SK Rakyat Tupong - SK RaTu

SK Rakyat Tupong - SK RaTu

Share

๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐’๐Š ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐“๐”๐๐Ž๐๐†
๐—ฆ๐—˜๐—›๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก

03/10/2026

KAT@KPM: MATRIKS PEMBELAJARAN
Kita Ambil Tahu ๐Ÿ’ก

SELEPAS MATRIKS PEMBELAJARAN: APA TINDAKAN SETERUSNYA? ๐Ÿ“š๐Ÿงฎ

Matriks Pembelajaran membantu mengenal pasti keperluan murid bagi memastikan intervensi yang bersesuaian dapat dilaksanakan secara berterusan.

Jom ketahui intervensi yang dilaksanakan berdasarkan keperluan murid melalui infografik di bawah.

Tahun Ini, Tahun Kita
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 01/10/2026

PERJUMPAAN EXCO PIBG SESI BAHARU 2026-2028

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK 2.7: PERMUAFAKATAN STRATEGIK
2.7.1: Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang.

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 01 Oktober 2026
Hari: Khamis
Tempat: Pejabat SK Rakyat Tupong

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 2026-2028
2. Semua Pentadbir

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Memperkenalkan dan mengeratkan hubungan antara barisan EXCO PIBG sesi baharu dengan pihak pentadbir serta warga sekolah.
2. Membincangkan peranan, tanggungjawab dan bidang tugas setiap ahli EXCO PIBG bagi memastikan pengurusan persatuan berjalan dengan lancar.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Perjumpaan EXCO PIBG sesi baharu telah dilaksanakan dengan lancar bagi memperkenalkan barisan kepimpinan baharu serta membincangkan peranan dan tanggungjawab setiap ahli. Perbincangan turut melibatkan perancangan aktiviti PIBG, kebajikan murid, keperluan sekolah serta bentuk kerjasama antara pihak PIBG dan sekolah. Perjumpaan ini diharapkan dapat menjadi asas kepada hubungan yang lebih erat dan kerjasama yang berkesan dalam menyokong pembangunan serta kecemerlangan murid dan sekolah.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Mewujudkan kesepakatan dan kerjasama yang lebih erat antara barisan EXCO PIBG dengan pihak sekolah.
2. Meningkatkan kefahaman ahli terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Menyediakan dan menyelaras perancangan aktiviti PIBG bagi sesi baharu berdasarkan keperluan sekolah dan murid.
2. Memperincikan agihan tugas dan tanggungjawab setiap ahli EXCO PIBG.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

30/09/2026

๐Ÿ“ข YANG LAMA KITA KENANG, YANG 3.0 KITA SAYANG! ๐Ÿ’œ๐Ÿš€

Masih setia dengan DELIMa 2.0? Anak- anak, Cikgu dan Ibu bapa, tiba masanya untuk kita sama-sama move on! ๐Ÿ˜Ž

๐Ÿ“… Mulai 1 Oktober 2026, semua akses dan perkhidmatan DELIMa 2.0 akan beralih sepenuhnya kepada DELIMa 3.0.

Apa yang menanti anda?
๐Ÿ’ป Akses lebih mudah
๐Ÿ›ก๏ธ Keselamatan diperkukuh
๐Ÿ’ก Ciri baharu yang lebih inovatif
๐ŸŒ Menyokong Dasar Pendidikan Digital

Tak perlu angkat kotak untuk berpindah, cuma pastikan pautan yang betul sudah disimpan! ๐Ÿคญ๐Ÿ‘‡
๐Ÿ”— https://d3.delima.edu.my

๐Ÿ“Œ Kemas kini bookmark anda.
๐Ÿ“ฃ Kongsikan makluman dengan rakan guru dan murid.
โœ… Semak juga modul Pengumuman dalam DELIMa 3.0.

Terima kasih DELIMa 2.0 atas segala jasa. DELIMa 3.0, kami datang! ๐Ÿ’œโœจ

Admin akan kupas kenapa kita semua perlu teruja dengan DELIMa 3.0 ni. Nantikan!

