IKRAM Perak
Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
PERTUBUHAN IKRAM PERAK | IPOH | KUALA KANGSAR | TAIPING | MANJUNG | BATANG PADANG | TELUK INTAN | PERAK TENGAH | HULU PERAK | PADANG RENGAS | BATU GAJAH | TAMBUN Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.
30/08/2026
๐ฒ๐พ UCAPAN HARI KEBANGSAAN KE-69๐ฒ๐พ
31 Ogos 2026
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia MADANI.
Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah Allah SWT kurniakan kepada negara tercinta, Malaysia.
Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga amanah untuk kita memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina masyarakat yang berakhlak, adil serta saling menghormati.
Sebagai wanita, marilah kita terus memainkan peranan dalam membina keluarga, masyarakat dan negara dengan ilmu, keteladanan dan kasih sayang. Semoga setiap usaha kita menjadi sumbangan kecil yang bermakna untuk Malaysia yang lebih sejahtera dan diberkati.
Ayuh kita terus melangkah bersama โ merdeka jiwa, kukuh keluarga, harmoni masyarakat, sejahtera Malaysia.
๐ฒ๐พ Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
Malaysia Merdeka, Malaysia Berkat, Malaysia Sejahtera
Ikhlas daripada,
Pn Hjh Ramlah Awi
Ketua Wanita IKRAM Perak
30/08/2026
โ๏ธ JOM HADIR & TERUSKAN BERSAMA-SAMA SAUDARA KITA DI PALESTIN ๐ต๐ธ
โจ Palestin bukan sekadar sebuah tempat di peta. Ia adalah bumi yang sarat dengan sejarah, amanah dan perjuangan kemanusiaan.
โจ Ayuh kita luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu, menyuburkan kesedaran dan menguatkan solidariti kita terhadap saudara-saudara kita di Palestin.
๐๏ธ Ceramah Kesedaran Palestin & Misi Kemanusiaan
๐ค Penceramah: Ustaz Zulkifli bin Ahmad
๐ Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar
๐
4 September 2026 (Jumaat)
๐ฐ๏ธ Selepas Solat Maghrib
๐ต๐ธ Ayuh hadir. Ayuh fahami. Ayuh peduli.
Jemput hadir dan sebarkan kepada sahabat serta keluarga.
Anjuran: MyCARE โข IKRAM Perak Tengah โข Masjid As-Siddiq Iskandar Perdana
30/08/2026
C.E.L.O.T.E.H @ Seri Iskandar๐ซ๐ฒ๐จ๐คฉTahniah IKRAM Junior Perak Tengah!๐ฒ๐พโจ
https://www.facebook.com/share/17MkTgPMSX/
29/08/2026
๐ฒ๐พโจ SUARA KECIL, HARAPAN BESAR UNTUK MALAYSIA โจ๐ฒ๐พ
29 Ogos 2026, Seri Iskandar: Alhamdulillah, satu hari yang penuh dengan keceriaan, gelak tawa dan pengalaman bermakna buat anak-anak dalam Explorace Merdeka IKRAM Junior Perak Tengah 2026. ๐ฒ๐พ
Seramai 52 orang anak-anak berusia 6 hingga 12 tahun daripada pelbagai sekolah sekitar Seri Iskandar, Bota, Ipoh, Manjung dan kawasan sekitarnya turut serta. Malah, ada juga yang datang dari Kuala Lumpur sempena cuti persekolahan.
Dianjurkan oleh IKRAM Junior Perak Tengah dengan kerjasama Perpustakaan Awam Seri Iskandar, Explorace kali ini membawa anak-anak menjelajah Malaysia melalui 6 checkpoint yang mengetengahkan kepelbagaian budaya dan warisan negara:
๐ฒ๐พ Malaysia Kita
๐บ Warisan Melayu
๐ฎ Budaya Cina
๐ชท Budaya India
๐ด Jelajah Borneo
๐ Explor@PASI
Dalam keriuhan menyelesaikan cabaran, ada sesuatu yang lebih besar sedang dibina โ kerjasama, keberanian, keyakinan diri, persahabatan dan rasa cinta kepada tanah air.
Dan antara momen yang paling bermakna ialah apabila anak-anak ditanya:
โApakah harapan kamu untuk Malaysia?โ ๐ฒ๐พ
Jawapan mereka mungkin ditulis dengan tangan kecil dan kata-kata yang sederhana.
Tetapi di sebalik setiap tulisan itu ada impian yang besar โ tentang Malaysia yang lebih baik, aman, maju dan sejahtera.
Suara mereka mungkin kecil.
Tetapi merekalah generasi yang akan mewarisi Malaysia suatu hari nanti. โค๏ธ๐ฒ๐พ
Semoga anak-anak ini membesar sebagai generasi yang bukan sahaja mengenali sejarah dan kepelbagaian negara, tetapi juga menghargai perbezaan, saling menghormati, mampu bekerjasama dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap tanah air.
Terima kasih kepada semua anak-anak, ibu bapa, fasilitator, sukarelawan serta Perpustakaan Awam Seri Iskandar yang menjadikan program ini satu pengalaman yang begitu bermakna.
