SK Muara Tebas Rasmi

SK Muara Tebas Rasmi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Muara Tebas Rasmi, Elementary School, Kpg Muara Tebas, Kuching.

Photos from SK Muara Tebas Rasmi's post 27/08/2026

πŸ† MINI PSKPP SK MUARA TEBAS 2026 πŸ†

✨ RIADAH β€’ KEKITAAN β€’ KECERGASAN β€’ KESEJAHTERAAN ✨

Sekitar Mini PSKPP 2026 SK Muara Tebas yang telah dilaksanakan pada 24 Ogos 2026 bertempat di Riverside Superbowl dengan penglibatan semua guru SK Muara Tebas. 🎳

Aktiviti bowling ini bukan sekadar menguji kemahiran dan ketepatan, malah menjadi platform untuk warga sekolah meluangkan masa bersama dalam suasana santai dan menyeronokkan. Aktiviti seperti ini turut memberi peluang kepada guru untuk beriadah, berinteraksi serta mengeratkan hubungan silaturahim di luar suasana tugas harian.

🌟 Semoga pelaksanaan Mini PSKPP 2026 ini terus menyemarakkan semangat kekitaan, kerjasama dan kesejahteraan dalam kalangan warga SK Muara Tebas serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif, mesra dan harmoni.

Terima kasih dan tahniah kepada semua guru yang telah mengambil bahagian! πŸŽ³πŸ‘

Photos from SK Muara Tebas Rasmi's post 25/08/2026

PROGRAM TS25: BENGKEL MENULIS KARANGAN BAGI MURID TAHUN 4 SK MUARA TEBAS TAHUN 2026

STANDARD 1: KEPIMPINAN
1.3 PGB SEBAGAI PENDORONG
ASPEK:
1.3.2 PGB menggalakkan warga sekolah memberi input berkaitan pemajuan sekolah secara profesional dan terancang.

STANDARD: 3.1 PENGURUSAN KURIKULUM
3.1.2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN
ASPEK:
3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional dan terancang.

πŸ—“ TARIKH: 24 OGOS 2026
πŸ“ TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SK MUARA TEBAS

πŸ“Œ PENGLIBATAN:
1. Guru-guru panitia Bahasa Melayu
2. Semua murid Tahun 4

πŸ“Œ OBJEKTIF:
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid Tahun 4 dalam penulisan karangan.
2. Membimbing murid menjana dan mengembangkan idea berdasarkan gambar atau tajuk.
3. Membantu murid menghasilkan karangan cerita yang lengkap, tersusun dan gramatis.
4. Meningkatkan keyakinan murid untuk menulis serta menggunakan kosa kata yang lebih menarik.

πŸ“Œ RUMUSAN PROGRAM:
Bengkel Menulis Karangan dilaksanakan sebagai intervensi untuk membantu 48 orang murid Tahun 4 meningkatkan kemahiran menghasilkan karangan. Bengkel ini memberi pendedahan kepada struktur karangan, teknik menjana dan mengembangkan idea, pembinaan ayat serta penggunaan kosa kata menarik. Murid turut terlibat dalam aktiviti berpasangan dan berkumpulan seperti menyusun cerita berdasarkan gambar, menjana idea, menghasilkan karangan dan membentangkan hasil kerja.

πŸ“Œ IMPAK PROGRAM:
1. Murid memperoleh pendedahan dan bimbingan secara praktikal dalam menghasilkan karangan cerita.
2. Murid lebih memahami cara menyusun isi mengikut urutan serta membina karangan yang mempunyai pendahuluan, isi dan penutup.
3. Meningkatkan keyakinan dan penglibatan murid dalam aktiviti penulisan.
4. Murid dapat menghasilkan penulisan yang lebih tersusun, gramatis dan mempunyai idea yang lebih menarik.

πŸ“Œ TINDAKAN SUSULAN:
1 Menjalankan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap penguasaan penulisan karangan murid.
2. Melaksanakan latihan penulisan secara berkala dengan fokus kepada struktur, pengembangan idea, pembinaan ayat dan kosa kata.
3. Menlgenal pasti murid yang masih memerlukan bimbingan dan melaksanakan intervensi atau bimbingan tambahan.
4. Memberikan pengayaan kepada murid yang telah menguasai kemahiran untuk menghasilkan karangan yang lebih kreatif dan berkualiti.

Photos from SK Muara Tebas Rasmi's post 25/08/2026

🌟 SYABAS DAN TAHNIAH! 🌟

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Nur Nisrin Zahra Binti Abdul Rahman dan adik Nur Ameera Qaireena Imtiyaz Binti Nursaberi, murid SK Muara Tebas, atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2026 anjuran Masjid India Bandar Kuching.

πŸ† PERTANDINGAN HAFAZAN – TEMPAT KETIGA
πŸ₯‰ Nur Nisrin Zahra Binti Abdul Rahman

πŸ† PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI – TEMPAT KEEMPAT
πŸŽ–οΈ Nur Ameera Qaireena Imtiyaz Binti Nursaberi

Tahniah diucapkan atas keberanian, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang menyertai pertandingan. Semoga pencapaian ini menjadi pengalaman yang bermakna serta pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. 🌷✨

πŸ’ Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam (PAI) dan Bahasa Arab, guru-guru pengiring serta ibu bapa atas segala bimbingan, tunjuk ajar, sokongan, dorongan dan pengorbanan dalam membantu persiapan murid sehingga berjaya mengharumkan nama SK Muara Tebas.

Semoga kerjasama dan usaha murni ini terus diperkasakan dalam melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berani, berkeyakinan dan mempunyai penghayatan terhadap ilmu serta nilai-nilai Islam. πŸ€²πŸ»πŸ“–

Syabas dan tahniah, adik Nur Nisrin Zahra & adik Nur Ameera Qaireena! πŸ†πŸŒŸ
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Muara Tebas! πŸ’š

Ikhlas daripada
Guru Besar dan Seluruh Warga SK Muara Tebas, Kuching

24/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dan Penghargaan diucapkan kepada Adik Nur Firra Medina Binti Fadhlizil Fariz atas kejayaan muncul sebagai Johan Pertandingan Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 (Kategori Sekolah Rendah).

Kejayaan ini sekali gus melayakkan Adik Firra mewakili Negeri Sarawak ke Pertandingan Pidato Cilik Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

Seluruh warga SK Muara Tebas mendoakan agar Adik Firra terus cemerlang dan diberikan kelancaran, keyakinan serta kejayaan di peringkat kebangsaan nanti.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SK Muara Tebas, para guru pembimbing serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus membimbing, menyokong dan mengiringi kejayaan ini. Semoga usaha murni ini terus membuahkan lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Ikhlas daripada
Guru Besar dan Seluruh Warga SK Muara Tebas, Kuching

24/08/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Adik Nur Firra Medina Binti Fadhlizil Fariz atas kejayaan membanggakan sebagai Johan Pertandingan Pidato Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Kuching Tahun 2026 bagi Kategori Sekolah Rendah.

Pencapaian ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga SK Muara Tebas. Kejayaan tersebut membuktikan keberanian, keyakinan dan kesungguhan Adik Firra dalam menyampaikan pidato dengan penuh komitmen.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk Adik Firra terus melangkah lebih jauh, meningkatkan potensi diri dan mengharumkan nama SK Muara Tebas dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Panitia Bahasa Melayu dan guru pembimbing atas segala usaha, bimbingan, tunjuk ajar serta sokongan yang telah dicurahkan sepanjang persediaan pertandingan ini. Tidak dilupakan juga semua pihak yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan sehingga kejayaan ini dapat dicapai.

Tahniah, Adik Firra! Teruskan melakar kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. 🌟

Ikhlas daripada
Guru Besar dan Seluruh Warga SK Muara Tebas, Kuching

Photos from SK Muara Tebas Rasmi's post 23/08/2026

Makluman: Semua sekolah yang terjejas jerebu akan beroperasi semula mulai 24 Ogos 2026 (Isnin). Terima kasih atas kerjasama semua. Sentiasa peka dengan bacaan IPU dan utamakan kesihatan.

Photos from SK Muara Tebas Rasmi's post 21/08/2026

πŸ“šPELAKSANAAN PdPR SEMASA CUACA BERJEREBU

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN
ASPEK: 4.1, 4.2, 4.3, 4.4, 4.5, 4.6

πŸ“† TARIKH: 21 OGOS 2026
πŸ“ TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING

✏️ PENGLIBATAN:

1. Semua Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Muara Tebas
2. Semua Guru SK Muara Tebas

✏️ OBJEKTIF:
Memastikan kelangsungan pembelajaran murid secara selamat dari rumah serta mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

✏️ RUMUSAN PROGRAM:
PdPR dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan melalui Google Classroom, Google Meet dan arahan tugasan bagi memastikan murid terus mengikuti pembelajaran walaupun tidak hadir ke sekolah.

✏️ IMPAK PROGRAM:
1. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat diteruskan walaupun sekolah tidak dapat beroperasi seperti biasa.
2. Murid dapat mengikuti pembelajaran dari rumah dalam persekitaran yang lebih selamat.
3. Meningkatkan kemahiran murid dalam menggunakan platform digital seperti Google Classroom dan Google Meet.
4. Memastikan murid kekal mengikuti jadual pembelajaran yang telah ditetapkan.
5. Meningkatkan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa dalam memastikan kelancaran PdPR.

✏️ TINDAKAN SUSULAN:
1. Guru memantau kehadiran dan penglibatan murid dalam sesi PdPR.
2. Guru menyemak dan merekod penghantaran tugasan murid.
3. Guru memberikan bimbingan dan intervensi kepada murid yang kurang aktif atau belum menghantar tugasan.
4. Guru memastikan murid yang tercicir mendapat bahan dan tugasan pembelajaran yang bersesuaian.
5. Guru membuat penilaian semula terhadap pelaksanaan PdPR dan menambah baik kaedah pengajaran berdasarkan keperluan murid.

20/08/2026

🌫️ MAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan. Ibu bapa dan penjaga disaran untuk:

βœ… Sentiasa memantau bacaan IPU melalui saluran rasmi.
βœ… Mengikuti semua makluman yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
βœ… Bersedia dengan pelaksanaan PdPR sekiranya diarahkan.
βœ… Memastikan anak memakai pelitup muka dan menjaga kesihatan ketika keadaan berjerebu.

Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan selamat.

20/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN

SK Muara Tebas DITUTUP SEMENTARA pada 20–21 Ogos 2026 berikutan keadaan jerebu.

πŸ’» PDPR akan dijalankan mengikut jadual yang dimaklumkan oleh guru kelas.

πŸ™ Kerjasama dan perhatian semua amat dihargai.

20/08/2026

Kemaskini jam 2.30 petang

HEBAHAN SEGERA

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DAN PELAKSANAAN PdPR AKIBAT JEREBU

Dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak bagi daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Lubok Antu adalah DITUTUP berkuat kuasa serta-merta pada 20 hingga 21 Ogos 2026 berikutan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah, khususnya daripada risiko pendedahan kepada udara yang tidak sihat.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Sepanjang tempoh penutupan sekolah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan pembelajara@n murid.

Sebarang perkembangan lanjut berkaitan tempoh penutupan dan pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20 OGOS 2026
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kpg Muara Tebas
Kuching
93050