Bomba Meru Raya
PAGE RASMI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT MERU RAYA
Kome! Selain dari NG999, kalau ada no telefon balai berdekatan, sila beri maklumat tempat yang betul. Kalau salah alamat, banyak masa terbuang. Jadi pastikan maklumat dari segi kejadian dan alamat perlu tepat untuk memudahkan pasukan penyelamat tiba lebih awal. Video ini sekadar mesej kita bersama.
02/09/2026
Ingat ya…
30/08/2026
Terima kasih kepada pihak RTM menerusi liputan sempena Sambutan Ambang Merdeka 2026 yang turut menghargai jasa dan pengorbanan anggota bomba dalam menjalankan amanah kepada masyarakat.
29 OGOS 2026 -BP- SAM 2026 HARGAI WIRA BARISAN HADAPAN: MERDEKA BUKAN SEKADAR JALUR GEMILANG Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...
29/08/2026
MAJLIS PENGHARGAAN “JASAMU DIKENANG”
Pada 29 Ogos 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya telah mengadakan Majlis Penghargaan “Jasamu Dikenang” sempena pertukaran lima orang anggota BBP Meru Raya.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bertugas bersama warga kerja BBP Meru Raya.
Pegawai yang diraikan:
* PBK II (TBK) Mohd Zaid bin Abdul Aziz
* PBK II (TBK) Rosley bin Jamil
* PBK II (TBK) Mohamed Yusop bin Saleh
* PBK II (TBK) Syed Faisal bin Syed Mahmood
* PBK II (TBK) Wan Kamarul bin Wan Mustapha
Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta kenangan yang telah tercipta bersama.
Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu.
Jauh di mata, namun jasa dan kenangan tetap terpahat.
Selamat maju jaya dan terima kasih atas segalanya.
Ate kome nak tahu, nak lepas utk temu duga pancaindera bomba ni.. kalau rabun, tak lepas la kome.. mmg syarat mcm tu kome.
29/08/2026
PROGRAM CSR SEMANGAT ASPIRASI MALAYSIA 2026 🇲🇾🚒
Pada 29 Ogos 2026 (Sabtu), Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya telah menerima kunjungan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Perak bagi menjayakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) Semangat Aspirasi Malaysia 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemasangan Jalur Gemilang, penanaman pokok, pelepasan anak ikan, tanaman kebuniti serta kerja-kerja mengecat lantai pantry balai.
Kolaborasi ini diharap dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara agensi, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan, kerjasama dan patriotisme sempena Bulan Kebangsaan. 🇲🇾
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.
26/08/2026
Cuaca panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran akibat pembakaran terbuka.
Elakkan membakar sampah, daun kering atau bahan buangan di kawasan terbuka. Api yang kecil boleh merebak dengan pantas dan mengancam keselamatan orang ramai serta harta benda.
Sama-sama kita cegah sebelum terlambat na..
24/08/2026
KIT INSPECTION BILANGAN 8/2026
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT MERU RAYA
24/08/2026(ISNIN)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Balai Bomba Dan Penyelamat Meru Raya Bandar Meru Raya
Ipoh
30020