KEMAS Perlis

KEMAS Perlis

Share

"Penggerak Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar"

Kemas buka 132 tabika autisme 01/10/2026

๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ ๐ญ๐š๐›๐ข๐ค๐š ๐š๐ฎ๐ญ๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž

MELAKA: Hampir 2,000 kanak-kanak spektrum austisme ringan akan menerima manfaat peluang pendidikan awal apabila sebanyak 132 buah tabika autisme memulakan operasi dan dibuka mulai bulan Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Datuk Mohd. Hanafiah Man, berkata, peluasan program berkenaan turut menyaksikan Melaka yang menjadi perintis sebelum ini akan menerima tambahan dua buah tabika autisme bagi melengkapkan kemudahan di semua daerah di negeri ini.

Berita lanjut :

Kemas buka 132 tabika autisme 2,000 kanak-kanak spektrum austisme ringan akan menerima manfaat pendidikan awal apabila sebanyak 132 buah tabika autisme memulakan operasi

28/09/2026

'SALAM TAKZIAH'

Seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perlis merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Al-Fatihah.
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Daripada:
Seluruh Warga KEMAS Negeri Perlis

25/09/2026
Photos from KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat's post 22/09/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐ˆ๐๐”๐๐€๐๐€๐€๐ ๐๐Ž๐’๐ˆ๐“๐ˆ๐… ๐๐€๐”๐๐†๐€๐ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡

PUTRAJAYA, 21 Sept. โ€“ Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus memperkukuh Program Keibubapaan Positif Naungan Kasih (NK) di TABIKA KEMAS menerusi kerjasama strategik bersama Parenting for Lifelong Health (PLH), University of Oxford dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Datuk Mohd Hanafiah Man, Ketua Pengarah KEMAS hari ini menerima kunjungan delegasi PLH dan University of Oxford yang diketuai Profesor Dr. Jamie Lachman.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada pencapaian, pemantapan dan peluasan Program Naungan Kasih, termasuk usaha menginstitusikan program berkenaan dalam sistem KEMAS serta pemindahan teknologi.

Pelaksanaan Naungan Kasih dibangunkan secara berperingkat menerusi proses pembangunan bersama, pelaksanaan rintis, penilaian dan penambahbaikan selain dinilai melalui kajian Randomized Controlled Trial (RCT) bagi memastikan pelaksanaannya berasaskan bukti penyelidikan.

Sehingga kini, program berkenaan membabitkan 236 jurulatih, 2,068 fasilitator dan memberi manfaat kepada 12,022 keluarga.

KEMAS komited memperluas Naungan Kasih sebagai platform memperkasa ibu bapa dan penjaga dalam membina hubungan kekeluargaan positif, mengamalkan disiplin tanpa keganasan serta menyediakan persekitaran selamat dan kondusif untuk perkembangan kanak-kanak.

20/09/2026

๐Ÿ”ฅ JANGAN TERLEPAS! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“–โœจ KAPSUL HUFFAZ CILIK โ€” SETIAP JUMAAT DI RTM1
โฐ 2.25 petang
๐Ÿ“บ RTM1
โค๏ธ Saksikan kisah dan momen istimewa Huffaz Cilik TABIKA KEMAS setiap minggu!

๐Ÿ“บ TV Okey
๐Ÿ“… 19 September 2026 | Sabtu
โฐ 9.00 malam

๐Ÿ“บ SIARAN ULANGAN โ€“ TV1 (RTM 1)
๐Ÿ“… 20 September 2026 | Ahad
โฐ 12.30 tengah hari

20/09/2026

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก โœ๏ธ

Alhamdulillah

Kita mendapat perkhabaran gembira apabila Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) telah tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa 2026 bagi kategori Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik.

Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) merupakan cetusan idea dan inisiatif KEMAS yang kemudiannya direalisasikan melalui kolaborasi strategik bersama BERNAMA sebagai rakan penerbitan.

Justeru, pencalonan ini bukan sahaja membanggakan anak-anak Huffaz Cilik malah menjadi satu pengiktirafan terhadap idea usaha dan komitmen KEMAS dalam mencungkil serta mengetengahkan potensi generasi cilik.