29/09/2026

SELAMAT DATANG KE KELUARGA SK RAKYAT TUPONG ๐ŸŒŸ

Dengan penuh sukacita, warga SK Rakyat Tupong mengalu-alukan kehadiran

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Cik Nurul Husna Binti Abd Aziz
Guru Pendidikan Seni Visual

๐Ÿ“… 28 September 2026

Semoga kehadiran cikgu menjadi satu suntikan semangat baharu, mencetus inspirasi serta menyumbang warna dan kreativiti dalam membentuk kemenjadian murid di SK Rakyat Tupong.

Selamat datang dan selamat berkhidmat! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›
Semoga segala ilmu, bakti dan pengalaman yang dicurahkan menjadi asbab kepada lahirnya generasi yang berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia.

โ€œSehaluan mencapai keunggulanโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 29/09/2026

๐Ÿ“ฃ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—•๐—š ๐—ฆ๐—ž ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ง๐—จ๐—ฃ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด

Setinggi-tinggi ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Rakyat Tupong yang telah dipilih bagi sesi 2026โ€“2028 ๐ŸŒŸ

Semoga barisan kepimpinan yang telah dipilih dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen serta terus memperkukuh kerjasama antara ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—”๐—ฃ๐—”, ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—›๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› demi kecemerlangan dan kesejahteraan anak-anak SK Rakyat Tupong. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga sekolah atas sokongan serta kerjasama yang diberikan.

๐ŸŒŸ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—›! ๐ŸŒŸ

"Sehaluan Mencapai Keunggulan"

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 28/09/2026

PEMERIKSAAN KESIHATAN GIGI SK RAKYAT TUPONG

STANDARD 3.3: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
ASPEK 3.3.1: PENGURUSAN KESIHATAN MURID

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 06 Ogos 2026 - 25 September 2026
Tempat: Bilik Pergigian SK Rakyat Tupong

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. Jururawat dari Klinik Pergigian Petra Jaya

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Memberikan pendedahan dan pendidikan kesihatan pergigian tentang kepentingan penjagaan gigi dan mulut.
2. Membentuk amalan penjagaan gigi yang betul seperti memberus gigi dengan teknik yang sesuai.
3. Menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah kerosakan dan penyakit gigi.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Pemeriksaan kesihatan gigi murid telah dijalankan dengan kerjasama pihak Klinik Pergigian bagi memastikan tahap kesihatan dan kebersihan gigi murid berada pada tahap yang baik. Pemeriksaan melibatkan pemeriksaan keadaan gigi dan mulut serta pengesanan awal masalah pergigian. Murid turut diberikan nasihat dan pendidikan kesihatan pergigian berkaitan penjagaan gigi, kebersihan mulut dan amalan memberus gigi yang betul. Murid yang memerlukan rawatan atau pemeriksaan lanjut telah dikenal pasti untuk tindakan susulan oleh pihak yang berkaitan.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Murid dapat mengetahui tahap kesihatan dan kebersihan gigi masing-masing.
2. Masalah pergigian dapat dikesan lebih awal untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
3. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan gigi dan kebersihan mulut.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pergigian akan dirujuk kepada Klinik Pergigian untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
2. Pihak sekolah akan memantau status rawatan dan kesihatan gigi murid dari semasa ke semasa.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 27/09/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 13 SK RAKYAT TUPONG TAHUN 2026

STANDARD 2: PENGURUSAN ORGANISASI
ASPEK 2.7: PERMUAFAKATAN STRATEGIK
2.7.1: Permuafakatan strategik diusahakan secara profesional dan terancang.

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 26 September 2026
Hari: Sabtu
Masa: 2.00 - 4.00 petang
Secara Hibrid (Google Meet)

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. Ahli Jawatankuasa PIBG Tahun 2024-2026
2. Semua warga SK Rakyat Tupong
3. Ibubapa SK Rakyat Tupong

