Crownleaf

Crownleaf

Share

Helping business owners solve complex business, tax and corporate challenges through practical strategic solutions. Every business problem is only a symptom.

Crownleaf Management Services helps business owners identify root causes, develop practical strategies and integrate sustainable solutions through business advisory, tax advisory and corporate structuring. Since 2009.

11/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 09 | SEMUA ANAK AKU...

Dalam perjalanan p**ang dari outstation, Che Li singgah di pejabat Kak Ima.
Sudah 22 tahun Kak Ima menjadi client.
Lama-lama, hubungan itu bukan lagi sekadar client.
Sudah jadi kawan.

Biasanya pejabat Kak Ima riuh dengan gelak tawanya.
Tapi hari itu, lain.
CHE LI:
“Kak... okay ka?”

Kak Ima cuba tersenyum.
KAK IMA:
“Penat, Li.”

CHE LI:
“Business?”

Kak Ima menggeleng.
KAK IMA:
“Anak-anak.”
Che Li diam.
KAK IMA:
“Empat-empat kerja dalam company.”
“Tapi sekarang sesama sendiri pun dah tak bertegur.”

CHE LI:
“Pasal apa?”

KAK IMA:
“Semua rasa tak puas hati apa yang masing-masing dapat.”
“Yang sulung kurang minat business. Tapi pendapatan dia memang bergantung kat sini.”
“Yang nombor dua p**a memang bagus. Marketing banyak dia buat. Dia rasa dia patut dapat lebih... kuasa pun lebih.”
“Yang ketiga... banyak enjoy.”
Kak Ima menggeleng kepala.
“Yang bongsu tu p**a, kalau tak disuruh... tak jalan.”
“Tapi semua anak aku, Li.”
“Macam mana aku nak beza-bezakan?”

Che Li memandangnya.
CHE LI:
“Sebagai mak, memang semua anak.”
“Tapi dalam company…”
“…belum tentu semua pegang peranan yang sama.”
Kak Ima diam.
CHE LI:
“Kita kena asingkan beberapa benda.”
“Siapa anak.”
“Siapa bekerja dan contribute dalam business.”
“Siapa patut manage.”
“Dan siapa akhirnya memiliki apa.”

KAK IMA:
“Bukan semua benda tu sama ka?”

CHE LI:
“Tak semestinya.”
“Orang yang paling bagus bekerja tak semestinya kena memiliki paling banyak.”
“Gaji dan reward boleh ikut role dan contribution.”
“Ownership dan warisan p**a kena dirancang dengan objektif yang berbeza.”

Kak Ima bersandar.
KAK IMA:
“Aku cuma nak berlaku adil kepada semua.”

CHE LI:
“Betul.”
“Tapi adil tak semestinya semua benda kena sama.”
Kak Ima memandang gambar keluarganya di atas meja.
CHE LI:
“Kak nak tinggalkan harta kepada anak-anak…”
Che Li berhenti seketika.
“…atau nak tinggalkan business yang masih boleh hidup selepas Kak tak ada?”

Kak Ima terus senyap.
KAK IMA:
“Dua-dua.”

CHE LI:
“Kalau macam tu, dua-dua kena dirancang.”
“Siapa akan lead.”
“Siapa bekerja dalam business.”
“Macam mana mereka dibayar.”
“Macam mana keputusan dibuat.”
“Dan macam mana ownership nanti disusun.”
Che Li memandang Kak Ima.
CHE LI:
“Sekarang kalau depa gaduh, depa masih cari Kak dengan abang.”
“Yang saya risau…”
“…apa jadi satu hari nanti bila orang yang selalu jadi tempat depa rujuk dah tak ada?”

Kak Ima tunduk seketika.
KAK IMA:
“Aku tak kisah sangat pasal harta, Li.”
“Aku cuma nak depa empat beradik elok.”

Che Li mengangguk.
CHE LI:
“Sebab tu Kak kena rancang masa Kak masih boleh satukan depa.”