Mungkin hari ini mereka hanya datang untuk bermain.
Tetapi tanpa kita sedari, mereka sedang belajar tentang Malaysia.
Dan mungkin suatu hari nanti, harapan yang mereka tuliskan hari ini akan menjadi sebahagian daripada Malaysia yang mereka bina. ๐ฒ๐พโจ
Daripada anak-anak Malaysia, untuk masa depan Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan! ๐ฒ๐พ
26/08/2026
IKRAM Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul di Daerah Muallim dan Batang Padang
Selasa, 25 Ogos 2026 โ IKRAM Batang Padang terus memperkukuh ukhuwah dan semangat kebersamaan masyarakat menerusi penganjuran Sambutan Maulidur Rasul di beberapa masjid dan kampung sekitar daerah Muallim dan Batang Padang.
Program berlangsung meriah di Masjid Jamek Tanjong Malim, Kampung Kelawar, Masjid Raja Muda Musa II Kampung Pauh, Behrang Station, Masjid Ehsaniah Kampung Kelan, Slim River, Masjid Abu Hurairah, Bidor serta Surau Hj. Ali, Kampung Bruseh.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan, termasuk pertandingan perarakan dan sepanduk Maulidur Rasul, pemeriksaan kesihatan, pertandingan azan, bercerita serta mewarna kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan sambutan, malah berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk, masjid, surau, JPKK dan para sukarelawan.
Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus berkembang, memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi amal jariah yang mengalir pahalanya kepada semua pihak yang terlibat.
Ayuh semarakkan cinta kepada Rasulullah SAW melalui ukhuwah, ilmu dan khidmat kepada ummah!
26/08/2026
IKRAM Teluk Intan | 12 Rabiul Awal 1448H โจ๐
Kontinjen IKRAM Teluk Intan berasa amat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H / 2026M Peringkat Daerah Hilir Perak pada 25 Ogos yang lalu. Alhamdulillah...
Majlis anjuran Masjid Daerah Sultan Idris Shah II bersama Pejabat Agama Islam dengan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan Daerah Teluk Intan ini menjadi wadah penyatuan ummah yang begitu indah. Seramai 30 orang wakil IKRAM Teluk Intan, bersama 400 peserta keseluruhan berarak sambil berselawat dengan penuh rasa kasih dan rindu kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Majlis seperti ini juga membuka peluang buat para peserta berkenalan antara agensi dan membina ukhwah antara satu sama lain.
Peserta berkumpul di Dataran Menara Condong seawal 5.45 petang dan mula berarak pada jam 6.00 petang dari Dataran Menara Condong ke Masjid Daerah Sultan Idris Shah II. Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Teluk Intan telah berarak sebagai Kontinjen Ke-7 daripada 15 kontinjen yang menyertai, dengan penuh semangat dan hemah.
Majlis telah dirasmikan dengan penuh istiadat oleh Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar (Kehormat) Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin (Orang Besar Jajahan Hilir Perak). Majlis kemudian diteruskan di masjid dengan Ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Rizam Ghazali, memberi peringatan dan panduan buat kita semua.
Syabas dan terima kasih kepada pihak penganjur, pihak keselamatan, serta seluruh warga Hilir Perak yang hadir. Semoga perhimpunan ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT dan menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
"Meneladani Rasulullah SAW,
Membina Ummah Sejahtera"
25/08/2026
KATIBAH IKHWAH IKRAM MANJUNG | 21 OGOS 2026
Alhamdulillah, katibah Ikhwah IKRAM Manjung bagi bulan Ogos telah dilaksanakan pada Jumaat, 21 Ogos 2026 bertempat di Masjid Salahuddin dan Bayu Brissie (kediaman ahli IKRAM Manjung).
Katibah kali ini menekankan pengukuhan ruhiyah, muhasabah diri, ukhuwah, dan pembinaan jundi dakwah.
Program dimulakan dengan solat Maghrib bersama kariah Masjid Salahuddin dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh peserta katibah.
Selepas solat Isyak, para peserta katibah mengadakan tilawah al-Quran dan menyusul ke Bayu Brissie.
Hadirin membaca ayat-ayat Quran yang berkisarkan keikhlasan kepada Allah sebelum mengisi Wirid Muhasabah yang menyenaraikan 30 sifat rabbani yang perlu ada pada seorang da'ie sebagai penilaian atas diri sendiri.
Setelah muayashah dan minum ringan, para peserta tidur sebagai persediaan untuk qiam fardi dan jamaie dan juga pengisian.
Qiam jamaie diimamkan oleh akh Zakuwan dan akh Nazran, manakala pengisian diberikan oleh akh Syahir.
Pengisian menyentuh kepentingan menjaga kesihatan sekeluarga sebagai amanah Allah dan bekalan seorang daโi yang beraspirasi untuk menjadi contoh kepada masyarakat.
Usai pengisian, hadirin sempat solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Dr. Roslizar Mat Ali dan Ir. Indera Luthfi Othman disusuli dengan berjalan kaki ke masjid untuk Subuh bersama kariah.