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid.
2. Membincangkan isu, keperluan dan kebajikan murid serta mencari penyelesaian yang sesuai secara bersama.
3. Menyampaikan maklumat berkaitan program, aktiviti dan perkembangan sekolah kepada ibu bapa dan penjaga.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Mesyuarat PIBG telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak sekolah serta ibu bapa dan penjaga. Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kebajikan, pendidikan, sahsiah dan kemenjadian murid, di samping mendapatkan pandangan serta cadangan daripada ibu bapa bagi membantu meningkatkan pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Pelbagai isu dan perancangan program turut dibincangkan secara bersama bagi memastikan kerjasama antara pihak sekolah dan PIBG dapat diperkukuh. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta mengukuhkan hubungan dan permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu bapa demi kepentingan murid.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta penjaga.
2. Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam menyokong program dan aktiviti sekolah.
3. Membantu mengenal pasti isu dan keperluan murid berkaitan aspek akademik, sahsiah, kebajikan dan kokurikulum.
4. Mewujudkan saluran komunikasi yang lebih berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu berkaitan murid.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Melaksanakan keputusan dan ketetapan mesyuarat mengikut perancangan serta tempoh masa yang telah dipersetujui.
2. Menyelesaikan isu dan keperluan murid secara bersama melalui kerjasama pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa.
3. Memperkasakan komunikasi antara pihak sekolah dengan ibu bapa melalui saluran komunikasi yang sesuai dan berkesan.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 27/09/2026

BIMBINGAN DAN SOKONGAN PROFESIONAL OLEH JEMAAH NAZIR SARAWAK.

Standard 1 : Kepemimpinan
Aspek 1.1 : PGB Sebagai Peneraju
Aspek 1.2 : PGB Sebagai Pembimbing
Aspek 1.3 : PGB Sebagai Pendorong

Standard 4 : Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Aspek 4.1 : Guru Sebagai Perancang
Aspek 4.2 : Guru Sebagai Pengawal
Aspek 4.3 : Guru Sebagai Pembimbing
Aspek 4.4 : Guru Sebagai Pendorong
Aspek 4.5 : Guru Sebagai Penilai
Aspek 4.6 : Murid Sebagai Penbelajar Aktif

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 25 September 2026 (Jumaat)
Hari: Jumaat

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. Semua Pentadbir SK Rakyat Tupong

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kompetensi profesional guru melalui bimbingan, pandangan dan sokongan daripada Jemaah Nazir.
2. Memberikan pendedahan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
3. Membantu guru memahami dan melaksanakan standard kualiti pendidikan dengan lebih sistematik dan berkesan.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Program Bimbingan dan Sokongan Profesional oleh Jemaah Nazir telah dilaksanakan dengan lancar dan melibatkan 7 orang guru yang telah dicerap. Sesi pencerapan dan bimbingan ini memberikan peluang kepada guru untuk mendapatkan maklum balas profesional berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah serta amalan pedagogi yang berkesan. Perkongsian dan bimbingan yang diberikan turut membantu guru mengenal pasti kekuatan serta aspek yang boleh ditambah baik dalam pelaksanaan PdP. Secara keseluruhannya, program ini memberikan manfaat kepada guru dalam meningkatkan kompetensi profesional, memperkukuh amalan refleksi serta menyokong usaha penambahbaikan kualiti PdP secara berterusan.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Meningkatkan kualiti pelaksanaan PdP melalui penerapan pendekatan pedagogi yang lebih sistematik, berkesan dan berpusatkan murid.
2. Membantu guru mengenal pasti kekuatan dan aspek yang perlu ditambah baik berdasarkan hasil pencerapan dan perbincangan profesional.
3. Meningkatkan kesedaran guru terhadap amalan refleksi kendiri sebagai usaha memperbaiki kualiti pengajaran secara berterusan.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Mengadakan sesi perkongsian dan refleksi profesional bersama guru bagi membincangkan dapatan pencerapan serta strategi penambahbaikan PdP.
2. Melaksanakan pemantauan susulan secara berkala bagi melihat perkembangan dan keberkesanan tindakan penambahbaikan yang telah dilaksanakan.
3. Menggalakkan guru berkongsi amalan terbaik melalui PLC untuk meningkatkan kompetensi dan kualiti PdP secara kolaboratif.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 27/09/2026

KEM GENERASI MADANI ALQURAN DI HATI (PROGRAM KHATAM AL-QURAN MURID TAHUN 6) PPD KUCHING PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

STANDARD 5: KEMENJADIAN MURID, PENCAPAIAN MURID DAN SEKOLAH
ASPEK 5.3: KEMENJADIAN SAHSIAH MURID

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 26 September 2026
Hari: Sabtu

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. USTAZ MUSTAKIM BIN JEPON
2. MUHAMMAD AISH NAUFFAL BIN MOHD SHAHRIN
3. JAMELATUL ARIANA BINTI BUSRAH
4. NUR ADRIANA HAFIYA BINTI MOHAMAD HAFIZUL

