APM Negeri Selangor
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
16/09/2026
SESI ZIARAH PRIHATIN PENGARAH APM NEGERI SELANGOR
16 Sept 2026 | Banting, Selangor - YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah APM Negeri Selangor bersama beberapa wakil Pegawai-pegawai Bersekutu APM Negeri Selangor meluangkan masa menziarahi Tuan Kamarul Zaman Bin Long di kediaman beliau di Kg Sg Lang Baru, Banting.
Beliau merupakan mantan Pegawai Bersekutu APM Negeri Selangor yang berkhidmat di UniKL MIAT, Sepang. Beliau telah menerima pencen ILAT setelah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4 & jantung. Ziarah prihatin oleh YS Pengarah serta rakan-rakan PB APM atas semangat solidariti serta sebagai pemangkin moral kepada beliau dan seluruh keluarga. Turut berlangsung penyerahan sumbangan bagi meringan dan membantu keperluan beliau.
Semoga Tuan Kamarul Zaman & keluarga tabah serta redha dalam mengharungi dugaan ini. Diharap agar ziarah prihatin ini memberi sedikit keceriaan, meningkatkan semangat serta membantu meringankan beban beliau dan keluarga.
Didoakan agar Allah SWT mempermudah segala urusan beliau dan keluarga. Amin Ya Rabbal Alamin...
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
15/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026
YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan seluruh warga kerja
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.
16 September 2026 satu tarikh yang menyatukan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, harmoni dan penuh kepelbagaian.
Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Ayuh kita terus bersama-sama menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih sejahtera untuk generasi akan datang.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
15/09/2026
LATIHAN PEMANTAPAN PETUGAS SEKRETARIAT PENGURUSAN BENCANA NEGERI SELANGOR
15 Sept 2026 | Kompleks PUSPADA PDPA Klang - Telah berlangsung Latihan Pemantapan Petugas Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Selangor di Pejabat APM Daerah Klang.
Seramai 40 orang pegawai & anggota terlibat dalam latihan yang dijalankan. YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Selangor turut hadir memantau perjalanan latihan serta memberi panduan kepada semua peserta terlibat dalam latihan yang dijalankan.
Diharap agar pelaksanaan latihan yang dijalankan akan memberi manfaat serta meningkatkan kompetensi peserta terlibat dalam penyampaian perkhidmatan APM kepada semua pihak.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
15/09/2026
YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim bersama Pegawai-pegawai APM Negeri Selangor menghadiri Program Bicara Perdana Dato' Menteri Besar Selangor sempena Hari Malaysia 2026 di Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
15/09/2026
PENGAMBILAN ANGGOTA SUKARELA PERTAHANAN AWAM (MyASPA) PENGURUSAN β NEGERI SELANGOR π²πΎ
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor kini membuka peluang kepada individu yang berminat untuk menyertai Anggota Sukarela Pertahanan Awam (MyASPA) Pengurusan.
π KEKOSONGAN DI PEJABAT NEGERI
1οΈβ£ Unit Pengurusan Latihan
2οΈβ£ Unit Pengurusan Bencana dan Operasi
3οΈβ£ Unit Perhubungan Awam & Dokumentasi
π― SIAPA YANG BOLEH MEMOHON?
β
Warganegara Malaysia
β
Berumur 18β45 tahun
β
Terbuka kepada lelaki dan perempuan
β
Mempunyai kelayakan akademik minimum SPM atau setaraf
β
Mempunyai kemahiran komputer, tugasan pejabat, editing dan media sosial
π KELEBIHAN MENYERTAI MyASPA PENGURUSAN
πΈ Kursus dan latihan percuma
πΈ Pakaian seragam percuma
πΈ Bayaran elaun mengikut kelayakan
πΈ Caruman insurans kelompok
πΈ Peluang menimba pengalaman dan kemahiran dalam pengurusan APM
π² NAK TAHU LEBIH LANJUT?
Imbas kod QR pada poster untuk menyertai kami atau hubungi:
π 017 617 1318
LT.M (PA) MUHAMMAD JAMIL
πͺ JOM SERTAI KAMI!
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
15/09/2026
TRIVIA SEMPENA HARI MALAYSIA
Ramai yang mungkin tertanya-tanya, mengapa Malaysia menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September? π€
Sebenarnya, kedua-dua tarikh ini mempunyai sejarah dan makna yang berbeza.
π²πΎ 31 Ogos
Menandakan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British pada tahun 1957.
π²πΎ 16 September
Menandakan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, apabila Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk sebuah persekutuan baharu. π²πΎ
Mengetahui sejarah bukan sekadar mengingati tarikh, tetapi memahami bagaimana negara kita terbentuk dan berkembang hingga ke hari ini.
π Kenali sejarah. Hargai perjuangan. Hayati erti Malaysia.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
14/09/2026
14/09/2026
ππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππ-ππππ πππππ
13 Sept 2026 | Ahad | Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Selangor. - YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim menghadiri program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim di Rumah Anak Yatim dan Asnat As-Solihin Kanchong Darat, Selangor yang dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat selaku penasihat program.
Program dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan MAHA Malaysia dengan kerjasama strategik antara APM Daerah Klang dan Jaecoo Auto Malaysia Sdn.Bhd. Seramai 160 orang anak-anak yatim dan asnaf diraikan dalam program yang telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan sumbangan kepada lima (05) pertubuhan anak-anak yatim, sesi penerangan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan permainan sukaneka buat anak-anak yang diraikan.
Syabas diucapkan atas kejayaan penganjuran program dan semoga membawa kegembiraan kepada anak-anak yang diraikan dan diberi keberkatan kepada semua pihak yang telah terlibat.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
11/09/2026
ππππ πππππππ ππππππ & ππππππππππππ πππππππππ πππππππππ πππ ππππππ ππππππππ πππππππ ππππ π¦ππ₯π§π ππππππ ππππππππππ, πππππ
11 September 2026 | Jumaat : YS Kol.(PA) Fazlisyah Bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor telah menerima kunjung hormat daripada Mdm Eriko Motoyama mewakili Tohoku University dan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.
Turut berlangsung dalam sesi kunjung hormat satu perbincangan kerjasama strategik berkaitan perancangan latihan Pengurusan Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).
Diharapkan kerjasama diantara APM Negeri Selangor bersama JICA serta Tohoku University yang dirancang akan dapat dilaksanakan dan membawa manfaat kepada seluruh masyarakat.
βππ£π π¦ππππ‘ππ’π₯: πππ‘ππππ§ π£ππ₯πππ¦πβ
βSEDIA PANTAS BERINTEGRITI'
"SEMARAK PERTAHANAN AWAMβ
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN DOKUMENTASI
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Fsm Fsm
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Address
ARAS 3, WISMA PERSEKUTUAN KLANG, PERSIARAN BUKIT RAJA 1/KU1
Klang
41150
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when APM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.