ASE Tech Academy
ASE Tech Academy - Smartphone training center Malaysia
28/09/2026
Hari 3/3 – Kelas Advanced Motherboard Repairing telah sampai ke hari terakhir dengan pengisian yang lebih fokus kepada latihan praktikal dan penyelesaian kes sebenar.
Pada hari terakhir, peserta mempelajari teknik mengangkat dan memasang layer motherboard, termasuk kaedah kerja yang betul bagi memastikan proses dilakukan dengan kemas dan selamat. Sesi turut diteruskan dengan latihan “Settle Kes”, di mana peserta diberi pendedahan untuk menganalisis masalah dan mencari penyelesaian berdasarkan kes yang diberikan.
Alhamdulillah, 3 hari pembelajaran telah selesai dengan lancar!.. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan dalam kerja-kerja pembaikan motherboard selepas ini.
A.S.E TECH ACADEMY sentiasa terbuka untuk menjalinkan kolaborasi bersama institusi, agensi, organisasi dan pihak industri dalam menganjurkan kursus serta latihan kemahiran. Kami percaya melalui kolaborasi, lebih banyak ruang dapat diwujudkan untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran yang memberi manfaat kepada peserta serta industri. Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan kolaborasi, boleh hubungi kami di 019-216 3674
27/09/2026
Hari 2/3 – Kelas Advanced Motherboard Repairing diteruskan hari ini dengan pengisian yang lebih mendalam dan berfokus kepada kemahiran troubleshooting serta kerja-kerja pembaikan motherboard.
Pada hari kedua, peserta mempelajari cara membaca dan memahami skematik, teknik pengukuran pada motherboard, serta latihan praktikal mengangkat IC dengan teknik yang betul. Peserta turut didedahkan dengan teknik jumper sebagai salah satu kaedah penyelesaian masalah pada motherboard.
A.S.E TECH ACADEMY sentiasa terbuka untuk menjalinkan kolaborasi bersama institusi, agensi, organisasi serta pihak industri dalam menganjurkan kursus dan latihan kemahiran. Kerjasama ini dapat membuka ruang kepada perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman yang lebih luas kepada para peserta. Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan kolaborasi, boleh hubungi kami di 019-216 3674
26/09/2026
Hari 1/3 – Kelas Advanced Motherboard Repairing telah bermula hari ini di A.S.E TECH ACADEMY, dengan fokus kepada pengenalan asas dalam bidang motherboard repairing.
Pada hari pertama, peserta diperkenalkan dengan tools dan komponen elektronik, termasuk fungsi serta penggunaan yang betul. Sesi turut diteruskan dengan latihan praktikal teknik transfer IC Chip LCD iPhone secara hands-on.
Hari pertama selesai dengan lancar! Pembelajaran akan diteruskan pada hari kedua dan ketiga dengan pengisian serta latihan praktikal yang lebih mendalam.
A.S.E TECH ACADEMY sentiasa terbuka untuk menjalinkan kolaborasi bersama institusi, agensi, organisasi serta pihak industri dalam menganjurkan kursus dan latihan kemahiran yang berfokus kepada keperluan sebenar industri. Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada para peserta. Untuk sebarang pertanyaan atau cadangan kolaborasi, boleh hubungi kami di talian 019-216 3674
23/09/2026
📢𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐊𝐊𝐊𝐉📢
Yuran yang dikenakan adalah murah dan berpatutan berbanding dengan agensi lain yang menawarkan kursus seumpama ini. Sekiranya berminat, pendaftaran kursus boleh dibuat di https://linktr.ee/pshkkkj. Untuk permintaan kursus secara berkumpulan, boleh menghubungi Pegawai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Kelana Jaya, 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐬𝐧𝐢𝐳𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐦𝐫𝐚𝐧 di talian 📲☎️ 03-77720259 atau scan 𝐐𝐑 𝐤𝐨𝐝 yangtertera di poster. Anda juga boleh berinteraksi melalui:
💻IG di https://www.instagram.com/kolejkomuntikelanajayaofficial/
23/09/2026
KURSUS MEMBAIKI DAN MEMASANG KOMPUTER – PENYERTAAN PERCUMA!
Nak tambah kemahiran dalam bidang membaiki dan memasang komputer?
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus ini yang akan berlangsung pada:
Tarikh : 10 – 11 Oktober 2026
Lokasi : Dewan Komuniti Taman Wahyu (PPR Taman Wahyu), Kuala Lumpur
Penyertaan adalah PERCUMA!
Syarat penyertaan:
✅ Berumur 18 – 40 tahun
✅ Warganegara Malaysia
✅ Belia Kuala Lumpur yang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur
Untuk pendaftaran, sila imbas QR code yang disediakan pada poster
Untuk pertanyaan, hubungi:
0326176312 / 019-2108511 (Puan Sofia)
Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk menambah kemahiran baru secara percuma!
21/09/2026
LAST CALL!!!
KELAS ADVANCED: PENGERJAAN MOTHERBOARD IPHONE By MARCUS
Untuk yang sebelum ini dah pernah belajar asas dan sekarang nak mula mendalami pengerjaan motherboard iPhone, kelas Advanced akan berlangsung pada:
TARIKH : 26 – 28 SEPTEMBER 2026
Kelas ini sesuai untuk technician yang sudah biasa dengan asas repair / plug & play dan ingin mula memahami pengerjaan motherboard dengan lebih serius, termasuk proses mengenal pasti masalah, membuat pemeriksaan dan menjalankan troubleshooting pada motherboard.
⚠️KEKOSONGAN SEKARANG HANYA TINGGAL 3 SLOT SAHAJA!
Untuk dapatkan maklumat penuh atau booked slot, boleh terus hubungi admin: 019-216 3674
16/09/2026
SELAMAT HARI MALAYSIA 2026!
16 September menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat kita sebagai rakyat Malaysia untuk terus melangkah maju bersama.
Semoga Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, bersatu dan sejahtera, serta sentiasa diberi kekuatan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
Ikhlas daripada warga A.S.E Tech Academy.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
Kelas Membaik Pulih Motherboard Iphxne
Tarikh : 26 Hingga 28 September
Lokasi : A.S.E Tech Academy
Tinggal 5 Kekosongan
Pendaftaran & Pertanyaan : 019-216 3674
5 KEKOSONGAN GUYS!
Kursus Membaik Pulih Motherboard Iphxne. Sesuai kepada technician yang baru nak bermula dalam pembaikan motherboard...
Tarikh : 26 - 28 September
Lokasi : A.S.E Tech Academy
Untuk dapatkan maklumat lanjut atau urusan pendaftaran, boleh DM 019-216 3674
07/09/2026
MASIH BUAT REPAIR PLUG & PLAY SAHAJA?
Phone masuk mati, short, tak boleh on, masalah charging atau kerosakan motherboard… Terpaksa pass dekat technician lain?
Sebenarnya, bukan sebab tak boleh repair. Cuma belum belajar cara nak baca dan faham motherboard.
Sebab itu kami bawakan: ADVANCED CLASS: MOTHERBOARD REPAIRING
Kelas ini khas untuk technician yang dah ada asas smartphone repairing / Plug & Play, tetapi nak mula melangkah ke dunia Motherboard Repairing.
Tak kisah kalau sebelum ni langsung tak pernah buat motherboard. Dalam kelas ini, kita akan bina kefahaman dari asas — mula dengan multimeter, komponen elektronik, schematic, pengukuran jalur & komponen, kemudian masuk kepada teknik repairing secara hands-on.
Bukan sekadar tengok. Bukan sekadar teori.
Peserta akan belajar melalui pengerjaan motherboard secara praktikal.
Tarikh : 26 – 28 SEPTEMBER 2026
Masa : 8:30 AM – 5:00 PM
Lokasi : A.S.E Tech Academy, Taman Prima Saujana, Kajang
Pengajar : Din Bahaton
Yuran : RM899
TERHAD 15 ORANG SAHAJA (10 Kekosongan)
*Boleh guna SPayLater
NAK MULA BELAJAR BAIKPULIH MOTHERBOARD?
WhatsApp sekarang: 019-216 3674
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
D-28-GA Jalan Prima Saujana 2/C, Taman Prima Saujana
Kajang
43000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when ASE Tech Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.