Seterusnya, hadirin menyusul kembali ke Bayu Brissie untuk bacaan Ma'thurat Kubra dan riadah ringan sebelum bersurai.
Semoga katibah terus menjadi medan menyegarkan ruhiyah, mengeratkan ukhuwah, dan mempersiap ahli IKRAM untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah.
25/08/2026
IKRAM MANJUNG BERSAMA KOMUNITI SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๏ทบ
IKRAM Manjung | 24 Ogos 2026
Alhamdulillah, Pertubuhan IKRAM Malaysia Kawasan Manjung telah menjayakan Program Sambutan Maulidur Rasul pada 24 Ogos 2026 bertempat di Pusat Dakwah & Komuniti IKRAM Manjung (PDKI).
Program yang menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran sekitar 60 orang dewasa dan 30 orang kanak-kanak.
Program dimulakan dengan Iftar Jamaei, diikuti solat Maghrib secara berjemaah.
YDP IKRAM Manjung, Ts. Mohd Fakru Razi, turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin.
Menariknya, program dilaksanakan secara serentak menerusi dua pengisian utama mengikut kumpulan peserta.
๐ฟ FORUM IBU BAPA
Forum bertajuk โRasulullah: Teladan Unggul Para Suami & Bapaโ dikendalikan oleh Muallim Taqiuuddin Mohd Zalmi selaku moderator, bersama ahli panel Ir. Ts. Dr. Mohd Shah Rizal Samsuddin.
Perkongsian dirungkai menerusi kisah sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, dengan menelusuri peranan serta tanggungjawab suami dan bapa dalam membina keluarga berlandaskan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah.
Antara penekanan utama ialah konsep qawwam โ amanah untuk melindungi, menjaga, memimpin dan bertanggungjawab.
Seorang bapa bukan sekadar pencari nafkah atau pembuat keputusan, tetapi pemimpin yang mengenali manusia yang dipimpinnya iaitu isteri dan anak-anaknya. Qawwam bukan lesen untuk menguasai, sebaliknya amanah untuk membimbing dengan hikmah, mengenali kekuatan, mengembangkan potensi, memberi ruang dan menegur apabila tersasar.
Inilah antara teladan Rasulullah SAW dalam memimpin keluarga iaitu memimpin dengan amanah, mengenali potensi dan mendidik dengan hikmah.
๐ธ PROGRAM IKRAM JUNIOR
Dalam masa yang sama, anak-anak mengikuti Program IKRAM Junior yang dikendalikan oleh Wanita IKRAM Manjung.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya:
๐จ Pertandingan mewarna
๐๏ธ Pertandingan melukis poster
๐ค Pertandingan bakat Islamik
๐ Sesi bercerita kisah para nabi
Turut diadakan segmen CELOTEH, yang memberi ruang kepada peserta berkongsi cerita, pandangan, perasaan dan pengalaman sepanjang aktiviti berlangsung. Suasana ini membantu anak-anak lebih berani bersuara, mengekspresikan diri serta membina keyakinan.
Aktiviti yang santai dan interaktif ini menjadi medium pendidikan dalam membantu anak-anak mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah SAW.
๐น MAULIDUR RASUL: DARIPADA MENGENANG KEPADA MENELADANI
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar dizahirkan melalui sambutan dan selawat, tetapi perlu diterjemahkan melalui akhlak, sunnah dan cara hidup Baginda dalam keluarga dan masyarakat.
Semoga program ini menjadi wadah untuk kita terus menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW, lalu menjadikannya panduan dalam kehidupan sebagai individu, ibu bapa dan anggota masyarakat.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur di hati kita dan menjadi pendorong untuk kita meneladani sunnah serta akhlak Baginda dalam setiap aspek kehidupan. ๐น
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ูุจููุง ู
ุญู
ุฏ ๏ทบ
24/08/2026
IKRAM Batu Gajah| 12 Rabiulawal 1448H
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๏ทบ
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููููฐ ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููููฐ ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan untuk memperingati Maulidur Rasul 1448H. Menghayati hikmah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan pilihan yang membawa rahmat, petunjuk dan cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.
Baginda Rasulullah SAW adalah suri teladan terbaik dalam kehidupan. Mengajar kita tentang kasih sayang, kesabaran, kejujuran, amanah, persaudaraan dan keadilan.
ยซููููุฏู ููุงูู ููููู
ู ููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุฃูุณูููุฉู ุญูุณูููุฉูยป
โSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.โ
โ Surah al-Ahzab: 21
Marilah kita menjadikan Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang sejarah kelahiran Baginda, tetapi sebagai momentum untuk memperbaiki akhlak, memperkukuh iman dan memperbanyakkan selawat serta kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Semoga kita semua dikurniakan kekuatan untuk menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian dan dihimpunkan bersama Rasulullah SAW di syurga kelak.
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ูุนูู ุขูู ูุตุญุจู ุฃุฌู
ุนูู.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Telephone
Website
Address
36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.