Warisan bukan sekadar berapa banyak yang kita tinggalkan.
Kadang-kadang yang lebih penting ialah bagaimana kita meninggalkannya.
Kerana business boleh diwariskan.
Tetapi tanpa perancangan, konflik juga boleh diwariskan.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

10/09/2026

GEBANG CHE LI
EPISOD 08 | ABANG TAK PERNAH BERKIRA...

Telefon Che Li berbunyi.
ABG SANI:
“Li, tadi pegawai JTK datang office abang.”

CHE LI:
“Kenapa?”

ABG SANI:
“Ada staff report.”

Che Li terdiam seketika.
CHE LI:
“Pasal apa?”

ABG SANI:
“Cuti umum khas hari tu. Kerajaan isytihar sebab pasukan negara menang bola. Abang tak bagi cuti.”

CHE LI:
“Abang ganti hari lain?”

ABG SANI:
“Tak.”

CHE LI:
“Haa... tu memang ada masalah.”

Abg Sani mengeluh.
ABG SANI:
“Tapi yang abang kecewa, staff sendiri report.”
“Li tahu macam mana abang layan depa.”
“Dalam office ni takdak Encik, Puan. Semua Abang, Kakak.”
“OT pun abang tak pernah berkira. Lebih sikit, abang bagi lebih.”
“Cuti nak ambik, abang senang ja lulus.”

CHE LI:
“OT abang record proper?”

Abg Sani diam.
ABG SANI:
“Tak la detail sangat.”

CHE LI:
“Cuti?”

ABG SANI:
“Depa WhatsApp. Abang okay ja.”

CHE LI:
“Attendance?”

Senyap lagi.
ABG SANI:
“Li ni nak tolong abang ka nak interview abang?”

Che Li ketawa.
CHE LI:
“Abang punya masalah bukan abang tak baik dengan staff.”
“Masalahnya abang terlalu bergantung kepada hubungan baik untuk menggantikan sistem.”

Abg Sani terdiam.

CHE LI:
“Abang kata OT selalu bagi lebih.”
“Esok staff kata tak cukup.”
“Mana record?”
“Abang kata cuti selalu lulus.”
“Staff kata tak.”
“Mana record?”

ABG SANI:
“Selama ni tak pernah ada masalah.”

CHE LI:
“Memang.”
“Sebab selama ni semua masih boleh selesai dengan ‘takpa bang’.”
“Tapi bila satu hari dah tak sependapat…”
“…yang bercakap bukan lagi hubungan. Yang bercakap ialah rekod.”

Abg Sani menghela nafas.
ABG SANI:
“Jadi lepas ni kena formal habis la? Tak boleh dah treat staff macam family?”

CHE LI:
“Siapa kata?”
“Treat mereka macam family.”
Che Li berhenti seketika.
“Manage mereka macam employees.”
Abg Sani diam.
CHE LI:
“Culture boleh mesra.”
“Tapi attendance, OT, leave, payroll dan HR policy kena professional.”

ABG SANI:
“Abang sebenarnya kecewa, Li.”

CHE LI:
“Boleh kecewa.”
“Tapi ambik sekali pengajaran.”
“Sistem bukan dibuat sebab kita tak percaya orang.”
“Sistem dibuat supaya bila satu hari kita tak sependapat, fakta masih ada.”

Hubungan baik membina tempat kerja yang baik.
Tetapi hubungan baik tidak menggantikan pengurusan yang baik.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

09/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 07 | KAMI KAWAN BAIK...

Petang itu, Osman dan Ayub datang berjumpa Che Li.
Mereka mahu menubuhkan sebuah Sdn Bhd untuk business printing baju.
Osman membawa idea dan akan menguruskan business.
Ayub p**a menyediakan dana.

CHE LI:
“Shareholding nak bahagi macam mana?”

OSMAN:
“50:50.”

Che Li memandang Ayub.

AYUB:
“Setengah-setengah. Fair.”

CHE LI:
“Tak nak consider struktur lain?”

Kedua-duanya saling berpandangan.
OSMAN:
“Kenapa?”

CHE LI:
“50:50 nampak paling fair masa dua-dua setuju.”
“Masalahnya datang bila satu hari nanti dua-dua tak setuju.”

Ayub terus ketawa.
AYUB:
“Takdak la. Kami kawan lama.”

OSMAN:
“Zaman universiti dulu tidur sebantal.”

AYUB:
“Maggi semangkuk pun makan dua orang.”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Bagus.”
“Tapi masa makan Maggi dulu takdak shareholder resolution.”

Mereka ketawa.
OSMAN:
“Serius la. Kami percaya satu sama lain.”

CHE LI:
“Saya bukan kata tak percaya.”
“Cuba bayangkan business dah besar nanti.”
“Osman nak beli machine RM500 ribu sebab nak expand.”
“Ayub tak setuju. Ayub nak keluarkan dividend.”
“Osman p**a nak retain profit dalam company.”

Kedua-duanya mula diam.
CHE LI:
“Osman rasa dia patut ada lebih suara sebab dia yang run business.”
“Ayub p**a rasa duit dia yang support business dari awal.”
“50 lawan 50.”

Che Li bersandar.
CHE LI:
“Siapa menang?”
Tiada siapa menjawab.
CHE LI:
“Tak ada.”
“Dan kalau keputusan penting tak boleh dibuat, company boleh masuk deadlock.”

AYUB:
“Jadi buat 51:49?”

CHE LI:
“Tak semudah tu.”
“51:49 pun bukan magic formula. Yang 49% p**a kena fikir bagaimana kepentingan dia dilindungi.”

OSMAN:
“Jadi macam mana?”

CHE LI:
“Sebelum mula, tentukan rules.”
“Siapa urus operation. Siapa inject capital. Kalau perlukan duit tambahan, siapa kena tambah.”
“Macam mana remuneration, dividend, keputusan penting, share transfer…”
“…dan apa jadi kalau satu hari kamu berdua deadlock.”

Ayub memandang Osman.
AYUB:
“Macam dah prepare nak gaduh p**a.”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Agreement bukan dibuat sebab kita tak percaya partner.”
“Agreement dibuat masa kita masih percaya partner.”

Meja itu senyap seketika.
OSMAN:
“Tapi kami dah kawan bertahun-tahun, Che Li.”

CHE LI:
“Sebab tu saya suruh buat betul-betul.”
Che Li memandang mereka berdua.
CHE LI:
“Kalau satu hari business tak menjadi…”
“…saya nak kamu masih boleh duduk semeja.”

Ayub tersenyum.
AYUB:
“Makan Maggi?”

Che Li ketawa.
CHE LI:
“Kalau boleh, semangkuk lagi.”

Dalam business, kepercayaan itu penting.
Tetapi kepercayaan bukan pengganti kepada governance.
Bina aturan ketika hubungan masih baik.
Supaya apabila satu hari pandangan berbeza, business tidak perlu menjadi mangsa.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

08/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 06 | TAPI SAYA TAK COLLECT...

Selesai berurusan di pejabat Kastam Putrajaya, Che Li berehat sebentar di lobi.
Di sebelahnya, seorang lelaki sedang bercakap di telefon.
BASRI:
“Kastam akan kira SST dari mula juga. No matter what.”
“Campur penalti... dekat RM1.5 juta.”
Dia menamatkan panggilan dan menghela nafas.

CHE LI:
“Maaf abang. Terdengar tadi. Ada masalah SST?”

BASRI:
“Saya operate kantin kilang. Sales lebih kurang RM600 ribu sebulan.”
“Ada yang kilang bayar ikut headcount. Ada juga open sales.”
“Masalahnya saya terlepas pandang SST.”

CHE LI:
“Dah lama?”

BASRI:
“Bertahun.”
“Sekarang Kastam kata saya dah lepas threshold lama.”
Basri menggeleng kepala.
BASRI:
“Tapi saya tak pernah collect SST daripada customer.”
“Kenapa sekarang saya p**a kena bayar? Siap kira tahun-tahun lepas dan penalti.”

CHE LI:
“Abang rasa patut start current saja?”

BASRI:
“Ha! Mulai sekarang saya charge la.”
“Yang dulu saya tak collect. Mana fair saya kena keluarkan duit sendiri?”

