JPW Pahang

JPW Pahang

Share

Laman Facebook rasmi Jabatan Pembangunan Wanita Pahang. Memaparkan segala aktiviti dan inisiatif di

Pada tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (National Advisory Council on the Integration of Women in Development - NACIWID) sebagai jentera bagi memastikan penglibatan wanita dalam pembangunan. Urus setia Majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri . Ahli-ahli Majlis berkenaan dilantik oleh YAB Perdana Menteri bagi tempoh tiga tahun. Pada tahun 1983, Urusetia Hal Ehwal Wanita, Jabatan Perdana Menteri atau HAWA diwujudkan bagi mengambil alih tugas sebagai Urusetia NACIWID. Pada 26 Ogos 1985, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya HAWA diperkukuhkan dengan menaikkan tarafnya kepada Bahagian. Pada 27 Oktober 1990, Bahagian Hal Ehwal Wanita telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pada 29 Januari 1997, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Bahagian Hal Ehwal Wanita dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan. Pada 1 Julai 1997, HAWA beroperasi sebagai sebuah Jabatan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pada 18 Disember 1999, selepas Pilihanraya Umum 1999 dan rombakan Kabinet, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah diletakkan semula di Jabatan Perdana Menteri. Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). JPW berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM. JPW terdiri daripada lima (5) bahagian:-

* Bahagian Perancangan Pembangunan Wanita
* Bahagian Pembangunan Kapasiti
* Bahagian Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian
* Bahagian Bimbingan dan Kaunseling
* Bahagian Khidmat Pengurusan

Pada 1 Mac 2002, pejabat cawangan JPW iaitu Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) telah ditubuhkan di:-

* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Negeri Sembilan
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kelantan
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
* Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

18/09/2026

Innalillahiwainnailaihiraji'un

“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.” (Surah Al-Baqarah: 156)

Seluruh warga kerja Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Norasniza Nadia binti Abidin, Mantan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang.

Jasa, bakti, dan kepimpinan Allahyarhamah sepanjang berkhidmat amat berharga serta sentiasa dikenang oleh kami semua.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah dikurniakan rahmat, diampunkan segala dosanya, dilapangkan kuburnya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Photos from JPW Pahang's post 17/09/2026

PROGRAM PRISMANITA 2026
“SANTUNI WANITA, MENYEMAI HARAPAN”

ROMPIN, PAHANG, 15 SEPTEMBER 2026 — Program PRISMANITA 2026 anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang telah berjaya dilaksanakan di Hotel Seri Malaysia Rompin dengan penyertaan seramai 33 orang ahli komuniti setempat. Program ini memberi penekanan kepada aspek pengukuhan jati diri, pengurusan emosi, kesejahteraan diri serta pemerkasaan potensi wanita di peringkat komuniti.

Program dimulakan dengan taklimat PRISMANITA serta sesi Pocket Talk yang disampaikan oleh Puan Norhamiza Binti Puniran, Timbalan Pengarah yang memberikan penerangan berkaitan inisiatif serta program-program yang dilaksanakan oleh PPWN Pahang. Perkongsian ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih dekat peranan, fungsi serta bentuk sokongan dan peluang yang disediakan oleh PPWN Pahang dalam usaha memperkasa wanita di peringkat komuniti.

Pengisian program diteruskan menerusi Slot 1: “Saya Berharga: Kenali Diri, Urus Emosi, Perkasa Diri” yang dikendalikan oleh Encik Mohd Nur Rahmat Bin Jumrael, Pegawai Psikologi, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin selaku penceramah utama dan fasilitator. Sesi ini menekankan kepentingan mengenali nilai diri, memahami potensi serta mengurus emosi dengan baik dalam membentuk keyakinan dan kekuatan dalaman. Perkongsian yang disampaikan turut membantu peserta membina daya tahan diri serta meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan secara lebih matang dan positif.