Lebih membanggakan, Musim Kedua Huffaz Cilik tampil dengan cabaran yang lebih mencabar, khususnya dari aspek penguasaan hafazan, keyakinan dan kebolehan anak-anak untuk memberikan yang terbaik di pentas yang lebih besar dengan kerjasama RTM dan Saluran Okey TV.

Tahniah kepada anak-anak Huffaz Cilik, para guru, warga KEMAS serta BERNAMA yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

KEMAS mencetuskan idea, bersama rakan strategik kita merealisasikannya, dan anak-anak kita mengangkatnya ke pentas yang lebih tinggi.

Tahniah Huffaz Cilik KEMAS!

KEMAS.. Di sini bermula

๐‘ซ๐’‚๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’‚๐’‡๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’
๐‘ฒ๐’†๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ

Zahid Hamidi

Photos from KEMAS Perlis's post 06/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS HERO DIGITAL PERLIS

6 SEPTEMBER 2026 | KANGAR, PERLIS

KEMAS Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas atas kejayaan adik Muhammad Rusyaidi bin Rezal dan adik Hadya Safwa binti Mohd Hanuar Fitri yang mewakili KEMAS Negeri Perlis dalam menyertai Program Digital Hero Peringkat Kebangsaan Tahun 2026. Adik Hadya Safwa mendapat tempat kedua dalam kategori perempuan manakala adik Muhammad Rusyaidi mendapat saguhati kategori lelaki.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyokong dan guru pengiring iaitu Cikgu Nur Maisarah binti Md Yazi dan Cikgu Ku Shuzailashaima binti Ku Husin yang berjaya mencungkil bakat anak-anak sehingga memperoleh kejayaan di peringkat kebangsaan.

Program yang berlangsung selama 3 hari, bermula dari 3 hingga 5 September 2026, ini bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK KL). Program ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Ibu Pejabat dengan kerjasama Yayasan KRU, serta melibatkan penyertaan wakil KEMAS dari seluruh negara.

Semoga kejayaan adik Muhammad Rusyaidi dan Hadya Safwa dapat memberikan pengalaman serta inspirasi yang bermakna kepada kanak-kanak TABIKA KEMAS dalam bidang digital, di samping membawa nama dan mengharumkan KEMAS Negeri Perlis di persada kebangsaan.

Tahniah dan Syabas semua kerana membawa pulang kejayaan buat Perlis! ๐Ÿ’ช๐Ÿ†โœจ

04/09/2026

PERTANDINGAN DIGITAL HERO KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

Photos from KEMAS Perlis's post 03/09/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT MAJU JAYA WAKIL KEMAS NEGERI PERLIS KE PROGRAM DIGITAL HERO PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 ๐ŸŒŸ

3 SEPTEMBER 2026 | KANGAR, PERLIS

KEMAS Negeri Perlis merakamkan ucapan Selamat Maju Jaya kepada adik Muhammad Rusyaidi bin Rezal dan adik Hadya Safwa binti Mohd Hanuar Fitri yang akan mewakili KEMAS Negeri Perlis dalam menyertai Program Digital Hero Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Turut bersama sebagai Guru Pengiring ialah Nur Maisarah binti Md Yazi dan Ku Shuzailashaima binti Ku Husin.

Program yang berlangsung selama 3 hari, bermula 3 hingga 5 September 2026, ini bertempat di Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILK KL). Program ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Ibu Pejabat dengan kerjasama Yayasan KRU, serta melibatkan penyertaan wakil KEMAS dari seluruh negara.

Semoga penyertaan adik-adik Muhammad Rusyaidi dan Hadya Safwa dapat memberikan pengalaman serta pendedahan yang bermakna dalam bidang digital, di samping membawa nama dan mengharumkan KEMAS Negeri Perlis di persada kebangsaan.

Selamat maju jaya! Berikan yang terbaik dan bawa pulang kejayaan buat Perlis! ๐Ÿ’ช๐Ÿ†โœจ

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


TINGKAT BAWAH BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kangar.