PAS Ipoh Timor

PAS Ipoh Timor

Share

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai.. (Ali-Imran: 103)

17/09/2026

๐—Ÿ๐—ถ๐—พ๐—ฎ' ๐—™๐—ถ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ฎ๐—บ๐—ฎ'๐—ถ๐—ฒ ๐Ÿญ๐Ÿฎ๐—ž ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 17 September - Alhamdulillah, Lajnah Tarbiah PAS Kawasan Ipoh Timur dan tuan rumah, PAS Cawangan Taman Shatin telah berjaya menganjurkan Liqa Fikri atau Daurah, Iftar Jama'ie 12K bulanan malam tadi yang dihadiri seramai 45 ahli-ahli PAS Kawasan.

Tadabbur ayat 1-10 Surah Hud dan Tazkirah bertajuk: Penyucian Harta dan Jiwa Melalui Sedekah, telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda merangkap Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Ipoh Timur, Ustaz Hanafi Roshan.

Manakala Pembentangan bertajuk; Jihad dengan Harta, telah disampaikan oleh naqib jemputan iaitu YB Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Perak YB Tuan Haji Rosli Abd Rahman.

09/09/2026

Beza orang politik dengan orang biasa mengulas isu ucapan Datoโ€™ Takiyuddin Hassan.

Photos from PAS Ipoh Timor's post 08/09/2026

๐—ญ๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 8 September - Alhamdulillah, program Ziarah Kebajikan, menyantuni sepasang suami isteri ahli PAS Kampung Temiang. Suaminya yang mengalami sakit radang tulang dan darah tinggi. Pasangan ini tinggal di Taman SPPK. Mata pencarian mereka sebagai peniaga kedai makan di lombong Kampung Temiang.

Semoga saudara kita ini diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

08/09/2026

๐Ÿ“šโœจ ๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™ ๐™…๐˜ผ๐™”๐˜ผ! โœจ๐Ÿ“š

Selamat menduduki Peperiksaan SRAI (Sijil Rendah Agama Islam) kepada semua calon pada 8, 9 dan 10 September 2026.

Semoga semua calon dikurniakan ketenangan jiwa, kekuatan ingatan dan dipermudahkan menjawab setiap soalan.

Teruskan berusaha, yakin dengan kemampuan diri dan jangan lupa iringi setiap usaha dengan doa.

๐ŸŒŸ Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan ๐ŸŒŸ

Semoga memperoleh kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja dalam peperiksaan, malah menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.

Allahu Yusahhil! ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada,
Ustaz Azmi Murad bin Mohamed Yusof
YDP PAS Kawasan Ipoh Timur
& Seluruh Ahli Jawatankuasa

08/09/2026

๐—จ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—š๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐——๐—  ๐—ญ๐—ผ๐—ป ๐—• ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

IPOH, 7 September - Alhamdulillah, UDM Zon B yang melibatkan 3 Cawangan iaitu PAS Cawangan Taman Shatin, PAS Cawangan Kg Pasir Putih Tambahan dan juga PAS Cawangan Kg Sri Kinta telah berjaya mengadakan usrah AJK Cawangan mereka untuk bulan September ini. Ustaz Yop selaku naqib tetap, membawa Manhaj Usrah Taarif 1 sebagai silibusnya.

Sebahagian daripada AJK PAS Kawasan juga turut hadir dalam usrah ini.

Photos from PAS Ipoh Timor's post 03/09/2026

Perwakilan Muktamar daripada PAS Kawasan Ipoh Timur yang menyertai Muktamar Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat pagi ini.

Tahniah kepada semua yang mewakili PAS Kawasan Ipoh Timur.

03/09/2026

๐™Ž๐™€๐™‡๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐˜ฝ๐™€๐™๐™ˆ๐™๐™†๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™!

Selamat Bermuktamar diucapkan kepada semua yang terlibat sebagai perwakilan di seluruh negara di Muktamar PAS Pusat kali ke 72 bagi tahun 2026 ini. Semoga terus istiqamah hingga ke akhirnya...

Ikhlas daripada,
Ustaz Azmi Murad Yusof dan
Seluruh AJK PAS Kawasan Ipoh Timur

30/08/2026

๐—ญ๐—ถ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐—ง๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—ฟ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

LAHAT, 30 Ogos - Alhamdulillah, telah berlangsung Ziarah Kebajikan ke atas 3 keluarga petang tadi.

Bermula dengan menyampaikan sumbangan kepada balu kepada Allahyarham Roslan bin Saidin, Puan Salwa Othman yang tinggal di Jalan Sri Kinta 5. Kemudiannya, sebuah rumah yang seorang sedang terlantar sakit juga di jalan Sri Kinta 5. Seterusnya, ke jalan Sri Kinta 9, seorang ibu yang baru selesai menjalani pembedahan kanser yang tinggal di sebuah rumah yang sangat uzur. Dan yang terakhir, sebuah rumah yang ada kematian, iaitu Allahyarham kakak kepada ahli Cawangan Kg Paloh, saudara Nasaruddin di Lorong Sari 5, Kampung Cempaka Sari.

Program ini dihadiri oleh YDP Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad Yusof, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan, Haji Kamatol Zaman Murad dan sebahagian besar AJK PAS Kawasan Ipoh Timur.

Semoga dengan sumbangan yang disampaikan kepada mereka ini sedikit sebanyak dapat lah menghilangkan kesedihan, kesusahan, kepayahan yang dideritai oleh mereka semua, Amin ya Rabbal Alamin....

30/08/2026

KEMENANGAN BESAR BERMULA DARIPADA GERAK KERJA YANG KECIL!

Kita mungkin bermula dengan sedikit, tetapi jika bergerak bersama, istiqamah dan tidak pernah mengalah, insya-Allah hasilnya akan menjadi luar biasa.

Hari ini kita bergerak.
Esok kita tambah langkah.
Sampai tiba masa, kemenangan menjadi milik kita!

Teruskan gerak kerja. Jangan berhenti. Jangan mengalah.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Lebuh Pengkalan Barat 12
Ipoh
31650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Ipoh Timor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Ipoh.