Seterusnya, peserta mengikuti Slot 2: Intervensi Kaunseling Kelompok yang dilaksanakan secara interaktif dalam suasana yang selamat dan terbuka. Sesi ini memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman, mengekspresikan emosi serta mendapatkan sokongan melalui interaksi sesama peserta. Sesi tersebut turut dibantu oleh Puan Nurakmal Balqiyyah Binti Mohd Pauzi, Pegawai Psikologi, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin dan Inspektor Nur Aishah Binti A. Zulkefli, Inspektor D11, Siasatan Sosial Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, selaku fasilitator. Bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang sesi telah membantu mewujudkan suasana perbincangan yang positif serta menggalakkan penglibatan aktif para peserta.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Hazlan Bin Suleiman, selaku Pengerusi JPKK Kg Tanjong Pahang, Rompin, atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan Program PRISMANITA 2026.

Secara keseluruhannya, Program PRISMANITA @ Komuniti 2026 telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pengisian program bukan sahaja memberikan pendedahan berkaitan pengurusan emosi dan pembangunan kendiri, malah turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan kesedaran terhadap nilai diri, membina keyakinan serta mengembangkan daya tindak yang lebih positif dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.

Photos from JPW Pahang's post 17/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐁𝐄 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kursus Asas Mengurut (Modul 4) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September 2026 (Khamis) bertempat di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang. Kursus ini memberi fokus kepada teknik urutan yang berkaitan dengan pembetulan dan penjagaan postur badan khususnya bagi membantu peserta memahami kepentingan postur yang seimbang dalam menyokong keselesaan pergerakan serta kesejahteraan tubuh badan.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada asas struktur tulang belakang, bahagian badan yang perlu diberi perhatian serta teknik urutan yang sesuai melibatkan bahagian belakang, bahu, pinggang, pinggul, leher dan kepala. Peserta turut diperkenalkan kepada beberapa teknik urutan seperti penggunaan tapak tangan, jari, tekanan secara terkawal dan regangan lembut. Menariknya, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan dan rohani dalam mengurut termasuk perkara yang perlu dielakkan serta keadaan tertentu yang memerlukan peserta mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu.

Selain sesi penerangan, peserta turut berpeluang menjalani latihan praktikal secara hands-on di bawah bimbingan tenaga pengajar. Pendekatan ini membantu peserta memahami dan mempraktikkan teknik yang dipelajari dengan lebih jelas dan teratur. Kursus ini bukan sahaja memberikan pengetahuan berkaitan penjagaan postur dan teknik urutan malah menjadi satu kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta berpotensi dikembangkan sebagai kemahiran perkhidmatan dan sumber pendapatan.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan teratur serta memberikan pengalaman pembelajaran yang bermanfaat kepada para peserta.

17/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Program Meningkatkan Daya Tahan & Psikologi Wanita (MATAHARI) Siri 18: “Jangan Diam!! Wanita Berani Bersuara” telah berjaya dilaksanakan pada 17 September 2026 (Khamis) secara siaran langsung menerusi Facebook JPW Pahang. Program ini menampilkan perkongsian oleh ASP Nirmala Devi a/p Ramanathan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta berkaitan isu keganasan, gangguan seksual, keganasan rumah tangga serta tindakan yang boleh diambil bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat dengan penonton (viewer) seramai 474 orang, mencatatkan 491 'engagement' serta menerima sebanyak 150 komen sepanjang siaran berlangsung. Interaksi ini menunjukkan penglibatan aktif peserta dalam mengikuti perkongsian dan isu yang diketengahkan.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan berjaya memberi kesedaran kepada peserta agar lebih berani bersuara, mengenali hak serta mengetahui saluran bantuan yang tersedia sekiranya berhadapan dengan sebarang bentuk keganasan atau gangguan.

yang telah mengimbas kod QR yang disediakan adalah dimaklumkan bahawa sijil penyertaan boleh diperoleh melalui laman web i-JPW. Peserta hendaklah terlebih dahulu membuat kemas kini maklumat serta melengkapkan penilaian program. Setelah proses kemas kini dan penilaian selesai, sijil penyertaan akan dijana secara automatik dan boleh dimuat turun melalui sistem i-JPW.

