SK SYED IDRUS RASMI

SK SYED IDRUS RASMI

Share

SK Syed Idrus merupakan sebuah sekolah di Perak yang terletak paling hujung dalam PPD Kinta Utara dan bersempadan dengan PPD Kuala Kangsar.

20/09/2026

Makluman Guru Bertugas.
Guru Bertugas Minggu ke 33
21 September- 25 September 2026

Selamat Menjalankan Tugas!!

*Tertakluk kepada bacaan IPU semasa.

13/09/2026

Makluman Guru Bertugas.
Guru Bertugas Minggu ke 32
14 September- 18 September2026

Selamat Menjalankan Tugas!!

06/09/2026

Makluman Guru Bertugas.
Guru Bertugas Minggu ke 31
07 September- 11 September2026

Selamat Menjalankan Tugas!!

02/09/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Pn. Rahana binti Kamarudin ( Pekerja Kontrak Pembersihan SK Syed Idrus) telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan arwah, merahmati rohnya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkan arwah bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan-insan yang menyayangi arwah. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
Aamiin Ya Rabbal โ€˜Alamin.

31/08/2026

*MERDEKA!
"Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajah, tetapi bebas untuk taat kepada Allah dan membangun ummah."

Marilah kita doakan agar Malaysia terus diberkati, dipimpin dengan adil, dan menjadi negara yang sejahtera dunia dan akhirat.

Teruskan berjuang dengan ilmu dan amal.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-69

26/08/2026

๐Ÿš‘โค๏ธPROGRAM READY TO RESCUE: PRIHATIN, BERSEDIA, SELAMAT! โค๏ธ๐Ÿš‘

๐Ÿ“ข Makluman kepada semua warga SK Syed Idrus

Program Ready to Rescue akan dilaksanakan dengan kerjasama MK Ambulance dan anjuran Unit Kesihatan HEM SKSI.

๐Ÿ“… Tarikh: Khamis, 27 Ogos 2026
โฐ Masa:
๐Ÿ”น Tahap 1: 8.30 โ€“ 9.40 pagi
๐Ÿ”น Tahap 2: 8.30 โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Terbuka SKSI
๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐ŸปSasaran: Semua murid

โœจ Antara aktiviti menarik:
๐Ÿฉน Talk & perkongsian berkaitan cara menghadapi kecemasan
โค๏ธ Demonstrasi CPR dan teknik bantuan pernafasan
๐Ÿฉบ Pengenalan kepada rawatan asas seperti merawat luka dan pembalutan
๐Ÿš‘ Pengenalan kepada peralatan serta kegunaan ambulans
๐Ÿค Sesi amali dan pembelajaran secara berkumpulan

๐ŸŒŸKESAN & MANFAAT PROGRAM KEPADA MURID

Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan bertindak dengan betul, tenang dan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Melalui program ini, murid dapat:
โœ… Meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan dan pertolongan cemas.
โœ… Mengetahui tindakan yang perlu dilakukan ketika berlaku kecemasan.
โœ… Mendapat pendedahan asas CPR dan bantuan awal.
โœ… Membina keyakinan diri untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
โœ… Memupuk sikap prihatin, berani, bertanggungjawab dan saling membantu.
โœ… Membentuk murid yang lebih peka terhadap keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

๐Ÿ’™ Program ini selaras dengan usaha membentuk murid SKSI yang prihatin, berilmu, berkemahiran dan bersedia menghadapi situasi kecemasan, seterusnya melahirkan Masyarakat MADANI yang sejahtera dan selamat.

๐ŸŒŸ ILMU MENYELAMATKAN NYAWA!
Jom bersama-sama kita belajar, bersedia dan membantu sesama insanโค๏ธ

๐ŸšจSENTIASA BERSEDIA, SELAMATKAN NYAWA!๐Ÿšจ

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

Saya menyeru kepada semua warga SKSI ,marilah kita jadikan kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui usaha *menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian* pada tutur kata, akhlak, amanah dan kasih sayang sesama insan.

Semoga Maulidur Rasul kali menjadi dan memberi ruang untuk kita memperbaharui dan mempertingkatkan lagi cinta kepada Nabi Muhammad SAW, memperbanyakkan selawat serta terus meneladani perjuangan dan akhlak mulia Baginda.

**ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู**
Jadikan Rasulullah SAW IDOLA kita.
Salam Maulidur Rasul
GB
SKSI

23/08/2026

Makluman Guru Bertugas.
Guru Bertugas Minggu ke 30
24 Ogos- 28 Ogos 2026

Selamat Menjalankan Tugas!!

20/08/2026

Jom Berselawat

17/08/2026

โœจSETINGGI-TINGGI TAHNIAH!โœจ

Warga SK Syed Idrus merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan syabas kepada Cik Anis Alisa binti Baharuddin , Guru Bahasa Inggeris, atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 ๐Ÿ†โœจ

Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas segala dedikasi, komitmen, usaha dan kecemerlangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah sebagai seorang pendidik.

Lebih istimewa, kami turut mengalu-alukan kehadiran Cik Anis Alisa ke SK Syed Idrus pada Januari 2026. Semoga kehadiran beliau terus menyemarakkan semangat, mencetuskan inspirasi dan bersama-sama membina kecemerlangan warga sekolah. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Selamat datang ke keluarga SK Syed Idrus! Semoga terus cemerlang dan sukses dalam setiap langkah. ๐ŸŒท

Want your school to be the top-listed School/college in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ulu Kuang
Ipoh
31200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SYED IDRUS RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Ipoh.