SRA Rinching Hilir
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRA Rinching Hilir, Education, Masjid Kampung Rinching Hilir Bangi, Kajang.
20/09/2026
Selamat menjawab peperiksaan buat semua anak-anak pelajar calon PSRA 2026 SRA Rinching Hilir.
Doa kami para guru & ibubapa mengiringi anda. Buat yang terbaik demi masa depan masing-masing. Semoga diberi kejayaan. Amin
17/09/2026
Berikut adalah rangkuman gambar-gambar di Penutup Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah yang berlangsung pada Isnin baru-baru ini. Majlis disambut meriah dengan persembahan & penyampaian hadiah pertandingan yang telah diadakan.
Terima kasih kepada barisan guru yang menjayakan program ini.
08/09/2026
Alhamdulillah telah berlangsung pada minggu lepas, sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA Rinching Hilir. Beberapa aktiviti telah dijalankan seperti perarakan sambil berselawat, ceramah dan beberapa lagi.
Terima kasih kepada barisan guru atas penganjuran.
Terima kasih kepada anak-anak pelajar atas kerjasama yang diberikan
Semoga kita terus menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan kita
25/08/2026
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kita terus menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai contoh tauladan dalam kehidupan dan menjadikan selawat sebagai zikir harian kita
Telah berlangsung pada pagi ini, Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab serentak dengan Bulan Kemerdekaan bersama anak-anak pelajar Tahap 1.
Pelbagai aktiviti telah pun disusun bagi memeriahkan lagi sambutan ini. Mudah-mudahan semua pelajar mendapat manfaat dan mendapat ilmu dari program ini.
Terima kasih kepada para Pengarah Program. Semoga Allah berkati.
Video disediakan oleh NYDP PIBG, En Hafiz Ngadenan
Alhamdulillah telah berlangsung pada Sabtu baru-baru ini iaitulah Bengkel Teknik Menjawab bagi Peperiksaan UPKK bagi pelajar Tahun 5 2026.
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang hadir. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga ia membantu memberi gambaran jelas bagi menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama nanti.
Terima kasih kepada pihak perunding, terima kasih kepada para guru yang menguruskan bengkel ini. Semoga Allah memberkati.
Terima kasih semua ibubapa yang hadir ke sekolah hari ini. Semoga maklumat yang disampaikan diterima dengan baik.
24/06/2026
Latihan Kebakaran SRA Rinching Hilir
Telah berlangsung pada minggu lepas, program Latihan Kebakaran yang melibatkan seluruh warga SRARH. Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang bahaya kebakaran dan memberi tunjuk ajar tentang pelan kecemasan serta bagaimana menyelamatkan diri dari kebakaran kepada semua pelajar & guru.
Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Bomba & Penyelamat Bandar Baru Bangi atas kesudian datang meluangkan masa memberi tunjuk ajar kepada semua warga SRARH. Terima kasih kepada para guru atas penganjuran ini dan terima kasih kepada anak-anak pelajar atas kerjasama yang diberikan. Semoga sesi yang dijalankan memberi manfaat dan mendapat perhatian daripada semua.
23/06/2026
Alhamdulillah baru-baru ini SRARH telah menghantar wakil bagi Pertandingan KAMIL peringkat daerah Hulu Langat bertempat di SRA Rahmaniah Sg Ramal Luar.
Sukacitanya dimaklumkan wakil kita berjaya mendapat tempat bagi acara berikut :
ACARA KAMIL DAERAH :
Tahap 1
1. Hafazan & Terjemahan (L): No 2
- Izz Altaaf
Tahap 2
2. Solat Jenazah (P): No 2
- Nur Fathiah
- Nur'ain Raihanah
- Nur Zahra Firzanah
- Noorrul Widad
- Nurul Haziqah
- Aisyah Humairah
- Irfiena Zaqiea
3. Khat (P) : Saguhati
- Aysara Safiyyah
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang terlibat. Tahniah atas usaha anda. Terima kasih diucapkan kepada para guru atas kerja keras melatih anak-anak ini. Terima kasih juga buat IbuBapa yang menyokong. Teruskan semoga ada kejayaan lagi pada masa akan datang.
Admin PIBG SRARH
19/02/2026
Ramadan Kareem!
Selamat menyambut bulan Ramadan, selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.
"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan kerana Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Semoga bulan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik buat kita semua
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Masjid Kampung Rinching Hilir Bangi
Kajang
43000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SRA Rinching Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.