PLANPerak

PLANPerak

Share

Memperjuangkan Perancangan Perak Mampan

Photos from PLANPerak's post 16/09/2026

๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ & ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฏ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

IPOH, 15 September 2026 โ€“ PLANMalaysia Perak telah menganjurkan Sambutan Hari Inovasi dan Majlis Perhimpunan Warga Bil. 3/2026 yang berlangsung di Royal Perak Golf Club. Penganjuran majlis ini menjadi wadah untuk menghargai pencapaian dan sumbangan warga, menyemarakkan budaya inovasi serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan Negeri Perak.

Pelbagai pengisian telah diadakan antaranya penghargaan penyertaan inovasi menerusi Projek Transformasi Taman Pertama serta Kumpulan KIK melalui projek Mr TPr Urban Invest yang bakal menyertai pertandingan KIK akan datang. Turut diadakan Serahan Sijil Penghargaan Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta Executive Talk oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak berkaitan pengurusan projek melalui Critical Path Method (CPM) bagi membantu warga mengurus tugasan, menyusun keutamaan dan melaksanakan projek dengan lebih teratur.

Majlis turut menyaksikan Peluncuran Kontinjen Zon Tengah (Perak) dan Penyerahan Jersi Pasukan sempena Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (SUKNA) Ke-21 Tahun 2026 yang akan berlangsung di UPM Serdang di samping meraikan Encik Mohd Shuhaidi bin Mat Isa yang akan meneruskan khidmat di tempat baharu.

Dalam suasana penuh penghargaan dan kemesraan, majlis turut menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik bagi sesi Meiโ€“Ogos 2026 serta cenderahati kepada warga yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai hingga September.

Semoga majlis ini terus menjadi pemangkin kepada budaya inovasi, kecemerlangan dan kebersamaan warga PLANMalaysia Perak dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memberikan manfaat kepada rakyat dan pembangunan Negeri Perak.






Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โ€ŽLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โ€ŽInstagram: https://www.instagram.com/planperak/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
โ€ŽThreads: https://www.threads.com/

15/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Ayuh kita hayati semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dalam membina negara yang sejahtera, progresif dan harmoni.

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak)

Photos from PLANPerak's post 15/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก (๐—๐—ž๐—ฃ) ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐——๐—”๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก (๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฐ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 15 September 2026 โ€“ Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perancangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Royal Belum, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan (PLANMalaysia Perak). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Seksyen 5(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] menerangkan mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan.

Satu (1) permohonan kebenaran merancang di Mukim Hulu Bernam Barat, Daerah Muallim telah dibentang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โ€ŽLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โ€ŽInstagram: https://www.instagram.com/planperak/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
โ€ŽThreads: https://www.threads.com/

Photos from PLANPerak's post 10/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ (๐—ฆ๐—œ๐—”) ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—œ๐—Ÿ.๐Ÿญ๐Ÿฌ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 9 September 2026 โ€“ Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) Negeri Perak Bil. 10/2026 yang diadakan pada hari ini bertujuan bagi menilai dan mempertimbangkan laporan SIA bagi kategori B.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak. Turut hadir wakil agensi teknikal peringkat Persekutuan, Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perbincangan mesyuarat memberi tumpuan kepada ulasan, pandangan dan syor daripada ahli mesyuarat serta panel pakar bagi memastikan setiap Laporan SIA dinilai secara menyeluruh, telus dan berlandaskan keperluan perundangan serta garis panduan yang berkuat kuasa sebelum pertimbangan keputusan ke atas Laporan SIA yang dibentangkan.







Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โ€ŽLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โ€ŽInstagram: https://www.instagram.com/planperak/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
โ€ŽThreads: https://www.threads.com/

10/09/2026

MESYUARAT KEDUA, TAHUN KEEMPAT, DEWAN NEGERI YANG KE-15, PERAK DARUL RIDZUAN (10.09.2026)

09/09/2026

MESYUARAT KEDUA, TAHUN KEEMPAT, DEWAN NEGERI YANG KE-15, PERAK DARUL RIDZUAN (09.09.2026)

Photos from PLANPerak's post 09/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฌ (๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—”๐—ก) - ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป (๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—ฃ) ๐——๐—ฅ๐—”๐—™ ๐Ÿฏ

IPOH, 7 & 8 September 2026 โ€“ Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Bil. 2/2026 Kajian Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2040 (Penggantian) - Peringkat Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan (LASP) Draf 3 telah berlangsung di Hotel Casuarina Convention Centre, Meru Raya, Ipoh. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak.

Mesyuarat yang diadakan sepanjang dua hari ini membincangkan berkenaan Laporan Analisis dan Strategi Pembangunan (LASP) iaitu peringkat yang sangat penting kerana ia menjadi asas kepada pembentukan hala tuju dan strategi pembangunan Daerah Manjung agar sentiasa relevan, responsif dan menyokong aspirasi sehingga tahun 2040. Laporan ini akan menjadi panduan strategik hala tuju sektoral menerusi hasil kajian dan analisis terhadap aspek demografi, ekonomi, guna tanah, infrastruktur, pengangkutan, kemudahan masyarakat, alam sekitar serta aspek sosial dan fizikal akan diterjemahkan kepada isu, potensi dan keperluan pembangunan daerah.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah Pejabat Projek Zon Tengah, Dr. Chua Rhan See, Pengurus Projek Kajian, Puan Norhasrin Abdullah, Ketua Perunding Reka Rancang Sdn Bhd, TPr Nik Mohd Ruiz Nik Ahmad Fakhrul Razy, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar MPM, TPr Muhamad Helmy Abdul Hadi, wakil jabatan / agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta Daerah dan jabatan berkepentingan.





Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โ€ŽLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โ€ŽInstagram: https://www.instagram.com/planperak/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
โ€ŽThreads: https://www.threads.com/

08/09/2026

MESYUARAT KEDUA, TAHUN KEEMPAT, DEWAN NEGERI YANG KE-15, PERAK DARUL RIDZUAN (08.09.2026)

06/09/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐๐ซ ๐๐Ž๐‘๐‰๐€๐…๐๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐™๐€๐ˆ๐๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

Pihak Pengurusan dan seluruh warga PLANMalaysia Perak merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YBrs. TPr Norjafni bin Zainuddin sebagai Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) yang baharu.

Selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga terus cemerlang dalam menerajui perancangan pembangunan yang mampan dan sejahtera.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Seluruh Warga
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Perak Darul Ridzuan
(PLANMalaysia Perak)

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tingkat 3 & 7, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANPerak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Ipoh.