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kecintaan dan penghayatan murid terhadap Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
2. Menggalakkan murid membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid serta meningkatkan penguasaan bacaan secara berterusan.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Kem Generasi MADANI โ€œAl-Quran di Hatiโ€ telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada murid, guru serta warga sekolah. Program ini memberi peluang kepada murid Tahun 6 untuk melengkapkan bacaan Al-Quran serta menghayati kepentingan Al-Quran sebagai sumber ilmu, panduan dan pedoman dalam kehidupan. Pelaksanaan program turut membantu membentuk sahsiah, meningkatkan kecintaan terhadap Al-Quran dan memupuk nilai-nilai murni serta akhlak terpuji dalam kalangan murid. Majlis khatam Al-Quran juga menjadi satu bentuk penghargaan dan kenangan bermakna kepada murid sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan menyokong usaha melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak serta menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Meningkatkan kecintaan dan penghayatan murid terhadap Al-Quran sebagai sumber ilmu dan panduan dalam kehidupan.
2. Meningkatkan motivasi murid untuk terus membaca Al-Quran secara konsisten walaupun selepas tamat sekolah rendah.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Menggalakkan murid meneruskan amalan membaca Al-Quran secara konsisten selepas tamat Tahun 6 melalui bimbingan dan sokongan berterusan.
2. Melaksanakan aktiviti penghayatan Al-Quran secara berkala seperti tadarus, bacaan surah pilihan, hafazan dan perkongsian ayat-ayat Al-Quran.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

Photos from SK Rakyat Tupong - SK RaTu's post 27/09/2026

CERAMAH DAN AKTIVITI PERTOLONGAN CEMAS

STANDARD 3.2: PENGURUSAN KOKURIKULUM
ASPEK 3.2.3: PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM
ASPEK 3.2.5: PENGURUSAN PROGRAM KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

๐Ÿ“PERINCIAN:
Tarikh: 23 September 2026
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Kampung Tupong

๐Ÿ“PENGLIBATAN:
1. Semua guru SK Rakyat Tupong
2. Semua murid Tahap 2

๐Ÿ“OBJEKTIF:
1. Memberikan pengetahuan asas pertolongan cemas kepada murid dan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.
2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan diri serta tindakan yang betul ketika berlaku kemalangan atau kecederaan.
3. Membimbing murid mengenal pasti jenis kecederaan dan situasi kecemasan yang memerlukan tindakan pertolongan cemas.

๐Ÿ“RUMUSAN:
Ceramah dan Aktiviti Pertolongan Cemas telah dilaksanakan dengan lancar dan mendapat penyertaan yang baik daripada murid serta warga sekolah. Program ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengetahuan asas pertolongan cemas, langkah keselamatan dan tindakan awal yang sesuai ketika berhadapan dengan situasi kecemasan atau kecederaan. Aktiviti praktikal yang dijalankan turut membantu peserta memahami kaedah pertolongan cemas dengan lebih jelas serta meningkatkan keyakinan untuk bertindak secara tenang dan teratur. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan dapat memupuk sikap prihatin, bertanggungjawab serta kesedaran terhadap aspek keselamatan dalam kalangan warga sekolah.

๐Ÿ“IMPAK:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang kepentingan pertolongan cemas serta keselamatan diri.
2. Meningkatkan keyakinan murid untuk memberikan bantuan awal secara betul dan selamat ketika berlaku kecemasan.
3. Membantu murid memahami tindakan yang sesuai ketika berhadapan dengan kecederaan atau kemalangan sebelum bantuan profesional diperoleh.

๐Ÿ“TINDAK SUSUL:
1. Mengadakan latihan dan simulasi pertolongan cemas secara berkala bagi memastikan murid dapat mengingati dan mempraktikkan pengetahuan yang diperoleh.
2. Memberi pendedahan berterusan tentang aspek keselamatan dan pencegahan kemalangan melalui aktiviti kokurikulum dan program sekolah.

Pejabat Pendidikan Daerah Kuching

โ€œSehaluan Mencapai Keunggulanโ€

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Tupong Tengah, Off Jalan Merdeka
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Rakyat Tupong - SK RaTu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuching.