Terminal Perlis Sentral
New integrated bus terminal and commercial hub in Kangar, Perlis.
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙✨
Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati teladan Baginda dalam membentuk akhlak yang mulia, menyemai nilai ihsan serta menyebarkan kebaikan kepada insan di sekeliling.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menjadi inspirasi untuk kita memperbaiki diri dan membawa manfaat kepada sesama insan.
اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
25/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026
“Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.”
Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam membentuk kehidupan yang harmoni, berakhlak dan sejahtera.
Daripada:
Yang Dipertua,
Ahli Majlis dan Warga Kerja
Majlis Perbandaran Perlis
14/08/2026
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PERLIS TAHUN 2026
📅 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 malam
📍 Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
Semangat kemerdekaan bakal bergema di seluruh Negeri Perlis. Ayuh seluruh rakyat bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026 yang akan berlangsung penuh warna-warni dan kemeriahan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar!
Dengan mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sambutan pada tahun ini menjadi wadah untuk kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan, menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh rasa cinta kepada tanah air.
🇲🇾 Ayuh seluruh rakyat Perlis, pakat-pakat maiii!... Kita meriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat, kibarkan Jalur Gemilang dan bersama-sama mencipta kenangan indah dalam suasana penuh warna-warni dan kemeriahan.
Bawalah keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama menyaksikan kemeriahan Malam Ambang Merdeka Negeri Perlis serta meraikan detik istimewa menjelang sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
❤️🤍💙💛 Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia!
🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾
09/05/2026
Dirgahayu Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah
Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Raja Muda Perlis
Dan
Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
Raja Puan Muda Perlis
Sempena
Ulang Tahun Perkahwinan Diraja
09 Mei 2026 Bersamaan 21 Zulkaedah 1447H
Sembah Takzim Daripada
Yang Dipertua,
Ahli Majlis Dan Seluruh Warga Kerja
Majlis Perbandaran Kangar
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 1447H
Kepada Seluruh Muslimin Dan Muslimat
Daripada:
Yang Dipertua,
Ahli Majlis Serta Seluruh Warga Kerja
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
21/03/2026
Salam Aidilfitri 🕌
Di kesempatan ini, Terminal Perlis Sentral ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini disambut dengan penuh kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan bersama insan tersayang.
Dengan ingatan tulus ikhlas dari:
Terminal Perlis Sentral
03/03/2026
KENYATAAN RASMI: TERMINAL PERLIS SENTRAL KINI DIIKTIRAF SEBAGAI TERMINAL GRED A
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Terminal Perlis Sentral telah menerima pengiktirafan sebagai Terminal Gred A yang diluluskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Pengiktirafan ini mencerminkan pematuhan terminal terhadap piawaian tertinggi yang ditetapkan dari segi operasi, fasiliti, keselamatan serta kualiti perkhidmatan kepada pengguna.
Status Terminal Gred A ini turut mengiktiraf komitmen berterusan dalam memastikan:
✅Pengurusan dan operasi terminal yang sistematik dan efisien
✅Kemudahan awam yang lengkap dan mesra pengguna
✅Tahap keselamatan dan keselesaan yang optimum
✅Penyampaian perkhidmatan yang profesional dan berkualiti
Pencapaian ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh ekosistem pengangkutan awam darat serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih baik kepada seluruh komuniti.
Terminal Perlis Sentral,
Gerak Nadi Utara
19/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK KE 1447H
Daripada:
Yang Dipertua,
Ahli Majlis Serta Seluruh Warga Kerja
Majlis Perbandaran Kangar
06/02/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Jalan Kangar-Alor Setar, Kampung T**i Serong
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 00:00 |
| Tuesday | 07:00 - 00:00 |
| Wednesday | 07:00 - 00:00 |
| Thursday | 07:00 - 00:00 |
| Friday | 07:00 - 00:00 |
| Saturday | 07:00 - 00:00 |
| Sunday | 07:00 - 00:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Terminal Perlis Sentral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.