CHE LI:
“Saya faham kenapa abang rasa tak fair.”
“Tapi ada dua benda berbeza.”

BASRI:
“Apa dia?”

CHE LI:
“Sama ada abang collect SST daripada customer…”
“…dan kewajipan abang di bawah undang-undang.”
Basri memandangnya.

CHE LI:
“Bila business dah memenuhi syarat untuk berdaftar, kewajipan tu tak hilang hanya sebab kita terlepas pandang atau tak collect.”

BASRI:
“Tapi berat la macam tu.”

CHE LI:
“Memang berat.”
“Tapi cuba tengok sebelah satu lagi.”

BASRI:
“Macam mana?”

CHE LI:
“Bayangkan competitor abang dah capai threshold lima tahun dulu.”
“Dia register. Dia comply. Dia charge SST.”
“Abang p**a tak register.”
“Lima tahun kemudian baru kena detect.”
Che Li berhenti seketika.
CHE LI:
“Kalau Kastam kata, ‘takpa, start hari ni saja’…”
“…fair ka kepada orang yang comply dari awal?”

Basri diam.
BASRI:
“Bila cakap macam tu... ada point.”

CHE LI:
“Fairness bukan tengok daripada pihak kita seorang.”

Basri melihat dokumen di tangannya.
BASRI:
“Jadi RM1.5 juta tu saya kena terima saja?”

CHE LI:
“Jangan terus assume.”
“Semak bila liability bermula, taxable value, period, computation dan penalty.”
“Kalau ada asas untuk challenge atau mohon pertimbangan, gunakan saluran yang betul.”

Basri mengangguk.
BASRI:
“Pengajaran mahal ni.”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Compliance memang nampak mahal bila kita buat.”
“Tapi kadang-kadang... lagi mahal bila kita tak buat.”

Basri tersandar.

Kadang-kadang kita rasa sesuatu undang-undang tidak adil apabila kesannya sampai kepada kita.
Tetapi dalam business, “saya tak tahu” dan “saya tak collect” tidak semestinya menghapuskan kewajipan.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

07/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 05 | TUNGGU SETAHUN?

Malam itu, empat buah motor besar berderet di tepi meja luar sebuah kedai tomyam.
Helmet baru diletakkan. Enjin pun belum lama sejuk.
Che Li, Hidayat, Azman dan Bob baru selesai ride.
Tengah makan, sembang motor perlahan-lahan bertukar kepada business.

HIDAYAT:
“Aku tak puas hati satu benda pasal company aku.”

AZMAN:
“Apa dia?”

Hidayat menunjuk ke arah motornya.
HIDAYAT:
“Motor ni aku boleh tengok meter sepanjang jalan. Speed, minyak, temperature... semua aku tahu.”
Dia menggeleng kepala.
HIDAYAT:
“Company aku p**ak, setahun sekali baru aku tahu performance.”

Che Li tersenyum.
HIDAYAT:
“Year end dah lepas tiga empat bulan, baru dapat account.”
“Masa tu semua dah jadi sejarah.”

CHE LI:
“Hang nak monthly account?”

HIDAYAT:
“Ha. At least aku tahu sales, margin, expenses, cashflow. Senang aku nak plan growth.”

Azman, tauke kedai emas, terus mencelah.
AZMAN:
“Cakap senang la.”
“Nak buat full set account tiap-tiap bulan, kena hire Account Executive.”
“Gaji. EPF. SOCSO. Semua kos.”

Bob yang sejak tadi sibuk makan tomyam mengangkat kepala.
BOB:
“You pay peanuts, you get monkeys.”

Semua terus pandang Bob.
Che Li ketawa.
CHE LI:
“Kasar sikit pepatah hang... tapi ada point.”

Azman memandang Che Li.
AZMAN:
“Jadi hang setuju kena hire?”

CHE LI:
“Tak semestinya.”
“Company kecil, transaction tak banyak, boleh outsource.”
“Tapi bila business dah sampai tahap owner perlukan information setiap bulan, accounting tak boleh lagi dibuat semata-mata untuk cukup tahun.”

Hidayat mengangguk.
CHE LI:
“Kalau ada internal account staff yang competent, ada accounting background dan boleh handle full set…”
“Setiap bulan owner boleh tengok sales, gross profit, expenses, debtor, creditor, cash dan bank.”

HIDAYAT:
“Tu yang aku nak.”

CHE LI:
“Bila ada angka, baru boleh tanya soalan.”
“Kenapa sales naik tapi cash turun?”
“Kenapa margin jatuh?”
“Cost mana yang naik?”

Azman diam seketika.
AZMAN:
“Maknanya kos staff tu kena tengok balik kepada keperluan company la?”

CHE LI:
“Betul.”
“Jangan hire sebab nak nampak corporate.”
“Tapi jangan juga berjimat sampai owner sendiri tak tahu apa sedang berlaku dalam company.”

HIDAYAT:
“Annual account dengan monthly account ni sebenarnya beza apa?”

CHE LI:
“Annual account beritahu kita apa yang dah berlaku.”
Che Li menunjuk ke arah meter motor Hidayat.
CHE LI:
“Monthly management account bantu kita buat keputusan berdasarkan apa yang sedang berlaku.”

Hidayat tersenyum.
CHE LI:
“Hang bawak motor pun tengok meter sepanjang jalan.”“Takkan tunggu habis ride baru nak tahu minyak dah habis?”

Bob terus menyampuk.
BOB:
“Kalau Ducati, minyak habis pun nampak bergaya.”

Semua ketawa lagi.

Business yang sedang bergerak perlukan visibility.
Kerana untuk merancang perjalanan ke depan, owner perlu tahu di mana kedudukan business hari ini.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

04/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 04 | KERJA DAH SIAP...

Pagi itu, Che Li sedang breakfast di rumah mak.
Shahrul masuk sambil memegang telefon. Mukanya jelas tak puas hati.
SHAHRUL:
“Geram betul. Kerja dah siap, claim tak boleh buat.”

CHE LI:
“Customer tak mau bayar?”

SHAHRUL:
“Bukan. Depa minta TCC yang masih valid.”

CHE LI:
“Tax Compliance Certificate?”

SHAHRUL:
“Ha.”

CHE LI:
“Bagi la.”
Shahrul diam.
Che Li berhenti makan.
CHE LI:
“Takdak?”

SHAHRUL:
“Takdak.”

CHE LI:
“Kenapa?”

SHAHRUL:
“Tax tak submit lagi.”

Che Li memandang adiknya.
CHE LI:
“Berapa tahun?”

Shahrul menarik kerusi.
SHAHRUL:
“Abang makan dulu la.”

Che Li terus memandangnya.
SHAHRUL:
“Beberapa tahun.”
Che Li menghela nafas.
SHAHRUL:
“Sekarang baru nak buat. Masalahnya accountant kata kena cari balik semua record.”

CHE LI:
“Bank statement ada?”
Shahrul senyap lagi.
CHE LI:
“Jangan habaq takdak.”

SHAHRUL:
“Yang lama tak pernah download.”

Che Li memandang ke arah dapur.
CHE LI:
“Mak... kopi tambah satu.”

Shahrul ketawa kecil.
SHAHRUL:
“Yang aku bengang, masa depa bagi kerja supply dulu tak minta pun TCC.”

CHE LI:
“Masa supply tak minta?”

SHAHRUL:
“Tak.”

CHE LI:
“Bila nak claim?”

SHAHRUL:
“Baru minta. TCC p**ak kena masih valid.”

Che Li mengangguk.
CHE LI:
“Tu masalahnya bila compliance kita buat hanya bila orang minta.”

SHAHRUL:
“Dulu business jalan okay saja.”

CHE LI:
“Memang.”
“Tapi compliance ni kadang-kadang kita tak rasa penting…”
“…sampai satu hari dia berdiri antara kita dengan duit kita sendiri.”

Shahrul melihat telefonnya.
SHAHRUL:
“Sekarang macam mana?”

