Gerak Cakra

Gerak Cakra

Share

Silat Gerak Cakra membuka kelas untuk kanak-kanak 7–12 tahun. Bukan sekadar seni mempertahankan diri ini seni membentuk jiwa. Silat bukan sekadar seni

Gerak bersulam adab, cakra berpusing membawa hikmah.

26/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Brotherhood Muay Thai kerana telah banyak membuka jalan dan memberi peluang kepada anak-anak didik Perguruan Seni Silat Gerak Cakra untuk melangkah ke kejohanan sukan seni bela diri.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Brotherhood Muay Thai, terus dikurniakan kejayaan, keberkatan, dan kekuatan untuk melahirkan lebih ramai atlet serta legasi yang cemerlang pada masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga ukhwah ini terus berkekalan. 🀝❀️πŸ₯Š

26/07/2026

πŸ₯ˆβ€οΈβ€πŸ”₯ Game play yang penuh semangat. Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membuktikan hasil latihan dan keberanian di gelanggang. Tahniah Ziyad! Teruskan melangkah, emas akan tiba dengan izin Allah. πŸ₯Š

Photos from Gerak Cakra's post 26/07/2026

Tahniah Ziyad! πŸ₯ŠπŸ”₯

Alhamdulillah, selesai satu lagi pengalaman berharga di Selangor Muaythai League 2026.

Menang atau kalah itu adat dalam pertandingan. Yang lebih penting ialah semangat juang, disiplin dan keberanian untuk melangkah ke gelanggang. Hari ini, Ziyad telah memberikan aksi yang terbaik dan memuaskan. Pengalaman ini pasti akan mematangkan lagi perjalanan sebagai seorang atlet.

Teruskan berlatih, teruskan memperbaiki diri. Insya-Allah, setiap usaha yang konsisten akan membuahkan hasil. Kami sentiasa bangga dengan semangat dan usaha yang ditunjukkan. πŸ’ͺ❀️

Gerak Cakra Γ— Brotherhood Muay Thai
Stronger Every Fight.

Photos from Gerak Cakra's post 19/07/2026

Hari ini, Perguruan Seni Silat Gerak Cakra berbesar hati dijemput membuat persembahan sempena Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor 2026.

Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga persembahan ini dapat memperkenalkan keindahan warisan seni silat Melayu serta menyemarakkan semangat mempertahankan budaya bangsa.

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri, tetapi lambang disiplin, adab, dan jati diri.

πŸ₯‹Perguruan Seni Silat Gerak Cakra

Photos from Gerak Cakra's post 09/07/2026

Tarikh: 14 Jun 2026
Program: Persembahan Silat Majlis Kenduri Kahwin Sahabat Cikgu

Alhamdulillah, persembahan silat telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan dan layanan yang diberikan kepada pasukan kami.

Semoga persembahan ini dapat terus memartabatkan seni silat Melayu serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada mempelai. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Photos from Gerak Cakra's post 05/07/2026

Alhamdulillah! 🀲πŸ₯Š

Perguruan Seni Silat Gerak Cakra Kampung Sementa berjaya membawa pulang 2 pingat emas πŸ₯‡πŸ₯‡ dan 4 pingat perak πŸ₯ˆπŸ₯ˆπŸ₯ˆπŸ₯ˆ dalam Kejohanan Muay Thai Terbuka.

Lebih membanggakan, ini merupakan kejohanan Muay Thai yang pertama buat anak-anak didik kami. Dengan latihan yang sebelum ini lebih tertumpu kepada silat olahraga, mereka tetap berjaya menyesuaikan diri dan memberikan persembahan yang terbaik di atas gelanggang.

Alhamdulillah atas rezeki dan pengalaman yang sangat berharga ini. Tahniah kepada semua atlet atas usaha, keberanian dan semangat juang yang ditunjukkan. Terima kasih juga kepada ibu bapa, jurulatih serta semua yang sentiasa memberi sokongan.

Ini baru permulaan. Insya-Allah, kami akan kembali lebih kuat dan lebih bersedia pada kejohanan akan datang. πŸ’ͺπŸ₯Š

Photos from Gerak Cakra's post 05/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan pertama buat perguruan kami. πŸ₯Š

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi sokongan, terutamanya keluarga besar Kelap Brotherhood Muay Thai Sungai Udang kerana membuka jalan dan memberi peluang kepada kami menghantar anak-anak didik menyertai kejohanan ini.

Walaupun ini adalah penyertaan pertama kami, banyak pengalaman berharga yang kami peroleh. Kami akan terus belajar, memperbaiki kelemahan dan berusaha melahirkan atlet yang lebih baik pada masa akan datang.

Insya-Allah, kejohanan yang akan datang kami akan hantar lagi anak-anak didik kami dengan persediaan yang lebih mantap dan memberikan persembahan yang lebih baik.

Terima kasih atas segala doa dan sokongan. Ini baru permulaan. Semoga Allah permudahkan setiap langkah kami. 🀲πŸ’ͺπŸ₯Š

Photos from Gerak Cakra's post 17/06/2026

Tiada jalan pintas untuk menjadi kuat.

Latihan malam semalam menguji teknik, ketahanan dan kekuatan. Penat hari ini, hasilnya nanti di gelanggang.

πŸ₯ŠπŸ”₯πŸ’―

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Klang