Photos from JPW Pahang's post 17/09/2026

Program Kelas Kuih Tradisional “Kuih Koci Pulut Hitam dan Kaswi Gedik” di bawah inisiatif Program Community Based Enterprise (CBE) telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2026 bertempat di KRT Taman Tas Ria, Kuantan dengan penyertaan seramai 11 orang peserta.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kaedah dan teknik penyediaan kuih tradisional secara praktikal termasuk proses penyediaan bahan, pembentukan kuih serta teknik memasak yang betul. Selain meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta, program ini turut memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari penghasilan kuih tradisional yang berpotensi dijadikan produk jualan bagi menambah pendapatan.

Secara keseluruhannya, program telah berlangsung dengan lancar dan baik serta mendapat kerjasama dan penglibatan yang positif daripada para peserta. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh peserta sebagai salah satu usaha untuk mengembangkan potensi diri dan menceburi bidang keusahawanan berasaskan makanan.

17/09/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pernah rasa takut untuk bersuara? Takut tidak dipercayai, takut dipersalahkan atau takut keadaan menjadi lebih buruk?

Diam bukan satu-satunya pilihan. Bersuaralah, kerana anda berhak didengar, dihormati dan dilindungi.

Jom bersama mengikut program ini untuk membina keberanian dalam menyuarakan hak, pendapat dan pengalaman, khususnya apabila berdepan dengan situasi yang menindas, mengancam atau menjejaskan kesejahteraan diri.

� Tajuk : JANGAN DIAM!! WANITA BERANI BERSUARA
� Tarikh : 17 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)
� Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
� ASP NIRMALA DEVI A/P RAMANATHAN
Pegawai Turus D11, Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibupejabat Polis Kontinjen Pahang
� Platform: Facebook Live JPW Pahang

Selamat Menonton ! Semoga perkongsian ini dapat memanfaatkan anda semua.
��E-SIJIL DISEDIAKAN
JOM LIKE & SHARE

� New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! �

16/09/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔🇲🇾

Semarakkan semangat perpaduan dan cintakan negara demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

✨ Berbeza budaya, bersatu jiwa. Bersama membina Malaysia yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada
Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang 🇲🇾

14/09/2026

TAKLIMAT AKTA ANTIGANGGUAN SEKSUAL (AAGS), KEGANASAN RUMAH TANGGA DAN PRISMANITA

JERANTUT, 11 SEPTEMBER 2026 - Program Taklimat Akta Antigangguan Seksual (AAGS), Keganasan Rumah Tangga dan PRISMAnita telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 35 orang yang terdiri daripada Ketua Jabatan dan wakil jabatan. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Zareena binti Haji Ahmad, Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.

Taklimat ini memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan Akta Antigangguan Seksual, usaha pencegahan berkaitan keganasan rumah tangga serta peranan PRISMAnita sebagai platform rujukan, intervensi, sokongan, maklumat dan advokasi kepada wanita di samping memperkukuh jaringan kerjasama dalam menangani isu berkaitan wanita di peringkat komuniti.

Secara keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta memperoleh pengetahuan berkaitan hak wanita, pencegahan gangguan seksual, isu keganasan terhadap wanita serta saluran rujukan dan bantuan yang bersesuaian.

Photos from JPW Pahang's post 14/09/2026

Program CBE: Kelas Lipstick dan Lipgloss telah dilaksanakan pada
12 September 2026 bertempat di Balai Raya Sungai Karang Pantai, Kuantan dengan penyertaan seramai 2 orang peserta.

Program telah berjalan dengan lancar dan teratur di mana peserta telah diberikan pendedahan serta bimbingan secara praktikal berkaitan proses penghasilan produk lipstick dan lipgloss. Peserta berpeluang mempelajari kaedah penyediaan, pencampuran bahan serta menghasilkan produk kosmetik secara hands-on.

Secara keseluruhannya, program ini memberikan pengalaman dan kemahiran baharu kepada peserta yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai produk perniagaan dan sumber pendapatan sampingan. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam usaha meningkatkan potensi keusahawanan peserta.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA NEGERI PAHANG, A-589 Jalan TELUK SISEK
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00