CHE LI:
“Takdak shortcut. Betulkan apa yang tertunggak. Cari balik records, siapkan account dan tax yang sepatutnya.”
Che Li menyambung breakfast.
CHE LI:
“Lepas ni jangan tunggu ada claim baru nak check compliance.”

SHAHRUL:
“Kerja dah siap kot.”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Kerja memang dah siap.”
“Urusan belum.”

Shahrul terdiam.
Mak keluar dari dapur membawa kopi.
MAK:
“Ni kopi. Pagi-pagi dah sembang pasal cukai.”

Che Li ketawa.
CHE LI:
“Bukan pasal cukai sangat, mak.”
Che Li memandang Shahrul.
“Pasal benda semalam yang dia tangguh... hari ni tahan duit dia.”

Shahrul hanya mampu menggeleng kepala.

Dalam business, compliance mungkin nampak macam kerja belakang tabir.
Sehinggalah satu hari...
kerja dah siap, tetapi duit belum boleh sampai.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

03/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 03 | TAK UNTUNG BANYAK PUN...

Che Li sedang menunggu giliran di sebuah bank.
Tiba-tiba seorang lelaki keluar dari bilik pegawai bank sambil memegang beberapa dokumen.
Che Li memandangnya.
CHE LI:
“Hafizul?”

Lelaki itu berpaling.
HAFIZUL:
“Eh, Che Li! Lama tak jumpa.”

Mereka bersalaman.
CHE LI:
“Awat muka macam loan tak lepas?”

Hafizul ketawa hambar.
HAFIZUL:
“Memang pun.”
“Abang nak tambah machine kat kilang bekas plastik. Apply business loan.”

CHE LI:
“Tak lepas sebab apa?”

HAFIZUL:
“Bank minta macam-macam. Financial record, tax record... siap nak 2–3 tahun.”

Che Li mengangguk.
CHE LI:
“Bagi la.”

Hafizul diam sekejap.
HAFIZUL:
“Tu masalahnya.”
“Borang cukai abang tak submit beberapa tahun.”

CHE LI:
“Kenapa?”

HAFIZUL:
“Business bukannya untung banyak sangat pun.”
“Dulu abang fikir, kalau untung tak banyak... tak penting sangat la benda tu.”

Che Li memandang Hafizul.
CHE LI:
“Sekarang bukan LHDN yang tanya abang untung ka tak.”
Dia menunjuk ke arah kaunter.
CHE LI:
“Bank yang nak tengok track record business abang.”

HAFIZUL:
“Tapi abang ada bank statement. Sales semua masuk.”

CHE LI:
“Bank statement tunjuk duit masuk keluar.”
“Financial dan tax record p**a bantu tunjuk perjalanan dan kedudukan business abang.”

Hafizul mengeluh.
HAFIZUL:
“Dulu abang ingat tax ni urusan dengan LHDN saja.”

CHE LI:
“Tu la.”
“Bila orang sebut tax compliance, ramai nampak satu benda saja.”
‘Berapa aku kena bayar?’
Che Li berhenti seketika.
CHE LI:
“Tapi rekod yang kita bina hari ni mungkin orang lain perlukan esok.”
“Bank. Investor. Tender. Due diligence.”

Hafizul melihat semula dokumen di tangannya.
HAFIZUL:
“Jadi sekarang abang kena balik settle semua la?”

CHE LI:
“Yang tertinggal, betulkan apa yang patut.”
“Yang akan datang…”
Che Li menunjuk semula ke arah bilik pegawai bank.
CHE LI:
“Jangan tunggu sampai orang minta rekod…”
“…baru kita nak bina rekod.”

Hafizul tersenyum pahit.
HAFIZUL:
“Dulu tak submit sebab rasa tak untung banyak.”

CHE LI:
“Sekarang nak cari duit untuk besarkan business…”
“…rekod p**a tak banyak.”

Hafizul ketawa.
Nombor giliran Che Li muncul di skrin.
Che Li bangun.

Kadang-kadang compliance nampak seperti beban ketika kita belum memerlukannya.
Tetapi apabila peluang datang,
rekod semalam boleh menentukan sejauh mana business boleh bergerak esok.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

02/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 02 | MENYUSAHKAN RAKYAT SAJA...

Che Li duduk menunggu keretanya siap tukar tayar.

Di hadapan workshop, Mr Seow berdiri memerhati pekerjanya.
MR SEOW:
“Ramli! Tayar belakang tu check sekali!”

RAMLI:
“Okay boss!”

Mr Seow duduk di sebelah Che Li.
MR SEOW:
“Sekarang business makin susah la, Che Li.”

CHE LI:
“Kenapa p**ak?”

MR SEOW:
“E-Invoice la. Semua benda mau masuk system. Semua transaksi LHDN mau tahu.”
Dia menggeleng kepala.
MR SEOW:
“Saya tak faham apa bagusnya. Menyusahkan rakyat saja.”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Memang tambah kerja.”

Mr Seow terus bersemangat.
MR SEOW:
“Haa! Betul kan?”

Belum sempat Che Li menjawab, Ramli datang.
RAMLI:
“Boss, customer tadi bayar cash. Resit macam mana?”

MR SEOW:
“Buat la. Semua sales mesti masuk.”

Ramli berlalu.
Che Li memandang Mr Seow.
CHE LI:
“Semua sales mesti masuk?”

MR SEOW:
“Mesti la.”

CHE LI:
“Kalau semua businessman macam Mr Seow, mungkin kerajaan tak payah pening buat e-Invoice.”

Mr Seow terdiam.
MR SEOW:
“Apa maksud?”

CHE LI:
“E-Invoice bukan setakat tukar invoice kertas jadi digital.”
“Transaksi jadi lebih structured, traceable dan tax reporting lebih transparent.”

MR SEOW:
“Untuk apa?”

CHE LI:
“Salah satunya tax compliance.”
“Kalau sales tak dilaporkan, transaksi dimanip**asi atau rekod tak lengkap, kerajaan kehilangan revenue.”

Mr Seow mengangguk perlahan.
MR SEOW:
“Tapi orang business yang buat betul pun kena susah.”

CHE LI:
“Yang tu saya setuju.”
“Implementation boleh dikritik. Kalau terlalu complicated atau tambah compliance cost, memang business akan terasa.”
Che Li memandang ke arah workshop.
CHE LI:
“Tapi regulation bukan dibuat sebab semua orang buat salah.”
Mr Seow memandangnya.
CHE LI:
“Ia dibuat sebab sistem tak boleh bergantung kepada semua orang sentiasa buat benda yang betul.”

Ramli menjerit dari workshop.
RAMLI:
“Boss! Kereta Che Li dah siap!”

Mr Seow bangun.
MR SEOW:
“Jadi Che Li kata e-Invoice ni bagus la?”

Che Li turut bangun.
CHE LI:
“Saya tak kata macam tu.”
Mr Seow tersenyum.
CHE LI:
“Cara dia dibuat, kita boleh debat.”
“Tapi kalau tanya kenapa kerajaan nak nampak transaksi…”
Che Li memandang Ramli.
CHE LI:
“Sebab tak semua orang buat macam Mr Seow suruh Ramli buat tadi.”

Mr Seow ketawa.
MR SEOW:
“Che Li... datang tukar tayar pun boleh sembang pasal tax.”

Kadang-kadang kita boleh tidak bersetuju dengan caranya.
Tetapi sebelum menilai sesuatu dasar, fahami dahulu kenapa ia diwujudkan.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

01/09/2026

GEBANG CHE LI

EPISOD 01 | DARIPADA BAYAR TAX, BAIK AKU...

Petang itu, Che Li sedang minum kopi bersama Tamim.
Seorang kenalan Tamim lalu.

TAMIM:
“Abg Jamal! Mai join sekali.”

Abg Jamal, seorang contractor, menarik kerusi. Sembang pun beralih kepada business.
ABG JAMAL:
“Tahun ni company abang untung lebih. Sebab tu abang ambik kereta baru.”

TAMIM:
“Kereta baru?”

ABG JAMAL:
“Ha. Daripada bayar tax banyak, baik abang beli kereta. Company punya expenses juga.”

