaya mencapai objektifnya.
Alhamdulillah program ini berakhir dengan tersusun dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
19, Jalan Sutera 4, Taman Sutera Residences
Cheras
43200
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Bandar Tun Razak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.