Projek Rabak

Projek Rabak

Share

Multidisciplinary artist-friend collective since 2011. Ipoh � Kuala Lumpur � Hiroshima � Operating from Ipoh, Kuala Lumpur and London.

Multidisciplinary artist-friends collective since 2011, a record label and a book publisher.

22/06/2026

Cakera padat sudah dan kaset pun sudah.

Boleh pesan piring hitam cetakan terhad ini sekarang untuk lengkapkan koleksi.

Sohih bakal langka kerana ia adalah 10”.

Selesai piring, Joni nak gerak ke benda baru.

Roger the good gang at soundscapemy.

Pautan di sini: https://soundscape-records.com/product/joni-mustaf-langlang-pre-order/

18/06/2026

BODYSURF MUSIC 1997 - 2017 (STUDIO)

Kelmarin saya pergi minum petang ke port yang dah lama tak saya kunjung.

Dalam foto ini, bangunan merah jambu itu adalah lokasi asal studio Bodysurf Music.

Tempat saya membesar memahami budaya muzik kontra budaya.

Selain studio ia juga adalah distro menjaja apa saja yang tempatan terutama barangan bermazhab DIY.

Bodysurf juga berfungsi sebagai record label (yang masih aktif sehingga kini) dengan menerbitkan band-band dan paling aktif menganjurkan festival, gigs dan menjadi hos touring band selama 20 tahun sepanjang studio wujud.

Studio ini juga sering didatangi tetamu bukan hanya sepelusuk Malaysia malah dari luar negara.

Biasanya waktu lepas pejabat, studio akan mula dibanjiri orang melepak. Setiap hari.

Manakala sebilangan kami yang tinggal di situ p**a akan sentiasa berpeleseran tak tentu hala. Studio dibuka 24 jam untuk jamming!

Banyak memori saya di sini, sambil saya pekena Kashmiri Naan yang fancy petang itu, saya renung dalam-dalam bekas tapak padang permainan saya itu.

Terimaqaseh Meor, Ducktoi dan senior-senior lain di Bodysurf yang bukakan rumah untuk kami.

Kome pernah datang Bodysurf?

17/06/2026

If you caught Joni Mustaf performing tracks from ‘langlang’ live at the recent Deerhoof show, we hope the music resonated with you.

We’re excited to announce that ‘langlang’ will soon be available on wax — a limited-edition 10” vinyl complete with a jacket and lyric sheet.

Pre-order yours now via our webshop.
🔗 https://soundscape-records.com/product/joni-mustaf-langlang-pre-order/

12/06/2026
02/06/2026

Isu kedua dijangka menjadi langka di masa hadapan kerana tiada sosok di kulit muka.

Membariskan tulisan para bintang seperti legenda hidup Sufian Abas (yang jarang menerbitkan karyanya), pengarah-penulis prolifik Ridhwan Saidi, pengkritik bikin panas Nazim Masnawi, artis kontemporari Ranerrim, pemuzik underground Abdul Hafidz Adam, seniman kultus Hadi Jaafar dan indie starlet masakini Lisa Fuad.

Lontaran idea dan pendapat yang pelbagai, selamba tapi menikam.

Harga mesra poket di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, RM10.

Photos from Mohd Jayzuan's post 28/05/2026
Photos from Soundscape Records's post 27/05/2026
Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Ipoh