HIUS

HIUS

Share

๐Ÿ”ด Kesatuan Inspektor Kesihatan yang mewakili profesyen PKP & PPKP Negeri Sarawak. ๐Ÿ”ด

12/09/2026

๐Ÿ—ณ๏ธ๐Ÿ”ฅ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐ˆ๐Š ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š, ๐‰๐Ž๐Œ ๐“๐”๐‘๐”๐๐Š๐€๐ โŒ ๐Š๐ˆ๐“๐€๐Š

Kertas undi dah ada.
Calon pun dah ada.
Nama calon pun dah dipadah.

Jadiโ€ฆ tunggu apa gik? Turunkan jak โŒ kitak ya! ๐Ÿ˜†

Kepada semua ahli KIK Sarawak, tok lah masanya kitak memilih siapa yang kitak yakin boleh membawa suara, menjaga kebajikan dan bekerja untuk ahli bagi penggal 2026โ€“2029.

Jangan masa mengundi:

"Alaaโ€ฆ kelaklah."
"Sibuk kamek tok."
"Orang lain ngundi juak."

Tapi bila keputusan dah keluar kelakโ€ฆ

โ€œAIKKKโ€ฆ KENAK SIDAK TOK YANG MENANG?!โ€ ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Haaaโ€ฆ masa ya jangan bising gilak!

Kitak diberi peluang memilih, jadi gunakan peluang ya sebaiknya.

MUN S*K TURUNKAN โŒ, JANGAN LEPAS YA KOMPLEN PANJANG-PANJANG! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ”ฅ

Nak pemimpin yang boleh bekerja?
Ngundi.

Nak suara ahli didengar?
Ngundi.

Nak kebajikan ahli diperjuangkan?
Ngundi.

Nak komen dalam WhatsApp lepas keputusan keluar?

Boleh jakโ€ฆ tapi pastikan kitak dah ngundi dolok! ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Jangan fikir satu undi s*k membawa apa-apa makna.

Satu โŒ kitak ya tetap suara kitak.

๐Ÿ“ข PERHATIAN SEMUA AHLI KIK SARAWAK

Mun kitak belum menerima KERTAS UNDI RASMI, sila berhubung dengan Penyelia PKB / PKD masing-masing.

Kertas undi rasmi telah diedarkan ke seluruh Bahagian, Daerah, Hospital dan ILKKM di Negeri Sarawak.

Kertas undi dah berjalan jauh sampai serata Sarawakโ€ฆ

Jangan kitak pulak yang s*k berjalan pergi ngambik! ๐Ÿคฃ๐Ÿ”ฅ

Jadi, jangan tunggu lama-lamaโ€ฆ

๐Ÿ—ณ๏ธ NGAMBIK KERTAS UNDI.
โŒ TURUNKAN PANGKAH.
๐Ÿ’ช TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KITAK.

MUN BUKAN KITAK YANG MILIH, SIAPA GIK?

๐Ÿ”ฅ JANGAN JADI PEMERHATI JAK โ€” BIAR โŒ KITAK YANG BERBICARA!

UNDI KITAK โ€ข SUARA KITAK โ€ข KIK SARAWAK KITA




๐Ÿ˜†

11/09/2026

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ผ๐‘จ๐‘ป ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฐ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ด๐‘ฐ

Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak (KIK Sarawak) menegaskan bahawa sebarang bentuk ancaman, ugutan, intimidasi atau provokasi terhadap Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) serta Pembantu Kesihatan Awam (PKA) yang sedang melaksanakan tugas rasmi adalah perkara serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Berikutan satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur ancaman terhadap anggota penguatkuasa kesihatan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gita, Kuching pada 11 September 2026 bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

KIK Sarawak menghormati hak masyarakat untuk menyuarakan pandangan, teguran dan kritikan. Namun, kebebasan tersebut perlu digunakan secara bertanggungjawab serta tidak sehingga mengancam keselamatan penjawat awam yang sedang menjalankan amanah berlandaskan peruntukan undang-undang.

Kritikan boleh disampaikan.
Perbezaan pandangan boleh dibincangkan.
๐—ก๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ป, ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ.

KIK Sarawak akan terus berdiri teguh bersama seluruh warga PKP/PPKP serta memberikan sokongan dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan maruah anggota sentiasa dipertahankan.

Perkara ini diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan serta tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

โ€œ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—กโ€

10/09/2026

SALAM TAKZIAH buat semua ahli keluarga yang terlibat.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga petugas Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) yang terlibat dalam insiden nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak pada 8 September 2026 (Selasa).

Kita telah kehilangan lima orang wira kesihatan yang berdedikasi, komited dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat. Jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan kita semua.

Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi detik ujian ini.

๐˜๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข,
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak
dan seluruh warga kerja
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

09/09/2026
08/09/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Insiden Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) KKM Terhempas

Photos from SIP JKNS's post 05/09/2026
03/09/2026

KESELAMATAN ANGGOTA PENGUATKUASA KESIHATAN: TUGAS KAMI DILINDUNGI UNDANG-UNDANG!

โ€‹Setiap anggota penguat kuasa kesihatan menjalankan tugas demi melindungi kesihatan awam. Sebarang tindakan menghalang, mengugut, atau menyerang penjawat awam yang sedang bertugas adalah satu kesalahan jenayah yang serius!

โ€‹๐Ÿšจ KRONOLOGI KES TERKINI (KUCHING, SARAWAK)

โ€‹Tarikh & Masa: 31 Ogos 2026 | 9.35 Pagi

โ€‹Lokasi: Premis Makanan, Jalan Satok, Kuching

โ€‹Insiden: Semasa penguatkuasaan larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], seorang lelaki berusia 56 tahun bertindak agresif apabila diminta memberi kerjasama dan menandatangani notis.

โ€‹Kesan: 2 anggota kesihatan diserang hingga mengalami kecederaan dan 1 anggota diugut secara jenayah. Suspek telah ditangkap pada hari yang sama.

โ€‹โš–๏ธ TINDAKAN UNDANG-UNDANG & HUKUMAN
Pada 2 September 2026, tertuduh telah mengaku bersalah atas 3 pertuduhan:

โ€‹Seksyen 332 Kanun Keseksaan (Sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam): Denda RM2,000

โ€‹Seksyen 332 Kanun Keseksaan (Sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam): Denda RM5,000

โ€‹Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan jenayah): Denda RM4,000

โ€‹๐Ÿ‘‰ Jumlah Denda: RM11,000 (Hukuman ingkar denda: 11 bulan penjara).
โ€‹๐Ÿ›ก๏ธ HAK & PERLEMBAGAAN ANGGOTA PENGUAT KUASA

โ€‹Dilindungi di bawah undang-undang semasa menjalankan tugas rasmi.
โ€‹Berhak bekerja dalam persekitaran yang selamat.
โ€‹Berhak membuat laporan polis jika berlaku sebarang serangan atau ugutan.
โ€‹Mendapat bantuan dan sokongan padu daripada agensi serta kesatuan.

โ€‹๐Ÿ” PERINGATAN AMALKAN 5P UNTUK ANGGOTA:
โ€‹Perancangan โ€“ Kenal pasti ris*ko sebelum operasi.
โ€‹Persiapan โ€“ Pastikan dokumen, peralatan, dan maklumat lengkap.
โ€‹Pencegahan โ€“ Pendekatan profesional, komunikasi berhemah dan tegas.
โ€‹Penilaian Ris*ko โ€“ Nilai situasi, jangan bekerja sendirian di lokasi beris*ko.
โ€‹Pelaporan โ€“ Laporkan sebarang insiden dengan segera kepada pihak berkuasa.

โ€‹๐Ÿค HORMATI UNDANG-UNDANG, HORMATI TUGAS KAMI
Mari bersama kita melindungi penjawat awam demi menjaga kesihatan awam.

TIDAK MENGANCAM | TIDAK MENYERANG | TIDAK MENGHALANG TUGAS

โ€‹

03/09/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ || 3 ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ 2026

25/08/2026

๐ŸŒ™ ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan sunnah Baginda menjadi panduan dalam kehidupan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Salam Maulidurrasul daripada kami,
Kesatuan Inspektor Kesihatan
Jabatan Kesihatan Sarawak

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ

21/08/2026

*SIARAN MEDIA KIKSM
โ€‹PENJELASAN BERHUBUNG ISU PENULARAN VIDEO OPERASI PEMERIKSAAN TEMPAT PEMBIAKAN (PTP) DENGGI DI WANGSA MAJU*

โ€‹KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2026 โ€“ Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) memandang serius hantaran tular di media sosial oleh seorang pemilik akaun FB berhubung penularan video pegawai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) yang dituduh secara tidak berasas sebagai penipu dan melakukan ugutan.

โ€‹Pihak KIKSM menegaskan perkara-perkara berikut:

1. โ€‹Tugasan Rasmi Berlandaskan Undang-Undang: Pegawai terlibat dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa sedang menjalankan aktiviti Mobilisasi Bantuan Wabak Denggi di Seksyen 2 Wangsa Maju secara sah di bawah Seksyen 5(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

2. Pihak pegawai telah memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa mengikut prosedur tetapan.

3. โ€‹Kebenaran Waktu Operasi: Pemeriksaan wabak denggi dibenarkan dilakukan antara jam 6:00 pagi hingga 10:00 malam. Kehadiran pegawai pada waktu malam adalah bertujuan memastikan kawasan kediaman bebas daripada pembiakan Aedes demi keselamatan komuniti setempat.

4. โ€‹Tindakan Perundangan Terhadap Fitnah: Dakwaan bahawa pegawai memaki hamun atau menyamar adalah tidak benar sama sekali. *Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Wangsa Maju berhubung fitnah, rakaman tanpa kebenaran, serta pembulian siber yang mencemarkan imej penjawat awam*

5. โ€‹Perlindungan Penjawat Awam: Mengikut Seksyen 21 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, mana-mana individu yang menghalang pegawai menjalankan tugas boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Pihak KIKSM juga ingin mengingatkan kepada masyarakat bahawa dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan sesiapa menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan tugas boleh didenda rm 10 ribu dan dipenjara jika sabit kesalahan.

7. โ€‹KIKSM mendesak pemilik akaun dan pentadbir page media sosial terlibat memadamkan kandungan tular tersebut yg jelas tidak beretika dan boleh menjatuhkan maruah pegawai terlibat

8. KIKSM akan memantau isu ini dengan dekat agar pegawai terlibat mendapat pembelaan sewajarnya.

9. Kepada semua PPKP/PKP dan anggota kesihatan dilapangan terutama yang sedang menjalankan tugas mengawal wabak demam denggi di Kuala Lumpur agar sentiasa memberikan komitmen yg tinggi dalam menjalankan tugas demi kesejahteraan org awam.
โ€‹

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


JABATAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK, Jalan DIPLOMATIK OFF JALAN BAKO, KUCHING
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HIUS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuching.