PYDC

PYDC

Share

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (Penang Youth Development Corporation @ PYDC) merupakan syarikat milikan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Address
No. 1-02-01, Jalan Ahmad Nor, Pusat Dagangan Nova, 11600 Jelutong, Pulau Pinang. For further inquires, please do not hesitate to contact us at our office number +60124010186

25/09/2026

JOM SERTAI JELAJAH CM BERSAMA BELIA @ SEBERANG JAYA! 🀝✨

Luangkan masa dalam suasana santai untuk berkongsi pandangan, menyuarakan idea dan berinteraksi bersama komuniti serta pemimpin Pulau Pinang.

πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 6:15 petang – 10:15 malam
πŸ“ Dewan Utama MPKK Jalan Tenggiri, Seberang Jaya (https://maps.app.goo.gl/3WVJvrbgM83mKUbB6)

πŸŽ‰ Antara pengisian menarik:

πŸ’¬ Sesi Sembang Santai
πŸ– Jamuan & Aktiviti BBQ
🎁 Cabutan Bertuah

πŸ‘₯ Terbuka kepada belia 15 hingga 35 tahun, khususnya di KADUN Seberang Jaya dan sekitar Parlimen Permatang Pauh.

πŸ”₯ Jangan lepaskan peluang untuk bersuara, berkongsi idea dan berkenalan dengan komuniti belia!

πŸ“² DAFTAR SEKARANG https://forms.gle/ok7ruSV1NkzHCifb9

16/09/2026

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasmi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tarikh bersejarah ini terus dikenang dan diraikan setiap tahun sebagai Hari Malaysia, yang menyatukan rakyat dalam semangat kebersamaan dan perpaduan.

Seiring tema Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, marilah kita bersama-sama menyemai semangat saling menghormati, prihatin dan menyumbang kepada Malaysia yang lebih harmoni.

Selamat Hari Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from PYDC's post 15/09/2026

Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

πŸ₯‡ Cik Shameera Nasreen Ahamed Noordeen - Johan APBN Peringkat Kebangsaan 2026 – Kategori Individu Wanita

πŸ₯‡ Encik Sharran Loganadzan - Naib Johan APBN Peringkat Kebangsaan 2026 – Kategori Individu Lelaki

Kedua-duanya merupakan Alumni Sidang Muda Pulau Pinang 2023 dan Encik Sharran juga turut aktif sebagai Sukarelawan Belia Pulau Pinang.

Tahniah atas pencapaian membanggakan ini! Semoga terus menjadi inspirasi kepada belia Pulau Pinang.

Photos from PYDC's post 14/09/2026

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 yang telah menerima watikah pelantikan sebagai tanda rasmi untuk meneruskan peranan dalam program Sidang Muda Pulau Pinang.

Majlis penyampaian watikah telah disempurnakan oleh YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan & Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir bersama ialah YB Kumaresan a/l Arumugam, ADUN Batu Uban dan YB Phee Syn Tze, ADUN Sungai Puyu merangkap Ahli Jawatankuasa Petugas Sidang Muda Pulau Pinang 2026, serta dif-dif jemputan.

Pelantikan ini akan menjadi pemangkin semangat kepada semua Ahli Sidang Muda untuk terus mendalami sistem pentadbiran, memahami perjalanan Dewan Undangan Negeri serta menyuarakan pandangan dan aspirasi belia dalam pembangunan negeri Pulau Pinang.

Photos from PYDC's post 12/09/2026

FINALIS RENTAK BELIA TALENT SHOW 2026!πŸ”₯

Tahniah dan syabas kepada 15 finalis yang berjaya melangkah ke Peringkat Akhir Rentak Belia Talent Show 2026!

✨ KATEGORI BEBAS (OPEN TALENT)

1. Alif Safwan
2. Tho Whuqueens
3. Aiman Hafiz The Magician

🎢 KATEGORI MUZIK – SEKOLAH MENENGAH

1. Loo Zhi Hui
2. Ong Xin Joe
3. Anak Senja

🎀 KATEGORI MUZIK – TERBUKA

1. Iskandar
2. Anuar Zainol
3. Hanie

πŸ’ƒ KATEGORI TARIAN – SEKOLAH MENENGAH

1. Slay Mode
2. Thor Pei Yu
3. Trio SMK Machang Bubuk

πŸ”₯ KATEGORI TARIAN – TERBUKA

1. Jovene Seng Yee Jie
2. Rinye Tan
3. Adikarya

Sekalung tahniah kepada semua finalis! πŸ‘βœ¨

Debaran semakin terasa. Siapakah yang bakal mengungguli kategori masing-masing dan siapakah p**a yang bakal menerima Anugerah Rentak Belia Talent Show 2026?πŸ†

πŸ“… 17 Oktober 2026
πŸ“ Extension Wing, Gurney Plaza

Jumpa anda di final!πŸ”₯

Photos from PYDC's post 08/09/2026

Jom, imbas kembali antara program dan inisiatif yang telah berlangsung sepanjang Ogos bersama PYDC!

Terima kasih kepada semua belia, rakan strategik dan komuniti yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program sepanjang bulan Ogos ini.

Photos from PYDC's post 07/09/2026

PYDC turut terlibat dalam menyelaras Sesi Bacaan Ikrar Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota.

Selain menyertai acara perbarisan melalui kontinjen Sukarelawan Belia Pulau Pinang, PYDC turut menyelaras penglibatan saudara Ikhwan Irfan bin Rushisham, atlet taekwondo Pulau Pinang dan pemenang pingat gangsa SUKMA XXII Selangor 2026, sebagai pembaca ikrar. Beliau telah dicalonkan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bagi menjayakan sesi bacaan ikrar tersebut.

Beliau diiringi oleh Ahli Sidang Muda Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) dan Sukarelawan Belia Pulau Pinang, mencerminkan semangat patriotisme serta penglibatan aktif golongan belia dalam sambutan Hari Kebangsaan.

Photos from PYDC's post 05/09/2026

Satu sesi perjumpaan Ahli Sidang Muda Pulau Pinang 2026 telah diadakan bersama YB Dato’ Seri Sundarajoo Somu, EXCO Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang.

Sesi ini menjadi platform penting untuk para peserta mendapatkan perkongsian, pandangan dan pemahaman secara langsung berkaitan portfolio serta isu-isu semasa melibatkan perumahan dan kelestarian alam sekitar di Pulau Pinang.

Perkongsian ini turut memberi pendedahan kepada Ahli Sidang Muda mengenai peranan dan tanggungjawab seorang EXCO dalam merangka serta melaksanakan dasar dan inisiatif kerajaan negeri, di samping membuka ruang kepada golongan muda untuk menyuarakan pandangan dan memahami proses pembuatan keputusan di peringkat negeri.

Photos from PYDC's post 04/09/2026

PYDC menerima kunjungan hormat daripada Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi (KBCPT) bagi membincangkan potensi kerjasama program, pertukaran idea serta inisiatif pembangunan belia.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik dalam memperkasa potensi belia di Pulau Pinang.

Photos from PYDC's post 04/09/2026

Telah berlangsung Sidang Media Pelancaran Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang (SIKBMPP) – BEST! Anak Penang 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk mengiktiraf, menghargai dan menyokong pencapaian serta kecemerlangan bakat muda anak Pulau Pinang dalam pelbagai bidang.

πŸ“’ Belia yang memenuhi syarat dan layak, ayuh kemukakan permohonan anda!

πŸ—“οΈ Tempoh permohonan: 1 Ogos – 30 September 2026

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pengiktirafan dan insentif melalui SIKBMPP – BEST! Anak Penang 2026.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in George Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


8-3-09, Sunny Point Complex, Kampung Batu Uban, Gelugor
George Town
11700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30