Che Li berhenti mengacau kopi.
CHE LI:
“Kereta abang berapa?”

ABG JAMAL:
“RM300 ribu lebih.”

CHE LI:
“Abang ingat RM300 ribu tu terus jadi expenses?”

ABG JAMAL:
“Company yang beli.”

CHE LI:
“Betul. Tapi kereta tu aset. Dalam account, depreciation yang jadi expense setiap tahun.”

ABG JAMAL:
“Jadi profit turun la.”

CHE LI:
“Accounting profit turun. Tapi bila kira tax, depreciation kena add back.”

Abg Jamal mengerutkan dahi.
ABG JAMAL:
“Kalau depreciation tak boleh claim untuk tax, capital allowance tu apa? Apa beza dua tu?”

CHE LI:
“Depreciation tu accounting treatment — kos aset diagihkan sepanjang useful life.”
“Capital allowance p**a tax treatment — deduction atas qualifying capital expenditure ikut peraturan tax.”

ABG JAMAL:
“Ooo... depreciation untuk account. Capital allowance untuk tax.”

CHE LI:
“Secara mudah, ya.”

Abg Jamal tersenyum semula.
ABG JAMAL:
“Takpa. Kereta RM300 ribu ni abang claim capital allowance.”

CHE LI:
“Boleh. Tapi bukan atas RM300 ribu.”

Senyumannya terus hilang.
ABG JAMAL:
“Habis?”

CHE LI:
“Untuk kereta mewah macam abang punya, dalam keadaan ni qualifying expenditure restricted kepada RM50 ribu.”

Abg Jamal memandang keretanya di luar.
ABG JAMAL:
“Maknanya depreciation atas kereta RM300 ribu buat accounting profit turun. Lepas tu tax add back depreciation, tapi capital allowance bukan atas RM300 ribu?”

Che Li mengangguk.
ABG JAMAL:
“Patutlah profit turun banyak, tax tak turun macam abang bayangkan.”
Tamim mencelah.

TAMIM:
“Kalau macam tu, company untung tak payah belanja?”

CHE LI:
“Bukan.”
“Belanja pada apa yang company perlukan — staff, training, marketing, system.”
“Kalau memenuhi syarat tax, dapatlah deduction yang sepatutnya.”
Che Li meletakkan cawannya.
CHE LI:
“Tapi lagi penting, duit yang keluar tu membina sesuatu dalam company.”

Abg Jamal terdiam.
Kemudian dia memandang keretanya sekali lagi.
ABG JAMAL:
“Jadi salah la abang beli kereta tu?”

Che Li tersenyum.
CHE LI:
“Kereta tu tak salah, Abg Jamal.”
“Alasan abang beli tu yang salah.”

Tamim ketawa. Abg Jamal hanya menggeleng kepala.
Kadang-kadang, masalahnya bukan berapa banyak kita belanjakan.
Tetapi kenapa kita membelanjakannya.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

29/08/2026

GEBANG CHE LI

Kadang-kadang, ia bermula dengan secawan kopi.

Tak ada agenda.
Tak ada meeting.
Tak ada presentation.

Cuma sembang.

Tentang business.
Tentang duit.
Tentang kerja.
Tentang ekonomi.
Tentang kehidupan.

Ada yang kita dengar lalu saja.
Ada yang buat kita ketawa.
Dan ada satu dua ayat...
yang bila difikirkan semula,
“Eh... betul ka?”

September ini, Che Li akan mula menggebang.
Bukan untuk mengajar sesiapa.
Cuma berkongsi cerita, pengalaman dan perkara-perkara yang pernah berlaku di depan mata.
Kerana kadang-kadang, daripada sembang yang paling biasa...
kita nampak sesuatu yang selama ini kita tak pernah perasan.

GEBANG CHE LI
Cerita biasa. Kadang-kadang isinya luar biasa.

SEPTEMBER 2026

CROWNLEAF
Diagnosis | Strategy | Integration

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Cyberjaya?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


THIRD Avenue
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crownleaf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Cyberjaya.