PDRM Pulau Pinang
Laman ini merupakan Facebook Rasmi PDRM Pulau Pinang. Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.
14/08/2026
13/08/2026
πππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππππππππ πππππππ ππππ ππππ ππ-ππ πππππππ πππππ πππππ ππππππ
Khamis | 13 Ogos 2026
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng telah menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-18 Bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Datoβ Seri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini mencerminkan komitmen berterusan pucuk pimpinan PDRM dalam memperkasakan peranan Pegawai Awam sebagai sebahagian daripada tonggak organisasi, sekali gus memperkukuh sinergi, profesionalisme dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan. Usaha ini selaras dengan aspirasi PDRM untuk membentuk sebuah organisasi yang lebih cekap, berintegriti dan responsif dalam melaksanakan amanah serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Polis dan Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Polis JSPT, barisan Exco PACSU serta Pegawai-Pegawai Awam PDRM.
13/08/2026
πππππππππ πππππ
πππππ πππππ πππππ ππππππ
ππππππππ πππππππππ ππππππ-ππππππ πππππ πππππ, πππππ ππππππππππ, ππππππππππππ πππ ππππ πππππππ ππ πππππππ ππππππ, πππππ ππππππ
11/08/2026
ππππ ππππ πππππππ πππππππππ
ππππππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππππ βππππππ π
ππ πππ
πππβ πππππππππ πππππ ππππππ ππππ
Selasa | 11 Ogos 2026
11/08/2026
ππππ ππππ πππππππ πππππππππ
ππππππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππππ βππππππ π
ππ πππ
πππβ πππππππππ πππππ ππππππ ππππ
Selasa | 11 Ogos 2026
Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng menghadiri Town Hall Meeting Inisiatif Pencegahan Jenayah Whitening The Blackspot βUnited For Safetyβ Kontinjen Pulau Pinang 2026 yang berlangsung di Dewan Yayasan Aman, Kubang Semang, Pulau Pinang.
Dalam sesi penerangan mengenai inisiatif Whitening The Blackspot, CP Datuk Dennis Lim Kwang Keng menjelaskan konsep, hala tuju serta kerangka pelaksanaannya yang memberi penekanan kepada pendekatan bersepadu dalam menangani isu keselamatan, jenayah, sosial, infrastruktur dan persekitaran di kawasan yang dikenal pasti sebagai blackspot.
Sebanyak lima kawasan blackspot di Kontinjen Pulau Pinang telah dikenal pasti bagi pelaksanaan inisiatif ini. Menerusi sesi libat urus tersebut, setiap jabatan, agensi dan rakan strategik berpeluang mengemukakan pandangan serta cadangan berdasarkan bidang kuasa dan kepakaran masing-masing, termasuk penyelarasan pelan tindakan, projek intervensi, keperluan sumber serta bentuk kerjasama yang bersesuaian.
Pelaksanaan inisiatif ini mengangkat pendekatan Whole of Government dan Whole of Society dengan menghimpunkan PDRM, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, wakil rakyat, komuniti, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta serta rakan strategik dalam satu gerak kerja bersama. Pendekatan ini diharap dapat menghasilkan langkah strategik yang lebih tersusun, berkesan dan mampan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih, teratur dan kondusif selaras dengan aspirasi βUnited For Safetyβ.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, YB Tuan Kumaran Krishnan; Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Abdul Rahman bin Kassim; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pulau Pinang, SAC Helmi bin Aris; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang, SAC Zakaria bin A. Rahim; wakil-wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan; wakil pihak berkuasa tempatan; pegawai kanan PDRM; wakil agensi dan rakan strategik; pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta tetamu jemputan.
πΈ Jurugambar : Kpl Amira (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)
07/08/2026
πππππππ ππππππ πππ ππππππππππππ πππππππππ πππππππππ ππππππ πππππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππππππ ππ πππππππππ πππππ ππππππ
Jumaat | 7 Ogos 2026
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Abdul Rahman bin Kassim telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Tan Hooi Shyuan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di Bilik Tetamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Seusai sesi kunjungan hormat tersebut, satu Perbincangan Strategik Kesihatan Mental telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Pulau Pinang yang melibatkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Jabatan Pengurusan Kontinjen Pulau Pinang serta wakil-wakil Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Perbincangan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi dalam merangka pelbagai inisiatif dan program berkaitan kesihatan mental yang lebih komprehensif. Fokus turut diberikan kepada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental, memperkukuh kesejahteraan psikologi serta memperluaskan sokongan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan, kesejahteraan dan prestasi perkhidmatan yang optimum.
Turut diadakan ialah Pembentangan Ringkas Data Kesihatan Mental Warga PDRM Pulau Pinang yang disampaikan oleh ACP Liong Sau Lai, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), diikuti dengan Perbincangan Strategik Pengurusan Rawatan Kesihatan Fizikal dan Mental Warga PDRM yang merangkumi aspek laporan perubatan, mekanisme rujukan, pengurusan kes serta cadangan aktiviti kerjasama antara PDRM dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
πΈ Jurugambar : KPL Mohd Zaidillah (HEA/HEPP IPK Pulau Pinang)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan
George Town
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when PDRM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.